Jangan Selewengkan Sejarah Melayu [Kemaskini ed.]
 9789671539484

Citation preview

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

Jangan Selewengkan Sejarah Melayu

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

EDISI PERTAMA E-BUKU, 2020 PATRIOTS PUBLISHING oleh THE PATRIOTS No. 7-2, Tingkat 2, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. www.thepatriots.store

HAKCIPTA KOLEKSI ULASAN © 2018 oleh HELMI EFFENDY PENERBITAN © 2020 oleh PATRIOTS PUBLISHING SDN BHD

HAKCIPTA TERPELIHARA Melainkan petikan-petikan ringkas untuk ulasan di media massa, kandungan buku ini tidak dibenarkan sama sekali dijual semula atau diterbitkan semula dalam apa bentuk sekalipun sebelum mendapat keizinan bertulis daripada PATRIOTS PUBLISHING.

SUNTINGAN oleh MIRA LYANA KULIT MUKA oleh RASYDAN MAHZAN REKAAN HALAMAN oleh SYAZRUL AQRAM

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DATA PENGKATALOGAN-DALAM-PENERBITAN ISBN 978-967-15394-8-4 1. Malays (Asian People)—History. 2. Malaysia—Politics and government. I. Judul 305.89923

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

Jangan Selewengkan Sejarah Melayu

KOLEKSI ULASAN oleh HELMI EFFENDY

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

Dedikasi— Kepada pejuang bangsa Melayu sekalian, jangan sekali gentar mencium keris.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

Buku ini mengandungi kritikan mengenai isu-isu sejarah Melayu. Mohon jangan cepat sentap. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

KANDUNGAN

Prakata oleh Farahana Shuhaimi

1

Bab 1: Kepentingan Jati Diri Melayu Dalam Kebangkitan Bangsa Melayu Artikel Bonus Oleh Ayman Rashdan Wong

5

Bab 2: Melayu: Etnik, Islam, Bangsa Dan Perlembagaan 10 Bab 3: Polemik Terminologi Nama Melayu

20

Bab 4: Bahasa Melayu Tidak Wujud Sebelum Abad Ke-17? Artikel Bonus Daripada Nizam Gtz 25 Bab 5: Bahasa Melayu Tidak Ada Prestij? Artikel Bonus Daripada Nizam Gtz 33 Bab 6: Malaiur Manikam: Bertaubatlah Wahai Uthaya Sankar Sb

38

Bab 7: Surat Terbuka Untuk Bekas Presiden Umno: Melaka Tidak Tumbang Kerana Keris Dan Tombak

57

Bab 8: Melaka Itu Kerajaan Picisan - Amzarul Yuzrin Mohd Yusof

63

Bab 9: Encik Zaharin Mohd Yasin – Sila Berhenti Merapu Tentang Sejarah Melayu!

81

Bab 10: Di Manakah Melayu Asli Hari Ini?

90

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

Bab 11: Apa Istimewanya Sungai Batu?

95

Bab 12: Politicalgags Yang Buta Sejarah Melayu

100

Bab 13: Berhenti Putar Belit Sejarah Bangsa Sendiri, Fazrin!

104

Bab 14: Penipuan Sejarah Yang Disandarkan Pada Nama Marina Mahathir

108

Bab 15: 10 Kayu Pengukur Keagungan Tamadun Melayu 122 Bab 16: Sejarah Dan Falsafah Keris Melayu

152

Bab 17: Tanpa Pendakwah Cina, Orang Melayu Sembah Pokok?

161

Bab 18: Benarkah Menabur Bunga Di Kuburan Itu Amalan Yahudi? 170 Bab 19: Bersanding Bukan Ajaran Hindu

177

Bab 20: Silat Bukan Ajaran Hindu, Wahai Laman ‘Bongkar Ajaran Sesat’

184

Bab 21: Falsafah Dalam Tarian Zapin

193

Bab 22: Melayu Adalah Pembuka Awal Pulau Pinang Artikel Bonus Daripada Al-Semantani Jones

196

Tentang Penulis 208 Wawancara Bersama Helmi Effendy

209

Rujukan Bacaan 213

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

1

PRAKATA oleh Farahana Shuhaimi

S

EJARAH MELAYU adalah subjek yang penting menjelang abad ke-21. Dalam abad ini, ia mula dipersoalkan dan dikaji oleh hampir semua lapisan masyarakat di Malaysia sama ada oleh golongan ahli akademik mahupun khalayak biasa. Pelbagai khabar tentang SEJARAH MELAYU muncul di sana sini malah ia seiring dengan mereka yang berlumbalumba dengan dakwaan bahawa fakta mereka adalah yang paling tepat dan benar. Dalam suasana yang berkecamuk ini, penulisan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU dapat dikatakan mengambil langkah yang terpuji. Kemunculan setiap bab dalam penulisan ini bagai barisan hulubalang Melayu yang berpencak menepis dan menidakkan salah tanggapan yang menikam keyakinan Melayu tentang sejarah bangsanya sendiri. Persis gerak geri hulubalang, setiap penulisan dalam setiap bab sebenarnya dapat digambarkan sebagai jurus pemikiran yang tidak ragu-ragu membetulkan salah tingkah dan silap fikir sesetengah masyarakat tentang fakta yang sebenar. Setiap kesilapan fakta nampaknya tidak dibalas dengan cercaan balas oleh penulis tetapi disepuh dengan kajian mendalam menggunakan sumber-sumber dari pemikiran dalam mahupun luar negara. Situasi ini akhirnya menjadi sebuah sayembara perdebatan kritis yang indah dan harum dalam sebuah pemikiran yang matang. Tikaman hujah yang ditempa dengan kajian ini juga nampaknya sempurna seperti sebilah 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

2

PR AK ATA

keris kerana bisa tikamannya meresap ke setiap saraf pemikiran dan menjalar ke segenap ruang hati yang PATRIOTik dan nasionalis. Mustahil mereka yang membaca penulisan ini tidak memikirkan semula salah benar setiap fakta SEJARAH MELAYU yang mereka dengari sebelum ini. Dalam abad ke-21, sejarah menepati jangkaan St. Agustina dimana sejarah itu menjadi sebuah perjuangan kosmik antara unsur baik dan unsur jahat. Demikian juga halnya dengan sejarah Melayu yang menjadi medan perjuangan antara golongan yang mengkajinya secara adil menentang golongan yang menjaja sejarah Melayu dengan penuh prejudis. Pertentangan yang sudah dijangka kesudahannya ini masih berterusan dalam banyak medium dan salah satunya di dalam penulisan yang diusahakan oleh Helmi Effendy. Beliau menyusun setiap rangkap salah sangka dan persepsi buruk itu secara teratur sebelum diperbetulkan dengan buktibukti empirical dalam setiap stanza yang bernada jelas dan tegas. Penulisan ini mendesak golongan waris pemahaman orientalis yang sedaya upaya menyelewengkan sejarah Melayu terpaksa akur tanpa rela setiap butir perkataannya. Dalam konteks hari ini, dapat dikatakan bahawa penulis Jangan Selewengkan Sejarah Melayu adalah pejuang kosmik yang tidak membiarkan kesilapan persepsi sejarah itu berterusan. Usaha yang dijalankan menjawab setiap kritikan adalah tanda kesuburan ilmu di kalangan generasi muda yang kurang mendapat perhatian media. Penulisan ini merupakan lorong denai yang menjadi jalan pintas yang selesa dan dapat memberikan impak berguna kepada pembaca mendepani kritikan terhadap sejarah hati budi bangsa Melayu.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

O L E H FA R A H A NA S H U H A I MI

3

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada Helmi Effendy atas inisiatifnya mengumpul dan menggarap pandangan bernas generasi muda. Penulisan dan kajian beliau telah mampu menjentik perasaan pembaca dan memulakan satu pemikiran serta persepsi yang positif terhadap SEJARAH MELAYU. Saya percaya bahawa matlamat penulisan beliau supaya sejarah Melayu tidak diselewengkan akan menjadi kenyataan setelah buku ini mula diedarkan kepada para pembaca. Semoga penulisan ini akan membetulkan salah tanggapan terhadap sejarah Melayu dalam abad-abad yang akan datang. FARAHANA SHUHAIMI Penulis buku Tasjil Anis Salatin

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

5

BAB 1: KEPENTINGAN JATI DIRI MELAYU DALAM KEBANGKITAN BANGSA MELAYU Artikel bonus oleh Ayman Rashdan Wong

M

asih segar dalam ingatan kejadian setahun yang lepas, saya dan rakan The Patriots yang lain mempertahankan Faiz Subri daripada diperlekeh golongan tertentu berikutan hasratnya untuk mengenakan busana tradisional ketika menerima anugerah FIFA. Istilah ‘Melayu’ hari ini pun sudah menjadi seakan taboo atau pantang larang. Sebut saja ‘Melayu’, segalanya menjadi serba tak kena. Bagi golongan liberal melampau (ultraliberal), budaya Melayu melambangkan kemunduran, minda kelas ketiga, minda tertutup, patriaki, kekampungan dan sebagainya. Kalau hendak maju, kena buang unsur Melayu itu jauh-jauh. Itu sebabnya ada stereotaip terhadap golongan atasan Melayu iaitu mereka mestilah jenis yang speaking dalam loghat Harlem ala-ala watak dalam drama televisyen. Golongan ‘Islamis’ pula melihat Melayu tidak cukup keislaman. Pakaian tradisional Melayu tak Islam, tak ikut sunnah, maka perlu digantikan dengan jubah dan abaya. Seni bina Melayu tak bercirikan Islam–kena digantikan dengan kubah. Perkataan Melayu seperti ibu dan ayah tak bersifat Islam–kena digantikan dengan abi dan ummi. Ahli sosiologi pun ada yang membuat pelbagai andaian palsu mengenai Melayu. Melayu dikatakan malas, fatalistik, dan tak berdaya maju. Ini hujah utama Revolusi Mental 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

6

KEPEN T I N G A N JAT I D I R I M E L AY U DALA M K E BA N G K I TA N BA N G S A M E L AY U

yang popular pada 1960-an. Idea ini dimatikan oleh Syed Hussein Alatas menerusi karya agungnya The Myth of the Lazy Native pada tahun 1977 yang menyedarkan orang ramai bahawa kemunduran Melayu bukanlah disebabkan budaya atau sifat orang Melayu tetapi lebih kepada masalah struktur yang diwarisi daripada zaman penjajahan. Maka, pembaharuan struktur perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu ketidakseimbangan ekonomi. Menjelang 1980-an, muncul pula falsafah ekonomi neoliberal yang meletakkan sikap dan keperibadian sebagai penentu kejayaan dan kegagalan sosisoekonomi individu. Kalau anda miskin, maksudnya anda malas. Maka kemiskinan relatif Melayu dinisbahkan kepada sikap malas yang dikatakan lebih lazim dalam kalangan orang Melayu. Orang kita dipupuk agar mengambil bangsa Jepun dan Korea sebagai suri teladan untuk menangkis sikap malas Melayu. Dakwaan yang cuba mengaitkan bangsa X dengan sifat malas dan bangsa Y dengan sifat rajin adalah berpandukan kepalsuan sains belaka. Dalam kalangan orang Jepun juga ada ramai yang malas sebagaimana dalam kalangan orang Korea ramai yang kuat berhasad dengki. Orang Siam juga pakai bomoh, bukan Melayu sahaja. Sikap malas, rajin, atau tekun ialah sifat manusia tidak kira genetik. Ia bukan cultural trait yang eksklusif kepada sesuatu bangsa seperti han (orang Korea) atau haji (orang Jepun). Kebangkitan semula bangsa tidak berlaku dengan bangsa X meniru bangsa Y; kebangkitan semula bangsa hanya akan berlaku apabila sesebuah bangsa itu membina semula jati diri yang telah hilang dimamah penjajah. Petikan ‘Dig into the past to find the future’ ialah suatu ilham dan proses bagi mana-mana bangsa untuk bangkit semula. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 1

7

Orang Korea tidak bangkit dengan merujuk sumber luar, begitu juga halnya dengan orang China. Sebaliknya orang China mula menerokai khazanah budaya mereka sebelum komunisme iaitu Konfusianisme. Donald Trump juga tidak ada sebut hendak meniru mana-mana bangsa luar untuk ‘Make America Great Again’. Mereka hayati kembali nasionalisme ekonomi (economic nationalism) yang dipelopori oleh Alexander Hamilton. Tahun ini genap 150 tahun sejak Pembaharuan Meiji tercetus yang memangkinkan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar dunia. Jepun merupakan antara negara yang terkenal dengan kebolehan melakukan modernisasi tanpa melalui pembaratan (modernization without Westernization). Mesej di sini bukanlah untuk menyeru orang kita supaya meniru Jepun tetapi supaya kita ambil iktibar. Bagaimanakah Jepun dapat melakukan transformasi tanpa membuang identiti sendiri?

Sebelum Pembaharuan Meiji, sudah ada gerakan pencarian jati diri dalam kalangan masyarakat Jepun yang dikenali sebagai Kokugaku (国学). Kokugaku ialah satu gerakan intelektual untuk mendefinisi semula kejepunan. Orang Jepun mulai sedar, mereka sebenarnya menjadi mundur dan terpencil disebabkan penyingkiran jati diri sebagai bangsa pulau (shimaguni) yang terbuka dan dinamik, dan kerana meniru budaya China yang tidak menepati fitrah orang Jepun. Oleh 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

8

KEPEN T I N G A N JAT I D I R I M E L AY U DALA M K E BA N G K I TA N BA N G S A M E L AY U

itu, berlakulah gerakan untuk memurnikan budaya Jepun dan menamatkan dasar tutup pintu yang telah diamalkan selama 200 tahun. Hasilnya, terciptalah rumus wakon yousai (和魂 洋才) – Japanese spirit, Western ingenuity. Kebangkitan bangsa tidak akan berlaku dengan mantera “Melayu malas” atau “Melayu harapkan tongkat”. Anda nilaikan, adakah keadaan bangsa telah berjaya diperbaiki dengan laungan ungkapan sebegini selama berdekad-dekad? Adakah anak-anak kita akan jadi lebih bermotivasi jika setiap hari diberitahu bahawa mereka ini tidak berguna? Lebih malang lagi jika ia menyumbang kepada sikap benci diri (selfhating) yang kini berleluasa dalam kalangan orang kita. Mereka menjadi benci diri kerana bagi mereka – tiada apa yang boleh dibanggakan dengan identiti Melayu. Sejarah yang telah dicacatkan oleh penjajah menjadi punca kehilangan nilai diri (self-worth) dan seterusnya menyumbang kepada benci diri. Antara perkara pertama yang Park Chung-hee iaitu bapa pemodenan Korea Selatan lakukan selepas berkuasa adalah mendirikan monumen Jeneral Yi Shun Shin – wira yang mempertahankan Korea daripada serangan Jepun ketika Perang Imjin (1592-1598). Tujuannya adalah untuk membangkitkan semangat orang Korea untuk sama-sama mencipta ‘Miracle of the Han River’. Orang Korea bangkit bukan kerana sikap benci diri tetapi kerana mereka menemui sesuatu yang positif pada diri sendiri. Jika kita benar-benar hendak pandang ke Timur, kita tidak harus hanya memandang perkara-perkara yang terlihat secara luaran (superficial) semata-mata. Di samping mencontohi ketepatan waktu, kerajinan bekerja, dan kebersihan yang 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 1

9

ditampilkan bangsa Jepun, kita hendaklah mencontohi semangat mereka dalam mencari jati diri. Tindakan ini bukan romantisme tetapi penemuan diri (self-discovery). Saya menulis panjang-panjang begini bukan kerana hendak ambil hati Melayu atau ‘masuk’ Melayu; saya cuma hendak menyeru: berbanggalah dengan dirimu, berbanggalah dengan warisanmu. Budaya dan nilai hidup bukanlah penghalang kepada kemajuan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

10

BAB 2: MELAYU: ETNIK, ISLAM, BANGSA DAN PERLEMBAGAAN

R

amai dalam kalangan kita mungkin terkeliru dengan istilah ‘Melayu’ mengikut konteks perbincangan seperti di bawah: i. Melayu sebelum dan selepas Islam ii. Austronesia dan bangsa Melayu iii. Melayu sebagai sebuah etnik Ya, ingin ditegaskan di awal perbincangan ini bahawasanya definisi ‘Melayu’ berubah-ubah mengikut konteks seperti tempat, sejarah, dan skop yang mahu diulas. Namun, sebelum kita menerjah masuk ke topik yang lebih luas, moleklah kiranya kita dalami dahulu asal-usul Melayu dalam sejarah. Antara rekod terawal yang mencatatkan nama Melayu dalam sejarah ialah peta yang dilukis oleh Ptolemy seawal tahun 150 Masihi, iaitu kira-kira 150 tahun selepas kelahiran Nabi Isa dan kira-kira 400 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah. Dalam peta itu, terdapat bahagian dalam semenanjung yang digelar Μαλεου Κώλον atau Meleu-Kolon. I-Ching, seorang sami Buddha daripada Dinasti Tang pernah direkodkan menulis tentang sebuah kerajaan bernama Melayu dalam pengembaraan beliau menuntut ilmu yang berkaitan dengan agama Buddha. Catatannya adalah seperti berikut: 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 2

11

‘…[T]iba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu…’

Selain nama yang digunakan oleh I-Ching, Bok-la-yu, Mokla-yu, Ma-li-yu-er, dan Oo-lai-yu merupakan nama-nama yang digunakan oleh orang Cina untuk merujuk kepada kerajaan Moloyu mengikut pelat orang Cina sendiri. Tomé Pires yang tinggal di Melaka sejak tahun 1512 hingga tahun 1515 merujuknya sebagai Terra de Tana Malaio1. Nama tanah Melayu juga disebut dalam Hikayat Hang Tuah iaitu sewaktu Hang Tuah ditanya ke manakah beliau akan pergi setelah dihalau keluar dari Melaka dan bersiap untuk merantau ke Inderapura, . Mpu Prapanca, seorang pemuisi Jawa di kraton Majapahit melalui karyanya bertajuk Desawarnama (1365) telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenal pasti sebagai tanah orang Melayu iaitu Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu. Sebuah kerajaan Jawa bernama Singhasari (1222-1292) pernah melakukan ekpedisi untuk menundukkan sisa-sisa empayar Melayu Srivijaya melalui Dinasti Mauli, dan ekpedisi itu dinamakan Ekpedisi Pamalayu. Dalam prasasti yang memahatkan kisah ekpedisi Singhasari yang diarahkan oleh raja yang bernama Kertanegara ini, ada bait-bait yang harus dikenang oleh bangsa Melayu – nama 1 Terra de Tana Malaio (Portugis) bermaksud ‘Territory of Tana Malaio’ (Inggeris).

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

12

MELAY U : E T N I K , I S L A M , BA N G S A DA N PE R L E M BAG A A N

bangsa ini sudah masyhur sehingga terpahat pada batu bersurat. Berikut merupakan petikan daripada prasasti yang bertarikh 1286 Masihi itu. ‘Semoga hadiah itu membuat gembira segenap rakyat di bhūmi mālayu…’ (Prasasti Padang Roco)

Bahkan dalam salah satu bahasa Austronesia (keluarga yang menempatkan Bahasa Melayu) iaitu Tagalog, ‘Malayo’ bermaksud ‘jauh’ dan diambil daripada kata dasar ‘layo’ atau ‘layoh’, iaitu kognat kepada perkataan ‘jauh’ dalam bahasa Melayu. ‘Malaya’ pula dalam Tagalog bermaksud ‘bebas’, datang dari ‘laya’ iaitu kognat kepada kata dasar ‘layar’ dalam bahasa Melayu. Sekarang, kita sudah sudah menyusuri secara ringkas asalusul kewujudan nama Melayu dalam sejarah. Seterusnya, kita perlu memahami setiap pengertian kata ‘Melayu’ berpandukan lensa yang digunakan untuk perbincangan yang melibatkan Melayu. Semangat Kebangsaan Melayu dan Islam Semangat kebangsaan tidak menjadi masalah dalam agama Islam. Sentimen ini sejajar dengan pandangan Ibnu Khaldun, sarjana Islam terkenal ketika abad ke-14, yang membahaskan bahawa semangat sayangkan bangsa adalah fitrah bagi manusia. Beliau mengumpamakan semangat nasionalisme ini sebagai alat kelamin buat manusia; tubuh seorang manusia tidak lengkap tanpanya, dan andai digunakan untuk tujuan yang haram maka ia akan menjadi salah manakala andai digunakan untuk tujuan yang baik maka ia boleh memberi manfaat. Begitulah fungsi nasionalisme buat bangsa. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 2

13

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa semangat nasionalisme Melayu yang wujud hari ini adalah didorong oleh kedatangan Islam. Setiap bangsa mempunyai fasa tertentu dalam sejarah apabila mereka menanggapi diri mereka sebagai negara bangsa dan umat yang satu. Bukan itu sahaja, apabila Islam datang menyapa bangsa kita, orang Melayu telah meninggalkan amalan pra-Islam mereka seperti yang dibahaskan oleh al-Attas. Budaya, bahasa, sistem tulisan, dan corak pemikiran orang Melayu dipengaruhi dan dibentuk mengikut acuan Islam. Justeru, bagi Melayu moden hari ini, jati diri yang dimiliki adalah berkat kedatangan Islam. Islam juga mengetengahkan ciri-ciri kebangsaan yang berikut dalam kalangan orang Melayu: i. ii. iii.

Orang Melayu percaya bahawa sifat sayangkan bangsa dan tanah air merupakan fitrah, namun fitrah ini tidak harus menandingi ketinggian agama. Apabila timbul persoalan melibatkan pertembungan antara agama dengan bangsa, Melayu harus memilih agama mengatasi bangsa. Bangsa Melayu tidak punyai masalah untuk menerima bangsa lain sebagai sebahagian daripada bangsa Melayu sekiranya Islam dijadikan asas kebangsaan. Semangat kebangsaan Melayu tidaklah sesempit pandangan asabiyah terjemahan Barat. Perpaduan yang wujud dalam kalangan bangsa Melayu itu sendiri tidak terhad kepada wilayah alam Melayu, malahan, menjangkaui saudara-saudara seagama yang menganut agama Islam. Semangat kemelayuan tidak menghakis ukhwah sesama orang Islam. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

14

MELAY U : E T N I K , I S L A M , BA N G S A DA N PE R L E M BAG A A N

Istilah ethnoreligious adalah penting untuk difahami apabila membicarakan perihal Melayu dan Islam. Sesebuah kumpulan etnik yang diikat dan disatukan oleh kepercayaan dan agama yang sama boleh dikatakan sebagai etnik atau bangsa yang ethnoreligious. Jika mereka tidak memeluk agama tersebut, maka terlucutlah nama bangsa yang asalnya dipegang di sudut undang-undang. Bangsa Melayu di Malaysia boleh dianggap sebagai kumpulan ethnoreligious. Andai seseorang itu tidak beragama Islam, maka terlucutlah kelayakannya untuk bergelar ‘Melayu’ di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana halnya dengan Melayu Kristian misalnya. Jawapannya jelas. Sebagai sebuah kumpulan ethnoreligious, golongan yang bukan Islam tidak lagi bergelar sebagai Melayu sekalipun mereka Melayu secara genetiknya. Faktor ethnoreligious inilah yang mewujudkan frasa ‘masuk Melayu’ apabila seseorang itu masuk Islam. Ciri ethnoreligious tidak terhad pada bangsa Melayu sahaja. Aceh adalah suku dalam rumpun Melayu yang definisi bangsanya turut terikat pada agama. Seseorang harus beragama Islam kalau mahu digelar sebagai bangsa Aceh. Mana-mana orang Aceh yang murtad tidak lagi layak bergelar orang Aceh. Orang Yahudi juga antara contoh kumpulan ethnoreligious yang paling lama bertahan di dunia dan yang paling tertutup, seperti agama mereka iaitu agama Yahudi (Judaism) yang sangat eksklusif. Selain itu, untuk bergelar bangsa Serbia, seseorang bukan sahaja perlu berbahasa Serbia tetapi juga perlu mengamalkan mazhab Ortodoks Timur Serbia, dan memperakui sebuah detik di mana Serbia berjaya mengalahkan Turki dalam Pertempuran Kosovo 1389 yang dikenali sebagai Kosovo Myth. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 2

15

Fenomena serupa juga turut berlaku pada saudara Slavik Serbia iaitu Croat (etnik Luka Modrić2) yang menuntut seseorang menjadi penganut ajaran Katolik Rom (Roman Catholic) untuk bergelar bangsa Croat. Orang Bosnia pula ialah rumpun Slavik yang terikat pada agama Islam. Seseorang harus menjadi orang Islam sebelum memenuhi kriteria sebagai orang Bosnia yang sejati. Ini jugalah yang menimbulkan tragedi perpecahan Yugoslavia dahulu. Etnik atau bangsa Melayu, Aceh, Minangkabau, Hui (golongan minoriti Cina yang beridentitikan Islam), Uyghurs, Bosnia, Pashtuns, Maldives, Somali, Rohingya merupakan antara beberapa etnik atau bangsa yang meletakkan Islam sebagai sebahagian daripada definisi dan ciri-ciri bangsa berkenaan. Mengapa ciri ethnoreligious ini banyak terdapat dalam kalangan umat Islam? Mengapa banyak bangsa di dunia ini yang menggandingkan bangsa mereka dengan agama Islam? Jawapan kepada persoalan ini mudah; mereka sedar betapa pentingnya akidah. Salah satu cara untuk menjamin ketetapan akidah anak cucu mereka ialah dengan memastikan sesiapa yang mahu kekal dalam kalangan bangsa mereka perlu beragama Islam. Kita terhutang budi dengan ulama-ulama silam yang mendatangkan ilham ikatan antara bangsa dengan Islam. Di Malaysia, pemeliharaan agama Islam dilakukan dengan lebih teliti. Keislaman orang Islam di Malaysia dikhususkan dengan penetapan mazhab Syafie dan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah (al-Asy’ariyah dan al-Maturidiah) sebagai pegangan. Negara ini diasaskan dengan mazhab Syafie dan kekal dalam manhaj al-Asy’ariyah dan al-Maturidiah serta mengikut tassawuf Imam al-Ghazali. 2

Pemain bola sepak Croatia

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

16

MELAY U : E T N I K , I S L A M , BA N G S A DA N PE R L E M BAG A A N

Bersyukurlah jika kamu dilahirkan sebagai orang Islam, lebih-lebih lagi dalam kalangan bangsa yang telah diikat pada Islam. Jika kamu orang Melayu, kamu seharusnya bersyukur kerana bangsamu menjadikan Islam sebagai cara hidup (addin). Austronesia dan Bangsa Melayu Selepas memahami bagaimana definisi Melayu terbentuk sejurus kedatangan Islam, kita akan cuba kupaskan konsep bangsa Melayu dalam konteks yang lebih besar. Bagi memahami makna Melayu dalam konteks yang lebih luas, eloklah kita fahami perkara yang membentuk bangsa Melayu yang lebih luas ini iaitu gagasan Austronesia. ‘Austronesia’ adalah gabungan dua perkataan latin iaitu austro dan nesos, masing-masing bermaksud selatan dan pulau. Maka, Austronesia bermakna ‘pulau-pulau selatan’. Selain Austronesia, kita juga harus mengenali sebuah lagi istilah iaitu Melayu-Polinesia yang diperkenalkan oleh Wilhem von Humboldt. Bahasa Melayu ditempatkan dalam keluarga bahasa Austronesia bersama bahasa-bahasa seperti Jawa, Cham, Bugis, Hawaii, Maori, dan Malagasy yang berkait rapat secara linguistik seperti berkongsi kognat dan tatabahasa yang tidak jauh berbeza. Konsep the Malay race yang diperkenalkan oleh ahli antropologi Jerman bernama Johann Friedrich Blumenbach pula adalah konsep yang lebih ringkas untuk merujuk kepada orang-orang Austronesia. Sudah tentu kredit harus diberikan juga kepada Stamford Raffles – antara orang yang mengangkat bangsa Melayu melebihi taraf etnik; bangsa 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 2

17

Melayu membentuk sebuah negara bangsa yang bertulangkan bahasa Melayu. Kenapa nama Melayu yang dipilih sebagai nama umum untuk merujuk kepada bangsa ini? Hipotesis saya adalah kerana dalam banyak-banyak suku dalam keluarga Austronesia, orang Melayulah yang paling ke hadapan, menonjol, dan banyak berhubung dengan dunia luar, lantas menjadikannya lebih dikenali oleh bangsa asing terutama di Barat selain berpunca daripada kemasyhuran Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca dan ditutur oleh ratusan suku di nusantara. Idea yang dikemukakan oleh dua orang tokoh yang disebutkan di atas disambut oleh beberapa tokoh di Asia Tenggara dan dalam rumpun Austronesia sendiri. Seorang intelektual Filipina, Wenceslao Vinzons, menubuhkan organisasi Pan-Malayan Union atau Perhempoenan Orang Mellayoe pada tahun 1930-an untuk menggalakkan pengajian sejarah, tamadun, dan kebudayaan bangsa Melayu dan menyemai sentimen perpaduan dalam kalangan bangsabangsa berkulit sawo matang. Pan-Malayan Union atau Perhempoenan Orang Mellayoe oleh Wenceslao Vinzons ini turut melibatkan Presiden Filipina iaitu Diosdado Macapagal (1961-1965) dan juga Senator Ahmad Domocao Alonto. Jose Rizal, antara pencetus semangat nasionalisme Filipina, dicatatkan pernah menggerakkan sebuah gerakan yang berteraskan Melayu. Jose Rizal telah mengumpulkan seluruh anak ‘Melayu’ dari Filipina, Hindia Timur Belanda (Dutch East Indies), Semenanjung dan Borneo di sebuah kota bernama Paris. Revolusi pimpinan Jose Rizal ini sebenarnya mahu membebaskan seluruh bangsa Melayu daripada belenggu penjajah dan menubuhkan sebuah negara berpaksikan tamadun Melayu. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

18

MELAY U : E T N I K , I S L A M , BA N G S A DA N PE R L E M BAG A A N

Raja Kalakaua dari Hawaii ketika bertemu dengan Raja Chulalongkorn dari Thailand pada lewat bulan Mac tahun 1881 dengan bangganya mengatakan bahawa sesungguhnya orang Polinesia ini ada darah Melayu. Raja Thailand itu membalas, orang Thailand juga ada darah Melayu. Kemudian, ketika Raja Kalakaua sampai di Johor dan bertemu dengan Maharaja Abu Bakar, mereka saling menggambarkan diri mereka sebagai adik beradik Melayu yang terpisah. Pada kesempatan itu, Maharaja Abu Bakar menghadiahkan senaskah al-Quran kepada Raja Kalakaua. Melayu Malaysia dan Perlembagaan Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura. Terdapat satu puisi karya Usman Awang yang melakarkan konsep Melayu menurut perundangan Malaysia yang berbunyi: Melayu di tanah semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu, Malah muallaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 2

19

Saya cenderung kepada konsep Melayu yang dicatat oleh Hamka, ‘Melayu itu ialah mereka yang – berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu.’ Kesimpulan Saya kira, penjelasan mengenai konsep Melayu dari beberapa sudut setakat ini mampu meleraikan kekeliruan yang melanda sekiranya ada. Konsep Melayu itu berubah-ubah mengikut konteks. Sebagai seseorang yang percaya bahawa bangsa merupakan sebuah idea yang tidak pegun sebagaimana yang dibahaskan oleh sejarawan Nell Irvin Painter (race is a social construct), maka saya memilih untuk memandang bahawa tiada masalah dengan mana-mana takrif Melayu yang ingin dipegang. Sebagai contoh, orang Amerika hari ini adalah gabungan pelbagai keturunan seperti orang Ireland, Inggeris, Jerman, dan pelbagai bangsa yang datang dari Eropah. Namun, seiring dengan perubahan zaman, istilah bangsa asal masingmasing digantikan dengan bangsa baru yang wujud atas nama Amerika. Jadi, terma dan definisi Melayu itu berbeza mengikut skop dan konteks perbincangan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

20

BAB 3: POLEMIK TERMINOLOGI NAMA MELAYU

A

da yang begitu bermati-mati menafikan dan berhujah bahawa kerajaan Melayu sebelum Melaka bukanlah sebuah kerajaan beretnik Melayu, dan hal ini hanyalah kerana definisi Melayu ketika itu tidak setara dengan definisi yang diguna pakai oleh Melaka. Izinkan saya untuk menyangkal dakwaan sedemikian dengan hujah-hujah yang dibentangkan di bawah. Kadang-kala isu terminologi ini terlalu diperbesarkan. Ya, istilah ‘Melayu’ mula menjadi nama sebuah bangsa seperti hari ini bermula di zaman Melaka. Ini tidak bermakna ia adalah salah untuk meletakkan kerajaan-kerajaan sebelum Melaka itu sebagai kerajaan etnik Melayu. Sekalipun nama Melayu itu bermula dengan nama tempat atau kerajaan, lalu berevolusi menjadi sebuah nama bangsa, ia tidak menafikan bahawa penduduk yang membina kerajaan itu ialah orang Melayu dari segi genetik dan keturunan mereka. Sebagai contoh, asal usul nama ‘Korea’ ialah ‘Corea’ iaitu panggilan yang digunakan oleh orang Inggeris untuk merujuk kepada sebuah kerajaan Korea bernama Goryeo. Nama Goryeo pula sudah terlebih dahulu digunakan oleh Marco Polo dalam pengembaraannya. Goryeo ialah sebuah kerajaan bersatu Korea yang menyatukan seluruh Semenanjung Korea sepanjang 918–1392 Masihi. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 3

21

Korea ketika zaman tiga kerajaan.

Sejarawan tetap menggelar kerajaan yang wujud sebelum Goryeo sebagai kerajaan yang beretnik Korea. Andai disusuri lebih jauh ke belakang, nama Goryeo menunjukkan perkaitan dengan sebuah kerajaan Korea bernama Goguryeo, yang wujud dalam zaman tiga kerajaan Korea: Silla, Baekje, dan Gorguryeo. Adakah kerana nama bangsa Korea hari ini terbit dari nama Goguryeo, maka kita hendak menolak Silla dan Baekje? 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

22

POLEM I K T E R M I N O LO G I NA M A M E L AY U

Kerajaan legenda Korea, Gojoseon.

Selain itu, tahukah anda bahawa orang Korea turut memanggil diri mereka Hanguk?,Nama Hanguk pula mempunyai kaitan dengan era sebelum zaman tiga kerajaan Korea iaitu Era Samhan. Tetapi terdapat kerajaan Korea yang berusia lebih awal daripada Era Samhan yang dianggarkan sekitar abad pertama sebelum Masihi. Persoalannya, adakah kerajaan Jin dan Gojoseon yang tersohor itu tidak layak digelar kerajaan (etnik) Korea hanya kerana pada masa itu definisi Korea tidak seperti yang kita fahami hari ini? Harus diingat, ciri-ciri bangsa bukan hanya tertumpu kepada nama tetapi kepada genetik, budaya, bahasa, malahan warna kulit juga. Definisi Melayu yang kita pegang hari ini disumbangkan oleh Melaka. Sebelum Melaka, nama Melayu mungkin merujuk kepada kerajaan ‘Malayu’, atau juga kepada ‘Malayur’ iaitu satu kata Tamil yang bermaksud ‘kawasan bergunung’ 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 3

23

Dinasti Qin

untuk menyifatkan bentuk muka bumi semenanjung, atau juga mungkin merujuk kepada perkataan yang muncul dari Austronesia iaitu ‘Malaya’ yang bermaksud ‘bebas’. Kembali mengambil contoh asing, nama Cina dan China hari ini adalah bermula dengan Dinasti Qin iaitu sebuah dinasti yang menyatukan seluruh China buat pertama kalinya dalam sejarah. Adakah ini bermaksud bahawa kerajaan-kerajaan sebelum terbitnya nama Cina ini bukanlah milik orang Cina? Tentu sekali silap. Peradaban Cina yang berusia beribu tahun sebelum Dinasti Qin tetap milik orang Cina. Begitu juga dengan panggilan Cina Han yang banyak digunakan oleh orang Cina hari ini – datangnya dari Dinasti Han. Adakah kerajaan sebelum Dinasti Han bukan milik orang Cina Han? Jawapannya sudah terang lagi bersuluh. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

24

POLEM I K T E R M I N O LO G I NA M A M E L AY U

Ayuh kita dalami pula asal usul nama Parsi atau Persian itu sendiri. Hari ini, Persian merujuk kepada orang Iran. Banyak kerajaan agung di wilayah Iran dan Iraq pada zaman purba dikenali sebagai kerajaan Parsi pada hari ini. Dinasti Achaemenid dan Dinasti Sasanid merupakan contoh peradaban yang hebat yang bangkit di tanah yang berjiran dengan Mesopotamia ini. Asalnya nama Parsi ini berkait dengan nama sebuah wilayah di Iran yang bernama Persis. Namun, pemaknaan terma Parsi ini berubah merentasi zaman. Misalnya, sejarawan Islam seperti al-Masudi menamakan beberapa suku kaum di Iran sebagai orang Parsi. Nama moden Parsi hari ini iaitu Iran pula datang dari perkataan baru dalam bahasa Parsi yang merujuk kepada ‘aryānām’ (bahasa Proto-Iranian), yang bermaksud orang Aryan. Makna Iran hari ini boleh dianggap sebagai tanah orang Aryan. Namun begitu, terma ‘orang Aryan’ ini merangkumi kumpulan manusia yang sangat besar. Penduduk India Utara pada hari ini kebanyakannya datang dari satu rumpun dari Iran iaitu Indo-Aryan. Dengan contoh-contoh ini, kerajaan terdahulu sebelum era Melaka layak dan wajar dipanggil kerajaan Melayu. Tidak kiralah apa jua nama terdahulu yang digunakan, konsep dan entiti yang dimaksudkan tetap serupa. Penentangan terhadap penggunaan nama Melayu ini sekadar dibangkitkan golongan yang alah pada Melayu dan yang tidak memahami bagaimana nama Melayu itu berkembang mengikut arus zaman. Ditegaskan, kerajaankerajaan sebelum Melaka yang ditubuhkan oleh etnik Melayu, meskipun ketika itu definisi Melayu belum jelas dan lengkap seperti zaman Melaka, tetap patut diakui sebagai sebuah kerajaan Melayu. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

25

BAB 4: BAHASA MELAYU TIDAK WUJUD SEBELUM ABAD KE-17? Artikel bonus daripada Nizam GTZ

K

elakar bukan tajuk bab ini? Ia ibarat menafikan kewujudan bangsa Melayu sebelum kurun ke-17M, dengan anggapan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa termuda dalam keluarga bahasa Austronesia. Begitulah hujah seorang pejuang sejarah dari seberang kerana menurut anggapannya, bahasa Melayu itu tidak wujud kerana tiada etimologi berkenaan terma Melayu secara bertulis yang menyatakan wujudnya nama bahasa ‘Melayu’. Individu itu mengeluarkan hujah berdasarkan teks Lontara Sunda yang berjudul Sang Hyang Siksakandang Karesian, yang ditulis pada tahun 1518M. Dalam teks Sang Hyang Siksakandang Karesian, bab 20 jelas menyenaraikan namanama bahasa lain selain yang terdapat di Sunda. Bahasa-bahasa disenaraikan mengikut geografi asal seperti bahasa Pahang, bahasa Andalas, bahasa Minangkabau dan sebagainya. Jadi, untuk menjatuhkan prestij bahasa Melayu, mereka terusterusan menafikan kewujudan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan kerana tidak disebutkan nama bahasa ini sebagai bahasa Melayu dalam naskhah tersebut. Oleh itu, menurut orang itu lagi, bahasa Melayu tidak wujud dengan nama Melayu, tetapi dinamakan mengikut nama kawasan geografi. Umum diketahui bahawa penulisan Melayu klasik tertua yang masih tersimpan rapi ialah dua pucuk surat daripada Sultan Hayat Ternate kepada Raja 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

26

BAHA S A M E L AY U T I DA K WU J U D S E BE LU M A BA D KE - 1 7 ?

Portugal pada tahun 1521 dan 1522M. Namun begitu, isi surat tidak menyatakan dalam bahasa apakah surat itu ditulis, dan ini menyebabkan pengulas tersebut meyakini bahawa bahasa yang digunakan untuk menulis surat tersebut ialah bahasa Ternate. Ia merupakan sesuatu yang pelik kerana bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda Ternate, dan bahasa Ternate dikelaskan sebagai bahasa Papua Barat, bukan bahasa Melayu-Polinesia. Pada zaman moden ini, bahasa Ternate menjadi lingua franca di utara Kepulauan Maluku, dan bukan bahasa Melayu. Apa yang menjadi asas kepada hujahnya adalah: nama bahasa Melayu tidak tercatat dalam mana-mana naskhah pada abad ke-15M atau lebih awal seperti naskhah Sang Hyang Siksakandang Karesian (naskhah ini ditulis pada awal abad ke-16M). Bukankah ia sesuatu yang menghairankan apabila kita berhujah, jika tiada nama bahasa direkodkan, bahasa itu tidak wujud. Zaman dahulu orang tidak memanggil ‘bahasa Melayu Kelantan’, tetapi hanya ‘bahasa Kelantan’, mengikut hujah pengulas tersebut. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 4

27

Adakah benar nama bahasa Melayu tidak pernah dicatatkan sebelum kurun ke-17M, iaitu sebelum ahli linguistik meletakkan ia sebagai bahasa Melayu-Polinesia (sedangkan permulaan pembahagian bahasa mengikut keluarga ini pun hanya dimulakan pada tahun 1706M (kurun ke-18M) oleh Adriaan Reland, pengkaji berbangsa Belanda)? Bahasa Melayu sebenarnya telah tercatat sebagai bahasa pada zaman dahulu – malah bukan sekadar sebagai bahasa, tetapi telah menjadi lingua franca sejak Srivijaya menjadi empayar Melayu yang menaungi hampir seluruh kawasan kepulauan ini. Bahasa Melayu digunakan secara meluas sejak zaman dahulu. Petunjuk pertama yang menyokong kewujudan bahasa Melayu sejak sekian lama ialah surat-surat lama seawal abad ke-16M (Zaman Klasik) kepada tamadun luar, yang kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu. Bukan hanya kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung dan Sumatera sahaja yang berinteraksi dengan kerajaan luar dengan menggunakan bahasa Melayu, tetapi seluruh Nusantara ini juga. Surat terawal yang masih terpelihara ialah surat Baginda Sultan Abu Hayat dari Kesultanan Ternate kepada Raja Portugal pada tahun 1521-1522 dengan menggunakan aksara jawi dan surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602) dan Surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh kepada Raja England, King James I (1615). Seterusnya, surat Pangeran Arya Upapati di Banten kepada Kapitan Belanda di Jayakarta (1619) juga ditulis dalam bahasa Melayu beraksara jawa dan ini menunjukkan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca pada masa itu. Surat-surat lain berbahasa Melayu ialah surat La Patau Paduka Sri Sultan Idris Azim-uddin dari Bone kepada Jeneral Willem van Outhoorn (1697), 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

28

BAHA S A M E L AY U T I DA K WU J U D S E BE LU M A BA D KE - 1 7 ?

Prasasti Pengkalan Kempas

surat Sultan Kecil Anak Sungai dari Bangkahulu kepada Richard Farmer (1718), surat Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Permaisura dari Brunei kepada Kapten Inggeris di Jambi (kurun ke-17), surat Raja Muda Maguindanao kepada King George III dari Great Britain (1775), dan surat Pangeran Nata Negara dari Madura kepada Kapten James Clark (1815). Selain surat-surat dari negeri-negeri Melayu di Semenanjung yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ibunda, bahagian-bahagian lain di Kepulauan Melayu seperti di Tidore, Jawa, dan Madura juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan dan menukilkan ayat-ayat yang indah dalam karangan persuratan mereka. Melalui bahasa Melayu sebagai lingua franca, Stamford Raffles pada tahun 1809 menegaskan bahawa ‘Melayu’ ialah sebuah konsep negara bangsa, seiring dengan perkembangan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 4

29

pergerakan Zaman Romantisme Inggeris, selepas beliau mengikuti ekspedisi ke Pagarruyung. Raffles mengatakan bahawa Kerajaan Minangkabau ialah punca kuasa kerajaan. Dalam penulisan lain, Raffles menukarkan konsep ‘kerajaan’ kepada ‘bangsa Melayu’. Oleh itu, konsep Kepulauan Melayu yang dikembangkan oleh Wallace bukanlah ciptaannya semata-mata tetapi merujuk kepada hasil persuratan dalam bahasa Melayu yang digunakan secara meluas di seluruh kepulauan ini. Petunjuk kedua, kitab-kitab berkenaan agama Islam kebanyakannya diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Bukankah ini menunjukkan bahasa Melayu sebagai lingua franca yang penting? Kitab Aqa’id al-Nasafi yang terdapat dalam simpanan Prof. Diraja Ungku Aziz merupakan kitab berbahasa Melayu (diterjemahkan dari bahasa Arab) yang dianggap tertua yang masih terpelihara. Ia ditulis pada tahun 1509. Selain kitab, manuskrip Melayu klasik yang berjumlah lebih 12 000 kesemuanya di 14 buah negara yang ditulis di atas kulit kambing, gading, kertas, kain, ukiran kayu, buluh, lontar dan sebagainya dalam tulisan jawi juga menunjukkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan dan bahasa ilmu. Selain itu, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ilmiah dan bahasa pengantara dalam penyebaran agama Islam. Kitab-kitab karangan ulama Nusantara seperti al-Banjari, al-Sumatrani, al-Fothani, al-Falimbani, al-Raniri dan sebagainya ditulis dalam bahasa Melayu. Ini membuktikan penyebaran Islam berlaku dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berkesan memandangkan ia merupakan lingua franca di seluruh Kepulauan Melayu. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

30

BAHA S A M E L AY U T I DA K WU J U D S E BE LU M A BA D KE - 1 7 ?

Malah, St. Xavier Fernandes juga perlu menterjemahkan kitab-kitab agama Kristian ke dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang di kepulauan Melayu walaupun sasarannya ialah orang-orang di Makassar dan Maluku. Dengan petunjuk-petunjuk ini, jelaslah bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang terpenting di Kepulauan Melayu, dan penyebarannya yang meluas di seluruh Kepulauan Melayu menjadikan bahasa Melayu Klasik (kurun ke 15-19) bukan sekadar telah wujud, malahan menjadi bahasa terpenting dan lingua franca. Jadi, logikkah ketiadaan nama bahasa Melayu atau bangsa Melayu sebelum itu menyebabkan ia tidak wujud, dan hanya menggunakan nama geografi sahaja seperti bahasa Kelantan, bahasa Pahang dan sebagainya merujuk kepada naskhah klasik berbahasa Sunda iaitu Sang Hyang Siksakandang Karesian (1518), walaupun tiada rujukan silang dengan sumber lain? Amatlah pelik jika kita menulis surat dalam bahasa ibunda kita, tetapi menyatakan bahasa yang digunakan. Contohnya: “Kehadapan kekasihku yang kucintai, aku menulis surat ini dalam bahasa Melayu kerana aku sangat merinduimu.” Logikkah? Jadi, adakah kita perlu mengkaji penulisan luar kepada kita dalam mengenal pasti bahasa apa yang dituturkan oleh orang Melayu pada masa itu? Sebenarnya, ada rekod nama bahasa Melayu dalam penulisan pada tahun 1524, merujuk kepada perjalanan pada tahun 1521 oleh Antonio Pigafetta. Asal-usul bahasa Melayu wujud pada masa itu!

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 4

31

Dalam daftar perkataan dalam Vocaboli de Questi Popoli Mori, perkataan ke-334 ialah Al Parlare de Malaca— ‘Apakah bahasa orang Melaka’, dan Antonio Pigafetta merakamkan orang Melayu menyebutnya sebagai ‘chiara-malaiu’! Chiara Malaiu boleh jadi ‘bicara Melayu’. Jadi pada zaman itu, orangorang di Melaka dan sekitarnya bercakap ‘chiara malaiu’. Bukankah ia satu rekod yang menafikan dakwaan bahasa Melayu tidak wujud pada masa itu? Kemudian, karya Emanuel Godinho de Eredia yang berjudul Declaracam de Malaca e da India Meridional com Cathay yang bermaksud ‘penerangan berkenaan Melaka dan Meridional India dan Cathay’ telah ditulis pada tahun 1613 dan menerangkan dengan selengkapnya berkenaan bangsa Malaio dari Hujung Salang ke Teluk Ramunia di Selatan Johor (Ujong Tanah), Laut Melayu yang merangkumi Selat 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

32

BAHA S A M E L AY U T I DA K WU J U D S E BE LU M A BA D KE - 1 7 ?

Melaka dan Laut Cina Selatan hari ini, dan raja-raja Melayu. Ini bermakna, bangsa Melayu sememangnya telah direkodkan wujud sejak zaman dahulu lagi dan konsepnya telah dijelaskan oleh De Eredia pada tahun 1613, lebih 100 tahun sebelum Johann Friedrich Blumenbach menjumpai konsep “The Malay Race”. De Eredia ialah penulis Portugis yang dikatakan lahir dan menetap di Melaka sebelum menjelajah lautan untuk menulis. Jadi, sejarah bangsa kita janganlah sewenang-wenangnya dimanipulasi; ia telah direkodkan dalam pelbagai catatan dan kita masih tunggu ribuan lagi manuskrip Melayu untuk diterjemahkan. Sejarah kita tidak perlu direkayasa, ia telah wujud dengan gahnya walau di zaman penjajahan barat. Bangsa Melayu terus cekal dan wujud sehingga ke hari ini.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

33

BAB 5: BAHASA MELAYU TIDAK ADA PRESTIJ? Artikel bonus daripada Nizam GTZ

S

empena Bulan Bahasa Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengeluarkan beberapa perkataan baharu dalam bahasa Melayu yang selaras dengan kemodenan dunia – kebanyakannya berkaitan teknologi terkini. Antara perkataan baharu yang digariskan oleh DBP pada tahun 2017 lalu ialah swafoto (selfie), tular (viral), hantaran (posting), pesan hantar (dropship), tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending), iklan acah (teaser), dan makanan cekut (finger food). Pada tahun 2018 ini, DBP mengeluarkan lagi beberapa perkataan yang seperti tunafoto (photobomb), swafoto maut (killfie), meridap (nap) dan kata pikat (pickup-line). Malangnya, perkataan tunafoto yang disenaraikan oleh DBP sebagai gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil gambar dikaitkan dengan ikan tuna dan dijadikan bahan gurauan oleh page picisan di Facebook. Perkataan tuna dalam bahasa Melayu telah lama digunakan dalam karyakarya kesusasteraan Melayu lama. Keindahan bahasa Melayu melalui sastera lama memang tidak dapat disangkal lagi dan kita seharusnya menyokong kebangkitan semula (revival) perkataan-perkataan Melayu klasik ini dalam penggunaan seharian. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

34

BAHA S A M E L AY U T I DA K A DA PR E S T I J ?

Bahasa Melayu bukanlah bahasa picisan; zaman-berzaman bahasa Melayu berkembang selari dengan kemajuan dunia dan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perhubungan dalam dunia maritim, bahasa penyatuan 14 000 gugusan pulau Hindia Timur Belanda, dan salah satu bahasa yang digunakan di kota suci Mekah al-Mukarramah. Betapa global dan tingginya nilai bahasa yang memiliki julah penutur kelima terbanyak di dunia ini. Bahasa Melayu ialah bahasa yang berprestij. Tindakan memperlekeh bahasa Melayu ialah sesuatu yang tidak dialualukan. Sejak British menjajah kita, bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa rasmi Syarikat Hindia Timur British dan bahasa kedua di Tanah Melayu, bukan bahasa rasmi Tanah Melayu. Untuk urusan perhubungan dengan kerajaankerajaan yang sangat banyak di seluruh kepulauan Melayu, British dan koloni-koloni Eropah yang lain perlu menulis dalam bahasa Melayu dan dibalas dalam bahasa Melayu klasik yang tinggi nilai kesusasteraannya. Semasa Perang antara British dan empayar Perancis (di bawah Napoleon), Belanda secara rasminya telah diserap ke dalam empayar Perancis menyebabkan seluruh kepulauan Hindia Timur Belanda menjadi sebahagian daripada milik Perancis. Kelonggaran Perancis mentadbir Hindia Timur Belanda menyebabkan British dapat menakluki seluruh kepulauan tersebut, dan pada tahun 1811 menduduki Batavia (Betawi atau Jakarta). British menulis Perisytiharan Pendudukan dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris, bukan bahasa Sunda atau bahasa Belanda. Sir Stamford Raffles ketika itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk menukilkan perisytiharan tersebut kerana bahasa Melayu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 5

35

telah menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu pada masa itu. Seharusnya, kita mempertahankan bahasa kita dan meletakkannya di suatu takat tertinggi dalam penggunaannya, apatah lagi dengan sifatnya sebagai bahasa yang paling mudah berasimilasi dengan bahasa lain. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa terpenting dalam penyebaran agama Hindu-Buddha semasa agama tersebut menyusup ke seluruh bahagian timur bumi, menerusi kempen atau ikutan ‘Selatanisasi’ yang dipopularkan oleh tamadun Gupta. Kebanyakan biksu-biksu Buddha yang merentasi Kepulauan Sriwijaya pasti mempelajari bahasa tempatan (semestinya bahasa Melayu) demi mendalami ajaran Buddha kerana kebanyakannya ditulis dalam bahasa Melayu ketika itu. Bahasa Melayu juga telah berkembang dan mencapai kemuncak prestijnya semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kurun ke-19 dengan mengharungi zaman klasiknya yang tersendiri. Bahasa Melayu Klasik merupakan sebuah bahasa yang bermutu tinggi. Ia sezaman dengan Era Romantik British, dan Era Romantik Melayu ini juga menampilkan kehalusan bahasa dan ketinggian nilai dalam bahasa Melayu yang digunakan di zaman itu. Menurut Encyclopedia.com: ‘Classical language is a prestigious, often ancient language, such as LATIN or SANSKRIT, or a variety of a language, such as classical GREEK. Such a language is usually learned formally, is often a yardstick against which other languages are measured, and may be a norm in terms of which they are described. Classical languages are often contrasted with VERNACULAR languages, in 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

36

BAHA S A M E L AY U T I DA K A DA PR E S T I J ?

a relationship of ‘high’ to ‘low’. They have traditionally provided models for successor or dependent languages, especially for styles of verse and prose, literary genres, grammatical descriptions, pronouncements on usage, and philosophical and other texts. They have a body of literature, usually preserved in manuscript form and organized into a canon which may be scriptural (as with Sanskrit and Arabic), secular or secularized (as with classical Greek), or a mixture of these (as with Latin). The evaluation is often historical, made by later generations, and in many instances a certain period in the history of such a language has been regarded as a golden age.’

Bahasa Melayu Klasik juga mempunyai nilai kesusasteraan tersendiri yang menarik, dan ada perbezaan dengan bahasa Melayu vernakular. Terdapatnya keunikan dalam struktur bahasa dan keindahan nilai estetika padanya, malahan zaman keemasan Bahasa Melayu Klasik bukan hanya mengambil tempat di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa kehadiran imperialis Barat, karya-karya dalam bahasa Melayu Klasik terus dihasilkan dan kini lebih 12 000 manuskrip Melayu telah dikesan berada di seluruh dunia, menanti untuk diterjemahkan. Bahasa Melayu seharusnya dibiarkan mandiri dalam pembelajaran Sains dan Matematik, seperti bahasa Melayu yang digunakan dalam kitab-kitab pengajian agama di Tanah Melayu suatu masa dahulu. Bahan-bahan rujukan berbahasa Melayu perlu dihasilkan dengan lebih banyak atau diterjemahkan, kerana ia dapat membantu negara memajukan lagi teknologi kita, seperti yang berlaku sepanjang zaman kegemilangan tamadun Melayu di zaman pertengahan dahulu. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 5

37

Pada pendapat penulis, tindakan memperkecilkan kemampuan bahasa Melayu dalam subjek sains dan teknologi adalah mendukacitakan. Setelah lebih kurang 10 tahun pelaksanaan PPSMI dan MBMMBI, hari ini kita dapat lihat lahirnya generasi yang mempersendakan bahasa Melayu dan memandang enteng usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Generasi kini mungkin tidak tahu betapa sukarnya kita untuk bebas daripada saka-saka peninggalan penjajah apabila bahasa Melayu masih lagi tidak digunakan sebagai bahasa ilmu di era 60-an. Penyata Rahman Talib yang disemak pada tahun 1961 berjaya mengangkat kembali bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu secara keseluruhan, selaras dengan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Seharusnya, kita mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa berprestij tinggi dan meletakkannya setaraf dengan bahasa-bahasa penting di dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Arab, dan bahasa Sepanyol. Marilah kita memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di tahap tertinggi dengan menggunakan istilah bahasa Melayu yang betul dalam setiap hantaran kita di Facebook, blog, laman sosial yang lain, dan sudah tentu, dalam kehidupan seharian kita. Jadikannya satu amalan. Sesungguhnya bahasa melambangkan bangsa. Rosak bahasa, rosaklah bangsa. Tanda Pagar: #BahasaJiwaBangsa

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

38

BAB 6: MALAIUR MANIKAM: BERTAUBATLAH WAHAI UTHAYA SANKAR SB

K

ononnya, isu sensitif yang disentuh oleh Uthaya Sankar SB adalah perlu untuk memastikan perpaduan di Malaysia ini kukuh. Demikianlah dakwaan yang dibuat oleh hamba Tuhan yang bergambar ala-ala Gandhi, dengan tidak berambut, berkaca mata, dan merenung tajam itu. Dengan penampilan begitu, barangkali difikirkannya dapat menutup cela intelektualnya. Pepatah Inggeris menyebut, ‘janganlah menilai sebuah buku berdasarkan kulitnya’. Cubaan penulis ini untuk kelihatan intelektual mungkin hanya menjadi secara luaran tetapi isi bukunya yang menyentuh perihal bangsa Melayu itu sendiri menggagalkan usaha ini sama sekali. Uthaya Sankar, anda membuatkan saya berasa terpanggil untuk membidas anda terutamanya dalam bab yang berkaitan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

39

sejarah Melayu. Sebarang usaha untuk melemparkan tahi ke atas sejarah bangsa saya akan menyaksikan saya hadir untuk membersihkannya, tidak kiralah jika anda ini sebangsa dengan saya, berketurunan India, Cina, atau dari suku-suku lain sekalipun dalam kategori bumiputera itu sendiri. Baik, ada beberapa bahagian dalam buku ini yang perlu saya sentuh kesalahan faktanya. Maka, saya akan bahagikan artikel ini kepada beberapa bahagian yang akan saya namakan bersempena dengan nama bab khusus dalam buku itu. Selamat mengembara dan menyelami bidasan demi bidasan terhadap penyelewengan sejarah Melayu yang dilakukan Uthaya Sankar. Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia Saya mengesan cubaan Uthaya Sankar SB untuk merogol sejarah Melayu melalui bab yang dinamakan Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia yang dimulakan dengan pendahuluan berikut: Hang Tuah yang khabarnya berketurunan Bugis dipercayai pernah berkata bahawa: ‘Tak akan Melayu Hilang di Dunia!’

Nampaknya Uthaya Sankar lebih berhati-hati dan tidak sebodoh mereka yang lain di laman maya ini yang lebih suka mendakwa Hang Tuah bukan Melayu tetapi berbangsa Cina atau India. Nampaknya saudara lebih bijak apabila menyentuh bahawa Hang Tuah berketurunan Bugis. Mereka yang tidak mengetahui bahawa fahaman saudara adalah orang Bugis, Banjar, dan segala suku-suku kaum di Nusantara ini bukan sebahagian daripada Melayu tentu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

40

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

tidak akan nampak masalah dengan kenyataan itu. Saya begitu faham sekali mengapa mesej ‘berketurunan Bugis’ itu diketengahkan. Ya, saudara tidak mengiktiraf suku-suku ini sebagai Melayu. Izinkan saya untuk membuktikan kemelayuan Hang Tuah dengan memetik Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah vs. Samurai/Ronin Jepun. Maka titah Phra Chau, ‘Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.’ Maka kata Jepun itu, ‘Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.’ Hang Tuah sebagai ‘Hulubalang Melayu’ tiada dapat mendengar kata-kata yang keji di tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: ‘Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!’ Hang Tuah vs. Pendekar India. Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, ‘Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.’ Maka sembah pendekar itu, ‘Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patek.

Saya berharap dua petikan bersumberkan Hikayat Hang Tuah di atas sudah cukup untuk menceritakan kepada kita kemelayuan Hang Tuah. Sebagai seorang Bugis (menurut beberapa dakwaan), beliau tetap dirujuk sebagai seorang PENDEKAR MELAYU atau HULUBALANG MELAYU.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

41

Kisah Tentang Malayu Saya ringkaskan satu bab khusus di mana Uthaya Sankar cuba membicarakan sejarah Melayu dengan membawa kisah seperti berikut namun dengan fakta yang sesat! • • •

Etimologi Melayu dari Orang India Evolusi bahasa Melayu sebagai bahasa pasar Raja-raja Melayu berketurunan India

Etimologi Melayu dari Orang India. Petikan buku Malaiur Manikam: Dalam Bahasa Tamil, “Malaiur” bermakna “kawasan berbukit-bukau”. Nama “Malayadvipa” (kepulauan berbukit-bukau) digunakan dalam teks Vayu Purana dari India untuk merujuk kepada suatu kawasan di Kepulauan Melayu. Istilah Sanskrit “Malayakolam” dan “Malaikurram” turut pernah digunakan pada masa silam. Wilayah berkenaan turut direkodkan sebagai “Malaiyur” apabila dikuasai Empayar Chola.

Pertama, dakwaan Uthaya Sankar yang membangkitkan bahawa asal usul perkataan Melayu itu dari orang India semata-mata adalah tidak logik sama sekali. Sebab apa? Saya berpendapat bahawa saudara Uthaya Sankar agak berat sebelah dalam membincangkan etimologi kata ‘Melayu’ yang sebenarnya. Saya tidak menolak teori etimologi yang dibangkitkan olehnya tetapi nama ‘Malayu’ bukan wujud hanya dalam rujukan orang India sahaja. Antara rekod terawal mencatatkan nama Melayu dalam sejarah ialah peta yang dilukiskan oleh 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

42

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

Ptolemy seawal 150 Masihi, iaitu kira-kira 150 tahun selepas kelahiran Nabi Isa dan kira-kira 400 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah. Dalam peta itu, terdapat bahagian dalam semenanjung yang digelar sebagai ‘Μαλεου Κώλον’ atau ‘Meleu-Kolon’. Peta ini dijumpai dalam Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis dan perlu diketahui bahawa peta ini ditulis atas lakaran-lakaran peta purba yang sudah wujud jauh sebelum Ptolemy. Perkataan ‘Kolon’ itu sendiri sebenarnya bermaksud ‘sebahagian’. Maka, bolehlah kita simpulkan bahawa maksud ‘Meleu-Kolon’ dalam peta yang dilakar oleh Ptolemy itu mungkin membawa maksud ‘sebahagian daripada Melayu’ yang juga boleh dibaca sebagai ‘wilayah Melayu’, ‘kawasan Melayu’, dan juga ‘bahagian Melayu.’ Seperti yang kita sudah maklum, bahasa Melayu ialah sebahagian daripada keluarga bahasa Austronesia. Maka, adalah perlu bagi kita untuk merujuk kepada bahasa-bahasa dalam keluarga ini untuk mencari hubung kait dan mendalami maksud kata ini. Maksud yang dicari itu perlu membawa makna yang baik kerana orang Melayu tentulah memanggil nama bangsa sendiri dengan nama yang baik. Oleh itu, kami teliti bahasa-bahasa Austronesia yang bersaudara dengan bahasa Melayu kerana kami percaya, nama Melayu itu datang dari bahasa Proto-Melayu atau mungkin juga Melayu Kuno yang sudah pun pupus, tetapi masih boleh dijejak dalam bahasa-bahasa yang berkaitannya. ‘Malayo’ dalam bahasa Tagalog yang bermaksud ‘jauh’ mempunyai kata dasar ‘layo’ atau ‘layoh’, iaitu kognat kepada perkataan ‘jauh’ dalam bahasa Melayu. ‘Malaya’ pula dalam Tagalog bermaksud ‘bebas’, berakarkan perkataan ‘laya’, kognat kepada kata ‘layar’ dalam Bahasa Melayu. Terdapat 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

43

sejarawan luar yang mengatakan bahawa bahasa teknologi pelayaran lautan dipelopori oleh bangsa Melayu; maka tidak mustahil jika ‘Melayu’ adalah nama dalam bahasa Melayu kuno yang bermaksud ‘bangsa yang berlayar’. I-Ching, seorang sami Buddha dari Dinasti Tang pernah direkodkan menulis tentang sebuah kerajaan bernama Melayu ketika pengembaraan beliau menuntut ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Buddha. Catatannya adalah seperti berikut: …tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu…

Selain itu, sebagai contoh, ‘Bok-la-yu’, ‘Mok-la-yu’, ‘Mali-yu-er’, ‘Oo-lai-yu’, dan ‘Oo-lai-yu’ adalah nama-nama yang digunakan oleh orang Cina yang merujuk kepada kerajaan Melayu dalam pelat mereka. Malah, Tomé Pires yang tinggal di Melaka daripada tahun 1512 hingga tahun 1515 merujuknya sebagai ‘Terra de Tana Malaio’. Nama ‘Tanah Melayu’ juga terdapat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam hikayat tersebut, apabila Hang Tuah dihalau keluar dari Melaka dan bersiap untuk merantau ke Inderapura, beliau ditanya ke manakah beliau akan pergi. Pahlawan Melayu itu menjawab yang bermaksud ke mana sahaja dibawa kakinya, dengan menambah ‘lamun pada Tanah Melayu’ dengan merujuknya sebagai Terra de Tana Malaio. Mpu Prapanca penyair Jawa di kraton Majapahit dalam karyanya Desawarnama pada tahun 1365 telah menyenaraikan daerah yang dikenalpasti sebagai tanah orang Melayu iaitu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

44

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera, dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu. Evolusi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pasar Saya sertakan di sini keratin isi buku Uthaya Sankar: Bahasa yang dituturkan oleh penduduk Malayur agak unik. Memandangkan ia menjadi tumpuan pedagang dari pelbagai negara, maka pelbagai bahasa digunakan. Masalah komunikasi diatasi dengan “tercipta”nya suatu bahasa “baharu” yang kemudian menjadi lingua franca. Sebagai contoh, pedagang dari China menggunakan istilah “chawan”. Maka pedagang dari mana-mana negara yang berurus-niaga di Malayur tahu apakah objek yang dirujuk dengan istilah “chawan”. Begitulah seterusnya, ratusan dan ribuan istilah dari pelbagai negara digunakan di pusat perdagangan ini. Sedikit demi sedikit, muncul kosa kata khusus (dari pelbagai negara, bahasa dan budaya) yang difahami oleh penduduk Malayu serta pedagang di Malayur.

Ini merupakan satu dakwaan yang bukan boleh dibuat main-main. Uthaya Sankar mendakwa bahasa Melayu yang wujud pada hari ini ialah kombinasi bahasa-bahasa pedagang yang akhirnya melahirkan bahasa baru yang hari ini dikenali sebagai bahasa Melayu. Ini ialah satu kebodohan yang melampau dalam membincangkan sejarah sebuah bahasa. Kelihatannya saudara Uthaya Sankar yang suka bergaya ala-ala Mahatma Gandhi tidak memiliki tingkat intelektual yang dimiliki oleh 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

45

Gandhi. Untuk pengetahuan saudara Uthaya, setiap bahasa mempunyai keluarga bahasa yang tersendiri. Sebagai contoh, keluarga bahasa di Selatan India, seperti Tamil dan Malayalam diletakkan di bawah keluarga Dravidian manakala Hindi yang menjadi lingua franca di India hari ini diletakkan di bawah keluarga kecil Indo-Aryan, di bawah naungan keluarga IndoIranian yang lebih besar, dan Indo-Iranian pula di bawah keluarga yang lebih besar iaitu Indo-Eropah. Kiranya, bahasa Hindi itu bersaudara jauh dengan bahasa Inggeris yang diletakkan di bawah keluarga kecil Germanic, yang bernaung di bawah keluarga Indo-Eropah yang lebih besar. Begitulah juga halnya dengan Bahasa Melayu. Saya ingin kongsikan sedikit ilmu tentang keluarga-keluarga bahasa Melayu. Untuk pengetahuan kalian, bahasa Melayu diletakkan di bawah cabang Malayan bersama bahasa seperi Banjar dan Minangkabau, yang dipayungi ranting Malayic yang lebih besar. Selain itu, cabang Malayic yang lebih besar ini turut memayungi sebuah cabang lain seperti keluarga Iban yang merangkumi bahasa-bahasa bumiputera Sarawak iaitu Iban, selain daripada cabang Urak Lawoi – sebuah cabang yang menempatkan bahasa sebuah suku orang asli dari cabang Melayu Proto. Ranting Malayic ini pula diletakkan di bawah sebuah dahan yang jauh lebih besar iaitu Melayu-Sumbawan yang merangkumi ranting lain selain Malayic seperti Chamic (bahasa seperti Aceh dan Melayu Champa), Sundanic (bahasa Sunda), Madurese (bahasa orang Madura), dan Bali-Sasak (bahasa seperti di Bali dan Lombok). Cabang Melayu-Sumbawan ini pula diletakkan di bawah keluarga Melayu-Polinesia Nuklear yang diletakkan di bawah cabang Melayu-Polinesia yang 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

46

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

lebih luas. Antara keluarga kecil lain dalam keluarga ini ialah keluarga bahasa Jawa, bahasa Sumatera Utara, bahasa Sulawesi Selatan, bahasa Lampung, dan bahasa Moken. Yang setara dengan Melayu-Polinesia Nuklear pula ialah keluarga kecil seperti keluarga bahasa Borneo-Filipina yang di bawahnya ada dua cabang iaitu bahasa Borneo yang merangkumi bahasa Dayak Darat, Kayan-Muric, Borneo Utara dan satu lagi cabang lain ialah cabang keluarga Filipina yang merangkumi bahasa-bahasa penduduk peribumi Filipina seperti Tagalog. Selain Melayu-Sumbawan, keluarga bahasa Jawa, keluarga Borneo-Filipina, Sumatera Utara, Sulawesi Selatan, dan bahasa Lampung dan Moken, keluarga Melayu-Polinesia turut merangkumi keluarga kecil seperti Central Eastern Malayo Polynesian languages dan Eastern Malayo Polinesia. Semua cabang dan ranting keluarga ini dimuatkan dalam keluarga yang besar iaitu Austronesia. Semua bahasa Austronesia ini diandaikan datang dari Pan-Austronesia, ribuan tahun yang lalu. Akibat evolusi, bahasa ibu ini mencair dan menghasilkan keluarga-keluarga bahasa yang sangat berselirat seperti dibayangkan di atas. Dan sekarang, saya mahu bertanya, manakah sumber teori Uthaya Sankar yang mendakwa kononnya bahasa Melayu ini ialah bahasa kombinasi pedagang di pelabuhan-pelabuhan alam Melayu yang sudah diterima pakai dalam dunia linguistik? Bagaimana bahasa ‘hibrid’ ini boleh mempunyai keluarga bahasanya tersendiri? Bahasa ‘kombinasi’ yang anda rendah-rendahkan ini pernah mencapai darjat yang tinggi dalam sejarah!

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

47

Saya ingin kemukakan petikan di bawah: Bahasa Melayu ialah bahasa antarabangsa. Dan sesiapa yang di kawasan antara Parsi di sebelah baratnya dan Filipina di sebelah timurnya yang tidak tahu bertutur bahasa ini dianggap tidak berpelajaran! – Francois Valentjin

Selain itu, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, dicatatkan bahawa adanya jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) dalam Dinasti Ming untuk memenuhi kepentingan dan keperluan dalam hubungan luar negara. Dalam jabatan itu, terdapatnya 60 Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi), dan dua orang daripadanya khusus untuk bahasa Melayu. Untuk melatih para jurubahasa, pada tahun 1405, Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa yang dikenali sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara Ying Tian Fu (kini Nanjing), dan salah satu daripada bahasa-bahasa yang diajarkan di akademi itu ialah BAHASA MELAYU! Dicatatkan bahawa raja-raja Melayu selepas kejatuhan Melaka tetap menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan penjajah Inggeris dan Belanda. Misalnya, ahli bahasa terkenal, W. G. Shellabear telah mengkaji dan menerbitkan enam pucuk surat penting, termasuk surat tulisan raja Aceh dalam bahasa Melayu pada permulaan abad ke-17. Surat itu diutuskan kepada pejabat Belanda-Inggeris yang datang ke Aceh untuk mendapatkan keizinan raja untuk berdagang. Ini bermakna pada zaman penjajahan tersebut, bahasa Melayu masih digunakan sebagai bahasa perhubungan rakyat jelata, bahasa rasmi, dan bahasa pentadbiran. Hal ini 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

48

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

cukup memaparkan kewibawaan dan kemampuan bahasa Melayu sekalipun penuturnya berada dalam cengkaman penjajah. Pertanyaan saya kepada saudara Uthaya Sankar, bagaimana bahasa yang dituduh sebagai kombinasi bahasa-bahasa luar mempunya prasasti bertarikh seawal abad ke-4 Masihi? Antara prasasti terawal dalam bahasa Melayu ialah Prasasti Dong Chen Yau dalam bahasa Melayu kuno. Saya sertakan petikannya di bawah. ‘Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko.’

Perhatikan beberapa perkataan yang masih digunakan sehingga ke hari ini: uran = orang yan = yang pun = pun kurun = kurun saribu = seribu tahun = tahun davam = diam di = di dnan = dengan tijuh = tujuh ni = ini 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

49

Kalau benar seperti yang dikata bahawa bahasa Melayu ini asalnya bahasa pasar, mengapa bahasa yang dekat dengan bahasa Melayu iaitu bahasa Cham mempunyai catatan seawal abad ke-7 Masihi? Bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu ini menjadi sebuah bahasa yang diberi taraf dan kepercayaan untuk menjadi lidah rasmi agama Buddha. Kalau bahasa Melayu ini bahasa pasar yang datang dari gabungan bahasa-bahasa pedagang, pastinya bahasa Cham juga merupakan sebuah bahasa pasar. Aneh betul kuasa bahasa pasar ini sehingga mampu mencapai darjat yang tinggi. Perhatikan prasasti-prasasti yang dipahatkan oleh empayar Melayu Srivijaya. Kedukan Bukit (683M), di Talang Tuwo (684M), di Kota Kapor dan (686M), dan di Karang Brahi (686M) merupakan antara prasasti-prasasti terawal dalam bahasa Melayu. Bagaimana bahasa pasar ini boleh menjadi bahasa rasmi sebuah empayar? Bagaimana rekod bahasa Melayu yang sebegitu tua boleh ditemui seawal abad ke-4 Masihi sedangkan mengikut saudara Uthaya, bahasa ini hanyalah bahasa yang lahir menerusi komunikasi para pedagang? Raja-Raja Melayu Berketurunan India Dinasti Chola (Cholan) berkuasa di India dari sekitar 300SM hingga sekitar 1280M. Usah kita lupa – atau buat-buat lupa – bahawa menurut teks Sejarah Melayu, Raja-raja Melayu (Melaka) adalah keturunan dinasti Cholan dan Cheran. Nama “Raja Suran” merujuk kepada Cholan/ Cheran. Masih ingatkan anda akan kisah Raja Suran masuk ke dasar laut dan berkahwin di sana? Anak-anak yang lahir di dasar laut itulah yang kemudian muncul di Sumatera. – Uthaya Sankar 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

50

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

Adalah satu fitnah terhadap Sulalatus Salatin apabila ada percubaan hendak meletakkan Raja Suran yang disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai Rajendra Chola. Saya tidak mahu berbasa-basi dalam menjawab hujah ini. Cukuplan satu soalan ini bagi membuktikan bahawa Raja Suran bukannya Rajendra Chola. Perhatikan petikan di bawah: Adapun kami ini bukan dari¬pada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman ‘alaihi s-salam, dan. nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna pendita, dan yang seorang Nila Utama; dan nama curik kami ini Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kerupa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya. – Sulalatus Salatin

Raja Iskandar Zulkarnain Raja Nursyirwan Adil Raja Sulaiman A.S Inilah ‘anak-anak raja yang datang dari dasar laut’ seperti yang didakwa oleh Uthaya Sankar. Saya ingin tanyakan kepada anda, adakah Dinasti Chola atau Cheran di Selatan India mempunyai susur galur keturunan yang sama? Buat Uthaya Sankar, saya bawakan tiga nama raja ini yang didakwa bersangkut paut dengan Raja Suran. Terpulanglah kepada anda untuk membuatkan pembuktian.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

51

Seterusnya, Uthaya Sankar cuba berhujah bahawa Parameswara beragama Hindu, dan dengan itu, berketurunan India. Saya mahu menyatakan sebaliknya. Parameswara ialah seorang raja Melayu tidak kira apa jua agamanya. Semak kenyataan di bawah: ‘It is clear that he (Parameswara) was a prince of Malayu and that he was a Malay. This fact is corroborated in Tome Pires’s account where Parameswara himself acknowledged that he was a Malayu. His father was a king or ruler, the Sang Aji, of Palembang.’ (al-Attas, 2011, muka 43)

Al-Attas jelas menggariskan sesungguhnya Parameswara ialah seorang Melayu! Kaum Melayu tidak Wujud Uthaya Sankar dalam sebuah bab dalam bukunya ada mengambil hujah-hujah daripada seorang penulis bernama AB Sulaiman, tetapi ketika perseteruan antara saya dan beliau di page The Patriots, beliau menafikan bahawa itu ialah hujah beliau. Saya kira beliau meletakkan hujah AB Sulaiman dalam artikelnya kerana beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kalau beliau menafikannya, saya kira beliau mempunyai masalah mental kerana hanya orang gila sahaja yang meletakkan hujah orang lain dan menjulang hujah tersebut tetapi mengatakan ia tidak bersetuju dengan hujah tersebut. Saya mahu membidas bab Melayu Tidak Wujud dalam buku saudara dengan memetik sendiri definisi bangsa dan kaum yang saudara naikkan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

52

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

Mengikut definisi dalam kamus, bangsa adalah “kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya” atau “kumpulan manusia yang menjadi rakyat sesebuah negara”. Sementara itu, istilah kaum pula didefinisikan sebagai “golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar; suku bangsa”. Tentu sahaja definisi ini dilihat secara umum/asas dan bukannya secara mendalam dari sudut antropologi dan sosiologi.’

Kemudian, saudara Uthaya Sankar dilihat terus memetik hujah AB Sulaiman: Istilah ‘Melayu’ tidak merujuk kepada mana-mana kaum atau etnik. Sebaliknya istilah itu merujuk kepada bahasa yang dipertuturkan oleh sekitar 385.5 juta orang di Nusantara. Akan tetapi, bahasa Melayu yang dipertuturkan penduduk pelbagai negara di Kepulauan Melayu adalah berbeza mengikut sempadan; misalnya di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Menggunakan definisi yang dibawa oleh saudara Uthaya Sankar, apa sebenarnya yang mewujudkan istilah the Malay Race sebenarnya? Asasnya pastinya kalimah Austronesia. Apa itu Austronesia? Austronesia ialah satu nama saintifik untuk penutur keluarga bahasa yang merangkumi Nusantara, merentas dari pulau Taiwan ke New Zealand, dan dari Madagaskar ke Hawaii dan Pulau Easter. Keluarga bahasa Austronesia merangkumi bahasa seperti Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Cham dan banyak bahasa lagi. Untuk rekod, terdapat lebih 1200 buah bahasa dalam 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

53

keluarga bahasa ini. Itulah asas penubuhan sebuah bangsa, seperti yang diperkatakan oleh saudara Uthaya Sankar dalam awal bab dengan mendefinisikan maksud bangsa kepada ‘kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifatsifatnya’. Suku-suku kaum dalam Malay Race inilah yang membentuk asas negara bangsa. Penubuhan bangsa berasaskan kesamaan ini bukanlah omongan kami semata-mata, ia berlandaskan sejarah. Sebagai contoh, seorang intelektual Filipina, iaitu Wenceslao Vinzons, menubuhkan organisasi Pan-Malayan Union atau ‘Perhempoenan Orang Mellayoe’ pada tahun 1930-an dahulu untuk “…menggalakkan pengajian sejarah, tamadun dan kebudayaan bangsa Melayu dan memperkembangkan sentimen persatuan dalam kalangan bangsa-bangsa berkulit sawo matang.”1 Pan-Malayan Union oleh Wenceslao Vinzons ini turut melibatkan Presiden Filipina iaitu Diosdado Macapagal (19611965) dan juga Senator Ahmad Domocao Alonto. Jose Rizal, antara pendiri semangat nasionalisme Filipina, dicatatkan pernah menggerakkan sebuah pergerakan yang berasaskan Melayu. Lalu, Jose Rizal pun mengumpulkan seluruh anak ‘Melayu’ dari Filipina, Dutch East Indies, Semenanjung dan Borneo di sebuah kota bernama Paris. Revolusi cetusan Jose Rizal ini sebenarnya mahu membebaskan seluruh bangsa Melayu daripada belenggu penjajah dan menubuhkan sebuah negara berpaksikan tamadun Melayu.2 1 Ahmat Adam. 2013. Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2 Lihat. Minako Sakai. Developing Regional Minorities in Asia. Bab 8. Historical Imagining of Pan-Malayness in Indonesia, the Philippines, and Malaysia. Hlm 4.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

54

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

Kali terakhir kami periksa, Senator Ahmad Domocao merupakan Bangsamoro manakala Presiden Diosdado Macapagal pula dari etnik Kapampangan. Jose Rizal yang merupakan insan pertama yang membangkitkan semangat Melayu di Filipina pula beretnik Tagalog. Saya nampak percubaan saudara Uthaya dalam menyebut nama Indonesia dalam perbahasan ini. Beliau mengatakan bahawa Indonesia bukan sebuah negara bangsa Melayu dan tidak mahu mengaku sebagai Melayu. Saya petik daripada bukunya: ‘Dilema berhubung konsep “kaum” ini mungkin kurang dihadapi orang Cina dan India kerana masih wujud negara China dan India sebagai bukti asal-usul nenekmoyang mereka. Orang Cina dan India masih ada tamadun yang boleh dijadikan rujukan. Bagi orang Melayu pula, bukan sahaja kewujudan “kaum Melayu” dipersoalkan (seperti dilakukan oleh Sulaiman) tetapi tidak wujud sebuah negara bernama “Melayu” sebagai bukti asal-usul nenek-moyang mereka. Indonesia pula lazimnya tidak mahu diakui sebagai negara asal orang Melayu.’

Saya tertarik dengan frasa ‘Indonesia pula lazimnya tidak mahu diakui sebagai negara asal orang Melayu’. Saya sebenarnya tertarik untuk mengulas mengenai perkara ini. Ada fakta sejarah yang saya mahu hujankan ke atas saudara Uthaya Sankar. Dicatatkan dalam JIAEA3 Volume IV tahun 1850, halaman 66-74, Earl menulis artikel On the Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations dan menegaskan bahawa sudah tiba saatnya bagi 3

Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 6

55

penduduk Kepulauan Hindia atau Kepulauan Melayu untuk memiliki nama khas disebabkan nama ‘Hindia’ tidaklah tepat dan sering bercanggah dengan penyebutan India yang lain. Earl mengajukan dua pilihan nama: Indonesia atau Malayunesia (nesos dalam bahasa Yunani bererti ‘kepulauan’). Pada halaman 71 artikelnya itu tertulis: ‘…the inhabitants of the Indian Archipelago or Malayan Archipelago would become respectively Indonesians or Malayunesians.’

Earl kemudian memilih nama Malayunesia (Kepulauan Melayu) daripada Indonesia (Kepulauan Hindia) kerana Malayunesia lebih tepat untuk ras Melayu berbanding Indonesia. ‘Indonesia’ merupakan istilah yang tidak menggambarkan demografi dan sosiobudaya sebenar masyarakat di Nusantara khususnya Indonesia. Dalam JIAEA Volume IV itu juga, pada halaman 252-347, James Richardson Logan menulis artikel The Ethnology of the Indian Archipelago. Logan menyatakan bahawa nama khas bagi kepulauan itu dijadikan ‘Indonesia’ kerana istilah ‘Indian Archipelago’ itu terlalu panjang. Logan memilih nama ‘Indonesia’ yang dibuang oleh Earl, dan huruf ‘u’ digantikannya dengan huruf ‘o’ agar sebutannya lebih sedap. Dengan itu, lahirlah istilah Indonesia –yang sebenarnya wujud akibat salah faham yang menyangka kepulauan di Nusantara sebagai Kepulauan India. Dalam fakta lain pula yang berkaitan dengan penubuhan nama bangsa Melayu ini, dalam Around The World With A King tulisan William N. Armstrong (1904), pada halaman 126 tercatat, ketika Raja Kalakaua dari Hawaii bertemu dengan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

56

MALA I U R M A N I K A M : BE RTAU BAT L A H WA H A I U T HAYA S A N K A R S B

Raja Chulalongkorn dari Thailand pada lewat bulan March tahun 1881, raja Hawaii ni dengan bangganya mengatakan bahawa sesungguhnya orang Polinesia ini ada darah MELAYU! Maka jawab raja Thailand itu, orang Thailand pun ada darah Melayu juga! Ketika Raja Kalakaua sampai di Johor dan bertemu dengan Maharaja Abu Bakar, mereka saling membahasakan diri mereka berdua sebagai adik beradik Melayu yang hilang. Sempat juga Maharaja Abu Bakar menghadiahkan senaskah alQuran kepada Raja Kalakaua. Rekod sejarah ini dapat dilihat dalam buku yang sama, pada halaman 144-145. Menurut artikel Sejarah Kesatuan Dunia Berbahasa Melayu tulisan Mazlan Nordin yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang bertarikh 18/09/2011 pula, diceritakan bahawa pada tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas. Semua kisah ini mengukuhkan kewujudan entiti Melayu yang gah dan meluas. Sekarang saya mahu mengajukan beberapa soalan kepada saudara Uthaya Sankar. Apakah sebenarnya bangsa India? Tahukah anda dalam bangsa India itu, terdapat sekurang-kurangnya tiga sub-bangsa yang berbeza dari segi antropologi dan linguistik iaitu Indo-Aryan, Dravidian dan Austro-Asiatic? Ia berbeza dengan bangsa Melayu yang berlatarbelakangkan antropologi dan linguistik yang sama. Jadi, adakah kaum Melayu atau kaum India yang tidak wujud?

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

57

BAB 7: SURAT TERBUKA UNTUK BEKAS PRESIDEN UMNO: MELAKA TIDAK TUMBANG KERANA KERIS DAN TOMBAK

K

ehadapan bekas presiden UMNO, merangkap bekas perdana menteri sebuah negara yang majoriti rakyatnya ialah orang Melayu – Datuk Seri Najib Razak. Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan presiden parti Melayu, Datuk Seri harus lebih peka dalam isu ini. Saya tertarik dengan ucapan DS Najib, setiap kali Datuk Seri membicarakan sejarah Melayu, khususnya sejarah Kesultanan Melaka. Ucapan pertama Datuk Seri yang membicarakan topik kejatuhan Kesultanan Melaka di tangan Portugis pada 15 Ogos 2011, dalam majlis FELDA menyatakan yang kekalahan Melaka itu berpunca daripada penggunaan senjata tradisional seperti tombak, lembing, dan keris berbanding dengan pihak Portugis yang canggih senjatanya. Pada tahun 2014, saya dapati bahawa Datuk Seri mengulangi cerita yang sama dalam ucapan Formula 6K UMNO. Saya menyaksikannya melalui siaran berita jam 7 pagi di saluran RTM1, pada 23 Jun. Hikayat sama diulang dalam ucapan perasmian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 6 April 2016 dengan ungkapan, ‘Pahlawan Melaka telah dikalahkan mereka kerana hanya bersenjatakan keris dan tombak.’ Dengan penuh rasa rendah hati, saya berasa terpanggil untuk membetulkan beberapa kesalahan fakta yang saya kira tidak diketahui oleh DS Najib dan juga sebahagian besar rakyat 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

58

S U R AT T E R BU K A U N T U K BE K A S PR E S I D E N U M N O: MELA K A T I DA K T U M BA N G K E R A NA K E R I S DA N TO M BA K

Malaysia. Untuk pengetahuan DS Najib, sesungguhnya cerita jatuhnya Melaka di tangan Portugis kerana faktor penggunaan senjata tradisional adalah satu kisah dongeng semata-mata yang harus dihapuskan daripada pemikiran rakyat Malaysia buat selama-lamanya. Kesultanan Melaka bukanlah calang-calang kerajaan, malah merupakan satu kuasa yang hebat. Kemegahan pelabuhan Melaka telah membuatkan seorang pegawai Portugis iaitu Tom Pires berkata: ‘Whoever is lord in Malacca has his hands on the throat of Venice.’

Fikirkan kembali, Melaka ialah sebuah tamadun yang berada di tengah-tengah laluan perdagangan dunia, dan pada zaman kemuncaknya, dicatatkan terdapat 84 bahasa yang dituturkan di pelabuhannya. Simon Elegant dalam Far Eastern Economic Review, Jun 1999, telah menegaskan tentang Melaka (terjemahan): ‘Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2 000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia. Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya.’ 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 7

59

Masakan Kesultanan Melaka yang metropolitan ini tidak langsung mengenali senjata api sedangkan pada zaman yang sama, Kepulauan Jepun yang sedang berada dalam kancah perang saudara ketika era Nobunaga sudah pun mempunyai senjata api. Hall, John Whitney, ketika menulis dalam The Cambridge History of Japan, Vol. 4: Early Modern Japan menceritakan mengenai divisyen senjata api yang dipunyai oleh Nobunaga dalam kempen Nobunaga menyatukan seluruh Jepun. Mari kita mulakan perbincangan dengan membicarakan kejatuhan Melaka sebelum melangkah untuk memahami budaya senjata api yang sebenarnya sudah sinonim dengan orang Melayu. John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries; ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3 000 hingga 8 000 senjata api daripada Melaka. De Burros1 mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu, dan Portugis turut menjumpai satu meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis, yang kemudiannya dihantar ke India. Sewaktu kedatangan Portugis ke Melaka, jumlah meriam yang dipunyai Melaka adalah sangat banyak. 3 000 meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5 000 lagi sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang. Albuquerque menyatakan, terdapat 2 000 meriam yang diperbuat daripada tembaga manakala yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza2 mengatakan, sebahagian besar daripada 8 000 pucuk senjata api atau 1 2

João de Barros. Sejarawan Portugis. 1496-1570. Manuel de Faria e Sousa. Sejarawan dan pemuisi Portugis. 1590-1649.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

60

S U R AT T E R BU K A U N T U K BE K A S PR E S I D E N U M N O: MELA K A T I DA K T U M BA N G K E R A NA K E R I S DA N TO M BA K

meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang ialah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu. Menurut Eredia3, semua meriam itu dihasilkan dengan baik dan tidak dapat ditandingi sekalipun oleh meriam buatan Portugis.4 Adalah dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut setara atau mungkin lebih baik daripada teknologi orang Eropah. Seorang warga Itali yang terlibat dalam serangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak banyak di pihak Portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, mereka digambarkan mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi, sangat terlatih, dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai. Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca jilid 2 yang kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak, bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, tetapi juga di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi pusat penghasilan senjata api bagi Semenanjung, Gerisik bagi Pulau Jawa, dan Minangkabau bagi Sumatera. Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dia percaya sudah lama bertapak di Tanah Melayu. Katanya, bukanlah sesuatu 3 Manuel Godinho de Erédia. Penulis dan pelukis peta Portugis-Melayu. 1563-1623. 4 J. V. Mills. 1930. Eredia’s Description of Malaca, Meridional India, and Cathay. Malayan Branch of the Royal Asiatic Society.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 7

61

yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti istingar. Bukan itu sahaja, aktiviti pembuatan senjata api di Pahang telah direkodkan oleh W. Linehan dalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling, Pahang, Linehan telah menjumpai acuanacuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan wujud seawal kurun ke-13 atau 14, iaitu lebih awal daripada kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Seorang pengkaji sejarah iaitu Nicholas Tarling dalam bukunya The Cambridge History of Southeast Asia pernah membandingkan senjata api Melayu dengan senjata api buatan Jerman yang merupakan senjata api terbaik pada abad ke-15, dan beliau mendapati kehebatan senjata api Melayu tidak mempunyai tandingannya, walau dengan senjata api Portugis sendiri. Turut dicatatkan dalam buku itu adalah bagaimana meriam-meriam yang disusun di setiap penjuru kota Melaka telah banyak mengorbankan nyawa askar Portugis ketika mereka mula mendarat di bumi Melayu ini. Kita amati pula tulisan R. J. Wilkinson, The Capture of Malacca, A.D. 1511. Beliau menyebut beberapa perkataan sepert ‘Malay gun-fire’ dan ‘heavy fire’ dalam mengisahkan kejatuhan Melaka, dan ini boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu ketika itu sudah memiliki senjata api. Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur itu, mereka telah bertempur dengan divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata tersebut. Akhir kata, hayatilah bait-bait Syair Perang Siak yang ditulis untuk menceritakan perang melibatkan Sultan Siak, 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

62

S U R AT T E R BU K A U N T U K BE K A S PR E S I D E N U M N O: MELA K A T I DA K T U M BA N G K E R A NA K E R I S DA N TO M BA K

Raja Ismail dengan Belanda sekitar tahun 1760-1761. Meski syair ini agak lewat jika dibandingkan dengan peristiwa kejatuhan Melaka, syair ini mempunyai dalil – sesungguhnya senjata api dan orang Melayu itu tidak dapat dipisahkan. Berani Wilanda jangan dikata Kapal dan kici menembak semata Bunyi sorak gempita Meriam dan pemuras berbunyi sekata Perkataan ‘meriam’ dan ‘pemuras’ yang diabadikan dalam syair ini menunjukkan bahawa senjata-senjata api memang sudah digunakan dalam pertahanan masyarakat Melayu. Sebagai penutup, saya memohon agar DS Najib memperhalusi ucapan sebelum berbicara lanjut mengenai kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511, kerana sesungguhnya topik ini berkait rapat dengan jati diri bangsa Melayu. DS Najib adalah orang kenamaan dan pastinya mempunyai pengaruh yang sangat besar; saya khuatir kenyataan DS Najib yang tersasar daripada hakikat sejarah ini nanti dipegang pula sebagai azimat kebenaran oleh rakyat Malaysia. Saya dari The Patriots sekadar menjalankan tanggungjawab dalam menyedarkan masyarakat Malaysia mengenai sejarah sebenar yang seakan-akan disembunyikan daripada pengetahuan mereka. Andai apa yang saya nukilkan ini secara tidak sengaja telah mengguris hati mana-mana pihak, sepuluh jari saya susunkan untuk memohon maaf.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

63

BAB 8: MELAKA ITU KERAJAAN PICISAN – AMZARUL YUZRIN MOHD YUSOF

P

ertama sekali, saya tidak mahu ambil tahu mengenai masalah anda dengan pemerintah Malaysia, dengan kerajaan, dengan raja-raja Melayu atau aliran politik tertentu. Yang ingin disanggah ialah kenyataan anda yang menafikan kewujudan Kesultanan Melayu Melaka. Saya meneliti hujah anda dalam menafikan kehebatan Melaka dengan merendah-rendahkan Kesultanan Melayu Melaka. Kata anda, keagungan Melaka itu tidak wujud malah anda mencabar pengkaji sejarah untuk memaparkan bukti berikut: 1) Istana Melaka 2) Armada Kapal Melaka 3) Tentera Melaka Maka, untuk membidas saudara Amzarul, saya menulis artikel ini bagi membuktikan anda silap. Istana Melaka Anda bertanya, di manakah Istana Melaka. Kata anda sehingga kini, masih belum ada sejarawan yang mampu menunjukkan lokasi Istana Melaka. Perlu untuk saya ingatkan anda, sejarah bukan diceritakan melalui tinggalan arkeologi sahaja tetapi juga melalui catatan-catatan dan manuskrip dari zaman silam. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

65

Dipetik dari Sulalatus Salatin versi Shellabear, halaman 102: ‘Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya bertingkap, pada antara tingkap itu diberinya berbumbungan melintang dan bergajah menyusu, sekaliannya bersayap layang-layang berukir dan bersengkuap, pada antara sengkuap itu diperbuatnya belalang besagi, sekaliannya bergununggunungan dan berjurai-jurai belaka. Adapun segala tingkap istana itu sekaliannya dicat dan dibubuhi air emas, kemuncaknya kaca merah… dan dinding istana dengan cermin Cina yang besarbesar. Adapun rusuk istana itu sehasta lebarnya, sehasta tebalnya, diukirnya jenang pintu itu, dan empat puluh banyak pintunya, sekaliannya dicat dibubuh air emas. Terlalu indah.’

Lakaran semula sejarawan yang diambil dari jurnal-jurnal sejarah adalah seperti berikut:

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

66

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

Armada Kapal Melaka Anda bertanya, ke mana menghilangnya Armada Kapal Melaka. Sebelum saya ulas lebih lanjut soal itu, izinkan saya untuk menghamburkan kepada anda dengan fakta-fakta ilmu pembinaan kapal Melayu untuk dihayati. (A) ‘Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama sekali membina kapal besar (1000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masihi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang (…) dianggarkan melebihi 2000 tan muncul dari dunia Melayu.’1

1

Lihat http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

67

(B) ‘Jong Melayu dan Jong Jawa yang berpangkalan di Melaka kerap belayar untuk berdagang ke negeri China dan mengikut apa yang diketahuinya jong-jong Melayu dan Jawa ini patuh dengan kehendak pentadbir pelabuhan Canton agar berlabuh jauh daripada pantai kerana orang Cina bimbang sebuah sahaja Jong Melayu ini boleh menewaskan 20 buah kapal Cina.’2 (C) ‘Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206SM hingga 221SM), orang Cina telah menggunakan layar itu.’3 (D) ‘Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masihi, menunjukkan kapal-kapal layar Melayu, iaitu jong (perkataan Melayu), sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis. Perkataan Inggeris, junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China, sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu. Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China.” (Manguin, 1980: 266-67, 274) 2 3

Lihat. Anthony Reid. Southeast Asia in the Age of Commerce. Hlm 59. Petikan. Tome Pires. Suma Oriental Hlm. 122–123. Lihat. Lynda Shaffler. 1996. Maritime Southeast Asia to 1500. M.E. Sharp Inc. Hlm. 12-13.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

68

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

(E) ‘Kemajuan maritim yang dialami oleh bangsa Cina adalah berlaku sesudah Maharaja Song melantik bangsa Melayu Champa menjadi pegawai maritim yang sekaligus menjadi Shahbandar di Fujian. Kemudian setelah China dikuasai oleh Monggul, jawatan tersebut kekal disandang oleh warga China berbangsa Melayu Champa malah Maharaja Yuan melantik Pu Shou Keng sebagai perekacipta kapal perang dinasti Yuan.’4

 Sekarang anda bayangkan, Kesultanan Melayu Melaka, yang dibina oleh bangsa yang mengasaskan teknologi-teknologi perkapalan di atas, tidak mampu untuk membina sebuah armada tentera lautnya sendiri dan membina kapal-kapal mereka. Logik apakah ini? Sebelum mengulas perihal perkapalan ini, saya tertarik untuk membalas kenyataan saudara Amzarul tentang Pertempuran Batu Pahat yang melibatkan Melaka melawan Siam, yang saya kira mungkin merujuk kepada Sri Dharmaraja ketika itu. ‘Gua tanya kenapa Tun Perak sendiri guna taktik akalkan bakar kayu api as decoy kapal untuk halau siam sorang Sejarahwan (sic) so called pakar [M]elayu pun tak mampu nak jawapkan (sic). Siap unfren [unfriend] blok [block] gua ada la[h]...” – Amzarul Yuzrin Mohd Yusof

Kenyataan ini seolah-olah cuba untuk menafikan armada laut Melaka tetapi kelihatannya, hamba Allah ini sendiri tidak mengkaji sejarah strategi dan taktikal perang dalam dunia. 4 Lihat. Prof. Dr. Maimun & Hidayat bin Syafie. Jong di Alam Melayu dan China. 6th International Conference of Asean Studies. UKM.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

69

Apa yang cuba dilakukan oleh Tun Perak adalah percubaan untuk menampakkan kapal-kapal Melaka terlalu banyak menandingi jumlah yang dimiliki oleh Siam. Taktikal yang lebih kurang sama pernah digunakan oleh Zhuge Liang sewaktu memimpin askar Shu melawan Wei. Di sebuah kota bernama Xicheng, Zhuge Liang telah menempatkan askaraskarnya menanti bala tentera Shima Yi. Zhuge Liang telah mengarahkan semua pintu masuk ke kota Xicheng dibuka, dan kumpulan askar dipaksa berpurapura menjadi penduduk kota yang sekadar menyapu sampah ketika askar Wei yang dipimpin oleh Sima Yi tiba. Zhuge Liang pula ketika itu berada di atas sebuah pentas di tengah-tengah kota sambil memerhati pintu masuk utama kota Xicheng yang terbuka luas tatkala askar Wei tiba sambil bermain dengan kipas guqinnya. Apa yang diperhatikan oleh Sima Yi ketika tiba di Xicheng benar-benar mengejutkan sehingga membuatkannya menyangka bahawa Zhuge Liang sengaja berbuat demikian untuk mengumpan askar Sima Yi masuk dan perangkap hebat tersedia untuk askarnya. Maka, Sima Yi mengarahkan askarnya pulang kerana takut terjerat dek perangkap (yang sebenarnya tidak wujud pun). Hari ini, dunia mengenali strategi perang ini sebagai empty fort strategy, dan ia disebutsebut sebagai antara strategi perang terbijak pernah digunakan dalam sejarah. Jadi, kalau ikut logik Amzarul, Shu tidak mempunyai askar langsung, tidak begitu? Nyata sekali anda tidak memahami strategi perang zaman dahulu. Tahu tak apa kata Sun Tzu mengenai jeneral yang tak perlu bersusah payah menghabiskan darah askarnya untuk menangi peperangan? 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

70

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

‘The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting.’ (Sun Tzu, The Art of War.) ‘Supreme excellence consists of breaking the enemy’s resistance without fighting.’ (Sun Tzu, The Art of War.) ‘The greatest victory is that which requires no battle.’ (Sun Tzu, The Art of War.)

Berdasarkan perspektif genius perang yang hidup ribuan tahun yang lalu, Tun Perak sebenarnya telah berjaya mengaplikasikan apa yang diajarkan oleh Sun Tzu. Kalau andalah yang memimpin askar ke medan perang, saya rasakan petikan ini sesuai untuk anda: ‘Victorious warriors win first and then go to war, while defeated warriors go to war first and then seek to win.’ (Sun Tzu, The Art of War.)

Sebelum berpencak hujah lebih lanjut, saya ingin bentangkan kepada anda fakta-fakta seputar pelabuhan Melaka untuk anda dalami: i. ‘Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekeliannya datang ke Melaka: terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada disana.’ (Sejarah Melayu, edisi 2000, muka 80) ii. ‘... [B]andar raya Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah pedagang borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia.’ (Duerto Barbarossa) 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

71

iii. ‘Melaka merupakan sebuah kota yang dilahirkan untuk perdagangan, lebih baik daripada kota-kota lain di dunia, di hujung monsoon dan di pangkal monsoon yang lain. Melaka dikelilingi dan terletak di pertengahan dan perdagangan serta perniagaan di antara bangsa yang berlainan kerana daripada ribuan batu dari mana-mana arah mesti datang ke Melaka.’ (A. Cortesao) iv. ‘Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2 000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia… Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100 000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya.’ (Simon Elegant) v. ‘Tiada pelabuhan yang sebesar Melaka diketahui dan tiada yang berdagang barangan yang secantik dan semahal itu.’ (Armando Cortesao)

Logikkah untuk anda katakan sebuah pelabuhan yang digambarkan di atas tidak mempunyai armada lautnya tersendiri? Sebab itu saya katakana, jangan memandai-mandai jika belum habis menuntut. Kalau tiada armada, sudah tentu keselamatan pedagang tidak terjamin, dan pedagang pastinya akan mencari pelabuhan lain yang lebih selamat. Di sini saya paparkan petikan-petikan yang membincangkan perihal armada laut Melayu Melaka. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

72

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

‘Kewibawaan Melaka ke atas Selat Melaka dipastikan apabila Iskandar Syah menghantar kapal dan perahu peronda yang dikendalikan oleh Orang Laut untuk memaksa kapal-kapal singgah di Melaka seperti dalam zaman Srivijaya, laut itu menjadi laut persendirian.’ (P. Wheatly (1980) dalam The Golden Khersonese)

Portugis juga tidak ketinggalan mencatatkan mengenai kapal-kapal orang Melayu ketika sampai di Melaka: i. ‘Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam’. (Portuguese Documents On Malacca) ii. ‘Flor De La Mar mempunyai geladak haluan dan geladak buritan yang tertinggi antara galleon milik Portugis, dan ini cuma sekadar hampir menyamai geladak Jong Melayu sahaja’. (Portuguese Documents On Malacca)

Nampak tak bagaimana Portugis membandingkan kapal mereka dengan kapal orang Melayu? Adakah sekarang sudah jelas bahawa Melaka mempunyai armada kapalnya tersendiri? Di Manakah Tentera Melaka? Dalam membicarakan Kesultanan Melayu Melaka, izinkan saya menyebut dua orang raja Melaka yang menjadi punca peluasan empayar Melayu Melaka. Tahukah saudara dan para pembaca, semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah, dicatatkan bahawa Melaka menghantar 200 buah kapal dan perahu perang melanggar Pahang? Perang yang sengit 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

73

berlaku antara Melaka dan Pahang dan akhirnya, Pahang tunduk kepada kekuasaan Melaka manakala Sri Dharmaraja yang ketika itu menjajah Pahang berjaya pula ditundukkan oleh Melaka. Peperangan ini diketuai oleh Tun Perak bersama 11 hulubalang terhebat Melaka. Negeri-negeri Melayu yang lain terkejut dengan kejayaan Melaka ini sehingga ada yang rela hati datang kepada Melaka dan menjadi naungan Sultan Mansur Shah. Selepas penawanan Melaka, antara kerajaan yang berjaya dimasukkan ke dalam empayar Melaka oleh Sultan Mansur Shah ialah Bernam, Kampar, Siak, Rupat, Singapura, dan Bintan. Melalui peperangan ini, Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Onang Seri. Sekitar tahun 1469, dalam catatan China disebutkan bahawa serombongan utusan dari Melaka yang dalam pelayaran balik dari China telah dipukul ribut dan terkandas di Vietnam. Kesemua anak kapal ditangkap, ada yang dibunuh malah yang muda dan anak-anak dikasi dan dijadikan sidasida oleh orang Vietnam. Melaka telah mengadukan hal tersebut kepada Maharaja China. Pada mulanya Melaka tidak mahu bertindak kerana tahu bahawa Vietnam juga adalah negara yang menghantar ufti kepada China. Utusan Melaka Duan Ya Ma La Di Na Cha (Tun Seri Nara Diraja?) juga telah mengadukan mengenai rancangan Vietnam untuk menyerang dan menakluk Melaka. Sewaktu utusan Melaka berada di China, kebetulan utusan dari Vietnam juga turut ada. Hal ini telah menimbulkan pertengkaran antara wakil Melaka dengan wakil Vietnam susulan tindakan biadap Vietnam yang telah menculik dan membunuh utusan Melaka sebelum itu. Mereka berdua ditenangkan oleh salah seorang menteri pertahanan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

74

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

China ketika itu yang menasihati mereka agar melupakan persengketaan kerana perkara tersebut telah lama berlalu. Sebelum kedua-dua utusan tersebut pulang ke negeri masingmasing, Maharaja China telah mengirimkan surat yang menyelar perbuatan Maharaja Vietnam dan menasihatinya agar berbuat baik dengan negara tetangga dan merenung kesalahan sendiri. Kepada utusan Melaka pula, Maharaja China telah bertitah supaya beliau berlaku tegas dan menyiapkan tentera serta kuda perang sekiranya Vietnam tetap mahu menyerang Melaka kelak. Menurut sejarah, Maharaja Vietnam yang dimaksudkan di atas ialah Le Than Tong. Pada zaman beliau, wilayah kekuasaan Vietnam menjangkau sehingga sempadan Burma. Le juga dikatakan telah menyerang kerajaan Lanxang dengan 90 ribu askar namun dalam satu serangan, mereka telah tewas dan terpaksa berundur. Walaupun catatan sejaran Lanxang dan Vietnam tidak pernah menyebut keterlibatan Melaka dalam perang antara Lanxang dan Vietnam ini, China ada mencatatkannya. Dikatakan bahawa 90 ribu bala tentera Vietnam telah melanggar Lanxang namun mereka berjaya diusir oleh angkatan perang Melaka yang mengakibatkan kehilangan 30 ribu nyawa. Peristiwa ini tercatat dalam kronik China Ming Shilu. Adakah peristiwa ini merupakan tindak balas Melaka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Vietnam sebelum itu? Kekalahan Vietnam ini sememangnya adalah kerana kehebatan Melaka di medan tempur. Memandangkan tentera Melaka perlu merentas negara Kemboja atau Siam Ayuthia untuk ke Lanxang, maka dapatlah disimpulkan bahawa salah satu atau kedua-dua pihak ini telah membenarkan bala tentera Melaka melintasi negara mereka, 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

75

berkemungkinan kerana berasa terancam dengan peluasan kuasa Vietnam sepanjang pemerintahan Maharaja Le Than Tong 1460-97. Kegagalan besar ini melenyapkan impian Le Than Tong untuk meluaskan lagi empayarnya sekaligus mengesahkan keunggulan Melaka ke atas semua kuasa lain di Asia Tenggara meskipun jumlah tentera dan penduduk Vietnam adalah berkali ganda lebih besar. Saya percaya kemenangan ini juga dibantu oleh jajahan takluk Melaka yang lain termasuk tentera Siam Ayuthia dan Lanxang sendiri. Konflik antara Melaka dan Vietnam dipercayai berlaku ketika era pemerintahan Sultan Mansur Shah dan juga Sultan Alauddin Riayat Shah. Di Mana Armada Laut Melaka Ketika Serangan Portugis? Sebenarnya saudara, perang Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat. Pada masa ketibaan Portugis 28 Jun 1511, pertempuran tidak terus terjadi; sebaliknya kedua-dua belah pihak menggunakan taktik tunggu dan lihat – masingmasing menunggu siapa yang akan menyerang dahulu. Hal ini diselangi dengan sesi rundingan dan diplomasi yang tidak berhasil. Pihak Portugis mahu tawanan Portugis termasuk Ruy de Aroujo dibebaskan. Selang tiga minggu kemudian, keadaan semakin tegang. Beberapa siri pertempuran kecil berlaku di laut dan di kawasan penginapan para pedagang berdekatan pantai. Portugis menyerang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera. Kapal-kapal saudagar Gujarat di pelabuhan juga dibakar termasuklah rumah penduduk di pantai. Walaupun sultan kemudiannya telah membebaskan tawanan, perang sudah tidak dapat dielakkan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

76

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

Pihak Portugis sebenarnya sangat maklum mengenai kelemahan Melaka kerana mereka telah mempunyai perancangan yang rapi. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh Ruy de Aroujo dan orang-orang dalam Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi, dan Nainachittu. Melaka mempunyai musuh di setiap penjuru walau di dalam kelambunya sendiri jua, namun, Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka. Albuquerque sendiri pernah menyebut; ‘Kita tidak akan dapat menawan Melaka dengan hanya dua batang pedang yang berkarat!’ Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, Albuquerque memberi ucapan agar Melaka ditundukkan supaya aliran rempah tidak akan sampai ke Mekah dan Kaherah dan sinar Islam disini akan padam! Ungkapan beliau jelas menunjukkan niat sebenar mereka. Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai daripada yang kita ketahui. Apa yang kita sering dengar adalah jumlah tentera Portugis hanyalah 1 200 orang termasuk 600 tentera upahan Malabari manakala kapalnya lebih kurang 19 buah. Maklumat berdasarkan catatan Giovanni menunjukkan, sewaktu tiba di Pedir, jumlah kapal termasuk yang ditawan dalam perjalanan mencecah 25 buah. Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay menjadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Jadi, kita boleh menganggarkan terdapat lebih kurang 27 buah kapal telah tiba di perairan Melaka. Malah, terdapat beberapa buah kapal lagi di Melaka yang ditawan dan tawanannya dijadikan barisan sokongan dalam serangan ke atas Melaka. Giovanni turut melaporkan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

77

bahawa dalam serangan pada 25 Julai 1511, terdapat 1 500 orang tentera Portugis yang terlibat, dengan pasukan bantuan dalam kalangan orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan dari seorang putera Sumatera (Raja Kampar menantu Sultan Mahmud sendiri) juga lebih kurang 400 orang. Ini semua belum termasuk tentera bantuan seperti orang Pegu, Siam, orang-orang Keling di bawah Nainachittu, dan tentera upahan Jawa yang sengaja berperang dengan tidak bersungguhsungguh setelah ketua mereka Utimutiraja disogok Portugis. Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi seperti di jambatan, bukit Melaka, bandar pelabuhan, istana dan masjid sultan. Pertahanan Melaka turut dikukuhkan dengan penyertaan ribuan tentera Jawa yang pada permulaan Ogos dibayar tiga bulan gaji di samping barisan pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi sejumlah 3 000 orang. Seperti yang saya telah sebutkan tadi, walaupun tentera Jawa ini telah dibayar gaji awal untuk tiga bulan, mereka tetap belot dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka kerana penghulu mereka Utimutiraja telah membuat pakatan dengan Alfonso de Albuquerque yang memberitahu anak-anak buahnya agar ‘tidak perlu bersusah payah menggadaikan nyawa sendiri untuk mempertahankan harta benda orang lain’. Persoalannya, adakah kekuatan Melaka yang sebenar telah digunakan sepenuhnya? Kekuatan Melaka yang sebenar terletak pada armada lautnya namun demikian, armada laut Melaka yang terdiri daripada jong-jong yang besar tidak berada di perairan Melaka pada masa itu. Sebelum bermulanya serangan yang penghabisan oleh Portugis, sultan sengaja melambat-lambatkan pembebasan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

78

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

tawanan dan cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya tiba bersama Laksamana. Namun tindakan sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut dibaca Portugis yang menyebabkan serangan habis-habisan dilakukan terhadap Melaka sebelum sempat armada itu sampai. Hal ini kerana pihak Portugis gentar dengan risikan yang diberikan oleh Ruy de Aroujo yang mengatakan bahawa Sultan Melaka mempunyai satu armada laut yang sangat kuat yang diketuai oleh seseorang yang bernama ‘Laksamana’ yang dapat membakar hangus seluruh armada Portugis jika mereka lambat bertindak. Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, laksamana bersama armada Melaka sedang mengadakan rondaan di kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin sekitar Riau-Lingga. Ini kerana dalam catatan tersebut dinyatakan bahawa Raja Lingga bersama laksamana telah berpatah balik apabila mengetahui Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis dan Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar. Pada pendapat saya. Raja Lingga dan laksamana tahu bahawa kejatuhan Melaka bukanlah bermakna kejatuhan empayar Melaka kerana adat Melayu itu 10 negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat. Jadi, jika raja berundur maka pembesar dan raja-raja taklukannya tidak akan membuat keputusan sendiri untuk terus menyerang Melaka, sebaliknya berundur bersama sultan untuk mengatur strategi baru. Boleh jadi juga ketika itu mungkin Laksamana Melaka yang mengetuai armada tersebut berjauh hati dengan Sultan Mahmud yang tidak mempunyai rekod bersih.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 8

79

Sultan Mahmud Shah juga dikatakan bertitah, adat kita raja Melayu, negeri alah raja mati, yang melambangkan bahawa perjuangan Melaka sebenarnya belum tamat selagi baginda dan waris-warisnya belum mati. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang sehabis baik dari segi diplomasi, pertahanan, taktikal, dan strategi pertempuran. Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah gagah perkasa dan terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berpotensi. Namun begitu, kita tidak boleh memandang rendah kekuatan Portugis. Orang Portugis mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang sama hebatnya dengan bangsa Melayu. Sebelum mereka menyerang Melaka, banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang mereka telah tawan, termasuklah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang hebat. Izinkan saya bertanya, masuk akalkah sebuah kerajaan yang memiliki senjata seperti di bawah ini tidak mampu mempunyai tentera sendiri dan armada laut? Habis tu, apa gunanya senjata-senjata api yang dirampas oleh Portugis? Seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam Asia Portugueza sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. 3 000 pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5 000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang. Albuquerque menyatakan, terdapat 2 000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

80

MELA K A I T U K E R A JA A N PI C I S A N – A M Z A RU L Y U Z R I N M O H D Y U S O F

yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8 000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Gila ke apa senjata-senjata hebat tersebut dijumpai oleh penjajah Portugis, tetapi Melaka tidak ada tenteranya sendiri? Habis itu siapa yang nak pakai senjata tu? Jin dan saka sultan Melaka ke? Lucu. Fikir-fikirkanlah saudara. Kikislah inferiority complex yang melanda diri saudara itu. Dalam dunia ini, bukan Russia sahaja yang hebat.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

81

BAB 9: ENCIK ZAHARIN MOHD YASIN – SILA BERHENTI MERAPU TENTANG SEJARAH MELAYU!

S

ebenarnya saya juga ketawa membaca hantaran anda Encik Zaharin Mohd Yassin (Facebook: https://www.facebook. com/zahrinmohdyasin). Secara jujur, saya sangat mengenali peribadi tuan sebagai seorang yang dahulunya merupakan pejuang dalam arena politik tetapi apabila perjuangan politik tuan ditenggelami masa dan gelombang pemimpin baru yang naik meninggalkan tuan, tuan mula mengeluarkan kenyataankenyataan yang sangat kelakar. Saya pernah membidas tuan suatu masa dahulu di page lain ketika saya masih lagi admin HE di page ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir’ sebelum saya meninggalkan page itu. Untuk 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

82

ENCIK Z A H A R I N M O H D YA S I N – S ILA BE R H E N T I M E R A PU T E N TA N G S E JA R A H M E LAY U !

pengetahuan tuan, bidasan saya itu sebenarnya berkenaan sejarah Melayu juga. Tuan membisu tidak bersuara apabila ditembak ketika itu, memberikan gambaran kepada saya yang mungkin tuan sudah pun ‘bertaubat’. Namun, saya kecewa apabila sekali lagi tuan bersuara sumbang. Tindakan tuan yang masih berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan kurang cerdik membuatkan saya tertanya-tanya, adakah setiap mereka yang terlibat dengan politik akan berbicara seperti tuan iaitu merapu yang bukanbukan? Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan tahniah kerana tuan akhirnya menempa nama di Wall of Fame kami, sebaris dengan individu-individu penyeleweng sejarah Melayu lain yang pernah kami bidas sebelum ini. Apa kata kalau saya ajak Encik Zaharin selami teori paling asli mengenai kedatangan budaya dan agama Hindu-Buddha ke Alam Melayu? Sebelum itu, kami di The Patriots menolak sekeras-kerasnya melabelkan mereka bukan Melayu sebagai pendatang dalam masa yang sama, menyatakan bahawa golongan India dan Cina di Malaysia bukannya peribumi seperti mana orang Melayu, asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Ayuh kita bincangkan 3 teori utama kedatangan HinduBuddha. Dari situ, kita akan meneliti teori yang saya petik melalui buku Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, dalam bab khusus tentang Pengindiaan Asia Tenggara. Buku ini ada membicarakan tiga hipotesis kedatangan Hindu-Buddha ke Asia Tenggara dan Alam Melayu ini.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 9

83

Hipotesis Waisya Hipotesis ini dikemukakan oleh N. J. Krom, seorang sejarawan yang terkenal terutama dalam pengkajian tamadun Khmer, selain daripada George Coades, insan yang bertanggungjawab menjumpai empayar Melayu Srivijaya. N. J. Krom dan George Coades berpendapat bahawa agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara ini disebarkan oleh golongan dari kasta Waisya, iaitu para pedagang. Coades berhujah, pada abad ke-2 sebelum Masihi, sumber utama emas India di Siberia telah mengalami penyusutan akibat kekacauan di Asia Tengah. Menukarkan sasarannya, India terus mengimport emas dari Rom sebelum Maharaja Vespian mengharamkannya kerana ia mengganggu kestabilan Rom. Seterusnya, India menyasarkan pula Asia Tenggara terutama kawasan Alam Melayu merangkumi Tanah Melayu dan Sumatera yang terkenal sebagai Semenanjung Emas dan Kepulauan Emas. Jadi, para pedagang dari kasta Waisya inilah kononnya yang telah menyebarkan kebudayaan India di Alam Melayu. Namun begitu, teori Waisya ini ditentang oleh kebanyakan sejarawan atas beberapa sebab. Persoalan yang dikemukakan termasuklah bagaimana golongan Waisya mampu mengajarkan penduduk Melayu dan peribumi Asia Tenggara seperti Khmer dan Mon agama Hindu-Buddha sedangkan yang berpengetahuan tentang ajaran Hindu dan berkemahiran menulis Sanskit hanyalah golongan atasan seperti Brahman? Andainya golongan Waisya yang membawa Brahman ke sini, maka sudah ada satu plot hole dalam teori Waisya itu kerana tidak pernah dicatatkan melalui sejarah, golongan Brahman hendak bergaul dengan golongan Waisya. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

84

ENCIK Z A H A R I N M O H D YA S I N – S ILA BE R H E N T I M E R A PU T E N TA N G S E JA R A H M E LAY U !

Selepas hipotesis Waisya dipatahkan oleh beberapa sejarawan, teori baru pula dibangkitkan berkenaan cara agama Hindu-Buddha tiba di Alam Melayu. Hipotesis Kesatria C. C. Berg, Moens dan juga beberapa sejarawan dari organisasi Greater Indian Society mencadangkan teori ini. Kononnya, agama Hindu-Buddha disebarkan oleh putera-putera raja dari Selatan India yang bukan dari susur-galur anak sulung. Selepas tersisih dari takhta di India, putera-putera raja ini pun mengembara ke serata tempat lalu sampailah ke Alam Melayu dan bertembung dengan pembesar-pembesar tempatan sebelum mengalahkan mereka dan menubuhkan kerajaan di sini. Hipotesis ini sebenarnya ditentang habis-habisan oleh sejarawan. Teori yang mendakwa kononnya raja-raja India menyebarkan agama Hindu-Buddha ke atas rakyat tempatan dan membina kerajaan di sini adalah tidak berasas sama sekali. F. D. K Bosch1 misalnya mempersoalkan, kalau teori itu benar, mengapa tiada langsung prasasti atau batu bersurat yang mencatatkan kisah penaklukan dari India Selatan? Hujah lain pula mempertikaikan, mengapa pengaruh bahasa dari India ke atas bahasa Melayu datang dari Sanskrit, dan bukannya bahasa dari rumpun Dravidia? Mengapa juga orang Melayu hari ini tiada langsung menampakkan tanda-tanda kacukan Dravidia-Melayu dalam skala yang besar? Kenapa tamadun Sungai Batu boleh wujud 200 tahun lebih awal daripada kewujudan kerajaan paling awal India Selatan? Untuk rekod, ketika zaman pemerintahan Asoka, kerajaan-kerajaan di 1

Frederik David Kan Bosch merupakan seorang ilmuan dan profesor ahli Indologi. 1887-1968.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 9

85

selatan India masih dengan kebudayaan megalithic, manakala di Alam Melayu ketika itu, sudah masuk zaman besi dan gangsa yang maju sekali! Turut ditemui di sini tapak-tapak upacara yang jauh lebih awal sebelum era kemasukan HinduBuddha dan bebas daripada sebarang pengaruh agama luar. Jadi, bagaimana Selatan India mahu menakluk dan mendirikan kerajaan di wilayah yang lebih maju ketamadunannya? Kasta yang wujud dalam agama Hindu hampir tidak wujud di Tanah Melayu ini, dan kalau benar raja-raja dari Selatan India pernah membuka kerajaan di sini, kenapa di Alam Melayu peranan Brahman hanyalah sebagai penasihat, bukannya di atas raja-raja? Bagaimana boleh berlaku penasihat Brahman di Alam Melayu berada di bawah kasta seorang raja berkasta Kesatria ini? D. G. E Hall2 membangkitkan bahawa candi-candi di Alam Melayu dan Asia Tenggara sangatlah berbeza dengan sebarang binaan di India sama ada di kawasan selatan mahupun utaranya. D. G. E Hall memberikan contoh seperti Borobudur, Wat Angkor dan beberapa candi di Jawa Tengah yang telah dikaji seni binanya. Kalau benar terdapatnya putera India yang membuka kerajaan di Alam Melayu, dari manakah mereka datang? Ada ratusan kerajaan di bumi India sepanjang ketamadunan agung dapat dikesan di Alam Melayu. Jadi, hipotesis Kesatria adalah hipotesis yang paling tidak berasas sekali dalam mencari jawapan mengenai cara kedatangan agama Hindu-Buddha ke sini.

2

Daniel George Edward Hall adalah sejarawan British, penulis dan ahli akademik. (1891-1979)

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

86

ENCIK Z A H A R I N M O H D YA S I N – S ILA BE R H E N T I M E R A PU T E N TA N G S E JA R A H M E LAY U !

Hipotesis Brahman Hipotesis ini menceritakan kepada kita bagaimana ketika zaman Dinasti Maurya menguasai India dahulu, agama Hindu telah pudar manakala agama Buddha dijulang terutama ketika era pemerintahan Maharaja Asoka. Peluasan agama Buddha di India berlaku dari permulaan abad pertama sehingga abad ke-3 Masihi. Namun ketika abad ke-4 Masihi, perubahan drastik sekali lagi berlaku di India apabila agama Hindu kembali mengambil alih takhta Buddha. Raja-raja Melayu yang tahu mengenai fenomena yang berlaku di India telah menjemput kembali para Brahman dari India untuk melakukan upacara bagi mengangkat semula martabat mereka. Hujah yang menyokong kisah kedatangan para Brahman ini adalah – ketika itu, para Brahman sedang mengumpulkan pengikut mereka semula manakala ada segelintir Brahman yang telah terkeluar dari kasta mereka akibat pelanggaran peraturan sedang berusaha untuk memanjat kembali tangga kasta mereka semula dengan menyertai upacara pengiktirafan oleh raja-raja Melayu di Alam Melayu ini. Kemudian, agama Hindu-Buddha yang dibawa dari India telah diambil oleh raja-raja Melayu lalu disulamkan dengan kepercayaan tempatan, bukannya diambil secara sepenuhnya. Perkara ini memaparkan local genius iaitu keperibadian atau identiti budaya bangsa yang menyebabkan ia mampu menyerap dan mengolah budaya asing agar bersesuaian dengan budaya tempatan. Contoh yang kita boleh ambil ialah Bali. Agama Hindu di sana ialah agama Hindu yang telah lama mengalami proses evolusi yang diterapkan dengan kepercayaan tempatan dan sangatlah berbeza dengan dengan Hindu di India. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 9

87

Bersandarkan kepada setiap hipotesis yang saya senaraikan di atas, kita dapat lihat tiga buah hipotesis yang membincangkan kedatangan agama Hindu-Buddha ke Alam Melayu. Hipotesis pertama mengandaikan ia dibawa golongan pedagang namun telah dipatahkan oleh banyak sejarawan. Hipotesis kedua pula mengatakan raja-raja dari India menakluk dan menewaskan pembesar-pembesar Melayu lalu menubuhkan kerajaan mereka di Alam Melayu sebelum ditentang hebat oleh para sejarawan lagi. Hipotesis ketiga pula adalah yang paling kukuh iaitu raja-raja Melayu sendiri menjemput golongan kasta Brahman dari India untuk mengajar mereka fasal agama Hindu-Buddha. Apa-apa pun, menerusi ketiga-tiga hipotesis di atas, tiada satu pun yang mengatakan bahawa orang India ialah peribumi di Alam Melayu – semuanya mengatakan orang India datang dari luar wilayah Melayu. Malah, hipotesis Kesatria sendiri pun menyatakan putera-putera India ini telah menewaskan pembesar-pembesar Melayu di Asia Tenggara. Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya, orang Melayu telah lama berada di tanah ini sebelum putera-putera India datang lagi (sekiranya teori ini sahih). Berkenaan entiti pengasas Srivijaya, Gangga Negara, Langkasuka, Majapahit dan kerajaan-kerajaan pra-Islam ini, ada dua perkara yang perlu diperhalusi: i) Populasi tempat kerajaan ini berdiri hari ini dan ii) Bahasa yang dipahat oleh kerajaan empayar ini. Ayuh kita lihat lokasi di mana kerajaan-kerajaan Melayu Purba ini berdiri seperti Baruas dan Lembah Bujang. Setahu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

88

ENCIK Z A H A R I N M O H D YA S I N – S ILA BE R H E N T I M E R A PU T E N TA N G S E JA R A H M E LAY U !

saya, hari ini di sekitar Merbok dan Baruas, orang tempatan menggelarkan diri mereka Melayu. Kaum India yang ada tidak dapat menjejaki keturunan mereka sehingga lebih daripada 3 keturunan sebelumnya yang berada di Tanah Melayu. Lantas bagaimana tuan boleh mendakwa kerajaan ini dibina oleh orang India?  Saya juga suka bercakap tentang bahasa yang dipahat oleh empayar Melayu Srivijaya dan Majapahit untuk membuktikan kerajaan ini bukan dibina oleh orang India. Prasasti Srivijaya dalam bahasa Melayu Kuno: • Prasasti Kedukan Bukit (683 Masihi) • Prasasti Telaga Batu (683 Masihi) • Prasasti Talang Tuwo (684 Masihi) • Prasasti Kota Batu (686 Masihi) Prasasti Sailendra dalam bahasa Melayu Kuno: • Prasasti Soejomorto (abad ke-7 Masihi) • Prasasti Manjusirgha (792 Masihi) Prasasti Singhasari (leluhur Majapahit) dalam bahasa Melayu Kuno: • Prasasti Padang Roco (1286 Masihi) Inskripsi Majapahit dalam bahasa Jawa – Kerajaan Majapahit terkenal dengan penghasilan dua manuskrip lama yang menceritakan sejarah kerajaannya dan semuanya dicatatkan dalam bahasa Kawi, iaitu leluhur kepada bahasa Jawa Moden hari ini.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 9

89

Paraton (buku raja-raja) – menceritakan salasilah dan sejarah raja-raja Jawa yang memerintah Majapahit Nagarakretagama – Sebuah catatan yang menggabungkan puisi yang menceritakan empayar Majapahit ketika kemuncak peluasan kuasanya.

 Sekarang, sila nyatakan kepada saya, kalau benar Srivijaya dan Majapahit itu sebagai sebuah kerajaan orang India, kenapa prasasti dan manuskrip mereka tertulis dalam bahasa Melayu dan Jawa? Kita beralih ke dakwaaan tuan yang seterusnya iaitu Srivijaya dan Majapahit kalah dengan Aceh dan Melaka lalu lari balik ke India. Setakat dapatan saat ini, zaman Srivijaya adalah berbeza dengan zaman Melaka dan Aceh. Jadi, bagaimana Srivijaya boleh berperang dengan mereka? Malah, kejatuhan Srivijaya semasa Dinasti Mauli iaitu dinasti terakhirnya adalah disebabkan serangan Majapahit, menurut kajian sejarah. Jadi, bagaimana Melaka dan Aceh yang belum wujud boleh mengalahkan Srivijaya? Jika benar, beri saya nama pertempuran, perang berserta tarikhnya, juga nama jeneral perangnya, dan strategi Melaka dan Aceh menghalau Srivijaya dan Majapahit. Berkenaan dakwaan sekitar etimologi nama Melayu yang kononnya bersumberkan bahasa ‘Hindu’, saya sudah pun mengulasnya dalam bab awal yang menyanggah hujah Uthaya Sankar yang turut memainkan isu sama.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

90

BAB 10: DI MANAKAH MELAYU ASLI HARI INI?

M

elihatkan seorang pengikut page The Patriots mempersoalkan – di manakah orang Melayu yang paling asli jika benar orang Melayu bukanlah bangsa kacukan atau bangsa ciptaan atau tidak wujud, saya nampak keperluan untuk menjawab provokasi ini. Saya akan paparkan sedikit maklumat mengenai Melayu Proto atau orang asli di Malaysia. Maka, kalau selepas ini ada yang hendak mencari orang asli, bolehlah jejaki suku-suku Melayu Proto di bawah. Untuk pengetahuan semua, Melayu Deutro iaitu Melayu moden pada hari ini bersusur galur daripada Melayu Proto inilah. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 10

91

Orang Laut Orang Laut ialah salah satu daripada kumpulan Melayu Proto yang mendiami kawasan pesisiran laut dan muara sungai. Mereka tinggal di pesisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia, timur Pulau Sumatera dan pulau-pulau serta muara sungai di Kepulauan Riau-Lingga, Kepulauan Batam, Pulau Tujuh dan Pulau Singapura. Dalam kalangan kelompok Melayu-Proto yang lain, mereka merupakan antara suku kaum yang paling rapat dengan saudara mereka – Melayu Deutro. Orang Laut memiliki banyak persamaan dengan orang Melayu dari segi kebudayaan dan bahasa. Bahasa kaum ini dikenali sebagai bahasa Orang Laut yang merangkumi pelbagai jenis loghat suku. Mereka pada umumnya mencari rezeki dengan bekerja sebagai nelayan. Sejak dahulu lagi, Orang Laut telah menumpukan kesetiaan mereka kepada rajaraja Melayu dari empayar Srivijaya. Malah selepas kejatuhan Srivijaya, mereka masih meneruskan taat setia mereka kepada Parameswara iaitu raja Singapura Purba terakhir, dan kemudiannya bersama-sama membuka pusat perdagangan baru di Melaka. Ketika kerajaan Melaka mencapai zaman kegemilangannya, mereka merupakan pendukung utama kejayaan dan kegemilangan kerajaan maritim tersebut. Tugas mereka ketika zaman kegemilangan Melaka ialah mengawal kawasan sempadan laut, mengusir lanun, memimpin para pedagang ke pelabuhan yang ingin mereka tuju, dan mengekalkan kekuasaan Melaka ke atas tanah jajahannya. Mereka mendapat kepercayaan penuh raja-raja Melaka kerana taat setia mereka yang tidak berbelah bahagi. Orang Laut pada zaman Melaka meneruskan kesetiaan kepada raja-raja Melaka kerana mereka percaya raja-raja ini 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

92

D I MA NA K A H M E L AY U A S L I H A R I I N I ?

ialah pewaris mutlak Srivijaya. Walaupun kesultanan Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis, mereka masih lagi setia kepada keturunan raja Melaka dan akhirnya membantu baginda mendirikan Kesultanan Johor. Orang Laut terus berkhidmat untuk keturunan diraja Kesultanan Johor sehinggalah Sultan Mahmud Shah II (16851699) dibunuh dan digantikan dengan Bendaharanya, Tun Abdul Jalil. Mereka mengesyaki Bendahara terlibat dalam pembunuhan Sultan Mahmud dan akhirnya tidak mengiktiraf kekuasaan beliau sebagai sultan Johor lalu meninggalkan Johor. Peranan Orang Laut sebagai penjaga keamanan Selat Melaka mula diambil alih oleh orang Bugis secara berperingkat pada kurun ke-18. Orang Laut terbahagi kepada beberapa suku kecil yang lain tetapi di bawah, kami hanya membincangkan dua suku kecil sahaja iatu Orang Kuala dan Orang Seletar. Orang Kuala Istilah ’Orang Kuala’ wujud disebabkan petempatan masyarakat itu sendiri yang kebanyakannya terletak di kawasan kuala sungai dan pesisiran pantai barat Johor. Mereka dipercayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera. Lokasi petempatan mereka berpusat di sekitar Kuala Rengit, Kuala Senggarang, dan Tanjung Segenting dalam daerah Batu Pahat dan di Kuala Benut, Kuala Sungai Pontian, dan Kukup di daerah Pontian, Johor. Menangkap ikan merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi sara diri mereka yang utama tetapi ada juga yang telah terjun ke dalam bidang perniagaan, pertanian, dan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 10

93

bidang-bidang profesional yang lain dan berjaya. Raut wajah dan tingkah laku mereka mirip orang Melayu yang secara tradisinya menjadi jiran mereka turun temurun. Orang Seletar Orang Seletar atau Sea Gypsies pada awalnya merupakan kumpulan pengembara pesisiran pantai yang tinggal dalam rumah perahu, di pulau, di pesisiran pantai, dan di kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka adalah di sekitar pantai selatan Johor dan utara Singapura seperti di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Secara tradisinya, ekonomi mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosioekonomi telah mengubah cara hidup mereka, misalnya, ada yang mengusahakan kedai makanan laut. Kini, mereka tinggal dan menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di pesisiran pantai selat Johor. Orang Kanaq Orang Kanaq merupakan rumpun Orang Asli yang paling kecil dari segi populasinya. Petempatan utama mereka adalah di Kampung Sungai Selangi, Mawai, daerah Kota Tinggi, Johor. Mereka dikatakan berasal dari kepulauan Riau, Indonesia yang melarikan diri daripada ancaman tentera Belanda. Bahasa pertuturan mereka seakan-akan bahasa Melayu dengan lenggok bahasa yang agak kasar.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

94

D I MA NA K A H M E L AY U A S L I H A R I I N I ?

Jakun Petempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan, dan Johor Utara. Kebanyakan daripada mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh unsur alam seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua, dan sebagainya. Mereka kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak dahulu. Semelai Rumpun bangsa Semelai menghuni kawasan Pahang Tengah iaitu di Tasik Bera, Sungai Triang, Paya Besar, dan Paya Badak hingga menjangkau ke sempadan Negeri Sembilan iaitu di Sungai Serting, Sungai Lui, dan Ulu Muar. Mereka memiliki rupa paras dan fizikal mirip orang Melayu Deutro. Mata pencarian mereka ialah hasil hutan dan juga hasil perladangan. Temuan Temuan merupakan rumpun keempat terbesar dalam komuniti Orang Asli. Petempatan mereka hampir keseluruhannya berada di negeri Selangor (kecuali daerah Kuala Langat), Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh di Pahang, dan juga Muar di Johor. Suku Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

95

BAB 11: APA ISTIMEWANYA SUNGAI BATU?

A

da yang ingin tahu mengapa kita harus mempertahankan Sungai Batu. Apa yang hebatnya Sungai Batu ini sehinggakan kempen ini disambut dengan baik oleh lamanlaman Facebook terkemuka di Malaysia? Izinkan saya hujani anda dengan fakta-fakta ringkas mengapa Sungai Batu harus dipertahankan. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu – ia wujud seawal tahun 600SM, sezaman dengan era Rom dan Yunani, 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, dan tentulah, 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

96

APA IS T I M E WA N YA S U N G A I BAT U ?

Sungai Batu ialah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang begitu bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu sudah masak besi dan bukannya buat jarum seperti yang didakwa oleh segelintir yang mengejek ‘Melayu cipta sebatang jarum pun tak mampu’. Besi terbaik dunia datangnya dari peradaban ini sehinggakan muncul teori dan hipotesis yang mendakwa besi yang digunakan untuk menempa pedang Rasulullah datang dari tamadun ini. Ada sekitar 4-7 buah kapal yang berusia mencecah 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan panjangnya 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum ditambah lagi dengan khabar penemuan Sungai Batu sebagai penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Adalah tidak keterlaluan kalau dipanggil Sungai Batu ini ‘Mohenjo-Daro’ dan ‘Harappa Melayu’. Tapak Sungai Batu ini wujud sezaman dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II. Tapak Sungai Batu adalah 400 tahun lebih tua daripada Tembok Besar China yang dibina oleh Dinasti Qin dan juga 1600 tahun lebih tua daripada Tembok Besar Dinasti Ming yang masih wujud pada hari ini. Tapak Sungai Batu adalah 600 tahun lebih tua daripada binaan Colosseum di Rom yang dibina pada 70 Masihi sebagai pusat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator atau haiwan buas seperti harimau dan singa bertempur. Tapak Sungai Batu adalah 1773 tahun lebih tua daripada Menara Condong Pisa yang terkenal di Itali itu. Tapak Sungai Batu adalah 300 tahun lebih tua daripada Rumah Api Iskandariah yang pernah menjadi salah satu daripada bangunan tertinggi 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 11

97

Colosseum

Machu Picchu

pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir. Tapak Sungai Batu adalah 2000 tahun lebih tua daripada MACHU Picchu yang dibina di Peru oleh tamadun Inca. Tapak Sungai Batu adalah 1000 tahun lebih tua daripada Hagia Sophia yang dibina oleh empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Tapak Sungai Batu adalah sezaman dengan piramid bangsa Maya yang bernama Chichen Itza yang dibina di pedalaman hutan Amerika Tengah. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

98

APA IS T I M E WA N YA S U N G A I BAT U ?

Petra Jordan

Tapak Sungai Batu adalah 200 tahun lebih tua daripada Petra di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 tahun lebih tua daripada Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jahan, yang katanya dibina sebagai lambang cinta sejati. Tapak Sungai Batu adalah 1350 tahun lebih tua daripada Borobudur yang dibina oleh Dinasti Melayu Sailendra di Pulau Jawa. Tapak Sungai Batu adalah 1700 tahun lebih tua daripada Wat Angkor yang berdiri di bumi Kemboja hari ini yang dibina oleh Suryavarman II oleh Kerajaan Angkor. Tapak Sungai Batu adalah 100 tahun lebih tua daripada Patung Zeus yang dibina oleh tamadun Yunani. Tapak Sungai Batu adalah jauh lebih tua daripada kebanyakan binaan agung di seluruh dunia. Sekarang, masih adakah yang bertanya lagi apa istimewanya Sungai Batu? 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 11

99

Wat Angkor

Tapak ini ialah bukti bahawa bangsa Melayu telah membina peradaban hebat, malah jauh lebih hebat dan lebih dahulu, berbanding kebanyakan penemuan arkeologi hebat di dunia. Inilah bukti bangsa Melayu sebuah bangsa yang begitu bertamadun! Justeru, kami berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat melakukan sesuatu untuk terus mengangkat martabat tapak Sungai Batu sebagai lokasi bersejarah tamadun Melayu. Khazanah bangsa ini adalah tidak ternilai dan tidak terbeli dengan sebanyak mana wang sekalipun! Semoga kerajaan pusat dapat membantu kerajaan negeri dalam membeli tanah persendirian untuk menempatkan warisan sejarah seperti kapal-kapal purba Melayu yang berusia setua 2000 tahun yang panjangnya 70 meter serta rangka manusia purba Kedah Tua. #SelamatkanTapakSungaiBatu #SelamatkanTamadunMelayu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

100

BAB 12: POLITICALGAGS YANG BUTA SEJARAH MELAYU

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 12

101

PARAMESWARA Dari kerajaan yang manakah asalnya Parameswara ini? India bukan sebuah kerajaan yang kecil. Tiada penjelasan yang kukuh mengiringi dakwaan ini. Ada banyak kerajaan yang berdiri di India ketika itu dan adalah perlu untuk menamakan kerajaan dari India ini. Tiada inskripsi dari India yang menceritakan tentang Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka tetapi ia ada diceritakan dalam manuskrip Melayu. Ya, manuskrip Melayu. Sulalatus Salatin, atau nama lainnya Sejarah Melayu menceritakan hal nenek moyang Parameswara yang bernama Sang Nila Utama yang membuka Singapura Purba. Sang Nila Utama adalah dari keturunan bangsawan Srivijaya. Dari keturunan Sang Nila Utama, lahirnya Parameswara, selepas Singapura Purba diperintah oleh pelbagai generasi. Maka Parameswara atau nama sebenarnya Raja Iskandar Shah naik takhta sebelum ‘dilanggar’ oleh Majapahit sebelum mencari perlindungan dan seterusnya membuka Melaka. Malangnya kisah Parameswara tidak diceritakan dalam mana-mana manuskrip sejarah dari India. Agama tidak menunjukkan bangsa. Kita semua tahu orang Melayu beragama Hindu dan Buddha sebelum kedatangan Islam. Jadi, tidak hairanlah memakai nama yang berunsur Sanskrit.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

102

POLITI C A LG AG S YA N G BU TA S E JA R A H M E L AY U

MUNSYI ABDULLAH Sebenarnya Munsyi Abdullah adalah berketurunan campuran Arab-India-Melayu. Keturunan kacukan ini memang ada dalam mana-mana bangsa. Jadi, ini bukan sesuatu yang menghairankan. Raja-raja Melayu pun mempunyai darah yang bersusur galur dari pelbagai bangsa di dunia. Majoriti sasterawan Melayu mengatakan Munsyi Abdullah merupakan tokoh kewartawanan Melayu yang pertama sekali kerana beliau antara yang pertama menulis dan menerbitkan buku biografi sendiri – Hikayat Munsyi Abdullah. Mengapa dalam buku tersebut beliau menentang: i) Tohmahan yang mendakwa bahasa Melayu tidak ada kegunaan untuk dipelajari dan ii) Mentaliti yang menganggap segalanya dari Arab itu baik? Beliau adalah antara tokoh pertama yang menolak arabisasi dan didapati berkali-kali dalam bukunya menegaskan, Melayu perlu ada rasa bangga pada kaum sendiri Hamka mengatakan; anda ialah Melayu kalau berfikir, bermimpi, ketawa, dan menangis pun dalam bahasa Melayu serta mengamalkan adat-adat Melayu. Saya tidak nampak hala tuju isu yang dibangkitkan tentang Munsyi Abdullah.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 12

103

PUTERI HANG LIPO Tiada sesiapa yang menafikan keturunan Hang Li Po. Tetapi Sultan Mansur Shah dicatatkan mempunyai isteri selain Hang Li Po. Antaranya ialah Puteri Onang Sari dan Raden Galoh Cendera Kirana. Jadi, saya tidak nampak apa relevannya dikaitkan kisah Hang Li Po di sini kerana Hang Li Po bukan satu-satunya isteri Sultan Mansur Shah. HANG TUAH Ini ialah topik kitar semula – kononnya ujian arkeologi dijalankan ke atas kubur Hang Tuah tetapi nama institut yang disebut itu pun tidak wujud. Kertas kerja yang menceritakan proses cari gali pun tidak wujud. Kalau Hang Tuah ialah pegawal Dinasti Ming yang sampai ke Melaka, kenapa tiga naskhah agung sejarah yang bercerita tentang Hang Tuah tidak pernah menyebutkan hal demikian? Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis langsung tidak menyebutnya. Sejarah Hang Tuah dari kecil sehingga dewasa langsung tidak mengaitkannya dengan Dinasti Ming dan pengawal peribadi Hang Li Po pun. Bahkan sebelum kedatangan Hang Li Po, Hang Tuah telah wujud lama dalam sejarah Melaka – ayahnya bernama Hang Mahmud dan ibunya Dang Merduwati. Beri saya sumber sejarah yang menyatakan Hang Tuah dari China. Beri saya mana-mana bait dalam Hikayat Hang Tuah atau Sejarah Melayu yang mengatakan sedemikian. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

104

BAB 13: BERHENTI PUTAR BELIT SEJARAH BANGSA SENDIRI, FAZRIN!

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 13

U

105

ntuk pengetahuan saudara, kami juga tidak bersetuju dengan suruhan agar penganut Hindu-Buddha membawa diri ke mana-mana selain Malaysia. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada kita sebenarnya. Namun demikian, untuk pengetahuan saudara sekali lagi, kami juga menentang sebarang pembohongan sejarah. Jika saudara tidak tahu, yang membina Lembah Bujang, yang membina Kedah Tua, dan juga yang membina Sungai Batu yang usianya jauh lebih tua daripada Lembah Bujang adalah orang Melayu dahulu yang beragama Hindu-Buddha, dan yang juga mungkin mengamalkan kepercayaan animisme serta menyembah Gunung Jerai sekitar era 500SM. Ini dapat disimpulkan melalui penemuan candi berbentuk bulatan yang dibina menghadap Gunung Jerai. Juga penting, Sungai Batu dan Lembah Bujang adalah entiti di bawah Kedah Tua. Untuk pengetahuan saudara Fazrin, Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah naskhah yang menceritakan asal-usul Kedah Tua yang lokasinya terletak di Lembah Bujang bukanlah tertulis dalam bahasa Tamil tetapi dalam bahasa Melayu. Untuk pengetahuan saudara juga, Kesultanan Kedah iaitu antara kesultanan Islam paling tua di dunia, berasal dari monarki Kedah Tua yang ditubuhkan oleh Merong Mahawangsa. Kenapa pula hari ini kesultanan ini dipanggil Kesultanan Melayu, bukannya India atau Tamil? Saya meneliti setiap kerajaan yang didirikan oleh bangsa Tamil dan mendapati rekod terawal mengenai tamadun yang didirikan oleh mereka adalah sekadar 300 tahun sebelum Masihi semasa Fasa Sanggam. Fasa Sanggam mengambil tempat antara tahun 300SM dan 200 Masihi. Fasa Sanggam ini adalah waktunya kerajaan pra-Tamil-Dravidian dibicarakan dalam karya-karya sastera. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

106

BER HE N T I PU TA R BE L I T S E JA R A H BA N G S A S E N D I R I , FA Z R I N !

Kemudian, di selatan India ketika itu berlaku pula fasa yang dipanggil sebagai Interregnum dan tidak banyak informasi tentang Dinasti Chola ketika itu. Fasa Interregnum di selatan India berlaku apabila sebuah kerajaan purba yang bernama Kalabhra mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa meninggalkan apa-apa rekod mengenai raja-raja mereka – membuatkan era ini langsung tidak diketahui secara jelas seperti tiada maklumat mengenai pemerintah selatan India. Pada tahun 848, seorang pengasas Medieval Chola, iaitu seorang raja agung yang dikenali dunia sebagai Vijayalaya Chola mengasaskan sebuah empayar yang dikenali sebagai Chola ini dan menundukkan dua kerajaan musuh mereka: Pandya dan Chera. Ketika ini, barulah bangsa Tamil bangkit dari Zaman Gelap mereka, ketika era Interregnum. Persoalan saya buat saudara, bagaimanakah anda boleh mendakwa Lembah Bujang yang mewarisi peradaban di Sungai Batu ini sebagai bukan milik Melayu sedangkan peradaban di selatan India pun bermula pada tahun 300SM (walaupun tiada bukti kukuh selain daripada kandungan hikayat-hikayat Tamil yang menceritakan tentangnya) sedangkan Sungai Batu sudah ada pada tahun 500SM? Bagaimana ada yang boleh mendakwa tamadun Lembah Bujang itu milik Tamil sedangkan di selatan India ketika itu, belum wujud mana-mana tamadun yang kukuh dan berkuasa? Bagaimana orang Tamil boleh mengasaskan sebuah kerajaan di bumi asing lebih awal daripada di tanah sendiri? Bagaimana orang Tamil boleh menubuhkan kerajaan di semenanjung Tanah Melayu sedangkan Fasa Sanggam itu pun mungkin sahaja sebenarnya sekadar legenda kerana tiada bukti kukuh menyokong kewujudannya? Bagaimana orang Tamil boleh 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 13

107

menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu sedangkan dari 200 Masihi sehingga abad ke-9 barulah mereka dapat keluar dari Zaman Gelap di mana tiada rekod tentang kerajaan Tamil yang terperinci dicatatkan? Ada yang mengatakan pengikut Rajendra Chola I yang membangunkan tapak Lembah Bujang dan Sungai Batu. Ini merupakan kesalahan fakta. Keturunan Chola yang berjaya menyerang (bukan menakluk) semenanjung ini ialah Rajendra Chola I, yang memerintah sekitar 1012-1044 Masihi. Baginda hanya menyerang dan tidak bersemayam di sini. Tapak purba di Kedah Tua ini berusia 500 tahun sebelum Masihi. Semasa baginda datang ke sini, peradaban di Kedah Tua telah lama wujud. Bagaimana hendak dikatakan Lembah Bujang itu dibina oleh Rajendra Chola sedangkan bapa kepada moyang Rajendra Chola I, iaitu Vijayalaya Chola yang memerintah sekitar 848-891 Masihi pun belum dilahirkan lagi? Lagipun, kerajaan yang diserang oleh Rajendra Chola ketika itu ialah sebuah empayar Melayu Srivijaya, sewaktu sudah ada kuasa pemerintahan Melayu yang memerintah Lembah Bujang, Sungai Batu, atau Kedah Tua ketika itu. Para sejarawan berpendapat dan sebulat suara mengatakan kerajaan Chola hanya menjarah Kedah bukannya menjajah. Mereka sekadar mahu mengacau perdagangan di pelabuhanpelabuhan Srivijaya, iaitu sebuah empayar Melayu yang hebat. Srivijaya pada masa itu berjaya menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Kepulauan Melayu antara India dan China. Inilah tujuan Chola menyerang Srivijaya dan Kedah Tua. Nota: Ingatlah, nama dan agama tidak menunjukkan bangsa. Ya, orang Melayu dahulu beragama Hindu-Buddha tetapi itu tidak bermakna mereka berbangsa India atau Tamil. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

108

BAB 14: PENIPUAN SEJARAH YANG DISANDARKAN PADA NAMA MARINA MAHATHIR

S

ebagai pendahuluan, adalah perlu untuk saya beritahu bahawa artikel yang mengatakan Melayu itu pendatang dan Hang Tuah itu Cina telah disebarkan sebanyak lebih 18 000 kali (Lihat artikel di halaman sebelah). Maka saya merayu agar anda semua bersatu membidas kenyataan tak masuk akal itu. Pantang anak Melayu melihat sejarah bangsanya diputarbelitkan walau oleh anak Melayu sendiri. Kali ini, usaha untuk mengubah sejarah Melayu datang dari seorang insan bernama Bony Tony yang mengitar semula isu-isu lapuk yang pernah menjadi ajaran dan pegangan para manusia yang rendah IQ. Kali ini, kitaran isi lapuk ini disandarkan pada nama Marina Mahathir. Selepas membuat semakan, saya dapati Marina Mahathir tidak pernah menghamburkan penipuan yang menyedihkan ini. Fokus bidasan adalah kepada dakwaan yang cuba mengatakan Melayu itu pendatang dan Hang Tuah itu cina.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 14

111

Ujian Dna dan Kubur Hang Tuah dan Lima Bersaudara Pertama sekali, kita harus perhalusi universiti manakah yang membuat kajian itu. Apakah bukti yang menunjukkan ujian DNA ada dibuat? Manakah dia kertas kerjanya untuk diteliti? Semua orang boleh buat dakwaan bermodalkan air liur sahaja. Saya juga boleh. Contohnya: ‘Maharaja Qin Shi Huangdi, yang membina empayar pertama dalam sejarah China, yang menyatukan seluruh China dalam siri peperangan yang dahsyat, dan membina makam yang hebat yang menempatkan askar Terracotta itu sebenarnya adalah seorang Melayu.’ ‘Tahukah anda, sebuah universiti di China selepas meneroka makam Qin Shi Huangdi dan menjalankan ujian DNA ke atas Qin Shi Huangdi telah mendapati bahawa maharaja agung ini adalah seorang Melayu. Tak percaya? Nak bukti?’ ‘Fikirkan… kenapa kerajaan China tiba-tiba melarang usaha untuk meluaskan penggalian makam itu dihentikan? Ini tak lain tak bukan adalah bertujuan untuk menutup sejarah!’ Senang sungguh bukan berkata-kata dengan modal air liur?

Bony Tony mengatakan kubur-kubur Hang Tuah dan lima bersaudara telah dijumpai. Dijumpai? Sayang sekali anda tidak menyatakan lokasi makam-makam mereka ini. Anda malahan telah menaburkan fitnah dengan mengatakan sesungguhnya makam-makam pahlawan Melaka ini cuba disembunyikan oleh kerajaan. Sejauh mana kebenarannya? Izinkan saya untuk menafikan penipuan saudara. Hakikatnya, kerajaan Melaka sebenarnya menjadikan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

112

PENIPUA N S E JA R A H YA N G D I S A N DA R K A N PADA NA M A M A R I NA M A H AT H I R

makam-makan sahabat Hang Tuah sebagai salah satu destinasi pelancongan di Melaka. Makam Hang Jebat sebenarnya masih utuh di Melaka dan terletak berdekatan dengan Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi, di Kampung Pali, Jalan Gelanggang. Makam seterusnya ialah makam Hang Kasturi. Ia terletak di Jalan Hang Jebat atau Persiaran Jonker. Anda boleh lihat gambar papan tanda di makam Hang Kasturi yang saya paparkan dalam gambar di halaman seterusnya. Mengenai makam Hang Tuah, terdapat banyak versi melibatkan lokasi sebenarnya. Namun, salah satu kuburan yang dikatakan milik Laksamana Tuah tetap menjadi lokasi pelancongan di Melaka, iaitu di Tanjung Keling. Untuk pengetahuan semua, dalam Sulalatus Salatin ada diceritakan mengenai kemangkatan Hang Tuah di Tanjung Keling. Berikut adalah petikan tersebut: 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 14

113

‘Hatta maka Laksamana Hang Tuah pun kembalilah ke rahmat-Allah Taala, maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di Tanjung Keling, dengan sepenuh-penuh adat dianugerahkan; tiga hari baginda tiada nobat.’1

Di sini, saya kongsikan dengan anda gambar makam yang dikaitkan dengan Hang Tuah tersebut pada halaman sebelah. Dengan maklumat lokasi makam tiga pahlawan Melayu di atas, adakah masih tidak mencukupi untuk kita katakan sesungguhnya makam-makam mereka wujud dan tidak diselindungkan oleh kerajaan? Sekiranya pernah ada carian arkeologi di kuburan mereka, pasti kita semua akan tahu kerana lokasinya bukanlah di dalam hutan tebal, atau di tempat-tempat terpencil sebaliknya di tengah-tengah kota Melaka. Kenapa tidak ada pula rekod kerja ‘cari gali’ pernah dijalankan di situ?

1

A.Samad Ahmad. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, Hlm.220.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

114

PENIPUA N S E JA R A H YA N G D I S A N DA R K A N PADA NA M A M A R I NA M A H AT H I R

Hang Tuah Dalam Misi Mempertahankan Melaka Daripada Siam? Sebelum kita nak berbicara tentang sejarah Hang Tuah, kalian yang buta sejarah harus mencari dua naskhah sejarah agung yang menceritakan sejarah Melayu iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin. Hadam dua karya bangsa Melayu ini sebelum nak bercakap tentang sejarah Melayu. Ini ialah penipuan yang paling janggal yang pernah saya hadapi sepanjang berhujah mengenai sejarah Melayu. Kisah Hang Tuah ada tercatat dalam rekod sejarah seperti Hikayat Hang Tuah. Kisah Hang Tuah sudah diceritakan sejak beliau kecil sehinggalah dewasa termasuklah butiran nama ibu bapanya. Pernahkah anda dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik kitab sejarah. Menurut sumber sejarah utama iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan kisah Hang Tuah dan para sahabatnya, ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 14

115

sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahunya. Sampai sahaja di darat, Hang Tuah telah bergelut dengan sang lanun dan pertempuran itu berakhir dengan kemenangan Hang Tuah. Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk yang masih kemas tersisip dalam rekod sejarah dan kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak serta bagaimana Hang Tuah mengadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda selepas mendapat perkenan juga merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po. Baju Kurung Dan Baju Melayu Budaya China Ini satu lagi kedangkalan yang dipamerkan oleh mereka yang tidak punya pengetahuan tentang sejarah baju Melayu dan baju kurung. Mari saya kongsikan dengan anda sejarah dua pakaian kebanggaan bangsa Melayu hari ini. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher teluk belanga. Baju berleher cekak musang hanya boleh dipakai oleh raja atau sultan sahaja. Pemakaian baju Melayu telah ‘dikuatkuasakan’ sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – sultan ketiga dalam empayar Kesultanan Melayu Melaka. Baginda telah mengeluarkan satu titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara atas angin (Arab, India, dan Eropah) dan cara bawah angin (China dan Khmer). Pada hari Jumaat juga, semua lelaki Melayu dikehendaki pergi ke masjid dengan memakai sepersalinan yang bersih dan cantik, lengkap 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

116

PENIPUA N S E JA R A H YA N G D I S A N DA R K A N PADA NA M A M A R I NA M A H AT H I R

bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. Baju Melayu ada falsafahnya tersendiri. Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 kancing. Ada pendapat mengatakan ia adalah lambang keharmonian rumah tangga – 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa manakala 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak. Walau bagaimanapun, pendapat ini disanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali sebagai Mak Engku. Beliau berpendapat, ada tujuh butir untuk golongan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan dengan salah satu seni pusaka orang Melayu iaitu keris. Dalam reka bentuk keris, lok 11 ialah milik sultan dan ratu, lok 9 untuk pewaris, dan lok 5 milik bendahara dan anak-anak raja. Selain itu, lima butang di dada melambangkan lima rukun Islam yang harus menjadi isi dada pemakainya. Enam pesak di kanan dan kiri melambangkn enam rukun iman yg menjadi sangkar pemakainya. Tiga poket melambangkan tiga tuntutan iaitu Islam, iman dan ihsan yang perlu dipenuhi. Tengkolok yang berbutang satu melambangkn kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa dan sunah menutup kepala bagi orang Islam. Tentang baju kurung pula, perbualan Sultan Muhammad Syah dengan Manikam Kalbu yang dirakam Faisal Tehrani dalam novel beliau sebenarnya menceritakan serba sedikit falsafah baju kurung: ‘Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 14

117

rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.’ ‘Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya.’ ‘Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.’ ‘Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?’ ‘Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat lima waktu justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiga itu mengingatkan kepada puasa Ramadhan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji.’ ‘Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu. Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.’2

Sekarang saya mahu bertanya, adakah falsafah yang tersemat pada baju Melayu dan baju kurung ini tersemat 2 Faisal Tehrani. Manikam Kalbu. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2007. Hlm. 127.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

118

PENIPUA N S E JA R A H YA N G D I S A N DA R K A N PADA NA M A M A R I NA M A H AT H I R

pada mana-mana pakaian di China sehinggakan anda mahu mendakwa sedemikian? Kalau benar baju kurung dan baju Melayu berasal dari China, tentunya terdapat pakaian di sana yang berkongsi falsafah sama dengan dua baju kebanggaan Melayu ini. Parameswara Tidak Bertanggungjawab Membuka Kerajaan Di Semenanjung Tanah Melayu? Kata penulis artikel ini, Parameswara tidak bertanggungjawab membuka sebuah kerajaan di Tanah Melayu dan mendakwa bahawa tanah itu miliknya. Sebentar… Parameswara sekadar membuka kerajaan di sebuah kepulauan yang bernama Kepulauan Melayu! Tanah yang disebut sebagai milik Parameswara itu telah saya sebut berulang kali dan saya rasa perlu untuk saya ulangi dalam bab ini bahawa seorang penyair Jawa telah menyatakan tanah tempat Parameswara membuka kerajaannya itu adalah tanah Melayu. Mpu Prapanca penyair Jawa di kraton Majapahit, dalam karyanya Desawarnama pada tahun 1365 telah menyenaraikan daerah yang dikenalpasti sebagai tanah orang Melayu iaitu Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, ketika Singgahasari mahu menggerakkan ekpedisi menundukkan sisa-sisa kekuasaan empayar Srivijaya, ekpedisi itu dipanggil Ekpedisi Pamalayu. Ini membuktikan nama Melayu dan tamadun orang Melayu telah wujud lama sebelum Parameswara membuka Melaka. Pertanyaan saya – kalau tanah di semenanjung ini digelar Tanah Melayu oleh 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 14

119

penyair Jawa tersebut dan Singgahasari menggunakan istilah Ekspedisi Pamalayu untuk menundukkan sisa-sisa empayar Melayu Srivijaya yang pernah menaungi seluruh Nusantara, bagaimana anda boleh tergamak mengutuk Parameswara? Setakat ini saya tidak pernah pula jumpa nama Tanah Cina atau Ekpedisi Pacina digunakan oleh Singgahsari? Orang Cina Jejakkan Kaki Di Tanah Melayu (Kelantan) Dahulu Sebelum Melayu? Hujah yang digunakan oleh mereka adalah – ketika Parameswara mendarat di Melaka, orang Cina sudah berada di Kelantan. Oleh sebab terpisah dek hutan dan tiada jalan untuk ke sana, orang Melayu tidak mengetahui bahawa orang Cina sudah tiba lebih awal. Tarikh yang digembar-gemburkan adalah 1200 Masihi. Saya nak ketawa membaca sejarah palsu sebegini. Orang Melayu adalah pelaut hebat. Orang Melayu biasanya akan bergerak melalui jalan laut. Orang Melayu dipercayai sebagai bangsa pertama yang berlayar di lautan luas menurut buku The Human Journey: A Concise Introduction to World History oleh Kevin Reilly. Menurut Lynda Shaffler pada halaman 12 dalam bukunya, Maritime Southeast Asia to 1500, orang Melayu dicatatkan telah mula berlayar di lautan luas seawal kurun pertama Sebelum Masihi lagi. Dalam buku ini ada diceritakan bahawa orang Melayu berlayar di lautan jauh beribu batu tanpa menggunakan kompas atau peta. ‘Bangsa Melayu berlayar dengan bantuan bacaan angin dan bintang, melalui pembacaan akan bentuk dan warna awan, atau melalui pembacaan warna air laut, melalui gelombang dan juga alunan ombak lautan. Orang 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

120

PENIPUA N S E JA R A H YA N G D I S A N DA R K A N PADA NA M A M A R I NA M A H AT H I R

Melayu dapat mengenal pasti lokasi sebuah pulau sejauh 30 batu jauhnya melalui pembacaan pada spesis burung, ikan, dan batu karang yang ada di dalam lautan, sambil dibantu oleh alunan ombak.’

Bukan itu sahaja, orang Melayu juga terkenal dengan penghasilan kapal-kapal hebat. Lynda Shaffler dalam bukunya lagi berkata: ‘Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat [dalam] perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206SM hingga 221SM), orang Cina telah menggunakan layar itu.’

Anda cuba mengatakan… bangsa yang mengajar bangsa Cina untuk berlayar di lautan tidak pernah sampai ke Kelantan ketika itu? Kalau bangsa ini pernah sampai ke China, kenapa tidak pernah sampai langsung ke Kelantan pada tahun 1200 walhal pada 200SM lagi mereka sudah berhubung dengan Dinasti Han? Untuk makluman, sebelum Melaka (yang tarikh kewujudannya bermula pada tahun 1262), orang Melayu telah membina kerajaan-kerajaan hebat sebelum itu. Mari kita dalami.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 14

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

121

Tamadun Sungai Batu (500SM) Empayar Funan (68M – 500SM) Kerajaan Malayu (400M – 700M) Champa (192 Masihi– 1828M) Sri Dharmaraja (100M – 1500M) Kesultanan Kedah (1136M) Empayar Srivijaya (600M – 1377M)

Maaf, tarikh 1200 anda tidak mampu menandingi era kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara ini. Sila cuba lagi. Nama Hang Itu Nama Keluarga Cina? Terdapat ramai lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang seperti Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin. Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, lebih kurang macam ‘Datuk’ pada hari ini. Jadi istilah ini tak ada kena mengena pun dengan orang Cina.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

122

BAB 15: 10 KAYU PENGUKUR KEAGUNGAN TAMADUN MELAYU

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

123

1. LEGASI SAINS Perubatan Sebenarnya orang Melayu telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perubatan. Sehingga hari ini, ilmu perubatan tradisional Melayu dan petua-petua orang lama masih lagi diamalkan terutamanya di kampung-kampung. Janganlah memandang rendah ilmu perubatan tradisional bangsa kita. Sebagai contoh, untuk merawat demam, petua menyarankan penggunaan daun bunga raya yang diramas dalam air kosong sebelum disapukan ke kepala orang yang sakit. Kalau hendak menyembuhkan batuk pula, orang tua menyarankan amalan mengunyah bawang putih. Bawang putih haruslah dibakar sehingga benar-benar masak sebelum dikunyah. Kajian saintifik sebenarnya mendapati bawang putih sangat mujarab untuk membantu meningkatkan ketahanan tubuh. Saya yakin para pembaca tentu mempunyai lebih banyak lagi petua perubatan Melayu yang diwarisi daripada keluarga masing-masing. Perubatan tradisional Melayu biasanya memanfaatkan flora dan fauna yang mudah diperolehi di hutan. Dalam kalangan masyarakat Melayu, penggunaan ramuan atau ubat akar kayu masih popular hingga ke hari ini. Orang Melayu percaya ubat akar kayu mempunyai khasiat yang tinggi dan mampu mengubati banyak penyakit. Antara pencapaian hebat perubatan Melayu tradisional ialah penciptaan antidot untuk beberapa jenis kes keracunan di samping penghasilan bahan-bahan untuk merangsangkan muntah (emetik) yang digunakan dalam perubatan moden. Selain daripada ubatan bersumberkan tumbuhan, terdapat juga ubatan yang dihasilkan menggunakan sumber haiwan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

124

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

seperti hempedu gajah, hempedu sawa, lemak landak, tulang sotong dan seumpamanya. Selain petua-petua yang dihebahkan dari mulut ke mulut, orang Melayu turut mendokumentasikan perubatan mereka menerusi kitab-kitab tib. ‘Tib’ bermaksud ‘ubat’, ‘tukang ubat’ atau ‘ilmu perubatan’. Ada pelbagai kitab tib yang digunakan oleh orang Melayu yang membincangkan penyakit-penyakit biasa seperti demam, batuk, dan lelah selain daripada penyakit-penyakit mistik seperti rasukan. Tajul Muluk atau nama lainnya Kitab Mujarrabat Melayu adalah antara kitab tib yang terkenal. Ia mengandungi 500 muka surat dan 147 fasal dalam perubatan. Selain itu, antara buku yang mendokumentasikan ilmu perubatan orang Melayu ialah This is the Medical Book of Malayan Medicine yang kini dimiliki oleh The Pharmaceutical Society of Great Britain. Menurut editornya, sejarah penterjemahan buku tersebut tidak diperolehi atau hilang, dan buku tersebut ditulis tangan oleh penterjemahnya bernama Ismail Munsyi. Salah satu daripada preskripsi yang terdapat dalam buku perubatan Melayu ini (nombor 99) telah digunakan sebagai penawar untuk melegakan lelah dan bronkitis di Barat pada sekitar tahun 1915. Astronomi Orang Melayu adalah pelaut terkemuka dunia. Orang Melayu menggunakan bintang tujuh atau bintang tujuh beradik sebagai penunjuk arah. Bintang tujuh merujuk kepada gugusan bintang yang terletak dalam buruj Taurus. Bintang ini termasuk dalam kumpulan buruj khatulistiwa – menyebabkannya boleh kelihatan sepanjang hampir dua pertiga tahun. Disebabkan bentuk bintang ini menarik – 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

125

dengan satu daripadanya cerah menghadap ke arah selatan, pengembara Melayu telah menjadikannya panduan untuk mengenal pasti arah utara dan selatan. Penggunaan bintang tujuh sebagai panduan arah utara–selatan di Alam Melayu lebih praktikal kerana bintang kutub sukar kelihatan dari kawasan kita. Apabila budaya Hindu meresap ke Alam Melayu, bintang ini dikenali sebagai bintang Kutika atau bintang Kartika. Selain itu, orang Melayu juga menggunakan ilmu astronomi untuk menentukan musim bagi hal pertanian. Masyarakat Melayu yang menyedari betapa sukarnya untuk mengesan permulaan pertukaran musim melalui matahari telah berpandukan terbitnya bintang belantik sebagai permulaan fasa untuk menuai. Ulama Melayu juga memainkan peranan dalam bidang astronomi. Hal seperti keputusan waktu solat, pencerapan anak bulan ketika menentukan tarikh puasa dan raya serta penentuan latitud dan longitud bumi semuanya dibincangkan berasaskan kemahiran tertentu yang hebat. Syeikh Ahmad bin Abdul Latiff al-Minangkabaui al-Khatib merupakan contoh pemikir yang telah membincangkan kaedah penentuan latitud dan longitud bumi dan nilai koordinat dalam karyanya Riad al-Wardiyyah dan al-Jauharun Naqiyah fil A’mali Jaibiyah. Matematik Dalam bidang Matematik pula, terdapat kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama. Mereka menulis tentang hisab alhind, algebra, geometri, logaritma dan ilmu falak iaitu ilmu yang menjadi warisan paling berharga yang ditinggalkan oleh penulis Melayu silam. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

126

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

Ilmu falak melibatkan penentuan awal Ramadan dan Syawal, perjalanan matahari, pengiraan waktu sembahyang, kejadian gerhana bulan dan matahari, kedudukan bintang thabitah dan sayyarah, galaksi dan seumpamanya. Ilmu geometri dan trigonometri digunakan dalam menentukan arah kiblat dan koordinat, dalam perihal yang berkaitan kesferaan bumi, dan dalam kompas perjalanan serta pelayaran. Kajian geometri ada dilakukan oleh Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib melalui dua bukunya iaitu Raudat al-Hussab dan ‘Alam al-Hussab. Selain itu, orang Melayu turut mahir dalam ilmu algebra. Algebra digunakan dalam pengiraan zakat, sewaan, wasiat, perkongsian, pajak gadai, riba, faraid dan hal-hal tertentu yang berkaitan dengan fekah dan hukum agama. Ilmu ini juga digunakan dalam kehidupan seharian seperti kira-kira dalam perniagaan, pertukaran wang, dan timbangan. Berikut ialah senarai ulama yang terkenal dengan kitabkitab yang membincangkan dan mendalami dunia matematik. • Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib – Raudat alHussab fi a’mal al-Hisab, al Nukhbah al-Bahiyyah, alJawahir al-Naqiyyah. • Syeikh ‘Abdul Rahman Muhammad al-Fatani – Minhaj al-Qawim (perbincangan hisab dan takwim) • Syeikh Ahmad al-Fatani (perbincangan hisab dan falak) • Haji Umar Nuruddin – Miftah al-Ta’lim, al-Durr alNaqiyy fi Ma’rifat Arqam al-Hindi, Syams al-Fathiyyah. • Syeikh Tahir Jalaluddin (penentuan waktu solat dan kiblat dengan logaritma) 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

127

Secara umum, sumbangan Melayu yang paling besar dalam matematik ialah penggunaan sifar dan sistem perpuluhan, jauh lebih awal daripada yang digunakan di India atau tanah Arab. Dr. Shaharir yang merupakan ahli matematik dan sejarawan terkenal di Malaysia ada menyebut, sistem perpuluhan dan angka sifar di alam Melayu jauh lebih tua berbanding di India ataupun Arab. Dr. Shaharir menulis dalam bukunya, terdapat sebuah prasasti bertarikh 609 Masihi milik kerajaan Melayu Funan yang mendedahkan penggunaan sifar. Beliau mendakwa lagi, prasasti-prasasti Melayu Srivijaya turut memaparkan sistem angka sifar, seperti tercatat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit dalam sistem tulisan Pallava dan dalam bahasa Melayu Kuno. 2. LEGASI SAINS SOSIAL Tamadun Melayu telah menyumbang kepada perkembangan sistem pendidikan, pengkajian linguistik, dan cabang-cabang ilmu lain yang termasuk dalam sains sosial. Catatan Ibnu Battuta ketika singgah di Pasai pada abad ke-14 menyatakan yang Istana Pasai menjadi pusat peradaban ilmu Islam yang terhebat pada zaman itu. Para ulama akan singgah di Nusantara untuk mempelajari ilmu Islam. Dikatakan hampir setiap hari, Istana Pasai dikunjungi oleh bijak pandai dari seluruh dunia. Jiran Pasai iaitu Melaka turut menjadi pusat penyebaran ilmu di Nusantara. Melaka menjadi tumpuan para ulama untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu. Antara universiti terawal dalam dunia Islam ialah Universiti Baitulrahman di Aceh. Universiti Baitulrahman yang sangat masyhur dalam tamadun Melayu telah menawarkan lebih daripada 13 fakulti termasuklah fakulti undang-undang, fakulti akauntasi, fakulti perubatan, fakulti kimia, fakulti 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

128

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

perlombongan, fakulti ilmu peperangan, dan fakulti matematik. Pada abad ke-17, seorang pengembara Perancis mencatatkan bahawa tiada seorang pun yang buta huruf di Aceh dan setiap orang memahami lebih daripada 2 bahasa. Namun begitu, zaman Melaka dan Pasai bukanlah permulaan era pembudayaan ilmu. Ayuh kita dekati dunia keilmuan zaman empayar Melayu Srivijaya. Kalau pembaca benar-benar mengkaji sejarah Melayu, kalian pasti mengenali individu yang bernama I-Ching yang memperkenalkan kita dengan Srivijaya. Menurut I-Ching, untuk menyambung pengajian dalam agama Buddha di India, setiap sami wajib singgah di Srivijaya iaitu pusat pengajian agama Buddha di dunia. Ada diceritakan juga yang Maharaja Srivijaya iaitu Balaputradeva telah membiayai pembinaan sebuah kuil di Nalanda serta 5 buah perkampungan di sekitarnya. I-Ching mendakwa, ilmu pendeta-pendeta di Srivijaya sangatlah tinggi dan sami-sami China harus belajar di Srivijaya. Malah, pernah dicatatkan dalam rekod China bahawasanya kasta sami-sami itu rendah, dan mereka harus sujud pada kaki dan minum air kaki maharaja Srivijaya yang berkasta Brahmin iaitu kasta orang Melayu di semenanjung. Atisa, pengasas Dipankara Shrijnana, yang merupakan salah seorang daripada guru yang amat dihormati dan tokoh yang paling dikenali dalam agama Buddha Mahayana adalah anak murid kepada pendeta-pendeta Srivijaya. Atisa terpaksa mempelajari bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu ketika itu dan tinggal di Srivijaya selama 12 tahun. Srivijaya dikenali oleh para pengkaji sebagai universiti kedua dalam pengajian agama Buddha selepas Universiti Nalanda. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

129

 Ekonomi orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Tahap kecekapan raja-raja Melayu menguruskan ekonomi negara mereka begitu hebat. Saya mahu mengajak anda menghayati sumbangan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi. Andai orang Melayu tidak mahir dalam ekonomi, masakan boleh muncul kenyataan seperti di bawah? ‘Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world.’ – Tome Pires ‘Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world.’ – Duarte Barbosa

Melaka mendapat jolokan sebagai Venice di Timur kerana kekayaan empayar Melaka ketika itu dikatakan setara dengan Venice atau lebih kaya lagi. Catatan merekodkan kapal Portugis Flor de la Mar telah mengangkut harta kekayaan Melaka termasuk 200 peti batu permata, berpeti-peti wang emas, barang kemas raja, mahkota emas, patung singa emas, keris-keris dan senjata emas, meja makan permaisuri betatahkan emas permata, dan buku-buku Melayu. Harta Melaka disifatkan oleh Albuquerque sebagai ‘the richest treasure ever seen on earth’. Sebuah laman web British (pautan http://britainexplorer. com/feature-articles/item/172-top-ten-lost-treasures-of-theworld) telah memaparkan antara 10 khazanah kekayaan atau harta karun yang hilang dalam sejarah dunia. Kekayaan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

130

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

yang dicuri daripada Melaka oleh Portugis dan diangkut dengan kapal Flor de la Mar ketika itu mencecah $2.6 bilion ditambah lagi dengan 54 431kg emas bernilai $49 000 per kg. Ia dikatakan sebagai harta karun yang paling mahal dalam sejarah yang masih belum ditemui! Antara kerugian terbesar juga termasuklah warisan sejarah bangsa Melayu yang diragut bersama manuskrip Melaka. Apa yang kita pasti, pengurusan ekonomi di Melaka adalah begitu mantap. 3. LEGASI KEJURUTERAAN Kalau kita berbicara mengenai seni bina Melayu, terlalu banyak legasi seni bina Melayu yang masih boleh disaksikan seperti Candi Borobudur yang strukturnya termasuk dalam kategori piramid. Sepanjang pembinaan Borobudur, 55 000 meter padu batu konkrit digunakan. Borobudur juga dilengkapi dengan sistem aliran dan perparitan yang sempurna – terdapat 100 muncung air pancut dibina pada setiap sudut dan tingkat untuk aliran air. Terdapat lebih daripada 2672 arca dinding menunjukkan pelbagai aktiviti manusia dan haiwan serta 504 stupa loceng di candi ini. Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi satu cerita. Ada keistimewaan Borobudur yang harus diketahui oleh orang Melayu, khususnya. Para sejarawan berpendapat candi ini pernah dikelilingi oleh tasik purba yang sudah kering. Tasik purba ini menjadi bahan perdebatan yang hangat dalam kalangan ahli arkeologi pada abad ke-20 dan menimbulkan persoalan sama ada Borobudur dibangunkan di tepi atau di tengah danau. Pakar seni ukiran Hindu Buddha, W. O. J. Nieuwenkamp merupakan individu yang mencadangkan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

131

teori bahawa Borobudur itu dahulunya dikelilingi tasik dan ia dibangunkan di tengah-tengah umpama bunga teratai yang terapung di tengah-tengah tasik. Selain itu, Kesultanan Melayu Melaka turut direkodkan memiliki istana yang sangat gah dan indah. Ia memiliki 17 ruang, dan satu ruang tiga depa.1 depa bersamaan dengan 1866.24mm maka panjang keseluruhan Istana Melaka ialah 95m. Itu belum lagi dikira lebar dan tingginya, yang berdasarkan catatan Sulalatus Salatin, sekurang-kurangnya 7 tingkat. Jadi jelas di sini orang Melayu dahulu mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang seni bina. Orang Melayu Champa juga terkenal dengan kemahiran seni bina wat sejak abad ke-4 masihi lagi. Kompleks wat My Son di Vietnam mula dibina pada abad ke-4 dan bilangan watnya mencecah 70 buah pada abad ke-14. Namun kini yang tinggal hanyalah 20 buah sahaja setelah dibom oleh AS dalam serangan udaranya semasa perang Vietnam. Kemahiran orang Melayu membuat binaan diakui dunia menerusi wat atau candi Buddha zaman kerajaan Funan dan Champa. Tidak hairanlah jika maharaja China ada mengundang tukang-tukang, para arkitek dan jurutera Melayu Srivijaya bagi membangunkan dan membaiki candi dan kuil di negara China seperti yang direkodkan oleh pedagang China. Seorang lagi tokoh agung dalam tamadun Melayu yang harus disebut adalah Maharaja Srivijaya pada abad ke-11 yang bernama Cudamanivarman yang pernah menghantar wakilnya ke negara China pada tahun 1003 untuk menghadiahkan loceng kepada sebuah candi Buddha. Maharaja China telah menamakan loceng tersebut sebagai ‘kehidupan seribu tahun yang dianugerahi syurga’. Pada tahun 1079, seorang tukang 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

132

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

rumah atau arkitek yang bernama Chi Lolo telah dihantar oleh maharaja Srivijaya bagi membaiki kuil di China kemudian maharaja tersebut iaitu Divakara telah dianugerahi gelaran jeneral agung oleh maharaja China. Tukang-tukang Melayu bukan sahaja terkenal di China tetapi juga di India dan negara jiran, Thailand. Tukangtukang candi Melayu telah diundang ke India bagi membina wat. Prasasti dari Thailand turut mencatatkan pembinaan wat atau candi oleh tukang-tukang dari Langkasuka atau Srivijaya. 4. LEGASI EKONOMI Alam Melayu adalah syurga rempah ratus seperti lada, kayu manis, buah pala dan cengkih. Menurut pendapat para sarjana – beras, gangsa, dan penternakan ulat sutera pada asalnya muncul di Asia Tenggara dan selepas itu barulah ia tersebar ke negara China. Menurut D. G. E. Hall (1955), ukuran sukatan dan berat di India dan China iaitu tahil dan kati adalah asalnya daripada bahasa Melayu. Sarjana Rusia, Petrov berhujah bahawa kayu manis yang diedarkan semasa zaman kerajaan Rom datang dari Alam Melayu dan India Selatan, walaupun barangan tersebut dianggap berasal dari Afrika dan Arab. Kegiatan ekonomi utama yang tersebar di kawasan pedalaman adalah pertanian, penternakan, pemburuan, pemungutan hasil hutan, penangkapan ikan dan penghasilan pelbagai jenis kraf tangan seperti pembuatan alat kerja petani dan alatan rumah. Walaupun teks Melayu lama tidak banyak menyatakan kemajuan pertanian secara langsung, ada sebenarnya dirakamkan maklumat mengenai hasil pertanian, tanaman, makanan, dan haiwan. Maklumat ini membantu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

133

kita memahami keutamaan dan nilai hasil pertanian dalam urusan perdagangan selain jenis makanan yang banyak tersebar di pelbagai negeri Melayu pada waktu itu. Satu perkara yang menarik adalah – semua makanan yang dinyatakan dalam teks Melayu adalah makanan halal (produk khinzir dan arak tidak ditemui).  Saudagar dari Alam Melayu yang berniaga di Nusantara juga pernah melawat negara di Timur Tengah, Afrika, dan India yang terletak di sepanjang jalan pelayaran. Menurut sarjana Russia, S. Kullanda, terdapat bukti bahawa penduduk Nusantara mempunyai hubungan dengan Madagascar, Afrika Timur dan negara Mediterranean sejak sebelum Masihi (Sejarah Melayu). Pelabuhan di Nusantara pada masa itu berfungsi sebagai pelabuhan persinggahan dan penyedia perkhidmatan kepada pedagang dan pelaut asing yang dalam perjalanan ke China dan India, atau yang menunggu angin monsun yang berlawanan untuk meneruskan pelayaran. China, India, dan Siam adalah antara rakan niaga penting buat negeri Melayu. Pedagang dari India misalnya terdiri daripada pemborong yang kaya dan mempunyai stok simpanan barang paling dan mereka datang ke Melaka untuk membeli gaharu putih, tawas, sutera putih, mutiara, lada hitam, buah pala, dan cengkih. Setiap tahun lebih kurang 10 buah kapal datang ke Melaka. Dalam Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Acheh, terdapat banyak rujukan yang menjelaskan aktiviti perdagangan rempah ratus dan wangian, tetapi dalam Sejarah Johor (Hikayat Siak, Peringatan Sejarah Negeri Johor, 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

134

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

dan Tuhfat al-Nafis), maklumat berhubung rempah langsung tidak ditemui. Ini kerana Sultan Johor pada masa itu tidak lagi mengawal perniagaan rempah dan wangian. Barangan tersebut dikeluarkan daripada senarai perdagangan bebas yang akhirnya dimonopoli syarikat Belanda.  Mata wang adalah alat yang sangat penting dalam perdagangan dan Tome Pires mencatatkan bahawa kerajaan Melayu Melaka mempunyai mata wang sendiri. Transaksi perniagaan di Alam Melayu biasanya menggunakan mata wang emas, perak dan tembaga. Terdapat juga pelbagai jenis bahan ganti wang seperti barang kemas dan candu. Ibn Battuta ada mencatatkan penggunaan wang emas dan wang timah di Samudera–Pasai sekitar tahun 1345 hingga 1346. Wang emas adalah emas tulen yang tidak dilebur manakala wang timah berbentuk kepingan kecil. Dalam teks sejarah Melayu–Islam terdapat banyak maklumat mengenai wang dan kaedah pembayaran. Antara mata wang yang disebutkan dalam teks Melayu adalah bahara, dinar, dirham, rial, dan ringgit. Kami simpulkan bahawa telah berlaku perubahan ekonomi di Alam Melayu sejak kurun ke-13 hingga ke-19. Contohnya, karya dari kurun ke-13 hingga 17 ada menyebutkan mata wang dari Arab dan Asia Tengah tetapi dalam teks kurun ke-18 hingga 19, mata wang tersebut tidak disebutkan lagi. Catatan berhubung unit mata wang hanya dijumpai dalam teks Sejarah Johor.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

135

Mata wang dirham emas ditempa pada zaman kerajaan Aceh. Sultan Alauddin Riayat Shah al-Kahar telah menetapkan ringgit atau wang perak Spaniol sebagai piawai mata wang Aceh. Kadar pertukaran pada masa tersebut adalah 4 dirham = 1 ringgit Spaniol. Selain Melaka dan Aceh, hampir kesemua negeri Melayu di semenanjung seperti Johor, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, dan Terengganu telah menempa wang mereka sendiri, selewat-lewatnya pada kurun ke-17.  Terdapat 8-10 buah tongkang Cina kelihatan setiap tahun di Riau menjual barangan mereka secara kredit selama dua atau tiga minggu. Pembeli akan berusaha menjual barang yang baru dibeli untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki oleh pedagang Cina. Amalan ini menyebabkan persaingan hebat dalam kalangan pemimpin negeri dan mewujudkan medan kuasa yang hanya dikuasai individu tertentu.  Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat maklumat perdagangan dengan negara Arab, India, dan Siam. Dalam Suma Oriental oleh Tome Pires, Melaka adalah sebuah kota yang diwujudkan untuk perdagangan, lebih baik daripada kota-kota lain di dunia, di hujung monsun dan di pangkal monsun yang lain. Di Melaka, ditemui para pedagang yang bukan hanya dari China, Siam, Arab, India, Parsi, dan Turki. Menurut teks Sejarah Melayu, negeri Arab mengekalkan hubungan dengan Alam Melayu sebagai rakan perniagaan dan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

136

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

hubungan intelektual yang utama. Maklumat tentang India pula lebih kepada hubungan perdagangan kain, dan maklumat berkaitan hubungan kebudayaan dan agama tidak ditemui. Hubungan dengan China pula hanyalah berasaskan politik, dan maklumat hubungan ekonomi tidak ada. Dalam Sejarah Melayu juga terdapat catatan pertama tentang orang Eropah. Sejak Perang Salib I, alasan paling utama orang Eropah menjalinkan hubungan dengan Alam Melayu adalah untuk mengaut untung berlebihan melalui kegiatan perdagangan. Contohnya, apabila Alfonso de Albuquerque tahu bahawa Melaka adalah bandar yang kaya, beliau segera mengatur strategi untuk menawan Melaka. Hubungan ekonomi antara Alam Melayu dan tamadun luar dapat dirujuk melalui dua jenis sumber; i) Sumber dari luar iaitu tulisan antik, tulisan Barat (Sepanyol, Belanda, Portugis, dan Inggeris) dan tulisan Timur (Arab, China, India, Parsi dan Turki) dan ii) Sumber tempatan iaitu teks-teks Melayu yang merekodkan periihal ekonomi seperti wakaf, perjanjian jualbeli, dan cukai. Antara buku tempatan yang menarik adalah tulisan Ahmad Jelani (2006) iaitu Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Abad ke-15 hingga abad ke-18. Beliau menggunakan sumber sejarah seperti Undang-Undang Melaka, UndangUndang Laut, Undang-Undang Belayar, Undang-Undang Perahu, dan beberapa surat persendirian. Teks-teks sejarah Melayu dalam buku beliau menampilkan rujukan seperti Sejarah Melayu, Hikayat Siak, dan Tuhfat al-Nafis.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

137

5. LEGASI SENI DAN BUDAYA Selain Candi Borobodur, terdapat banyak lagi candi dibina di Jawa Tengah seperti Candi Gunung Wukir, Candi Badut, kelompok Candi Dieng, kelompok Candi Gedung Songo, Candi Kalasan, Candi Sari, Candi Mendut, kelompok Candi Sewu, Candi Plaoson dan Candi Laro Jonggrang. Di Jawa Timur pula ada Candi Kidal, Candi Jago, Candi Singasari, Candi Jawi, Candi Jabung, kelompok Candi Panataran, Candi Muara Takus dan Candi-candi Gunung Tua. Malah Candi Prambanan juga binaan hebat bangsa Melayu. Satu lagi binaan terkenal di Alam Melayu ialah Wat Angkor di Kemboja. Ia dibina oleh raja Angkor, Suryavarman II (1113-1150M) yang berketurunan Melayu Funan yang berkahwin campur dengan puteri Khmer. Wat ini dibina untuk menyembah dewa Vishnu di samping melambangkan kekuatan kerajaan Suryavarman II, dan di sinilah raja ini dimakamkan. Kawasan Wat Angkor berbentuk segi empat tepat dengan panjang 1 550m dan lebar 1 400m dan mempunyai beberapa menara yang melambangkan puncak Gunung Meru (gunung dewa-dewa). Wat Angkor mempunyai lukisan timbul yang menceritakan dua epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana, sekaligus membuktikan yang seni bina Melayu kita tidak kurang hebatnya. Pada zaman selepas Islam pula, seni bina Menara Champa yang banyak terdapat di Vietnam adalah berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Carilah candi begini di India, pasti tidak akan dijumpai kerana seni bina ini adalah milik orang Melayu terutamanya pada era Kerajaan Champa. Ukiran kayu pula menjadi tradisi dalam dunia Melayu setelah sampainya Islam. Contoh seni ukiran Melayu boleh 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

138

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

dilihat pada istana-istana Melayu di Kelantan dan Terengganu. Tingkap serta lubang angin rumah-rumah Melayu diukir indah sama ada dengan ayat-ayat al-Quran atau ukiran flora. Seni bina orang Melayu mempunyai falsafahnya tersendiri. Contohnya, bilangan anak tangga ada enam untuk melambangkan rukun iman manakala bilangan atap masjid yang ada lima tingkatan pula melambangkan rukun Islam. Seni menggunakan bahan besi pula ditampilkan oleh keris. Aksara paling asli milik orang Melayu ialah rencong. Aksara rencong ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan bahasa Melayu Purba. Rencong adalah perkataan Melayu yang bererti ‘serong’ dan ia dikenali dengan nama ini kerana huruf-hurufnya memang kelihatan serong. Aksara rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan kawi). Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam persuratan Melayu sejak abad ke-6 iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. Terdapat juga rekod yang mengatakan aksara ini digunakan seawal abad ke-3 lagi. Aksara ini dicipta oleh orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia. Dalam bidang seni tari dan muzik, kita memiliki banyak jenis tarian diiringi muzik tertentu sebagai latar bunyi seperti zapin, mak yong, gamelan, tarian asli, kuda kepang, tarian ayam didik, tarian piring, inang, tarian wau bulan, dan tarian Cik Siti Wan sayang. Ada lebih daripada 30 tarian yang menjadi warisan tamadun Melayu. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

139

6. LEGASI KETENTERAAN Pada Prasasti Kedukan Bukit, dicatatkan bahawa permulaan kepada empayar Srivijaya adalah apabila Dapunta Hyang, pengasas empayar Melayu Sivijaya membawa 20 000 orang askar dari sebuah tempat misteri bernama Minanga. Apabila Palembang berjaya ditawan oleh Dapunta Hyang, pembentukan sebuah kerajaan yang akan menjadi Sang Penakluk direkodkan. Tidak lama selepas penubuhan Palembang, ia disaingi oleh sebuah lagi kerajaan yang tidak jauh dari situ iaitu kerajaan Moloyu, yang memang terkenal dengan penghasilan emas yang bukan kepalang banyaknya sehingga mengganggu perkembangan pelabuhan Srivijaya di Palembang. I-Ching iaitu seorang sami dari China yang tinggal di Srivijaya mencatatkan bahawa pada 682M, Moloyu mula ditawan oleh Srivijaya. Selepas menawan Moloyu, Srivijaya terus merancang untuk menakluk wilayah yang berdekatan dengannya seperti Bangka, Sunda, dan Jawa. Banyak kerajaan di Pulau Jawa terpaksa tunduk kepada kekuasaan Srivijaya. Pada penghujung abad ke-7, semua rekod mengenai kerajaankerajaan di Pulau Jawa semuanya lenyap dan digantikan dengan kekuasaan Srivijaya melalui proksinya iaitu keluarga Melayu Sailendra di Pulau Jawa. Kemudian, pada 685-689M, rekod sejarah menceritakan peluasan kuasa Srivijaya sehingga ke Langkasuka atau Kedah Tua. Pernah pada suatu masa dalam tempoh pemerintahan Srivijaya, Kedah Tua menjadi pusat pemerintahan Srivijaya (asalnya di Palembang). Negara kota Melayu seperti PanPan dan Tambralingga juga akhirnya terpaksa tunduk kepada Srivijaya pada penghujung abad ke-7. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

140

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

Kemudian, Srivijaya mula mengintai untuk menawan kerajaan-kerajaan Melayu di Indo-China. Champa ialah sebuah kerajaan Melayu yang masyhur di Indo-China. Kekayaan Champa berjaya menarik perhatian pedagang China, dan pada penghujung abad ke-8, terdapat rekod yang mengatakan pelabuhan-pelabuhan Srivijaya mula mengalami kemerosotan apabila kebanyakan pedagang mula beralih ke Champa yang sedang meningkat naik. Beberapa siri peperangan mula direkodkan dengan armada kapal Srivijaya mula mendarat di Pelabuhan Champa. Pada tahun 767, Bandar Tongkin akhirnya berjaya ditawan oleh Srivijaya, disusuli oleh beberapa bandar di Indo-China seperti Kuil Po Nagar. Kemudian, Aya Tran pula dibakar dan segala kekayaaannya seperti emas dirampas oleh Srivijaya. Nha Trang (774) dan Phan Rang (787) merupakan antara bandar-bandar besar yang berjaya ditundukkan oleh Srivijaya. Abu Zayd Hassan menceritakan – dahulu terdapat dua buah empayar yang memerintah Asia Tenggara. Di IndoChina, sebuah kerajaan bernama Khmer sedang meningkat naik, dan apabila mereka berjaya menewaskan kerajaankerajaan Melayu, Mon, dan kaum-kaum peribumi IndoChina, rajanya mulai menjadi besar kepala. Baginda mengintai sebuah empayar Melayu yang merupakan ruling class di Asia Tenggara sebagaimana empayar Rom di Eropah dan empayar Islam di Timur Tengah. Baginda mula bongkak dengan kejayaannya lalu dalam satu majlis makan malam, raja Khmer ini pun dengan megahnya berkata di hadapan para menterinya: ‘Beta kepingin untuk melihat kepala Maharaja Srivijaya di dalam sebuah dulang.’ 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

141

Gempar seluruh istana apabila raja Khmer berkata demikian. Para menteri sudah susah hati mendengarkan ucapan itu dan mereka berkali-kali menasihati raja Khmer supaya mempertimbangkannya semula. Khmer, menurut pandangan mereka, belum mampu memenangi peperangan dengan Srivijaya tetapi raja Khmer tetap berkeras. Berita kebiadaban raja Khmer mula singgah di telinga maharaja Srivijaya yang memerintah pada waktu itu dan baginda murka. Lantas, ratusan kapal besar dan ratusan ribu tentera berserta senjata peperangan yang canggih pada waktu itu dipimpin untuk menyerang Khmer tanpa pengetahuan raja Khmer. Apabila mereka sudah menghampiri kerajaan Khmer, bergempitalah seluruh wilayah. Askar-askar Khmer cuba melawan namun mereka bukanlah lawan Srivijaya. Dalam masa yang singkat, Khmer kalah teruk dan maharaja Srivijaya memimpin tenteranya menawan istana Khmer. Raja yang sombong itu menggeletar saat berdepan dengan maharaja Srivijaya lalu tanpa belas kasihan, kepala raja Khmer itu yang dipancung oleh maharaja Srivijaya. Sejak itu, segala urusan kerajaan Khmer dilaksanakan oleh Srivijaya. Selain itu, teknologi persenjataan orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Di bawah ialah rekod daripada seorang pedagang Arab yang mengulas mengenai besi terbaik di dunia. ‘Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi. Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh tanah India. Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.’

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

142

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

Berdasarkan cerita pedagang Arab ini, dapatlah difahami bahawa Kedah bukan sahaja muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa tetapi juga menjadi pusat pemprosesan besi terkenal. Rekod al-Kindi pada sekitar abad ke-9 menyatakan yang tiga besi terbaik di dunia pada masa itu boleh didapati di tiga tempat iaitu Yaman, Hindi, dan Qalai (Kedah Tua). Selama ini, kita sering mendengar yang eksport utama dari tanah Semenanjung pada zaman dahulu ialah bijih timah dan emas. Penemuan loji pemprosesan besi purba di Kedah membuktikan bahawa besi juga merupakan antara eksport utama memandangkan besi Kedah (besi Qalai) dikatakan antara yang terbaik di dunia pada masa itu. Pedang Nabi Muhammad iaitu Pedang Qalai juga berasal dari Kedah. Rekod dan catatan lain berkenaan kekuatan ketenteraan dan senjata Kesultanan Melaka boleh dirujuk kembali dalam Bab 7. 7. LEGASI FALSAFAH YANG MEMBENTUK DASAR KERAJAAN Fahaman Legalisme dan Confucius berjaya membentuk setiap dasar dan polisi empayar China. Ketika zaman Qin, Legalisme dijadikan pegangan sehingga penggubalan undang-undang pada waktu itu adalah berdasarkan falsafah – hukuman berat sahajalah yang mampu menghentikan jenayah, Pada penghujung era Qin, China beralih ke zaman yang dikenali sebagai zaman Persengketaan Chu-Han. Han yang baru sahaja menewaskan Chu dalam peperangan berkat kebijaksanaan Han Xin dan Zhang Liang mula mengamalkan dasar Confucius dalam kerajaan Han. Jadi dalam konteks bangsa kita, apakah falsafah yang pernah mempengaruhi dasar kerajaan? 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

143

Pernahkah kalian mendengar mengenai adat perpatih dan adat temenggung? Adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning oleh orang Minangkabau, dan ia sememangnya dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke17. Adat ini diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera. Undang-undang adat perpatih kecuali undangundang Sungai Ujong diwarisi secara turun-temurun. Ia menjadi asas kepada dasar kerajaan Negeri Sembilan. Adat perpatih secara umumnya mengutamakan wanita seperti dalam soal pembahagian harta di mana wanita mendapat kelebihan. Ini bukan bermakna orang lelaki lebih rendah tarafnya daripada wanita – perkara ini sebenarnya bersesuaian dengan amalan masyarakat. Orang lelaki cenderung untuk mengembara atau merantau, jadi, golongan wanita dibekalkan dengan harta benda sebagai perlindungan. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan wanita, dalam arena politik, lelaki merupakan pemegang tampuk pemerintahan tertinggi. Dari sudut perundangan pula, undang-undang dalam adat perpatih berteraskan pemulihan. Undang-undang tidak disimpan secara bertulis tetapi wujud dalam bentuk bidalan, perumpamaan, pantun, dan sebagainya. Undang-undang jenayah adalah lebih bertimbang rasa, berperikemanusiaan dan bertujuan untuk memulihkan. Adat perpatih bersifat demokratik dan orang ramai harus patuh dan dilindungi oleh undang-undang, para pemerintah juga tidak terkecuali. Hierarki pemerintahan adalah seperti berikut (dari yang paling tinggi ke paling rendah): undang, lembaga, buapak dan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

144

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

orang ramai. Orang ramai memilih buapak, buapak memilih lembaga, lembaga memilih undang, dan undang memilih Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar. Beralih ke adat temenggung, adat ini diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15. Dari Melaka, ia disebarkan ke negeri-negeri Melayu yang lain seiring dengan perkembangan Melaka. Adat temenggung mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga dan lelakilah yang mewarisi harta. Para isteri dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya. Dari segi hubungan kekeluargaan, adat temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting dan perkahwinan antara dua orang sepupu dibenarkan. Sama seperti adat perpatih, undang-undang adat temenggung berbentuk kiasan, bidalan dan sebagainya tetapi undang-undangnya agak keras. Setiap orang yang melakukan kesalahan dihukum dengan berat. Misalnya, orang yang membunuh akan dijatuhi hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya kekerasan sahaja yang dapat membantutkan hajat seseorang untuk melakukan kesalahan. Antara undangundang yang dipengaruhi oleh adat temenggung ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. 8. LEGASI KESUSATERAAN Kalau Babylon masyhur dengan Epik Gilgamesh, kalau tamadun China terkenal dengan kisah 3 kerajaan yang sempat dibukukan, kalau tamadun Yunani sarat dengan karya yang mengisahkan dewa-dewi mereka, tiada apa-apakah yang boleh 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

145

dibanggakan dengan tamadun Melayu? Izinkan saya untuk menyenaraikan karya-karya sastera bangsa Melayu yang bermutu, kaya dengan falsafah, penuh dengan mesej yang tersembunyi, dan memiliki gaya penyampaian yang hebat.. Sulalatus Salatin Ia merupakan karya agung dan kitab sejarah utama bangsa Melayu yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu daripada warisan dunia yang perlu dipelihara. Ia ditulis oleh Tun Sri Lanang dan episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberikan maklumat penting berkenaan susur galur raja-raja Melayu serta adat istiadatnya dan peristiwaperistiwa bersejarah dalam pemerintahan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya. Hikayat Hang Tuah Ia merupakan sebuah epik Melayu yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu daripada warisan dunia. Hikayat ini memaparkan kisah hidup seorang pendekar Melayu yang hebat yang menjadi harapan Kesultanan Melaka dalam melaksanakan tugasnya sebagai laksamana. Ia turut merakamkan hubungan yang dibina Melaka dengan kerajaankerajaan hebat lain di dunia. Tuhfat al-Nafis Karya ini menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga iaitu sebuah kerajaan Melayu yang kompleks dan canggih. Dari segi garis masa, ia mencatatkan peristiwa yang berlaku sejak awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Catatan ini meliputi peristiwa yang terjadi dalam semua kerajaan Melayu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

146

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

di Semenjung Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi. Bustan al-Katibin Bustan al-Katibin ialah sebuah karya terawal yang membahaskan bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan Melayu yang ulung iaitu Raja Ali Haji. Ia merupakan satu-satunya kitab yang menceritakan sejarah kesultanan Aceh dan Melayu secara terperinci. La Galigo La Galigo ialah epik terpanjang di dunia dan wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi puisi yang ditulis dalam bahasa Bugis lama. Epik ini mengisahkan Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walau bagaimanapun, ia tetap membantu memberikan gambaran mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke-14. Sebahagian daripada manuskrip La Galigo dapat ditemui di perpustakaanperpustakaan di Eropah seperti di Leiden. La Galigo juga diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu daripada warisan dunia yang perlu dijaga.  Lihatlah, banyak sungguh warisan sastera kita yang diiktiraf sebagai warisan dunia. Malangnya, tahukah kalian bahawa terdapat sekurang-kurangnya 11 000 manuskrip Melayu yang masih disimpan oleh penjajah kita sehingga ke hari ini? 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

147

9. LEGASI KEBUDAYAAN YANG MENDORONG REFORMASI MASYARAKAT Bangsa Melayu ialah bangsa pelayar yang cukup hebat. Budaya pelayaran di lautan ini telah memberikan reformasi yang besar dalam pembinaan tamadun Melayu. Pencapaian dan catatan berkenaan kemajuan maritim dan pelayaran orang Melayu boleh dirujuk dalam Bab 13 terutamanya menerusi catatan Lynda Shaffler. Dunia terhutang budi dengan tamadun Melayu yang memperkenalkan teknologi balance-lug sail, suatu inovasi yang menyumbang kepada dunia. Layar jenis ini kemudiannya telah mengilhamkan penciptaan layar segi tiga. Selain itu, salah satu jenis kapal Melayu yang hebat ialah kapal pinisi – sejenis perahu besar yang dikenali sebagai Pinis Gobel di Terengganu. Ia biasanya dibina oleh orang Bugis iaitu kaum yang terkenal sebagai pelaut berkemahiran tinggi. Perbezaan ketara dalam pembuatan perahu pinisi dan pembuatan kapal Barat adalah – jika orang Barat membina perahu dari rangkanya dahulu kemudian baru dibina dindingnya, pembuatan pinisi dimulakan dengan dinding dahulu barulah diikuti oleh rangkanya. Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dahulu pernah dibukukan dalam satu manuskrip berjudul Jaya Langkara. Bukti kemajuan bangsa Melayu dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik, yang belakangan ini disebut sebagai ‘Kapal Borobudur’. Pembinaan perahu bercadik Melayu adalah istimewa. Lambung perahu dibentuk untuk menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian, ia disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

148

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

paku besi. Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung, serta layar berbentuk segi empat. Teknologi ini dipanggil ‘sewn-plank and lashed-lug’ yang hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Srivijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin takjub dengan pembina kapal Nusantara yang telah mencipta kapal yang amat canggih, jauh meninggalkan tongkang China sezaman dengannya. Kapal ini masih terpahat di Candi Borobudur. Akhir sekali, orang Melayu perlu tahu kenyataan berikut: ‘Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama sekali membina kapal besar (1000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama Masihi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2000 tan muncul dari dunia Melayu.’

Berdasarkan catatan di atas, kita dapat merumuskan bahawa orang Melayu ialah pelopor teknologi perlayaran dan perkapalan dunia. 10. LEGASI MATERIAL DAN BARANGAN Wat My Son di Vietnam merupakan tinggalan sebuah kerajaan Melayu kuno bernama Champa. Ia telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai bandar warisan dunia yang perlu dikekalkan dan dipelihara kerana ia adalah antara bandar yang paling sistematik di Asia Tenggara dan juga Asia. Kawasannya ialah salah satu daripada tapak bandar paling awal yang pernah dibina di Asia Tenggara selain Lembah Bujang. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

149

Selain itu, saya juga ingin memetik Kota Vijaya di Champa yang juga merupakan salah satu daripada bandar yang kaya raya pada zamannya sehingga menarik perhatian China untuk menawannya pada zaman Dinasti Sui sehingga mengakibatkan perang hebat antara Champa dan Sui. Kekayaan Vijaya tidak dapat disangkal lagi kerana terdapat banyak catatan yang menceritakan keagungannya. Tamadun Melayu juga terkenal dengan penghasilan emas yang menjadi lambang dan punca kekayaan kerajaan di sini. 1. Ibnu Kordadhbeh (844-848SM) ada mencatatkan kekayaan Srivijaya: ‘Pemerintah Zabag (nama Arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai maharaja dan saban hari, maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man (ukuran yang tidak diketahui bagi menyukat emas di Srivijaya). Pemerintah Zabag ini akan menukarkan emas-emas yang merupakan pendapatan empayar Srivijaya ke dalam bentuk jongkong emas dan melontarkan ke dalam tasik lalu berkata: “Ini adalah harta aku!”’

2. Kekayaan dan keluasan empayar Srivijaya sangat menakjubkan. Abu Zayd Hassan mencatatkan: ‘… [D]ikatakan bahawa kekayaan yang dimiliki oleh Srivijaya bersamaan dengan 900 prasang persegi (ukuran Parsi bersamaan dengan 4 995 km2). Terdapat juga pulau-pulau yang dikawal oleh rajanya yang berukuran 1000 prasang persegi…’ 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

150

1 0 KAY U PE N G U K U R K E AG U N G A N TA M A D U N M EL AY U

‘… Sesiapa yang berjalan kaki untuk cuba mengelilingi keseluruhan empayar ini dan apabila dia penat, dia akan berjumpa dengan tempat perlindungan (yakni disediakan oleh pemerintah Srivijaya).’

3. Tatkala orang mulai lupa akan Srivijaya, sebuah empayar yang hilang dalam sejarah dunia, al-Masudi menulis: ‘Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang maharaja, raja seluruh kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling pantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi.’

Kita dapat lihat bagaimana luasnya empayar Srivijaya. Dikatakan kapal yang paling pantas pun tidak dapat habis mengelilingi empayar Srivijaya dalam masa dua tahun dan ia begitu kaya dengan rempah-ratus. 4. Al-Biruni mencatatkan, Srivijaya dipanggil sebagai ‘Negara Emas’ kerana emas boleh didapati di mana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan dikatakan tiada satu pun kerajaan di dunia yang sekaya Srivijaya ketika itu. 5. Catatan China pula melaporkan bahawa mereka memanggil Srivijaya dengan nama ‘Jinzhou’ yang kalau diterjemahkan bermaksud ‘Daerah Emas’ atau ‘Perairan Emas’. Kawasan Bukit Seguntang itu dicatatkan penuh dengan emas dan patung Buddha yang bersalut emas dan perak. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 15

151

6. Pada zaman pemerintahan Maharaja Balaputradeva, I-Ching telah memberikan gambaran bahawa Srivijaya ini dikenali dunia sebagai ‘Kepulauan Emas’, selari dengan panggilan yang digunakan oleh orang India buat Nusantara. 7. Catatan Ibnu Said dalam manuskrip yang dikumpulkan daripada catatan Ptolemy dan Ibnu Fatima pula pula melaporkan peristiwa yang berikut: ‘…setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkongjongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja, para jeneral tentera, para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan.’

 Sekarang, saya mahu kalian berfikir – siapakah kita sebenarnya? Mengapa dunia luar begitu teruja untuk menyimpan catatan mengenai kita? China, Arab, Parsi sehinggakan Ptolemy sendiri menjelaskan kepada kita tentang siapa kita. Kalaulah kita ini bangsa yang bercawat di hutan sebelum Melaka, siapakah yang menggerakkan Srivijaya?

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

152

BAB 16: SEJARAH DAN FALSAFAH KERIS MELAYU

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 16

153

S

aya sering katakan yang bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang amat berseni. Bahkan sebelum kedatangan Islam, bangsa ini sudah mempunyai falsafah kehidupan tersendiri. Budaya bangsa ini banyak dipengaruhi oleh local genius dan Hindu-Buddha. Ketika ulama-ulama sufi yang datang dari Yaman mengislamkan orang Melayu, mereka tidaklah menghapuskan adat dan budaya yang sudah berakar dalam jiwa bangsa Melayu sebaliknya memberikannya nafas baru yang bertunjangkan Islam. Hal ini kerana mereka sedar bahawa Islam bukan hadir untuk menghapuskan budaya dan identiti bangsa tetapi untuk memperbaikinya. Perkara inilah yang tidak dapat dilihat oleh golongan yang saya labelkan sebagai ‘kaum muda’ di alaf baru. Dalam bab ini, saya akan kongsikan sejarah keris dan falsafahnya sebelum Islam dan selepas Islam. Semoga bab ini mampu memberikan pencerahan teragung kepada golongan yang alah pada adat dan budaya Melayu – baik golongan liberal yang jauh terbabas dari landasan agama Islam yang sebenar, mahupun golongan agama yang terlalu keras dalam berdakwah sehingga mahu mengharamkan segala-galanya tentang Melayu. Ambillah pengajaran daripada pendekatan yang digunakan ulama terdahulu sehingga mampu mengislamkan umat Melayu di Nusantara ini. Asal Usul Keris Keris ialah satu warisan bangsa yang harus dikenang sebagai lambang ketamadunan bangsa Melayu. Ia menjadi bukti ilmu sains dan teknologi orang Melayu sudah mendahului zaman. Tidak percaya? Tidak mengapa – saya akan celikkan mata kalian. Dipercayai bahawa terdapat 17 hingga 60 jenis besi 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

154

S EJARA H DA N FA L S A FA H K E R I S M E L AY U

yang digunakan sebagai bahan untuk membuat keris. Ini ialah senarai 17 jenis besi yang dikenal pasti menurut M. T. Arifin. 1. Besi Pulasani/Karinduaji 2. Besi Mangangkang Jaler 3. Besi Mangangkang Estri 4. Besi Walulin 5. Besi Katub 6. Besi Kamboja 7. Besi Ambal 8. Besi Winduadi 9. Besi Tumpang 10. Besi Werani 11. Besi Welangi 12. Besi Terate 13. Besi Malelaruyun 14. Besi Malelagendhaga 15. Besi Kenur 16. Besi Tumbuk 17. Besi Balitung

Sememangnya asal usul keris masih lagi kabur kerana ia merupakan simbol local genius masyarakat Nusantara tetapi sejarawan ada membawakan hujah-hujah bagi mencadangkan beberapa teori berkenaan asal kewujudan keris. Berikut ialah teori yang diketengahkan oleh para sejarawan berbeza. G. B. Gardner G. B. Gardner mencadangkan yang keris pada asalnya adalah senjata yang diperbuat daripada tulang ikan pari ketika zaman prasejarah. Dipercayai bahawa tulang ikan pari itu akan dibalut dengan kain pada tangkainya lalu tangkai itu akan diggenggam dan dibawa ke mana-mana sebagai senjata. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 16

155

Griffith Wilkens Wilkens mencadangkan, budaya keris ini baru muncul pada abad ke-14 seiring dengan perkembangan dan peralihan daripada senjata seperti tombak. Dikatakan, senjata tikam yang lebih pendek dicipta supaya ia lebih fleksibel. Katanya lagi, oleh sebab pada zaman itu logam sukar ditemui, maka adalah lebih mudah untuk dicabut sahaja mata tombak dan dijadikan keris. A. J. Barnet Kempers Beliau mengatakan bahawa tradisi keris di Alam Melayu bermula di Dongson, Vietnam yang dipercayai bertarikh 2500SM berdasarkan tinggalan gendang di sana, yang merupakan sebuah tapak ketamadunan yang dipercayai milik rumpun Austronesia. Di sana ada dijumpai senjata-senjata yang dipercayai merupakan leluhur keris yang dapat dijejak sehingga ke awal 300SM.  Antara rekod terawal kemunculan keris dijejaki di Alam Melayu ialah pada abad ke-5 Masihi di Kepulauan Jawa seperti di Prasasti Batu di Desa Dakuwu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah yang menggambarkan alat pembuatan besi. Bahkan di Kepulauan Jawa iaitu di Candi Borobudur, sebuah relief ditemui yang menggambarkan kepada kita bahawa terdapatnya tentera-tentera yang membawa senjata tajam yang saling tak tumpah seperti keris. Untuk rekod, Candi Borobudur ini dibina seawal abad ke-8 dan siap pada awal abad ke-9. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

156

S EJARA H DA N FA L S A FA H K E R I S M E L AY U

Falsafah Hindu-Buddha Dalam Keris Pada zaman pra-Islam, unsur Hindu-Buddha dapat dikesan pada keris; setiap keris hadir dalam dua bahagian iaitu bilah dan ganja yang masing-masing melambangkan lingga dan yoni. Menurut falsafah Hindu, penyatuan lingga dan yoni membawa maksud kesuburan, keabadian, dan kekuatan. Di candi Prambanan pula, terdapat ukiran terutamanya di candi yang dibina untuk memuja Shiva – ada relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris. Kalau pembaca biasa dengan falsafah Hindu, pembaca tentu tahu – selalunya yang dijelmakan dalam bentuk monyet ialah Dewa Hanuman. Namun begitu, segala falsafah yang muncul ketika zaman Hindu-Buddha terus hilang selepas kedatangan Islam. Semua unsur agama lama digantikan dengan falsafah keislaman. Falsafah Keris Kini Sebenarnya falsafah keris yang wujud selepas kedatangan Islam adalah sangat mendalam. Saya akan ringkaskan untuk meringankan beban kalian agar mudah untuk menghayati bab yang saya kira agak berat ini. 1. Lok Keris Lok 3: Untuk panglima, pahlawan, dan pendekar yang menjalankan tugas keduniaan dan kerohanian. Lok 5: Melambangkan kepetahan pemiliknya dalam berbicara dan mempengaruhi pendengar. Lok 7: Melambangkan kewibawaan dan karisma dalam pemerintahan. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 16

Lok 9: Melambangkan kebijaksanaan dan kepimpinan (biasanya dipakai dan dimiliki oleh raja dan pemerintah). Lok 11: Melambangkan pemiliknya yang bercita-cita tinggi mengejar kemajuan ekonomi dan sosial. Lok 13: Melambangkan pemiliknya berani mati mempertahankan apa sahaja yang dimiliki daripada dirampas tanpa hak. Selain daripada yang dinyatakan di atas, lok keris 5 melambangkan rukun Islam, lok keris 7 melambangkan pusingan tawaf, lok keris 13 melambangkan rukun solat, dan lok keris 17 pula melambangkan jumlah rakaat solat lima waktu sehari semalam. 2. Pembersihan Keris juga selalunya dibersihkan, dicuci atau dimandikan pada bulan Muharam sebagai lambang penyucian. Justeru dalam bulan Muharam, orang Melayu biasanya akan menuntut ilmu dan ‘membuang’ ilmu. 3. Unsur alam Empu atau pandai besi (gelaran untuk penempa keris) menempa keris berdasarkan falsafah penciptaan manusia yang dipercayai terdapat 4 unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Dikatakan bahawa manusia diciptakan dari tanah, 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

157

158

S EJARA H DA N FA L S A FA H K E R I S M E L AY U

dilembutkan dengan air, dibakar dengan api lalu ditiupkan roh. Penciptaan keris melibatkan bahan baku daripada besi, baja dan nikel diambil daripada tanah, kemudian ia diadunkan dengan api dan air sewaktu proses pembuatan. Selepas siap, para pandai besi akan membacakan beberapa potong doa sebelum ‘menghembus’ pada keris. Tiupan doa itu umpama roh yang ditiupkan agar keris menjadi ampuh. 4. Pembuatan besi 9 desa Para pandai besi dikatakan akan mengumpulkan besi dari 9 daerah sebagaj bahan baku. Kemudian, bahan baku dari 9 daerah ini pun ditempa berulang kali sebelum dijadikan bilah keris. Selepas siap bilah besi itu, ia akan disiram pula dengan air dari 3 kuala sungai. Apabila siap disiram dengan air, bilah keris akan diletakkan setinggi mungkin di tempat yang tertinggi di daerah keris ditempa selama 44 hari. Menurut falsafah Melayu, perbuatan meninggikan keris adalah sebagai perlambangan bahawa keris mempunyai kehebatan yang tidak dapat ditandingi.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 16

5. Pakaian Ketika pembuatan keris, pandai besi akan mengenakan pakaian yang berbeza mengikut status keris yang sedang ditempa. Pakaian berwarna kuning: Untuk menempa keris diraja. Pakaian berwarna hitam: Untuk menempa keris buat panglima dan pendekar. Pakaian biasa: Untuk menempa keris buat orang biasa. 6. Perlambangan Keris dikatakan melambangkan tuah dan maruah, kejantanan, harga diri, senjata, penjagaan diri, daulat, jati diri, tubuh, pembantu, dan pakaian. 7. Pergerakan keris Pergerakan melibatkan keris turut mempunyai falsafah yang tersendiri. Misalnya a) Keris dikucup melambangkan penerimaan sebuah amanah dengan kesediaan dan pengucup menjunjung tinggi tugas yang digalas dengan penuh keinsafan dan kejujuran; b) Keris dijulang melambangkan penjulangan kuasa, kedaulatan, tanggungjawab dan sikap adil dalam menunaikan amanah;

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

159

160

S EJARA H DA N FA L S A FA H K E R I S M E L AY U

c) Keris dihunus melambangkan tekad untuk mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam serta negara. Justeru, jika anda menyaksikan ada yang berucap sambil melakukan pergerakan seperti dinyatakan, janganlah melenting sebab setiap pergerakan itu ada falsafahnya. Terdapat juga keris-keris yang mengandungi kalimah-kalimah agama pada pangkal tulang atau hulu keris. Ayat-ayat al-Quran atau kalimah keagamaan pada keris juga sering dilihat pada bahagian sarungnya. Kesimpulan Jelaslah, menerusi keris, kita dapat meilhat ketinggian falsafah bangsa Melayu. Sebatang keris sahaja mampu menyampaikan 1001 maksud dan prinsip yang terselindung. Ketinggian falsafah melambangkan ketinggian tamadun.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

161

BAB 17: TANPA PENDAKWAH CINA, ORANG MELAYU SEMBAH POKOK?

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

162

TANPA PE N DA K WA H C I NA , O R A N G M E L AY U S E M BA H P O KO K ?

S

aya membaca keluhan yang dizahirkan oleh Dr. Ridhuan Tee mengenai layanan terhadap golongan mualaf yang pada pandangan beliau, perlu diperbaiki, dan saya juga senada dengannya. Cuma, saya ada masalah dengan kenyataan yang mengatakan – sekiranya tiada pedagang Cina, orang Melayu akan terus menyembah pokok. Benarkah? Adalah perlu diketahui, semasa urusan perdagangan berlangsung antara tamadun Melayu dan tamadun China, orang Melayu ketika itu sudah menganut agama Buddha atau Hindu. Ada juga yang berteori mereka menganut agama Ibrahim (Abrahamic) tetapi saya lebih condong ke arah teori anutan agama Buddha dan Hindu. Maka, soal menyembah pokok itu tidak patut wujud sebab kepercayaan animisme sudah lama ditinggalkan. Seterusnya, sejarah bukanlah perihal ‘kalau’. Pembuktian dengan ‘kalau’ tidak boleh diangkat dalam sejarah; sejarah ada menceritakan kronologi tertentu berkenaan kedatangan Islam. Secara ringkas, kedatangan Islam bukanlah jasa pedagang Cina semata-mata. Tamadun Melayu secara rasminya dianggarkan bermula kira-kira 600SM berdasarkan penemuan terkini bahan arkeologi di Sungai Batu. Orang Melayu membina peradaban kira-kira 1400 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah dan kelahiran Islam. Sebelum cahaya hidayah mula singgah, orang Melayu dicatatkan pernah menganut kepercayaan animisme dan agama Hindu atau Buddha. Selepas kedatangan Islam, orang Melayu tidak lagi bertukar agama meski kristianisasi cuba dilakukan melalui usaha-usaha penjajah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris seolah-olah pencarian pengisian rohani orang Melayu akhirnya terhenti 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 17

163

setelah menemui Islam. Adalah penting untuk kita kaji dan dalami pancaran sinar tamadun Islam yang hadir di sini. Saya akan membahagikan proses kemasukan Islam kepada beberapa fasa. Fasa Persinggahan Sejak abad pertama Masihi lagi, orang Melayu dipercayai sudah terlibat dalam aktiviti perdagangan dengan bangsa Arab. Sebagai contoh, Lynda Shaffler dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500 mencatatkan, orang Melayu sudah membuka kawasan petempatan di Pelabuhan Aden seawal tahun 53M lagi. Perhubungan antara bangsa Melayu dan bangsa Arab sebenarnya telah banyak membantu perkembangan teknologi terutamanya di sekitar Yaman. Ini tidaklah menghairankan kerana menurut sejarah, orang Melayu dikenali sebagai pelopor ilmu kelautan. Dicatatkan, orang Melayu ialah bangsa pertama di dunia yang meneroka lautan luas dan bangsa pertama yang berlayar dengan memanfaatkan pergerakan angin monsun. Pencapaian hebat bangsa Melayu ini meninggalkan jejak tinggalan sejauh di Mesir Purba, kerajaan Bani Israel, Yunani, Rom hingga ke timur Afrika. Hubungan bangsa Melayu dan Arab tidak pernah tamat walau pada zaman Rasulullah SAW. Ketika Islam mula meluas ke seluruh Jaziriyah Arab, proses pengurusan jenazah memerlukan kapur barus. Pada waktu ini, orang Melayu dicatatkan sebagai bangsa yang mengambil peluang ini untuk mendagangkan kapur barus, dan perkara ini berlaku semasa zaman Rasulullah SAW. Memang ada dicatatkan bahawa adanya pergerakan pedagang Arab ke Kepulauan Melayu 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

164

TANPA PE N DA K WA H C I NA , O R A N G M E L AY U S E M BA H P O KO K ?

untuk mendapatkan kapur barus untuk dibawa ke Tanah Arab. Sebab inilah juga Islam dikatakan sebenarnya mula dikenali oleh penduduk Nusantara seawal tahun 674M.. Malah, terdapat kawasan petempatan orang Arab yang Islam di wilayah Srivijaya iaitu Sumatera Timur. Lebih awal daripada itu, para sahabat nabi dikatakan pernah sampai ke dunia Melayu menerusi sebuah rombongan para sahabat yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah ke Riau pada tahun 627. Fasa Pertapakan Dicatatkan juga, ketika Dinasti Umaiyah mengambil alih pemerintahan Khalifah Islam di Timur Tengah, khalifahnya yang pertama yang juga sahabat nabi, Muawiyah RA telah menghantarkan armada kapal untuk melakukan tinjauan di Kepulauan Melayu. Ketika itu, Muawiyah sedang dalam misi meluaskan empayar Islam dan memastikan pedagangpedagang Islam tidak ditindas. Ketika sampai di sebuah kerajaan di Kepulauan Melayu yang bernama Kalingga yang diperintah Ratu Sima, Muawiyah mendapati pedagang Islam dijaga dengan baik sekaligus membatalkan niatnya untuk menyerang Kepulauan Melayu. Sebaliknya, proses dakwah terus giat di Nusantara. Dicatatkan bahawa putera Ratu Sima yang bernama Raja Jay Sima turut memeluk Islam hasil usaha dakwah pada 726 Masihi. Di samping itu, Muawiyah juga telah berusaha menjalinkan hubungan dengan kerajaan Melayu lain seperti Srivijaya dan Malayu malah mengajak rajanya yang bernama Lokitavarman memeluk Islam. Sebelum pengislaman putera Ratu Sima, seorang maharaja Melayu Srivijaya dicatatkan pernah 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 17

165

mengirimkan surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz iaitu khalifah Dinasti Umaiyah. Isi surat tersebut adalah seperti berikut: ‘Dari raja kepada raja yang berketurunan dari 1000 raja, yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah, dan kawasan taklukannya adalah 2 sungai, yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala, dan kapur wangi, yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya. Kepada raja Arab, yang tidak menyekutukan Tuhan dari Tuhan yang satu. Beta telah menghantar hadiah, yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan, dan beta harap agar anda menghantar seseorang, yang dapat mengajarkan ajaran Islam, serta menunjukkan undangundangnya.’

Dicatatkan bahawa Maharaja Indravarman iaitu maharaja Srivijaya yang mengutuskan surat ini kemudian turut memeluk Islam. Nama kerajaan Melayu ini kemudian bertukar kepada Sribuza Islam. Pengislaman beberapa raja dan kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu telah membuatkan Dinasti Tang di China tidak senang duduk. Ini kerana bekalan tetap lada hitam dan segala kekayaan alam di Kepulauan Melayu ini didominasi orang Islam. Maka, Dinasti Tang telah menghantar dua orang pendeta Buddha bermazhabkan Buddha Mahayana yang bernama Wadjarabodhi dan Amoghabaraja ke Srivijaya untuk menyaingi penyebaran Islam. Kemudian dicatatkan pada tahun 730, satu pemberontakan oleh orang Melayu yang beragama Buddha tercetus (didalangi oleh Dinasti Tang) sehinggalah Sribuza Islam pun runtuh. Pada masa itu, Dinasti 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

166

TANPA PE N DA K WA H C I NA , O R A N G M E L AY U S E M BA H P O KO K ?

Umaiyah yang sedang mengalami konflik dan kacau bilau tidak dapat menghantarkan bantuan bagi melumpuhkan pemberontakan tersebut. Ketika sinar Islam yang dibawa oleh golongan Sunni malap di sekitar kawasan Palembang, Jambi dan sebahagian Sumatera, terdapat perubahan luar biasa yang berlaku di kawasan sekitar utara Sumatera. Kejatuhan Umaiyah dan kebangkitan Abbasiyah banyak mempengaruhi perkembangan Islam di Nusantara. Dicatatkan bahawa golongan Syiah yang bersama Bani Abbas ketika menggulingkan Umaiyah telah melancarkan pemberontakan pula ke atas Abbasiyah. Di bawah pemerintahan Khalifah al-Makmun, golongan pemberontak ini berjaya ditangkap. Namun, mereka tidak dibunuh sebaliknya Khalifah al-Makmun mengarahkan mereka untuk melakukan kerja kemasyarakatan dengan berdakwah dan menyebarkan Islam. Maka, untuk menebus segala kesalahan, mereka pun berlayarlah bersama ulama. Antara kerajaan Melayu terawal yang menerima ulama dan pendakwah Syiah ialah kerajaan Perlak iaitu seawal abad ke-9. Raja pertama Perlak dipercayai memakai nama Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul Aziz Syah, memerintah pada tahun 840 Masihi. Selain itu, pada tahun 877, sehingga 200 000 pedagang Arab dan Parsi beragama Islam yang tinggal di Canton berpindah keluar dari sana selepas pemberontakan dan perang saudara yang sememangnya asam garam dinasti-dinasti di China. Pedagang Arab dan Parsi ini dikatakan berpindah ke negeri yang berada di bawah jajahan Srivijaya seperti Kedah dan Palembang. Ini dibuktikan melalui penemuan dua keping syiling Dirham Baghdad. Selain daripada syiling ini, antara 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 17

167

penemuan lain yang menyokong penghijrahan beramai-ramai orang Arab dan Parsi ke sekitar Alam Melayu termasuklah: 1. Nisan Syeikh Abdul Qadir ibn Husin Syah Alam di Tanjung Inggeris, Kedah yang bertarikh 903M 2. Batu bersurat di daerah Phan-rang yang terletak dalam wilayah kerajaan Melayu Champa yang bertarikh 1025M 3. Batu nisan Ahmad ibn Abu Ibrahim ibn Abu Arradah al-Rahdar Abu Kami di Phan-rang bertarikh 1039M 4. Batu nisan yang dijumpai di Pekan, Pahang bertarikh 1028M 5. Nisan seorang puteri di Brunei bertarikh 1028M 6. Batu nisan di Pekan, Pahang bertarikh 1048M 7. Nisan Fatimah binti Maimun ibn Hibat Allah di Leran Jawa Timur yang bertarikh 1082M 8. Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M Fasa Penyebaran Islam Secara Meluas Antara kerajaan dan negeri terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima Islam ialah negeri Kedah Darul Aman. Untuk pengetahuan semua, Kesultanan Kedah yang wujud pada hari ini merupakan antara kesultanan tertua di dunia dengan kewujudannya yang boleh dijejaki hingga seawal tahun 1136 Masihi, hampir 200 tahun lebih awal daripada penemuan batu bersurat di Terengganu dan pengislaman Melaka. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

168

TANPA PE N DA K WA H C I NA , O R A N G M E L AY U S E M BA H P O KO K ?

Seorang ulama yang bertanggungjawab mengislamkan Kedah ialah Syeikh Abdullah al-Qumairi. Beliau datang dari Yaman, tempat asal para habib yang sedang giat berdakwah di bumi kita. Dicatatkan bahawa Syeikh Abdullah alQumairi datang bersama 11 orang sahabat dan telah berjaya mengislamkan seorang raja Melayu Kedah yang bernama Phra Ong Mahawangsa, yang selepas memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Shah. Sultan Muzaffar Syah bersama Syeikh Abdullah Qumairi kemudiannya bersama-sama mengislamkan seluruh rakyat Melayu Kedah. Syeikh ini juga memberikan nama baru kepada Kedah iaitu Kedah Darul Aman dan mengarahkan pembinaan menara azan di puncak Gunung Jerai. Selain itu, pergolakan khalifah Islam di Timur Tengah membuatkan ahli sufi mula muncul dan mendakwa bahawa kekacauan yang berlaku dalam kerajaan Islam adalah disebabkan pemerintah yang mementingkan kebendaan. Golongan tarekat dan sufi inilah yang kemudiannya keluar dari Timur Tengah dan wilayah Islam menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Merekalah insan-insan yang bertanggungjawab mengubah fahaman yang dipegang oleh orang-orang Melayu di sini iaitu dari Syiah kepada Ahli Sunah Waljamaah. Antara ulama sufi yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Alam Melayu ialah Syeikh Ismail al-Siddiq dan seorang ahli sufi bernama Fakir Muhammad, yang telah sampai ke kerajaan Melayu Pasai pada zaman pemerintahan Merah Silu sekitar 1261-1289. Merah Silu telah diislamkan oleh ulama sufi ini dan menukar namanya kepada Sultan Malik al-Salleh bersempena nama pengasas kerajaan sunni Mamluk di Mesir. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 17

169

Kerajaan teragung orang Melayu selepas era Hindu-Buddha iaitu Kesultanan Melayu Melaka turut diislamkan oleh ulama sufi. Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu menceritakan kisah Syeikh Abdul Aziz yang mengislamkan raja Melaka dan seluruh rakyat Melayu Melaka. Syeikh Abdul Aziz juga merupakan seorang ulama tasawuf. Selain Syeikh Abdul Aziz, ulama-ulama sufi yang terkenal di Alam Melayu termasuklah Nuruddin al-Raniri, Hamzah Fansuri, Syamsuddin asSumatrani dan Abdul Rauf Singkel. Di Kepulauan Jawa pula, ulama sufi yang terkenal ialah Wali Songo yang berjaya mengislamkan penduduk Jawa yang teguh bersendikan tradisi Hindu-Buddha mereka. Ajaran sufi yang menyapa orang Melayu adalah mungkin penyebab tiadanya sisa tinggalan monumen hebat yang dibina oleh orang Melayu ketika era Hindu-Buddha. Namun demikian, Melaka masih boleh berbangga dengan binaan seperti Istana Melaka yang dibina setinggi tujuh tingkat dan dihiasi cat keemasan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

170

BAB 18: BENARKAH MENABUR BUNGA DI KUBURAN ITU AMALAN YAHUDI?

S

aya berasa tertarik untuk mengulas topik ini memandangkan ada fatwa yang tiba-tiba mendakwa adat menabur bunga yang diamalkan oleh orang Melayu adalah peniruan amalan orang Yahudi dan Nasrani. Benarkah dakwaan ini sehingga ia menjadi haram? Mari kita kaji dahulu sama ada amalan ini diambil daripada ibadah agama lain (haram), atau diambil daripada amalan budaya (harus). Selepas meneliti proses pertembungan antara budaya kedua-dua bangsa ini, Yahudi dan Melayu sebenarnya tidak pernah bertembung dari aspek budaya secara besar-besaran yang memungkinkan orang Melayu untuk meniru Yahudi. Tidak pernah dalam fasa sejarah Melayu adanya proses ‘pengyahudian’ bangsa Melayu untuk kita dakwa yang taburan bunga itu budaya Yahudi yang orang Melayu ambil. Setahu saya, pertembungan budaya dalam tamadun Melayu hanya mempunyai dua fasa iaitu indianisasi atau pengindiaan (sejarawan berbeza pendapat sejauh mana proses ini berlaku) dan juga islamisasi. Yang pasti, kristianisasi dan ‘pengyahudian’ tidak pernah saya lihat dalam sejarah Melayu. Adalah tidak adil untuk terus menghukum amalan menabur bunga di pusara sebagai ikutan amalan Yahudi dan Kristian. Di manakah hujah yang mengatakan orang Melayu meniru? Mungkinkah sebenarnya orang Melayu memang sudah sinonim dengan bunga-bungaan dalam hidup mereka? 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 18

171

Saya mahu bertanya kepada seorang ustaz ini, setinggi mana pengetahuan beliau mengenai budaya dan sejarah Melayu sehinggakan amalan menabur bunga ini pun dituduh sebagai amalan Yahudi? Izinkan saya menyanggah kenyataan ustaz dengan memberikan sedikit pencerahan mengenai budaya Melayu yang banyak melibatkan bunga-bungaan. 1. Bunga-bungaan dilihat sebagai elemen asas dalam budaya Melayu. Dalam catatan Munsyi Abdullah, beliau ada menyebut mengenai kewujudan Taman Larangan yang terdiri daripada bunga-bungaan yang indah mekar di Istana Melaka. Bahkan pada abad ke-16, dunia mengenali sebuah taman bunga, Tanah Serendah Sekebun Bunga. 2. Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu asalnya dari keturunan Keturah sebelah nabi Ibrahim AS dan maksud ‘Keturah’ dalam bahasa Ibrani ialah ‘wangi-wangian’. Ia sangat bertepatan dengan bunga yang menyebarkan wangi-wangian. Perlu diingat, Keturah bukan seorang Yahudi dan Keturah hidup sebelum wujudnya bangsa Yahudi lagi. 3. Nama kerajaan Melayu seperti Champa dipercayai bersempena nama bunga iaitu cempaka. Nama Kemboja pula digunakan oleh sebuah kerajaan Melayu purba yang membina Wat Angkor. Lihatlah bagaimana bunga-bungaan dijadikan nama negara dan kerajaan di zaman silam. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

172

BENA R K A H M E NA BU R BU N G A D I K U BU R A N I T U A M A L A N YA H U D I ?

4. Kemenyan adalah antara bukti betapa lumrahnya penggunaan bunga dan wangian dalam bangsa Melayu. Pohon kemenyan yang berada di Nusantara ini dikenali sebagai yang terbaik sehingga mengundang ratu Hatshepsut ke sini, dan ini menimbulkan sebuah lagi teori berkenaan Punt iaitu kononnya Punt terletak di sini. 5. Adalah suatu kebiasaan melihat gadis-gadis Melayu diselitkan bunga di telinga mereka, Anak orang asli yang keturunannya Proto Malay juga biasa dilihat menjadikan bunga-bungaan sebagai hiasan kepala. Perkara serupa dapat dilihat pada rumpun Melayu yang jauh seperti di Hawaii. 6. Rawatan-rawatan tradisional orang Melayu banyak menggunakan bunga seperti amalan mandi bunga yang mempunyai falsafahnya tersendiri. Budaya ini juga wujud dalam keluarga serumpun yang lain. 7. Ukiran khat yang digabungkan dengan motif flora dapat dilihat, misalnya di mimbar Masjid Kampung Laut, Kelantan; Istana Balai Besar, Kelantan; Kompleks Makam Banggul, Kelantan; mimbar Masjid Lama Paloh, Ipoh; mimbar Masjid Sebatu, Perak; dan rumah kediaman di Semenanjung Malaysia. Bunga dan Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 18

8. Motif batik mempunyai elemen bunga yang sarat. Antaranya ialah motif bunga buluh, motif bunga kerak nasi, motif bunga kotak bercampur, motif bunga orkid, dan motif bunga raya. 9. Bunga seroja digunakan oleh orang Melayu sebagai lambang kebijaksanaan ketika mereka menganut agama Buddha dahulu manakala teratai pula digunakan sebagai simbol agama Islam. 10. Orang Melayu percaya bahawa bunga kenanga sesuai ditanam di halaman rumah kerana ia dapat menolak sihir. 11. Tidak lengkap penampilan pengantin perempuan di Indonesia yang bersanding tanpa untaian melati yang melilit kepala. Melati itu signifikan bagi orang Indonesia dan terkenal dalam kalangan orang Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura, dan Bali kerana ia dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan, dan kemakmuran. 12. Pokok kemuning sangat dekat dengan bangsa dan rumpun Melayu. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, bunganya kalau ditumbuh halus dan dipakaikan pada kulit wanita, kulit akan bertambah cantik dan halus. Kayunya pula merupakan bahan yang paling sesuai untuk membuat sarung keris.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

173

174

BENA R K A H M E NA BU R BU N G A D I K U BU R A N I T U A M A L A N YA H U D I ?

13. Penari Legong di Bali mengenakan hiasan bunga kemboja manakala di Jawa, bunga kemboja adalah larangan kerana dipercayai boleh mengundang roh jahat. Bagi rumpun Melayu yang jauh seperti orang Hawaii, bunga kemboja digunakan untuk menyambut tetamu. 14. Di New Zealand pula, bangsa Maori terkenal dengan tatu yang bermotifkan bunga. Lelaki yang mencacah tubuh dianggap gagah dalam kalangan orang Maori.

15. Di Hawaii, terdapat adat yang melibatkan bunga lei. Bunga lei ialah kalungan bunga yang digantungkan di leher. Apabila mahu menanggalkannya, pemakai mestilah mencium bunga lei (kombinasi kemboja dan orkid) dan menanggalkannya secara sembunyi-sembunyi.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 18

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

175

176

BENA R K A H M E NA BU R BU N G A D I K U BU R A N I T U A M A L A N YA H U D I ?

16. Perkuburan orang Austronesia memang banyak dihiasi bunga seperti di Tonga. Macam yang saya utarakan, andai sesuatu amalan itu dipinjam daripada budaya, tidakkah menjadi harus hukumnya? Apa pun, tiada langsung bukti pertembungan budaya Melayu dan Yahudi, malah, budaya menabur bunga itu sendiri amalan orang Melayu sejak sekian lama. Bukti-bukti yang saya telah paparkan di atas ialah budaya bangsa Melayu dan saudara serumpun kita (Austronesia) yang sememangnya sudah lazim bermain dengan bunga sejak dahulu kala, lebih awal daripada Yahudi lagi.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

177

BAB 19: BERSANDING BUKAN AJARAN HINDU

A

malan persandingan menurut saya bukanlah tinggalan ajaran Hindu. Pelbagai bangsa yang wujud sebelum perkembangan Hindu sudah mengamalkan budaya ini. Namun, apabila segelintir orang yang tidak ada latar belakang sejarah cuba membicarakan sejarah, terjadilah fitnah ke atas budaya masyarakat. Persandingan dimomokkan sebagai sebahagian daripada ajaran Hindu. Sebenarnya kenyataan ini perlu diperbetul. Budaya persandingan tidak ada kena mengena dengan manamana agama di dunia; sebaliknya, ia ditemui dalam budaya pelbagai bangsa dan tidak terbatas kepada mana-mana sistem kepercayaan. Saya ingin menafikan perkaitan antara persandingan dan ajaran Hindu dan mahu menegaskan bahawa persandingan ialah sebuah amalan kebudayaan yang wujud dalam pelbagai bangsa termasuklah Melayu. Saya percaya Islam bukan hadir untuk membunuh adat dan budaya sesebuah bangsa selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran agama. Setiap adat dan budaya itu malah dibentuk semula mengikut acuan Islam. 

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

178

BER SA N D I N G BU K A N A JA R A N H I N D U

Adat bersanding di atas pelamin termasuk dalam adat yang dikongsikan oleh pelbagai kaum. Dalam kalangan masyarakat Arab lama, pelamin dikenali sebagai al-minassah (‫صة‬ ِ iaitu َّ َ‫)المن‬ kerusi atau katil yang ditinggikan, dihias antaranya untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai (rujuk alMisbah al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit demikian juga alGhaniy). Adat persandingan masyarakat Arab masih lagi kekal di Palestin seperti dalam gambar di bawah.

Masyarakat Parsi juga mempunyai budaya persandingan mereka, dan adat ini dapat direkodkan seawal zaman kerajaan purba Parsi lagi dan diwarisi sehingga hari ini. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 19

179

Masyarakat Uyghur juga mempunyai budaya perkahwinan tersendiri iaitu apabila pasangan berkahwin, mereka akan diarak menaiki kereta kuda yang sambil disaksikan orang ramai.

Masyarakat Mongol juga tidak ketinggalan dalam hal persandingan. Pengantin akan disandingkan di dalam sebuah khemah yang seperti rumah tradisional Mongol. Gambar yang saya paparkan ini ialah gambar orang tertinggi di dunia yang berasal dari Mongolia yang sedang bersanding dengan isterinya.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

180

BER SA N D I N G BU K A N A JA R A N H I N D U

Masyarakat Mesir Purba merupakan antara yang terawal membudayakan persandingan dalam perkahwinan. Rekod-rekod arkeologi juga menunjukkan ukiran pasangan atau pengantin yang sedang bersanding di samping mencatatkan penemuan tinggalan patung ‘bersanding’.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 19

181

Masyarakat Pakistan yang majoritinya beragama Islam juga mempunyai budaya persandingan. Gambar di atas ialah majlis persandingan pasangan Pakistan.

Tidak terkecuali, orang Korea juga bersanding dalam majlis perkahwinan terutamanya yang berketurunan bangsawan. Masyarakat di Asia Tenggara seperti orang Khmer, Thai dan Burma juga mengamalkan budaya persandingan, bukan orang Melayu sahaja. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

182

BER SA N D I N G BU K A N A JA R A N H I N D U

(Thai)

(Burma)

(Khmer)

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 19

183

Malah, masyarakat Melayu Proto yang tidak ada kaitan dengan ajaran Hindu turut mengamalkan budaya persandingan.

Saya berasa pelik dan hairan dengan tindak tanduk sesetengah manusia yang sesuka hati menjatuhkan hukum ke atas budaya bangsa hanya kerana ia tidak menyerupai budaya Arab. Mereka cuba mencipta kisah palsu untuk memastikan budaya itu mati. Pengharaman persandingan kerana ia menyerupai upacara dalam agama Hindu merupakan tindakan yang bersendikan fitnah. Kalau aurat yang menjadi persoalan, auratlah yang harus dijaga, bukan persandingan itu yang patut diharamkan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

184

BAB 20: SILAT BUKAN AJARAN HINDU, WAHAI LAMAN ‘BONGKAR AJARAN SESAT’

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 20

D

185

alam semangat berkobar-kobar mahu membongkar ajaran sesat, mereka secara tidak langsung telah menyebarkan ‘ajaran sesat’ berkaitan sejarah dan kebudayaaan Melayu. Saya melihat petikan di atas sebagai pendustaan yang dilakukan terhadap warisan Melayu. Saya menyeru pihak berkuasa yang berkenaan untuk memperhalusi tuduhan yang mendakwa amalan persandingan itu sebagai ajaran Hindu. Kajian kami sebenarnya mendapati, persandingan ialah sebuah amalan kebudayaan dan bukannya upacara keagamaan. Ia diamalkan pada zaman Mesir Purba, turut diamalkan oleh bangsa Arab dan juga menjangkau sehingga ke Korea. Kami berpendapat bahawa ia tidak ada kaitan dengan ajaran Hindu. Apakah dalil-dalil anda untuk mengaitkan silat pulut dengan agama Hindu? Setakat ini, dalam banyak-banyak seni bela diri di India, tiada satu pun yang menyerupai seni bela diri silat. Saya masih boleh terima jika anda katakan warisan silat ini berasal dari zaman sewaktu tamadun Melayu masih diulit amalan agama Hindu-Buddha kerana memang silat sudah wujud sejak zaman itu lagi. Amalan persilatan ini ialah melambangkan local genius dan saya tidak menafikan kebarangkalian terdapatnya bahagian-bahagian dalam dunia persilatan itu yang dipengaruhi oleh unsur animisme dan amalan semasa ajaran Hindu-Buddha singgah di sini. Kenapa kalian (yang begitu keras terhadap sejarah dan amalan kebudayan orang Melayu) tidak meneladani pendakwah Islam yang datang ke sini? Saya suka mengambil contoh ulama sufi yang sampai ke dunia Melayu dahulu kala; mereka tidaklah menghapuskan seni bela diri silat yang dilingkari amalan-amalan yang menyalahi syarak sebaliknya memberikan nafas baru dengan menyuntik elemen Islam 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

186

S ILAT BU K A N A JA R A N H I N D U, WAHAI L A M A N ‘ BO N G K A R A JA R A N S E S AT ’

padanya. Antara senjata utama persilatan ialah keris, dan pada zaman pra-Islam, unsur Hindu-Buddha dapat dikesan padanya; setiap keris hadir dalam dua bahagian iaitu bilah dan ganja yang masing-masing melambangkan lingga dan yoni. Menurut falsafah Hindu, penyatuan lingga dan yoni membawa maksud kesuburan, keabadian, dan kekuatan. Namun selepas kedatangan Islam, para ulama yang berhikmah telah menyediakan acuan untuk membentuk kembali adat, budaya, dan warisan Melayu termasuklah senjata keris. Sebagai contoh, lok keris 5 melambangkan rukun Islam, lok 7 melambangkan tawaf, lok 13 melambangkan rukun solat, dan lok 17 pula melambangkan rakaat solat lima waktu sehari semalam. Janganlah salah sangka yang falsafah ini berunsur kehinduan lagi kerana keris telah wujud jauh lebih lama sebelum kedatangan Hindu-Buddha ke Alam Melayu. Dari segi asal usul, A. J. Barnet Kempers1 mendakwa tradisi keris di Alam Melayu bermula di Dongson, Vietnam seawal 2500SM berdasarkan tinggalan gendang yang dipercayai milik rumpun Austronesia. Di sana, ada juga dijumpai senjata-senjata yang dipercayai merupakan leluhur keris yang dapat dijejaki sehingga ke awal tahun 300SM. Kebudayaan Dong Son pula dipercayai memasuki Kepulauan Melayu seawal tahun 1000SM lagi. Tarikh yang dicadangkan ini jauh berbeza dengan tarikh yang diketengahkan sebagai permulaan kemasukan Hindu-Buddha ke Alam Melayu. Adalah tidak logik untuk tamadun yang didirikan oleh bangsa yang membina peradaban besi terbaik dunia seawal tahun 600SM ini tidak mengenali cara untuk berlawan dan membuat senjata sehingga perlu meniru atau meminjam daripada budaya luar. 1

August Johan Bernet Kemper (1906-1992), penulis buku Ancient Indonesian Art (1959) dan pofessor di dalam bidang sejarah-budaya.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 20

187

Saya juga ingin menempelak tindakan anda yang menggunakan satu video yang menampilkan seorang lelaki sedang bersilat di hadapan para pengantin di Sri Lanka untuk berhujah yang silat pulut itu berasal dari Hindu. Buat pengetahuan semua, majoriti (kira-kira 70%) penduduk Sri Lanka ialah penganut Buddha. Jadi, adalah tidak relevan langsung untuk kaitkan acara persilatan di hadapan pengantin di Sri Lanka dengan ajaran Hindu. Selain itu, terdapat juga komuniti Melayu yang menetap di Sri Lanka yang berjumlah sekitar 50 000 orang, dan mereka asalnya datang dalam beberapa fasa. Fasa 1: Ekpedisi Penaklukan Raja Melayu Sri Dharmaraja (12301263M), Candrabhanu ke atas Sri Lanka. Fasa 2: Fasa yang saya gelarkan fasa penjajahan (1776-1948). Sewaktu Indonesia di bawah jajahan Belanda, ada banduan dan askar Melayu yang berkhidmat dengan Belanda dihantar ke sana. Begitu juga halnya apabila Ceylon berada di bawah jajahan British – ada askar Melayu yang berkhidmat dengan British dan banduan di bawa ke sana dari Malaya, dan akhirnya mereka menetap di sana sehingga hari ini. Ramai juga dalam kalangan mereka yang berjaya menempa nama di Sri Lanka: 1. TP Jayah – Ahli pendidikan dan dilantik menjadi menteri pada 1947. 2. Dr. MP Drahaman – Bekas ahli parlimen. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

188

S ILAT BU K A N A JA R A N H I N D U, WAHAI L A M A N ‘ BO N G K A R A JA R A N S E S AT ’

3. B. Zahiere Lye – Ahli parlimen (1963-1965). 4. M. T. Akbar – Bekas hakim mahkamah agung Sri Lanka. 5. M. D. Saldin – Bekas ahli dewan negara (1931-1935). 6. Brig. Gen. T. S. B. Sally – Ketua staff tentera Sri Lanka. 7. Al Haj MH Amit - Ahli parlimen (1989). 8. Tuan Nizam Mutaliff – Pemerintah 1 batalion Military Inteligence Sri Lanka. Untuk gambaran mengenai orang Melayu di Sri Lanka, rujuk gambar-gambar yang kami sertakan.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 20

Sumber gambar: http://www.facebook.com/SaveSLMelayu

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

189

190

S ILAT BU K A N A JA R A N H I N D U, WAHAI L A M A N ‘ BO N G K A R A JA R A N S E S AT ’

Mereka turut mempunyai seni bela diri silat yang dipanggil ‘Cheena Adi’. Anda boleh menggali lebih dalam menerusi pautan yang saya kepilkan di bawah, iaitu pautan ke sebuah laman yang diusahakan oleh komuniti Melayu Sri Lanka. Tidak hairanlah sebenarnya kalau ada yang bersilat di hadapan pengantin di sana kerana ada kemungkinannya mereka ialah Melayu Sri Lanka. Kalau anda bertegas yang silat pulut di hadapan pengantin itu adalah dari ajaran Hindu, sila bawakan dalilnya kepada kami atau tunjukkan kami mana-mana seni bela diri di India yang mempunyai falsafah setinggi silat pulut. Di bawah, saya berikan contoh unsur yang tersirat dalam silat pulut yang dipersembahkan di hadapan pengantin. Kelembutan dalam silat pulut mengasuh pesilat agar menjadi sabar dan berkeyakinan menghadapi sebarang bentuk cabaran. Secara semulajadinya, manusia itu lembut, terbentuk dengan daging, urat, otak, kulit, dan tulang yang bersambungsambung. Hati yang degil, bongkak, dan tamak serta amarah menjadikan manusia keras. Kekerasan adalah bibit-bibit yang mencetuskan persengketaan dan kehancuran peradaban. Setiap penggerakan dalam silat pulut menandakan falsafah seperti berikut: • Salam hormat • Merestui mempelai • Perlindungan mempelai • Mencabar sekeliling Hakikat silat pulut: • Semua pergerakan mestilah anggun dan tidak berbahaya – menghormati pasangan pengantin. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 20

191

• Sepatutnya tidak ada apa-apa pergerakan yang membelakangi pasangan pengantin. • Kaki tidak perlu diangkat terlalu tinggi. • Sepatutnya tidak ada pergerakan yang agresif ke arah pasangan. • Tumbukan perlu ditegaskan ke bawah atau ke sisi. • Tidak harus bergerak ke sebelah pasangan pengantin. • Tiada senjata yang harus digunakan apabila melaksanakan persembahan. • Semasa persembahan, pelaku tidak perlu membuat apa-apa ucapan.

Biasanya, amalan persilatan di hadapan pengantin merupakan sekadar persembahan buat raja sehari. Orang Melayu bersanding bukanlah kerana mahu mengulangi adat Hindu atau mana-mana ajaran agama tertentu seperti yang didakwa oleh tuan. Kalau kalian amati tradisi raja-raja Melayu dahulu, antara hiburan mereka dalam istana ialah persembahan yang dibawa oleh dayang-dayang dan rakyat jelata. Kesinambungannya hari ini adalah persembahan silat di hadapan pengantin. Ketika raja sehari bersemayam di atas pelamin, ‘rakyatnya’ bersilat dengan lembut. Ya, memang tidak diwajibkan pun untuk bersilat dalam syariat tetapi ia adalah sebahagian daripada budaya Melayu. Apa salahkah kami orang Melayu mahu mempertahankan jati diri kami? Kalau orang Turki boleh kekal dengan budaya Turkinya, orang China boleh kekal dengan budaya Cina walau memeluk Islam, kenapa anda lebih sudu dari kuah? Apa yang dipaparkan dalam video itu sebenarnya menyalahi adat sebenar silat pengantin namun kami tidak akan bertindak menjadi sehina anda. Puak-puak anda selalu meminta dalil 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

192

S ILAT BU K A N A JA R A N H I N D U, WAHAI L A M A N ‘ BO N G K A R A JA R A N S E S AT ’

untuk segala amalan yang dikerjakan, tetapi apa bukti anda untuk menuduh mereka yang bersilat itu mengamalkan ilmu hitam? Ingatlah, fitnah itu jauh lebih bahaya daripada membunuh! Saya teringin hendak dengar dalil dari al-Quran dan hadis yang menghalalkan fitnah anda.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

193

BAB 21: FALSAFAH DALAM TARIAN ZAPIN

M

enggelegak darah Melayu saya melihat tarian Melayu dicerca dan dihina oleh seorang Pak Arab dari Najd dalam sebuah video yang menggambarkan bahawa delegasi dari Malaysia memperkenalkan tarian ini kepada Pak Arab di sana untuk mempromosikan budaya Malaysia dan Melayu di sebuah pesta buku antarabangsa di Riyadh. Saya fikir proksi mereka di Malaysia sahaja yang alah dengan budaya Melayu, rupa-rupanya bapa besar mereka di Riyadh pun lebih kurang juga. Lebih menyedihkan, ada anak Melayu yang tumpang sekaki melempar caci pada budaya yang mereka langsung tidak tahu sebenarnya mengandungi ketinggian falsafah Melayu. Izinkan saya untuk memberikan pencerahan berkenaan mutiara ketamadunan Melayu yang sangat indah dalam zapin, sekaligus mengiakan jolokan Barat untuk orang Melayu iaitu The Gentlemen of the East. Meskipun tarian ini dipercayai datang dari bumi Arab atau lebih tepat dari Hadramaut – apabila ia sampai kepada orang Melayu, ia telah mengalami proses asimilasi dan adaptasi dengan budaya Melayu. Sebab itulah, tarian zapin hari ini mempunyai falsafah yang menggambarkan estetika bangsa Melayu. Ia sarat dengan elemen kelembutan dalam pergerakan, kehalusan dalam perlakuan, dan juga ketertiban dalam pergaulan. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

194

FALSA FA H DA L A M TA R I A N Z A PI N

Penari lelaki mempunyai tatagerak yang berbeza daripada penari wanita. Seorang penari lelaki dalam tarian zapin harus kelihatan maskulin, megah, tegap dan gagah – seiring dengan ciri-ciri seorang lelaki yang dituntut oleh tamadun Melayu. Jika diperhatikan, lagak dan gerak penari lelaki yang kelihatan seperti mengepung penari wanita dalam tarian zapin bertujuan untuk melambangkan peranan seorang lelaki untuk melindungi kaum wanita. Kaum lelaki dilarang sama sekali untuk meniru pergerakan tari dan lenggok kaum wanita. Bagi penari wanita pula, mereka tidak dibenarkan membuka langkah tari yang terlalu luas. Tarian seorang penari wanita haruslah tidak terlalu menonjol, dan ciri-ciri kejelitaan seorang gadis Melayu itu harus dipaparkan melalui bahasa tubuh yang menampakkan sifat pemalu, Goyangan pinggul dan tangan mereka tidak boleh keterlaluan dan lambaian tangan pula harus berada di bawah paras bahu, serta tidak dibenarkan sama sekali untuk mereka mengangkat siku melebihi paras ketiak. Selain itu, langkah kaki juga tidak boleh terlalu keras untuk melambangkan kehalusan gadis Melayu terakhir. Liuk dalam tarian zapin melibatkan pergerakan tubuh penari yang sedikit menunduk sambil berpusing ke kiri dan kanan. Gaya menunduk ini membawa falsafah bahawa setiap mereka yang bernama Melayu harus merendah diri, tidak angkuh, sombong atau membangga diri. Lebih menarik, kiraan langkah dalam tarian zapin biasanya melibatkan pengunaan angka 2, 3, 4, 6, dan 7 dan tidak angka 1 dan 5 kerana angka 1 membawa perlambangan ketuhanan manakala angka 5 membawa perlambangan rukun Islam. Ia seolah-olah dua angka ini dikhaskan untuk amalan dan pendirian tertentu dalam agama Islam. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 21

195

Janganlah anak Melayu menghina budaya sendiri sesuka hati tanpa mengetahui bahawa nenek moyang kamu telah menyelitkan nasihat yang baik dalam setiap langkah zapin – sesuai dengan budaya bangsa dan agama. Wahai gentlemen of the East, hayatilah nukilan ini.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

196

BAB 22: MELAYU ADALAH PEMBUKA AWAL PULAU PINANG Artikel bonus daripada al-Semantani Jones

B

enarkah Francis Light sebenarnya pembuka Pulau Pinang? Isu sejarah pembukaan Pulau Pinang ini bukan perkara baru; sebaliknya, hal ini sudah lama diperdebatkan dan sepatutnya sudah selesai. Kali ini, isu yang sama dibangkitkan semula padahal sebelum ini tidak ada pihak yang betul-betul peduli tentang sejarah Melayu Pulau Pinang yang memang telah lama tidak diperbetulkan faktanya. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya memaparkan maklumat yang tepat dan terkini berkenaan sejarah pembukaan Pulau Pinang dan bukannya ‘sejarah’ yang menyimpang atau yang menidakkan penglibatan orang Melayu. Ramai sudah maklum bahawa cara pengambilan pulau ini yang dilakukan British adalah penuh dengan tipu daya dan helah, malah dikecam oleh pentadbir kolonial sendiri. Namun, tidak banyak yang dilakukan oleh kita untuk memperbetul kesilapan tersebut sehinggalah kemerdekaan dicapai. Tambahan pula, pengaruh eurocentrist yang meresap dalam penulisan sejarah tempatan menjadikan sejarah kita semakin ‘cair’ dan hilang keasliannya. Sejarah tempatan yang ditafsir berpandukan sudut pandang orientalis Barat mula menjadi rujukan masyarakat kita sendiri. Dalam konteks ini, sejarah Pulau Pinang turut mengalami nasib yang sama. Sumbangan Inggeris serta pihak yang dianggapnya menyumbang kepada 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 22

197

pembangunan negeri ini diberi perhatian utama dalam catatan sejarah. Hal ini menyebabkan sejarah awal sebenar negeri ini terkambus. Pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786 merupakan titik penting dalam sejarah kita kerana ia menandakan permulaan kemasukan kuasa Inggeris ke negeri-negeri Melayu. Sejak itu, Pulau Pinang telah diceraikan daripada Kedah dan mula menjadi sebuah koloni Inggeris. lroninya, Inggeris terus diiktiraf sebagai pembuka negeri manakala kisah masyarakat tempatan yang lebih awal muncul di negeri itu terpinggir, langsung tidak dipedulikan. Bab ini cuba untuk menyingkap tabir sejarah Pulau Pinang sebelum ia dijadikan koloni British agar kisah masyarakat Melayu yang terpinggir dalam catatan sejarah negeri ini dapat diangkat. Sejarah Pulau Pinang sebenarnya sangat panjang dan berkait rapat dengan sejarah Kedah. Sejak 2500 tahun yang lampau lagi telah wujud satu ketamadunan Melayu maritim yang hebat di Kedah, dan sudah pastinya Pulau Pinang menjadi kawasan laluan kapal-kapal dagang Melayu dan antarabangsa. Kajian-kajian arkeologi yang dibuat di sebelah Pulau dan Seberang Perai menunjukkan kawasan tersebut telah didiami manusia sejak 5000 tahun yang lalu. Manusia dari zaman neolitik dipercayai pernah menetap di sekitar Seberang Perai berdasarkan penemuaan artifak di tapak penggalian Guar Kepah. Selain itu, semasa pemunggaran tanah untuk pembinaan bangunan KOMTAR, beliung atau kapak kuno telah ditemui – membuktikan bahawa pulau tersebut telah berpenghuni sejak zaman purba. Hal ini dengan jelas menolak hujah yang mengatakan Pulau Pinang langsung tidak berpenghuni sebelum dibuka oleh Inggeris. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

198

MELAY U A DA L A H PE M BU K A AWA L PU L AU PI NA N G

Sebelum diambil alih oleh British, Pulau Pinang sering digambarkan dalam catatan pelawat Inggeris awal sebagai tempat persinggahan nakhoda kapal-kapal kecil dari Sumatera dan kapal pedagang Inggeris yang berulang alik di Asia Tenggara. Antara pedagang berbangsa Inggeris yang paling awal menemui Pulau Pinang ialah Kapten James Lancaster. Beliau pada waktu itu mendapati Pulau Pinang tidak berpenghuni. Mungkin, catatan inilah yang membuatkan pengkaji Barat seperti Mills menjadikan pendudukan Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786 sebagai permulaan sejarah negeri itu. Menurut Mills, sewaktu Francis Light mendarat, Pulau Pinang hanyalah kawasan berhutan yang tidak berpenghuni. Ini adalah tidak benar. Ahli sejarah tidak pernah menafikan yang Francis Light bertanggungjawab memajukan pelabuhan dan negeri itu melalui dasar-dasar ekonomi bebasnya. Namun, benarkah Pulau Pinang hanya menjadi persinggahan para nelayan kecil dan di sana tidak wujud penduduk sebelum Francis Light memajukannya? Sebenarnya, gambaran yang dilihat oleh orang lnggeris yang mendarat di Pulau Pinang pada tahun 1786 terhad di kawasan bandar pelabuhan sahaja iaitu sekitar kawasan pendaratan di Tanjung Penaga. Cerita-cerita lisan orang Melayu yang dikutip orang Inggeris sendiri sejak abad ke-19 dan juga maklumat pelawat lnggeris terawal di Pulau Pinang menuniukkan Pulau Pinang telah pun didiami sebelum ketibaan Francis Light. Pelayar Melayu menamakan pulau ini sebagai Pulau Kesatu manakala penduduk di sekitar Seberang Perai mengenalinya dengan nama Tanjung Penaga. Catatan yang dibuat oleh Kapten dan Komander Pasukan Meriam Bengal yang berpangkalan di Pulau Pinang pada awal abad ke-19 mengukuhkan hujah bahawa orang Melayulah 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 22

199

yang membuka pulau ini. Menurut beliau, sewaktu pulau itu diambil alih oleh British, salah seorang penduduk asal telah memberitahunya – lebih kurang 60 tahun yang lalu, terdapat lebih daripada 2 000 orang mendiami pulau tersebut. Kebanyakan penduduk ini menjadi lanun yang mengganggu kapal pedagang yang berulang alik di Kedah. Apabila Sultan Kedah mengetahui perkara tersebut, baginda telah menghantar tenteranya untuk mengusir mereka. Maklumat daripada penduduk asal ini dilihat mempunyai kebenarannya berdasarkan penemuan tanah perkuburan seluas dua batu persegi di Pulau Pinang.  DATOK KERAMAT Stevens dalam jurnal Malayan Branch Royal Asiatic Society, Jilid 7 keluaran 1929 mendapati, terdapat beberapa kawasan di Pulau Pinang yang telah dihuni orang Melayu sebelum kedatangan Francis Light berdasarkan penemuan kawasan perkampungan dan tanah perkuburan seluas 18 ekar di Datok Keramat. Maklumat berkenaan kampung dan tanah tersebut ada dicatatkan dalam satu daftar yang bertarikh 1795 yang mengesahkan tanah di Datok Keramat itu telah dihuni sejak 90 tahun sebelumnya. Ini bermakna Pulau Pinang sudah pun dibuka oleh orang Melayu sejak tahun 1705. Perkampungan ini telah dibuka oleh seseorang yang bernama Datok Keramat yang dilaporkan sebagai orang Aceh. Sebelum kedatangan Francis Light, orang Aceh telah pun datang ke Pulau Pinang untuk berdagang di suatu kawasan terbuka di Teluk Jelutong. Datok Keramat dan adiknya, Haji Bayan, bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

200

MELAY U A DA L A H PE M BU K A AWA L PU L AU PI NA N G

sehingga ia menjadi sebuah perkampungan. Pada tahun 1795, kawasan tanah perkuburan itu dikatakan menjadi milik Datok Maharaja Setia, pembesar Kuala Muda yang mewarisinya daripada Datok Keramat. Selain tanah perkuburan tersebut, Datok Maharaia Setia juga memiliki 50 ekar tanah lain di sekitar kawasan tersebut. Pembesar ini juga mempunyai hubungan yang baik dengan Francis Light. Dalam tinjauan yang dilaksanakan di Muka Head untuk projek Taman Negeri, enam pasang batu nisan telah ditemui di Teluk Duyung. Batu nisan ini menunjukkan ciri-ciri batu nisan Aceh. Kajian menunjukkan bahawa batu nisan tersebut berkemungkinan berasal dari era penghujung 1500 sehingga pertengahan 1700. Ini bermakna, berkemungkinan telah ada masyarakat Melayu Aceh di Muka Head seawal tahun 1600. Kawasan ini juga banyak dikaitkan dengan Aceh – contohnya Kampung Pantai Acheh. Malah tinjauan mendapati, kebanyakan penduduk di Teluk Bahang mengakui berketurunan Aceh. Ada generasi tua yang memberikan maklumat bahawa terdapat lebih 300 batu nisan Aceh di Teluk Duyung tetapi nisan tersebut telah musnah akibat hutan yang menjalar. Sekiranya hal ini benar, ternyatalah pulau ini telah dibuka lebih awal daripada 1700.  HAJI MOHAMMAD SALLEH (NAKHODA INTAN) DAN NAKHODA KECHIL Terdapat juga kawasan lain di Pulau Pinang yang dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera Barat. Antara tokoh yang disebutkan dalam sejarah masyarakat tempatan Pulau Pinang ialah Haji Mohammad Salleh dan Datuk Janatun. Kawasan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 22

201

Batu Uban adalah satu kawasan yang dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera Barat. Kawasan ini dibuka oleh Haji Mohammad Salleh yang dikenali sebagai Nakhoda Intan atau nama sebenarnya Raja Nan Intan ibni Almarhum Tengku Pateh Sebatang yang berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan mempunyai hubungan darah dengan kerabat diraja Melayu Pagar Ruyung. Tarikh sebenar kedatangan Haji Mohammad Salleh ke Pulau Pinang adalah tidak jelas, namun pembukaan Batu Uban dipercayai berlaku antara tahun 1710 dan 1734. Tokoh ini bersama para pengikutnya berhijrah ke Pulau Pinang kerana berlakunya perebutan kuasa di Pagar Ruyung antara puak yang berpegang teguh dengan adat dan golongan yang ingin kembali kepada ajaran Islam yang betul. Haji Mohamad Salleh yang berpihak kepada golongan agama dan tidak suka dengan pertelingkahan tersebut telah membuat keputusan untuk merantau keluar dari tanah asalnya dan menetap di Pulau Pinang, secara spesifiknya, Batu Uban. Beliau telah membina sebuah surau kecil untuk dijadikan tempat beribadat penduduk setempat. Surau yang dibina pada tahun 1734 tersebut kemudiannya dinaik taraf menjadi masjid berdasarkan catatan di papan tanda masjid itu pada hari ini. Kubur Haji Mohammad Salleh atau Nakhoda Intan terletak bersebelahan masjid tersebut. Bilangan penduduk Batu Uban semakin meningkat berikutan perpindahan masuk lebih ramai orang Melayu dari Sumatera termasuk kaum kerabat Nakhoda Intan dari Sumatera Barat. Masyarakat Batu Uban juga menjalinkan hubungan yang rapat dengan orang Kedah. Haji Mohammad Salleh contohnya telah berkahwin dengan seorang wanita dari Seberang Perai 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

202

MELAY U A DA L A H PE M BU K A AWA L PU L AU PI NA N G

yang bernama Cik Aishah atau lebih dikenali dengan nama Cik Tunggal. Sehingga tahun 1734, kawasan yang dibangunkan oleh Haji Mohammad Salleh telah berkembang sehingga ke kawasan Tanjung. Kawasan di bahagian yang menghala ke Tanjung dipunyai dan diuruskan oleh adiknya, Nakhoda Kechil. Apabila pulau tersebut diserahkan kepada Inggeris, Nakhoda Kechil dipercayai terpaksa akur. Beliau kemudian meneruskan hubungan baiknya dengan Francis Light. Malah beliau telah diberi kepercayan oleh Francis Light untuk mengawasi perairan pantai dan pasar-pasar kecil yang dibina oleh orang Kedah yang membawa masuk barangan ke Pulau Pinang untuk didagangkan. Catatan awal Inggeris sendiri menyebut bahawa Nakhoda Kechil dan kaum keluarganya mempunyai jaringan perdagangan dengan pedagang-pedagang Inggeris sehingga ke Calcutta. Mereka bukanlah hanya nelayan kecil atau petani sawah semata-mata tetapi pelayar dan pedagang antarabangsa. Batu Uban juga selalu dikunjungi oleh Sultan Kedah dan pendakwah Arab. Apabila Sultan datang ke Batu Uban, penduduk setempat bergotong-royong menyediakan santapan untuk baginda dan pengikutnya yang biasanya tinggal beberapa hari di situ. Pendek kata, wujudnya hubungan baik antara Haji Mohammad Salleh dengan pihak Kesultanan Kedah. Orang Arab yang berlayar untuk berdagang dan mengembangkan lslam berlabuh di Batu Uban setelah mendengar adanya pemimpin Melayu di situ. Kehadiran orang Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur dan mewujudkan golongan Arab Peranakan di negeri itu. Salah seorang anak perempuan Haji Mohammad Salleh, 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 22

203

misalnya, telah berkahwin dengan Sheikh Ahmad Makawi, seorang Arab yang kemudiannya menjadikan Batu Uban sebagai tempat pengembangan lslam. Kebanyakan tanah yang diterokai orang Melayu di Pulau Pinang adalah dimanfaatkan untuk penanaman padi, tebu, kelapa, dan dijadikan dusun buah-buahan. Selepas empat tahun pembukaannya, beberapa kawasan sawah padi dikatakan telah dikesan di Sungai Kluang (780 ekar), di kawasan di antara Sungai Pinang dan Sungai Kluang (260 ekar), di sekitar tebing barat Sungai Pinang (antara 650 hingga 780 ekar), dan di sekitar Tanjung Tokong. Sehingga tahun 1792, kawasan penanaman padi yang diusahakan oleh orang Melayu Pulau Pinang telah meningkat kepada 3 000 ekar.  DATOK JANATUN Seorang lagi tokoh yang disebut sebagai pembuka awal Pulau Pinang ialah Datok Janatun. Kisah perantauan beliau ke Pulau Pinang hampir serupa dengan kisah Haji Mohammad Salleh. Pada tahun 1749, Datok Janatun yang merupakan seorang pembesar di istana Pagar Ruyung bersama-sarna seorang saudaranya bernama Datok Setia dan 180 orang pengikut serta hamba dari kalangan orang Batak telah meninggalkan kampung mereka kerana berselisih pendapat tentang soal agama dan adat. Kedua-dua mereka ialah saudara muda kepada Sultan Pagar Ruyung. Semasa membawa diri, mereka membuang gelaran diraja dan memakai gelaran Datok. Mereka menuju ke Kedah dengan dua buah kapal layar berbekalkan beberapa naskhah al-Quran bertulisan tangan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

204

MELAY U A DA L A H PE M BU K A AWA L PU L AU PI NA N G

untuk dijual di Kedah. Datok Janatun kemudian telah menghadiahkan sepuluh naskhah al-Quran tulisan tangan tersebut kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah ll. Sebagai balasan, baginda Sultan Kedah telah menganugerahkan 100 ekar tanah dari Batu Uban hingga ke Gelugor kepada Datok Janatun dan adiknya. Sultan Kedah tidak keberatan untuk memberikan tanah itu kepada orang Melayu Sumatera demi membalas jasa baik mereka yang pernah membantu Kedah menentang Siam. Pemberian tanah dari Batu Uban ke Gelugor tersebut tentu didorong oleh kewujudan masyarakat dari Sumatera yang telah mendiami kawasan tersebut lebih awal. Pembukaan petempatan tersebut berlaku pada tahun 1759, iaitu 15 tahun sebelum Francis Light membuka Pulau Pinang. Tanah itu dijadikan perkampungan dan dimajukan sebagai kawasan pertanian. Hasil tanaman dari kawasan tersebut diangkut melalui Sungai Gelugor dan kemudian dibawa ke pelabuhan Batu Uban untuk didagangkan. Selain mengerjakan aktiviti pertanian, Datok Janatun dan Datok Setia juga menjalankan kegiatan perniagaan. Usaha ini memberikan mereka kehidupan yang selesa serta mendapat penghormatan masyarakat. Nama baik dari segi keutuhan ekonomi serta ilmu agama menyebabkan keluarga beliau mula bersemenda dengan beberapa orang Syed dan Syeikh Arab di Pulau Pinang, Kedah, dan negeri-negeri lain. Datok Janatun meninggal dunia pada tahun 1789 dan dikebumkan di Gelugor. Ada dalam kalangan kaum keluarganya yangmasih lagi meneruskan pekerjaan nenek moyang mereka iaitu berniaga. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

BA B 22

205

Pada tahun 1800, cucu Datok Janatun yang bernama Ahmad membuat keputusan merantau ke Perak. Beliau bersama-sama adik bongsunya, Mohd. Fakir dan mentuanya, Sheikh Abdul Rahman al-Baghdadi menuju ke Terong yang terletak di daerah Larut dan Matang di timur laut Perak lalu membuka tanah di situ. Pada era generasi ketiga inilah tanah kurniaan Sultan Kedah di Batu Uban itu dicagarkan kepada David Brown, seorang saudagar lnggeris. Tanah itu dilelong oleh kerajaan pada tahun 1919 kerana cukai tanahnya tidak dibayar. David Brown akhirnya membeli tanah itu. Begitulah sedikit sebanyak sejarah pembukaan beberapa kawasan di Pulau Pinang yang didahului oleh orang-orang Melayu.  KESIMPULAN Dapat kita rumuskan di sini bahawa petempatan awal di Pulau Pinang sebenarnya bukan dibuka oleh orang Inggeris atau bangsa lain. Hakikat ini bukanlah untuk menidakkan sumbangan Francis Light sebagai orang yang bertanggungjawab memajukan Pulau tersebut tetapi pemesongan fakta sejarah yang dilakukan oleh pihak tertentu yang mengatakan pulau ini tidak berpenghuni sebelum dibuka dan diterokai oleh Inggeris perlu diperbetulkan. Pulau Pinang telah diterokai dan dibuka oleh orang Melayu jauh lebih awal sebelum kedatangan Inggeris pada tahun 1786. Adalah mustahil untuk mendakwa pulau ini langsung tidak berpenghuni sebelum kedatangan Inggeris. Kedudukan pulau ini yang strategik di Selat Melaka dan kedudukannya yang dekat dengan Kedah sudah semestinya menjadi tumpuan 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

206

MELAY U A DA L A H PE M BU K A AWA L PU L AU PI NA N G

para pelayar Melayu dan pedagang sejak berkurun lamanya. Kewujudan masyarakat Melayu di pulau tersebut juga bukanlah bersifat sementara atau sebagai musafir sahaja. Mereka merupakan penduduk tetap yang mempunyai sistem pentadbiran tersendiri yang tunduk kepada Kesultanan Kedah. Apabila Kedah terpaksa menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris, hubungan orang Melayu di Pulau Pinang dengan kesultanan Kedah hampir putus. Masyarakat Melayu Pulau Pinang terpaksa menyesuaikan sistem kehidupan mereka dengan corak baru yang diperkenalkan oleh kolonial Inggeris. Kepentingan Batu Uban dan kawasan petempatan Melayu lain sebagai kawasan tumpuan kegiatan ekonomi dan keagamaan orang Melayu di Pulau Pinang beralih ke kawasan baru yang dibangunkan oleh pihak British. Akibatnya, orang Melayu Pulau Pinang terpaksa bersaing dengan kaum-kaum pendatang baru, dan lama kelamaan sejarah serta bukti-bukti kewujudan mereka sebagai peneroka awal semakin terpinggir dan tidak diketahui ramai. Hasilnya, ada pihak yang terus cuba memesongkan sejarah sebenar pembukaan pulau tersebut dengan terus mengatakan yang ia dibuka oleh bangsa lain dan bukan orang Melayu. Orang Melayu harus cakna mengenai perkara ini dan pastikan sejarah kita terpelihara dan dihormati.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.







83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

208

TENTANG PENULIS

Helmi Effendy merupakan pengasas The Patriots dan pemilik bersama Patriots Publication bersama dengan dua rakan niaganya yang lain. Menggelar dirinya sebagai seorang aktivis sejarah. Telah jatuh cinta pada sejarah sejak beliau mula kenal membaca lagi. Beranggapan bahawa tanpa sejarah, sebuah bangsa akan jadi bangsa terhina dalam sejarah. Sentiasa berada di barisan hadapan melawan sebarang penyelewengan ke atas sejarahnya. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

209

WAWANCARA BERSAMA HELMI EFFENDY

Akhirnya, selepas beberapa buah buku yang diterbitkan oleh Patriots Publication, Jangan Seleweng Sejarah Melayu 2018 menjadi realiti. Kami mahu mengucapkan tahniah atas penerbitan buku ini. Boleh kongsikan perasaan anda? Sudah tentu saya berasa gembira dengan pencapaian ini. Lagilagi ia diterbitkan pada saat isu Melayu pendatang sedang kuat didendangkan. Buku ini saya anggap sebagai anti-thesis kepada tuduhan kepada sejarah bangsa saya. Tidak dilupakan juga saya berasa bangga. Apa bezanya JSSM 2018 dan edisi yang diterbitkan oleh The Patriots sebelum ini? Ada perubahan isinya. Ada banyak penambahan artikel-artikel baru. Sudah tentu, kandungan bukunya juga ditambahbaik dengan suntingan yang lebih kemas oleh rakan sekerja saya, Mira Lyana.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

210

WAWA N C A R A BE R S A M A H E L M I E FFE N DY

Anda menggelar diri anda sebagai aktivis sejarah. Kenapa tidak memanggil diri anda sebagai pengkaji atau penyelidik? Jujurnya, saya beranggapan untuk memegang gelaran pengkaji dan aktivis itu adalah tidak layak untuk diri saya. Tetapi memandangkan sarjana-sarjana kita lebih sibuk bergaduh sesama sendiri kerana perbezaan pendapat, daripada berganding bahu mempertahankan nilai sejarah Melayu, saya beranggapan perlunya saya menyambut obor itu, menerangi sekelumit rakyat Malaysia dengan seperca ilmu yang saya ada. Katakanlah terdapat kesilapan dalam fakta yang anda bentangkan dalam buku ini, bagaimana respon anda? Apakah anda harus diletakkan sebagai penyeleweng sejarah Melayu? Silakan menegur. Saya terbuka pada teguran. Dan saya tidak takutkan idea. Idea perlu dibentangkan. Kalau ada idea yang berlawanan dengan idea yang saya paparkan, silalah menegur. Lagipun saya adalah sekadar aktivis. Bukan penyelidik dan pengkaji. Ada yang mempertikaikan latar belakang pendidikan saudara yang bukan dari jurusan sejarah? Jadi, kononnya saudara tidak layak untuk bercakap mengenai soal ini sejarah Melayu ini. Jawapan saya senang. Bukan latar belakang pendidikan saya yang patut dipertikaikan. Mereka yang konon datang dari latar belakang pendidikan sejarah yang patut dipersoalkan. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

WAWA N C A R A BE R S A M A H E L M I E FFE N DY

211

Kalau seorang graduan Mass Com seperti saya yang bangkit pertahankan sejarah Melayu di alam maya sehingga terbitnya buku ini, itu bermaksud tidak ada sarjana, ulama sejarah, atau sekurang-kurangnya mahasiswa sejarah yang cakna pada penyelewengan ini sehinggakan pacal hina seperti saya dijulang sebagai hero sejarah. Bagaimana untuk mengelakkan sejarah terus diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab? Silabus sejarah kita harus tegas bercerita sejarah Melayu. Bila kita terlalu allergic dengan sejarah bangsa kita, lalu kita mengurangkan fokus sejarah Melayu demi retorik menjaga hati kaum lain di Malaysia, disitulah kotak pandora yang kita buka untuk mereka yang berkepentingan menyerang sejarah kita. Untuk siapa buku ini anda akan tujukan? Politikus dari parti DAP dan MCA biasanya. Mereka adalah antara dalang yang menyebarkan naratif songsang ke atas bangsa Melayu. Kepada ahli politik Melayu, jangan apologetik dengan bangsa lain. Anda harus berani mempertahankan prestij sejarah bangsa anda!

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

212

WAWA N C A R A BE R S A M A H E L M I E FFE N DY

Ada nasihat kepada pembaca yang akan membaca buku anda? Baca dengan tenang. Jangan cepat berang. Kalau nak membetah setiap fakta yang saya paparkan, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Buku lawan buku. Fakta lawan fakta. Idea lawan idea. Itulah yang sepatutnya Malaysia Baru ini raihkan. Ada cara untuk peminat anda menghubungi anda? Jawapan: Cari saya di Facebook saya, Helmi Effendy. Saya lantang menulis pandangan-pandangan saya di sana. Pautan; https://www.facebook.com/helmi.effendyiv

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

213

RUJUKAN BACAAN

1.

A Samad Ahmad (1979). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2.

A.H.Hill (1998). The Keris and Other Malay Weapons. Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur.

3.

Abd Jalil, Borham (2014). Islam Di Nusantara. Universiti Malaysia Pahang

4.

Abdul Aziz Zakaria (1963). Portugis Dalam Sejarah Melaka. Dewan Bahasa Pustaka.

5.

Abdul Hamid Mahmood (2015). Mengangkat Bahasa Melayu dan Budaya Melayu ke Peringkat Antarabangsa, Jurnal Bahasa Melayu Dalam Konteks Budaya. UPSI.

6.

Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Utusan Publications and Distributions Sdn Bhd.

7.

Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain (2004). Sejarah Bahasa Melayu (History of the Malay language). Utusan Malaysia.Ahmad Jelani Halim (2008). Sejarah dan Tamadun Alam Melayu. Utusan Publications & Distrubutors.

8.

Ahmat Adam (2013). Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa. Penerbit UM.

9.

Alessandro Bausani (1960). The First Italian-Malay Vocabulary by Antonio Pigafetta. Journal East and West.

10. Alijah Gordon. The propagation of Islam in the Indonesian-Malay archipelago. Malaysian Sociological Research Institute. 11. Anthony Reid (1988). Southeast Asia in the Age of Commerce, 1450-1680. Yale University Press. 12. Anthony Reid (2000). Charting the Shape of Early Modern Southeast Asia. 13. Anthony Reid (2001). Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities. Journal of SEAS. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

214

RUJU K A N BAC A A N

14. Antonio Pigafetta (1524). Primo Viaggo Intorno Al Mondo (Cetakan 1999). 15. Badriyah Haji Salleh. Trade and Traders: Economy and Cultures between South India and the West Coast of Peninsular Malaysia: Special Focus on Kedah and Penang. 16. C. Guillot, Denys Lombard. From the Mediterranean to the China Sea: Miscellaneous Notes. 17. D. Lombard (1986). Chiang Mai, Thailand. Silkworm Books. 18. Cik Srikandi (2015). Emas Para Dapunta Dan Maharaja. Terfaktab Fine 19. D. Lombard (1986). Kerajaan Acheh. Jakarta: Balai Pustaka. 20. Derek Heng (2009). Sino – Malay Trade and Diplomacy from the Tenth through the Fourteenth Century. 21. Derek Heng. Sino–Malay Trade and Diplomacy from the Tenth through the Fourteenth Century. 22. Emanuel Godinho De Eredia (1613). Declaracam de Malaca e da India Meridional com Cathay. (Translation by J.V. Mills) 23. Gibson-hill (1953). Notes on The Old Cannon Found In Malaya, and Known To Be of Dutch Origin. Journal of the Malayan Brance of the Royal Asiatic Society Vol 26. 24. Hashim Musa et al. (2013). Bahasa Melayu dan Konsep Kebenaran Ilmu Berdasarkan Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas. 25. Historical Dictionary of the Mongolian World Empire. Oxford, London: The Scarecrow Press Inc. 26. Irawan Djoko Nugroho (2012). Majapahit Peradaban Maritim. Jakarta: Suluh Nuswantara Bakti. 27. Ivon A. Donnelly (1925). Early Chinese Ships and Trade. The China Journal of Science & Arts. Vol III (April, 1925, No. 4). Shanghai; Royal Asiatic Society. 28. James Minahan (2002). Encyclopedia of the Stateless Nations. 29. James T. Collins (1996). Malay, World Language: A Short History. 30. John William Parry. Spices: The story of spices. The spices described. 31. Joseph Needham (1954). Science and Civilisation in China: Volume 1, Introductory Orientations. London: Cambridge University Press. 32. Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society. Jil. 7. Bah. 3.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

RU J U K A N BAC A A N

215

33. Kevin Reilly (2012). The Human Journey: A Concise Introduction to World History. Rowman & Littlefield Publishers 34. Li Qinngxin. Maritime Silk Road. 35. Liang Liji. Lembaran Sejarah Gemilang : Hubungan Melaka-Dinasti Ming Abad ke 15. 36. Lynda Norene Shaffer (1995). Maritime Southeast Asia to 500 (Sources and Studies in World History). Routledge 37. Martin E. Marty (1997). Religion, Ethnicity, and Self-Identity: Nations in Turmoil. University Press of New England. 38. Mazlan Nordin (2011). Dunia Berbahasa Melayu. Utusan Malaysia. 39. Md. Salleh Yaapar (2014). Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka 40. Michel Jacq-Hergoualc’h (2001). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). Brill. 41. Mills (translator) (1997). Eredia’s Description of Malacca, Meridional India and Cathay. Malaysian Branch of Royal Asiatic Society. 42. Minako Sakai (2009). Developing Regional Minorities in Asia. 43. Mohamed Anwar Mohd Din (2011). Asal Usul Orang Melayu: Menulis Semula Sejarahnya. UKM 44. Mohd Aizam Masod (2013). Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia. JAKIM 45. Muhammad Yusof Hashim (2006). Kisah Melaka 1511. Institut Kajian Sejarah Dan Patriotism Malaysia 46. Muhammad Yusoff Hashim, Muzaffar Desmond, John Tate (1992). The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History. Dewan Bahasa & Pustaka. 47. Muhammad Yusoff Hasyim (1992). Pensejarahan Melayu. Percetakan Watan Snd. Bhd. Kuala Lumpur. 48. National Archives of Malaysi (1993). Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511. 49. Nicholas Tarling (1999). The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge University Press, United Kingdom. 50. Nik Hassan Shuhaimi dan Zuliskandar Ramli (2012). Hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi. International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN)

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

216

RUJU K A N BAC A A N

51. Nordin Hussin (2007). Trade And Society In The Straits Of Melaka, Dutch Melaka and English Penang, 1780-1830. Nias press, Singapore 52. Noriah Mohamed, Muhammad Haji Salleh, Mahani Musa, Mokhtar Saidin, Ahmad Jelani Halimi, Mohd lsa Othman, Sohaimi Abd. Aziz (2006). Sejarah Awal Pulau Pinang, Pusat Pengajian llmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Utusan Online, 12 Jun 2015. 53. O. W. Wolters (2008). Early Southeast Asia: Selected Essays. New York: SEAP Publications. 54. O.W Walters (1970). The Fall of Srivijaya in Malay History. Cornell University Press 55. Othman Mohd. Yatim dan Mohd. Zamberi A. Malek (1994). Meriam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu Nusantara. Jabatan Muzium dan Antiquiti, Kuala Lumpur. 56. Paul D. Buell (2009). Mongols in Vietnam: End of one Era, Beginning of Another. 57. Paul Michel Munez (2004). Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. 58. Pierre-Yvess, Manguin (1986). Shipshape societies boat symbolism and political systems in Insular Southeast Asia dalam Southeast Asia in the 9th to 14th Centuries. 59. Prof. Dr. Maimun, Hidayat bin Shafie, Mohd Radzi b Othman dan Mohd Riduan bin Khairi (n.d). Jong Di Alam Melayu Dan China. 6th International Conference of Asean Studies 60. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Abdullah Bukhari Abdul Rahim, Ridzwan Ahmad & Muhammad Ikhlas Rosele (2016). Perlembangaan Itqan Muluk dan Nasionalisme Melayu-Islam. International Journal of the Malay World and Civilisation. 61. Raja Ali Haji (1965). Tuhfat Al-Nafis, Sejarah Melayu dan Bugis. Malaysia Publication Ltd., Singapore. 62. Raja Mohd Affandi (1974). Tokoh-Tokoh Melayu Agung Dalam Sejarah. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 63. Siddiq Fadzil (2001). Martabat Umat Melayu Menurut Hamka. Utusan Malaysia. 64. Slamet Muljana (1981). Kuntala, Sriwijaya Dan Suwarnabhumi. 65. Srikandi, Al-Semantani dan Ibn Rusydi (2015). Membongkar Rahsia Dunia Melayu: Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah. HR Publishing. 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

RU J U K A N BAC A A N

217

66. Stevens, F. G. (1929). A Contribution to the Early History of Prince of Wales lsland. 67. Sulalatus Salatin Edisi Raja Bongsu 68. Sulalatus Salatin Edisi Shellabear. 69. Sun Tzu (1994). The Art of War. Diterjemahkan oleh Ralph D. Sawyer. Basic Books. 70. The Journal of Military History, Vol. 67, No. 2. Apr, 2003. Society for Military History. 71. The Periplus of The Erythræan Sea. London: Longmans, Green, & Co 72. Thomas John Newbold (1839). Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca: Viz. Pinang, Malacca, and Singapore, with a History of the Malayan States on the Peninsula of Malacca, Volume 1. J. Murray. 73. Timothy P. Barnar (2004). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. Singapore: Singapore University Press. 74. Ting, Joseph S.P., editor (1996). The Maritime Silk Route; 2000 Years of Trade on the South China Sea. Hongkong: Hong Kong Museum of History. 75. Tomé Pires, Francisco Rodrigues. The Suma oriental of Tomé Pires. 76. Utusan Online (2016) Kapal Melayu lebih besar. 77. W. Linehan (1973). History of Pahang. The Malaysian Branch of Royal Asiatic Society. Charles Grenier Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 78. Walter De Gray Birch (1557). The Commentaries of The Great Afonso Dalboquerque. London: Printed for The Haklyut society. Wilfred H. Schoff (1912). 79. William N. Armstrong (1904). Around The World With A King. New York. F. A. Stokes Company 80. Zakaria Stapa, Noranizah Yusof & Abdul Fatah Saharudin (2012). Islam Asas Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari Special Edition. 81. Zhidong Hao, Macau History and Society.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

JUDUL LAIN YANG WAJAR DIBACA

PEMBELIAN DI THEPATRIOTS.STORE 83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.

83316. Hakcipta Terpelihara Patriots Publishing.