Agama & Hegemoni Negara
 9789832344544

Citation preview

Kandungan

Agama & Hegemoni Negara

i

ii

Agama & Hegemoni Negara

Kandungan



AGAMA & HEGEMONI NEGARA Siapa yang Mencilok Agama?

Benz Ali

Gerakbudaya Enterprise Petaling Jaya, Malaysia

iii

iv

Agama & Hegemoni Negara

Hakcipta © 2016 Benz Ali Diterbitkan pada tahun 2016 oleh Gerakbudaya Enterprise No. 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Email: [email protected] Website: www.gerakbudaya.com Hak cipta terpelihara. Tidak boleh menyalin apa jua kandungan buku ini dengan apa pun bentuk dan cara-elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia / Cataloguing-in-Publication Data Muda dan Melayu: Membesar dalam kepelbagaian budaya Malaysia / Disunting oleh Ooi Kee Beng dan Wan Hamidi Hamid ISBN: 978-983-2344-47-6 1. Multiculturalism–Malaysia. 2. Culture–Malaysia. 3. Intercultural communication–Malaysia. 4. Malays (Asian people)–Ethnic identity–Malaysia. 5. Malaysia–Social policy. 6. Malaysia–Social life and customs. I. Ooi, Kee Beng, 1955-. II. Wan Hamidi Hamid. III. Judul. 306.09595 Rekabentuk sampul oleh xxx Rekabentuk tatahuruf oleh Janice Cheong Dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

Kandungan



v

Kandungan Kata Pengantar

viii

AGAMA & HEGEMONI NEGARA

Semuanya Bermula Dengan Kritik Agama ‘Ada Apa Dengan Tuhan?’ (tersiar di Projek Dialog) ‘Kassim Ahmad: The Unsung Hero’ Menentang Wacana Kekuasaan Pembangkangan Pada Agamawan (I) Pembangkangan Pada Agamawan (II) Pembangkangan Pada Agamawan (III) Kamu tahu apa yang berlaku kepada Ibn Rusyd? Mereformasikan Kepimpinan Ulama’ (1) Mereformasikan Kepimpinan Ulama’: (2) Melawan Authoritarian Agama Malaysia: Ke Arah Negara Islam Totalitarian (tersiar di Projek Dialog) Apa Dia Islamis? Gerakan Mahasiswa Islam: Dari Zakar Menuju Faraj

3 9 14 24 28 34 43 52 61 70 79 85 91 96

vi

Agama & Hegemoni Negara

KRITIK SOSIAL Google Muslim Pertama di Dunia ‘Saya Nak Berdebat Dengan Dr. Muhaya’ Sindrom Muhaya II (Berharap Harga Minyak Naik dan Terus Naik) Surat Terbuka Kepada Saudara-saudaraku yang Memilih Untuk Murtad

105 110 117 122

FILEM Bajrangi Bhaijaan; Filem Rentas Sempadan! ‘CakeBu’: Noah (Sebuah Filem Anti Christ) ‘God’s Not Dead Melawan “Noah” yang Pagan’ ‘PK: Sebuah Kritikan “Tuhan” Terhadap Orang-orang Bertuhan’

131 137 142 149

POLITIK Apakah ulama’ – ulama’ PAS tidak suka membaca? Apakah Level Ulama’ PAS? Harun Din Perlu Untuk Hegemoni Konservatif ‘do you want to touch Dyana Sofea?’ ‘Malang Cinta Rasul & Pemikiran Jenis Nik Abduhisme’ ‘Melawan Pemikiran Barua Abduh’ ‘Menolak Kekacauan Literalis’

157 165 172 175 180 186 190

BUDAYA ‘Jadi, Apa Perayaan Bangsa Melayu?’ ‘CakeBu’: What The Fuck Of Media? Dan Street Dakwah yang sangat menipu!

199 204



Kandungan

CakeBu ((Catatan-catatan Kebudayaan)): Festival Tanglung & Cina Muslim Yang Hilang Identiti ‘CakeBu’ (Ulasan Lagu ‘Tahu’, Fynn Jamal) *BHG 1 ‘CakeBu’ (Ulasan Lagu ‘Tahu’, Fynn Jamal) *BHG 2 Zikir Terapi Dan Religion Is The Opiate Of The Masses

vii

210 216 224 231

AGAMA DAN PEMBEBASAN



‘Ada Apa Dengan Teologi Pembebasan?’ Memahami Agama (Islam) Cara Asghar Kiri Islam (Hassan Hanafi): Suatu Pengenalan ‘Teologi Kiri Munir Mulkhan; Sebuah Pengenalan’ (BHG 1) ‘Teologi Kiri Munir Mulkhan; Sebuah Pengenalan’ (BHG 2) Kenapa Sosialisme Islam? (bhg 1) Kenapa Sosialisme Islam? (bhg 2)* Kuliah Buku ‘Sosialisme Islam’ Eko Supriyadi ‘Bagaimana Membaca Jesus?’

241 246 254 260 269 277 284 292

ESEI SISIPAN, terjemahan oleh Yana Rizal (PROJEK DIALOG) ISA Bukan Konservatif Berkulit Putih: ISA Pemberontak Berbangsa Yahudi Palestin 301

viii

Agama & Hegemoni Negara

Kata Pengantar



ix

Kata Pengantar (I) Kata Asghar Ali Engineer, seorang pemikir Muslim Pakistan, agama mempunyai kekuatan rohaniah sebagai mata airnya. Kamus Random House menakrifkan agama sebagai satu set kepercayaan mengenai sebab, sifat dan tujuan alam terutama sekali yang dikaitkan dengan pembentukan kuasa luar biasa yang biasanya melibatkan penyembahan dan upacara atau amalan tertentu. Dan lazimnya mempunyai kod akhlak bagi menentukan hal ehwal kemanusiaan. Itu adalah takrif yang terlalu teknikal dan formal. Walaupun takrifnya lengkap tetapi masih tidak mencerminkan kaitannya dengan sifat dan perasaan manusia. Whitehead, seorang ahli falsafah Amerika yang terkenal memberikan takrif yang berlainan. Takrif yang diberikan lebih bersifat kemanusiaan. Bagi Whitehead, agama ialah satu system tentang kebenaran-kebenaran umum yang boleh mempunyai kesan mengubah sifat peribadi apabila dipegang secara ikhlas dan dihayati secara sungguh-sungguh.1 Nurcholish Madjid, 1989, Islam, Kemodernan dan Keindonesiaan, Bandung: Mizan, hal. 123.

1

ix

x

Agama & Hegemoni Negara

Jadi menurut Whitehead, agama mengubah sifat peribadi manusia melalui kepercayaan yang teguh serta ikhlas (bebas daripada tujuan-tujuan tersembunyi) dan difahami sebagai kebenaran yang jelas, hidup, mendalam dan berbeza-beza. Persoalan paling utama, adakah benar begitu? Kata Veno Contracto (seorang Facebooker), keburukan dan kejahatan yang diinspirasikan oleh agama, dilindungi oleh media. Sebagai contoh, militant Protestant dan Katolik yang berkonflik di Ireland Utara dinamakan sebagai Loyalists dan Unionists walaupun kita tahu 100% Loyalists adalah penganut Protestant (Anglican) dan 100% Unionists adalah Katolik. Namun begitu, dalam usaha demi melindungi nama agama, nama konflik tersebut telah ditukar. Begitu juga, ‘ethnic cleansing’ di Negara Balkan. Semua orang tahu bahawa 100% Serbs ialah mazhab Orthodox, 100% Crots ialah golongan Katolik dan 100% Bosnia terdiri daripada Muslim, tetapi demi melindungi nama agama ia dinamakan sebagai ethnic conflict. Konflik di Uganda pula menyaksikan Rwanda dan banyak tempat di Afrika juga mengalami nasib yang sama apabila nama-nama tersebut ditukar menjadi separatist movement, freedom war dan lain-lain lagi. Ada yang bertanya bagi memohon pencerahan, ‘apakah agama itu ialah Tuhan?’ ada yang mengatakan bahawa agama di sini tidak semestinya Islam. Ada sahaja agama yang tidak ada Tuhan dan berkonsepkan falsafah seperti Buddha tetapi resmi agama adalah konsep menyerahkan diri kepada satu entity yang tidak dapat dilihat.2

Untuk catatan, keseluruhan perenggan dalam (I) ini diambil dengan sedikit pengubahsuaian dari Benz Ali, 2015, Anti-Conformity, Kuala Lumpur: Sorok Kitab, hal. 117.

2

Kata Pengantar



xi

(II) Dalam buku Teologi Negatif, tulisan sarjana muda Indonesia, Al-Fayyadl, di pendahuluannya menyebutkan, sebahagian orang menyebutkan bahawa pada kudratnya, manusia adalah homo religious, makhluk yang memiliki naluri religious. Homo religious menurut Dadang Kahmad adalah jenis manusia yang hidup di suatu alam yang sacral penuh dengan nilai religious.3 Di antara pengkaji yang mengutarakan pendapat itu adalah Karen Armstrong. Dalam A History of God, penulis itu menulis bahawa ada alasan kuat untuk mempercayai kudrat religious manusia. Berangkat dari data-data sejarah yang dipelajarinya, ia menunjukkan bahawa sejak dahulukala manusia telah menyembah dewa-dewa. Mereka meyakini bahawa di balik alam semesta ini terdapat kekuatan supranatural yang mengatur dan menciptakan mereka. Kekuatan ini tidak dapat dinampak, tetapi mereka percaya atas kewujudannya. Keyakinan tersebut kemudian bergeser jauh seiring lahirnya agama-agama. Tidak ada yang memastikan agama apa yang pertama kali dipeluk manusia, tetapi menurut Armstrong, sejauh agama didefinisikan dalam kaitannya dengan wahyu ketuhanan, agama pertama yang tercatat adalah yang dibawa oleh Ibrahim. Tokoh yang hidup pada sekitar 2000 tahun sebelum Masihi ini membawa suatu pola keberagamaan yang berlainan dari keyakinan-keyakinan sebelumnya yang polytheistic (banyak tuhan). Dia memperkenalkan suatu pandangan ketuhanan baru yang didasarkan pada keyakinan bahawa hanya ada satu Tuhan di alam semesta. Pandangan monotheist inilah yang kemudian

Dadang Kahmad, 2002, Sosiologi Agama, Bandung: Rosda, hal. 19.

3

xii

Agama & Hegemoni Negara

menjadi asas kepada pandangan ketuhanan tiga agama besar di dunia; Islam, Yahudi dan Kristian. Monotheist atau Tauhid yang diajarkan oleh Ibrahim, pada awalnya, bertolak dari pencarian ketuhanan secara radikal. Ibrahim sendiri menjadi contoh kepada pencarian tersebut dengan upayanya yang keras untuk mengenal Tuhan. Dalam Al-Qur’an, diceritakan bahawa Ibrahim mencari Tuhan dengan susah payah dan penuh perjuangan. Pada mulanya, dia menduga bahawa bintang adalah tuhannya. Dugaan ini kemudian ditolaknya sendiri ketika dia melihat bulan dan mengira bahwa itulah tuhan yang dia cari. Ibrahim terus melakukan pencarian hingga akhirnya dia melihat matahari dan sedar bahawa semuanya yang dilihat bukan tuhan yang sebenar. Monotheist Ibrahim sering disebut-sebut sebagai ‘monotheist radikal’, kerana dia sampai pada kesedaran tentang Tuhan setelah melalui serangkaian pencarian yang terus menerus tanpa kenal lelah.4

(III) Ini adalah percubaan pertama aku mengumpulkan esei-esei kritikan aku terhadap agama. Kemungkinan besar ini adalah kumpulan esei pertama dan terakhir aku sebelum aku berumur 30. Ya, agama. Bukan agamawan (g) semata-mata, tetapi agama secara umumnya. Walaupun Islam secara khusus, kerana agama aku adalah Islam semenjak lahir. Bagi aku agama yang kita anut hari ini, diterima begitu sahaja tanpa apa-apa kritik dilancarkan ke atasnya. Untuk catatan, keseluruhan perenggan dalam (II) ini diambil dengan sedikit pengubahsuaian dari Muhammad Al-Fayyadl, 2012, Teologi Negatif Ibn ‘Arabi; Kritik Metafizik Ketuhanan, Yogyakarta: LKiS, hal. Pendahuluan.

4



Kata Pengantar

xiii

Kita beragama sewenang-wenangnya dan kita menyerang agama orang lain, juga sewenang-wenangnya. Kita mengatakan kita berfikir ketika kita menganut sesebuah agama itu, sementara kita mengatakan bahawa orang lain tidak berfikir ketika menganut sesebuah agama lain. Bahkan aku berpendapat, menjadi atheist itu adalah lebih susah dan mencabar di Malaysia, berbanding menjadi seorang Islam, ibarat Nabi Muhammad yang kesukaran memperjuangkan iman di Kota Mekah, suatu masa dahulu. apa lagi yang berisiko hari ini untuk menjadi seorang Muslim? Islam yang dulunya bergerak secara universal lagi cosmopolitan (pembantu Nabi saw semasa peristiwa Hijrah, antaranya adalah orang kafir) (ahli falsafah yang bernaung di bawah rejim Abbasiyah, antaranya adalah Maimonides* Musa Ibn Maimun, seorang Yahudi bukan Islam) (seorang tokoh Syi’ah terbesar, At-Thusi berkhidmat menjadi ahli sains kepada Kerajaan Monggol) (Ibn Sina yang didakwa ramai beraliran Syi’ah, merupakan penyumbang besar kepada ilmu kedoktoran dunia) (Farabi sebagai ‘Muallim Thani*Guru Kedua selepas Aristotle, Ahli Falsafah besar bangsa Yunani) (Ibn Rusyd sebagai bapa sekularisme Eropah), pada hari ini menjadi sangat konservatif dibawah birokrat-birokrat Agama, khususnya di Malaysia. Sementara itu di berbagai belahan penjuru di tempat lain di dunia, agama yang dimomokkan sebagai candu masyarakat berevolusi menjadi tenaga catalyst (pemangkin) untuk perubahan di dunia ketiga, seperti Liberation Theology (Katolik) di Amerika Latin, Filipina, kemudian, Syi’ah di Iran yang menghumbankan Shah Pahlavi lewat Revolusi 1979, di Mesir, Hassan Hanafi meluncurkan jurnal/term Yasar Islam (Islam Kiri) disambut/ disambung ‘islamis-islamis’ berjiwa kiri di Indonesia seperti Eko

xiv

Agama & Hegemoni Negara

Prasetyo yang dikenali sebagai penulis prolific berbagai buku tentang sintesis idea kiri dan Islam, Munir Mulkhan dengan Teologi Kiri yang banyak mencari unsur pembelaan dan sufistik dari riwayat Syeikh Siti Jenar, bagaimana pula dengan Malaysia? Aku belum berjumpa lagi secara serius sarjana/aktivis yang mengungkapkan hal ini. Banyaknya agamawan lebih suka bertempur dalam tetek-bengek isu akidah, isu feqah, dan jika akidah diterjemahkan sebagai iman, feqah diterjemahkan sebagai islam/ syari’at, dan akhlak diterjemahkan sebagai ehsan/tasawuf, maka tasawuf yang pop di kalangan masyarakat adalah ya hanana. Menurut sebuah tulisan oleh Azyumardi Azra, seorang sarjana prolific Indonesia, dia mengatakan, Islam di Indonesia lebih kreatif kerana Islam mereka bergerak secara demokratik di kalangan rakyat, bezanya dengan kita, Islam kita menjadi kaku, kongkong, kangkung kerana dipegang telurnya oleh penguasa. Kelembapan agama kita tesis aku, berpunca daripada kuasa/Negara yang merogol agama. Secara etimologi, kata hegemoni berasal dari bahasa Yunani, egemonial egemon, yang bererti pemimpin/penguasa dalam konotasi lazimnya berhubungan dengan konteks kenegaraan. Sejak abad ke-19, hegemoni memperoleh makna baru. Pengertiannya menjadi lebih sering merujuk pada situasi tertentu pada saat terjadinya dominasi politik dari suatu negeri kuat (superpower) terhadap negeri lain (lemah) yang biasa juga disebut dengan istilah imperialism (William, 1983: 144). Memasuki abad ke-20, kata hegemoni menjadi makin penting berkat penggunaannya yang intensif dan spesifik oleh ‘kubu’ Marxisme. Dalam kubu ini sendiri, istilah hegemoni sesungguhnya mulai dikenal kira-kira sejak tahun 1883/1884, ketika Plekhanov menggunakan istilah ini untuk menunjukkan adanya dominasi (hegemoni) kepemimpinan proletariat yang mewakili persekutuan berbagai kelompok

Kata Pengantar



xv

sosial dalam berhubungan dengan kekuasaan Tsar/Tsarist Police State (Bocock, seperti yang dikutip oleh Nezar Patria dan Andi Arif, Negara dan Hegemoni, Yogyakarta, Pustaka Pelajar, 1999. hal. 125). Tetapi Gramsci-lah yang berjasa mempopularkannya hingga mendorong lahirnya kajian-kajian yang beragam. Dalam terminology Gramsci, hegemoni tidak hanya bererti satu dominasi politik dalam hubungan antara negeri, tetapi juga merupakan dominasi politik dari suatu kelas (kuat) terhadap kelas (yang lemah) dalam hubungan antara kelas sosial. Malahan, lebih dari sekadar dominasi politik, dalam konteks Gramsci, hegemoni juga bererti dominasi pada bidang-bidang lainnya yang lebih umum seperti, pandangan hidup, kebudayaan, ideologi dan sebagainya.5 Aku membahagikan kumpulan esei ini kepada beberapa seksyen. Seksyen pertama berkisah tentang permasalahan utama, tentang Agama dan Hegemoni Negara, adakah agama adalah sesuatu yang sacral dan tidak boleh dikritik? Adakah hanya agama yang bebas menafsir, bebas mengkritik, menjadi subjek, dan menjadikan selainnya sebagai objek? Seterusnya tentang tema-tema besar agama seperti Tuhan, ulama’, seperti yang disebutkan di atas, kumpulan esei ini mengkhususkan tentang Islam dari cara pandang yang sekular (objektif) dan sedikit sebanyak tentang Kristian secara tidak langsung, maka ulama’ merupakan ‘objek’ yang disentuh secara kerap dalam kumpulan esei ini, selain membariskan sosok ‘antagonis’ utama mereka di Malaysia, iaitu Kassim Ahmad dan

Untuk catatan, perenggan tentang hegemoni ini diambil dengan sedikit pengubahsuaian dari Yudi Latif dan Idi Subandy Ibrahim, 1996, Bahasa dan Kekuasaan; Politik Wacana di Panggung Orde Baru, Bandung: Mizan, hal. 28.

5

xv

xvi

Agama & Hegemoni Negara

naratif pembangkangannya serta lain-lain pembangkangan (baca; ketidaksetujuan/anticonformity) ulama’ pemikir terhadap ulama’ penghafal, seperti Ibn Rusyd yang dianggap sesat oleh kebanyakan ulama’ penghafal, juga kritikan terhadap PAS (serta lain-lain gerakan Islamis yang berorientasikan kekuasaan) dan anak-anak ikan mereka di dalam gerakan pelajar. Seksyen kedua, Kritik Sosial berkisah tentang fenomena popagama di kalangan masyarakat Melayu-Muslim (sememangnya di Malaysia, Melayu secara automatic adalah Muslim, slogan MelayuIslam semacam janggal pula disebut) yang kuat mengantuk di dalam masjid dan mendambakan ubat tahan mengantuk dengan jenaka-jenaka serba tahu dari kaum ustaz, Sindrom Muhaya yang menganggap masalah ekonomi adalah masalah kicik punya hal dan boleh diselesaikan dengan formula, pandang secara positif, dan sepotong surat untuk kawan-kawan yang telah murtad akibat agama yang sudah tidak berfungsi. Seksyen ketiga, tentang Filem. Sepatutnya filem dimasukkan sekali di bawah seksyen Budaya, atau CakeBu (Catatan-catatan Kebudayaan). Tak banyak filem yang dimasukkan walaupun ada banyak juga filem yang menarik hati untuk diperbincangkan, seperti Prometheus (yang belum ditulis). Selain filem, lagu juga adalah persoalan yang tidak dikaji secara serius dalam perkumpulan agama hari ini. Ulama’-ulama’ mengatakan haram percampuran lelaki dan perempuan atau mendengar suara perempuan, tetapi siapa hari ini yang tak mendengar suara perempuan? Gerakan politik agama yang dahagakan undi sentiasa berubah-ubah pandangan feqah mereka tentang kesenian, dari haram kepada halal, seperti Mawi, Akademi Fantasia dsbnya. Ali Syari’ati, Asghar Ali Engineer, Hassan Hanafi, antara sosok Islam Kritis yang sering aku ulang-ulang dalam kumpulan esei



Kata Pengantar xvii

ini, mengingat betapa aku berhutang budi kepada nama-nama ini yang mencerahkan pemikiran tentang ada apa dengan agama itu. (lagipun tak ramai, atau tak meriah tokoh-tokoh ini disebut dalam Negara 1 Malaysia ini) Islam yang dianut sosok-sosok ini adalah Islam yang mempunyai tugas, Islam yang berfungsi sebagai tajali/ pengejawantahan Tuhan, ini yang aku rumuskan sebagai jawapan di seksyen terakhir. Antara sosok nusantara yang mempunyai tema yang sama termasuklah Eko Prasetyo, Munir Mulkhan, Misbach, dan Tjokroaminoto. Ini antara nama-nama besar yang membincangkan tentang ‘apa kerja agama itu?’ dan akhirnya, bagaimana membaca messiah Jesus? Ada dua esei yang utama dimasukkan tentang Jesus/Isa dari Nazareth, satu dari aku sendiri, kedua terima kasih kepada terjemahan Yana Rizal (Projek Dialog) tentang bagaimana seharusnya membaca Jesus, bagi aku isu nama Allah tak nama Allah ni, bukanlah sebuah isu remeh, tetapi isu yang sangat parah dan kroniknya umat beragama yang sudah kacau dalam keagamaannya. Agama/akidah mereka pada zaman moden ini cumalah untuk bertelingkah sesama mereka, untuk mempertahankan apa yang mereka mempertuhankan. Kerana itu bagi aku, seperti Hassan Hanafi, akidah (teologi) seharusnya mendorong kepada thawrah (revolusi), agama mesti membebaskan dirinya terlebih dahulu sebelum membebaskan manusia tertindas lain. Bagi aku tidak ada teologi pembebasan Islam, melainkan selepas diaksikan. Jika tidak ada aksi, ia hanya layak digelarkan sebagai teori pembebasan Islam.

xviii Agama & Hegemoni Negara



Agama & Hegemoni Negara

& a m a Ag i n o m e g e H a r a Neg

1

2

Agama & Hegemoni Negara

Agama & Hegemoni Negara



3

Semuanya bermula dengan kritik agama Adakah kritik agama tidak relevan? Bakunin memulakan God and The State dengan menaratifkan semula kisah bagaimana Adam (menurut Bible) terkeluar dari Syurga, dalam Marxisme dan Agama, O Hasyem hampir separuh pertama buku tersebut melancarkan kritikan terhadap agama Kristian, karya Max Weber yang terkenal, adalah kritikan terhadap Kristian Protestant, Max Stirner memuqaddimahkan magnum opus nya yang terkenal, ‘The Ego and His Own’ dengan mengkritik Tuhan (salah satu subjek penting agama), idea-idea Feuerbach yang ‘dipinjam’ antara yang menyebabkan Marxism menjadi taboo dalam masyarakat beragama (Islam khususnya) kerana dictum terkenal mereka ‘religion is the opiate of the masses’, dan idiom anarchist yang terkenal adalah, ‘no God, no Master’. Antara karya monumental Syari’ati adalah Religion V Religion, Khomeini menyelar ulama’- ulama’ (salah satu subjek penting Islam) di eranya, selain Za’ba yang mempunyai pandangan keras tentang tentangannya terhadap ‘pasif’ / Jabariyahnya bangsa Melayu, Kassim Ahmad dicop sebagai atheist dan anti hadith 3

4

Agama & Hegemoni Negara

kerana kritikannya terhadap hadith (salah satu subjek penting Islam), dan bait kontroversinya dalam Sidang Roh. Mufti Perlis dalam banyak status panasnya mengkritik birokrasi jabatan agama dan mufti-mufti (salah satu subjek penting Islam), Astora Jabat yang pernah berdebat dengan Dr. Asri Zainul Abidin, menjadi sosok paling controversial lewat kritikan-kritikannya terhadap agama dalam Majalah Al-Islam. John Locke yang selalu dipetik Khalid Jaafar, memulakan Two Treatise of Government dengan mengkritik kekuasaan yang selalu mencaplok atas nama agama. Adakah masih ada sesiapa yang mahu mengatakan kritikan (terhadap) agama tidak relevan? Eropah menjadi begitu mendap sekali dalam lumpur Dark Ages (Era Kediktatoran Agama) pada Zaman Pertengahan Eropah waktu Gereja Katolik berkuasa, Paus dan raja-raja di Eropah mempunyai kuasa untuk menahan orang-orang disyaki murtad dari agama Katolik untuk disiasat dan disiksa, dan kalau didapati telah murtad, dihukum bakar sampai mati di unggun api. Beriburibu orang mati kerana undang-undang murtad ini. Silih ganti pemikir/saintis dibunuh dan dibakar hidup-hidup antaranya seperti ahli sains Itali yang masyhur, Giordano Bruno, dihukum bunuh oleh Paus Clement VIII pada 8 Februari 1600. Seorang lagi ahli sains Eropah yang sama masyhur dengan Bruno, Galileo Galilei, terlepas dari dibakar kerana beliau bertaubat, tetapi masih terpaksa menghabiskan hidupnya dalam penjara di rumah dari tahun 1633 hingga 1642.6 Mereka memberontak atas nama pencerahan, atas nama sains, reformasi, kritikan demi kritikan terhadap kebangsatan agama ‘yang mahu menjadi Tuhan’. Kassim Ahmad, 2014, Jalan yang Lurus, Kuala Lumpur: Pekan Ilmu, hal. 283.

6



Agama & Hegemoni Negara

5

Kita sampai keliru, adakah agama itu Tuhan? Atau Tuhan itu beragama apa? adakah Tuhan tidak mempunyai agama? Kritikan-kritikan terhadap agama sendiri senantiasa tidak dibenarkan. Tetapi mereka semua dibenarkan mengkritik agama / kepercayaan / ketidakpercayaan orang lain. Analogi kerasnya seperti, kita boleh mencaci-maki mak ayah orang lain, tetapi kita diharamkan mencaci-maki mak ayah sendiri. Atau dalam bahasa yang lebih lembut dan boleh diterima, kita dibenarkan menggunakan ‘reasoning’ untuk mengkritik agama orang lain, tetapi kita (yang sama) diharamkan menggunakan ‘reasoning’ (alatan yang sama) untuk mengkritik agama sendiri. Betapa hipokritnya pendidikan agama kita selama ini. Pemikir-sarjana/aliran di atas menjadi terkenal dan fundamental (penting) dalam lapangan kritikan terhadap agama. Mereka menggugat masyarakat masing-masing ketika agama menjadi terlalu berkuasa (sampai ke hari ini) dan mahu menguasai segala aspek kehidupan. Sebilangan mereka adalah atheist, dituduh atheist walaupun bukan atheist. Ternyata gelar atheist adalah gelaran ‘terhormat’ (popular) kepada sesiapa yang galak melancarkan kritikan pada agama. Tetapi jika dihalusi dengan lebih teliti, kritikan-kritikan terhadap agama, menyebabkan agama evolve (atau progress)! Ini adalah sesuatu yang perlu diperhatikan. Nampaknya agama tidak mati sepertimana yang didamba-dambakan para atheist yang anti agama. Kritikan terhadap kerasnya agama Yahudi, melahirkan Kristian. Kritikan terhadap Orthodox dan Katolik, melahirkan Protestant. Kutukan ‘agama sebagai candu masyarakat’, melahirkan Liberation Theology dan Revolusi Iran (yang dipimpin para Mullah). Jika ditinjau lebih jauh dalam sejarah Islam, kritik terhadap Muktazilah, melahirkan aliran Asya’irah. Muktazilah mati,

6

Agama & Hegemoni Negara

Asya’irah hidup sampai ke hari ini. Kritik terhadap SufiTradisional, melahirkan Salafi/Wahabi. Ini seolah membenarkan lagi tesis Komaruddin Hidayat, seorang pengarang Indonesia, bahawa agama punya 1000 nyawa. Ini semua hanyalah mematahkan lagi kepercayaan para pengikut teori evolusi pada abad ke-19 bahawa ilmu pengetahuan (sains) akan menghancurkan agama dengan menunjukkan bahawa mitologi dan upacaranya tidak masuk akal.

Agama Tanpa Kritik, Agama yang Mati Sebenarnya, isunya bukan agama seorang yang anti kritik. Segalagalanya boleh menjadi anti kritik. Apa sahaja yang anti kritik mendorong kepada authoritarian. Kekudusan adalah milik Tuhan. Kerana itu kekuasaan sangat bernafsu kepada ‘kekudusan’ agama. Kerana kekudusan bererti ‘tanpa kritik’. Seperti Marxism yang menjadi satu ajaran yang dogmatik (anti kritik) era Stalin, agama juga boleh mati tanpa kritik. Adalah merbahaya agama tanpa kritikan. Tanpa kritikan agama mendorong gejala sectarian. Sectarian dalam defenisi yang lebih mudah faham, keberpihakan secara bangang. Sesetengah kita yang tercerah dengan Syi’ah, sangat marahkan apa yang berlaku pada Syeikh Nimr, seorang ulama’ Syi’ah yang ditaligantung Saudi, tetapi apakah kita yang marah ini, juga sensitif terhadap kebebasan berdemokrasi di Iran, sebuah Negara majoriti Syi’ah? Adakah di Iran juga, kaum minoriti/sekte berbeza boleh menjadi pemimpin Negara (bukan pemimpin komuniti)? Bagaimana dengan sarjana filem Iran, Hamid Dabashi, pemegang kerusi Hagop Kevorkian di Universiti Columbia yang terpaksa melarikan di ke Amerika Syarikat setelah tumbangnya Shah Iran



Agama & Hegemoni Negara

7

pada tahun 1979?7 Semua aliran mempunyai paradox masing-masing. Tidak ada aliran yang tidak mempunyai paradox. Ketika Syi’ah mengkritik Dinasti Umaiyah yang menjadi monarki (sebuah bid’ah Muawiyah), apakah jika selepas kewafatan Nabi saw, dan Ali menjadi pengganti, dan diteruskan oleh Ahl Bait, tidakkah itu juga adalah monarki? Ketika Syi’ah mengkritik Sunnah yang berpecah-pecah ke dalam pelbagai macam ragam dan rencam aliran, bukankah Syi’ah juga mengalami konflik yang sama antara Zaidiyah, Isma’iliyah dan pada hari ini Imamiyah yang mendominasi? Ketika orang Islam mengutuk Bashar Al-Assad sebagai seorang diktator di Syria, dia lupa bahawa di Saudi belum ada pilihanraya dan wanita tidak dibenarkan memandu. Ketika orang Islam Sunnah mengkritik Syi’ah (Imamiyah) kerana memaksumkan 12 Imam, dia lupa bahawa (doktrin) Sunnah memaksumkan kesemua sahabat Nabi saw. Ketika orang Islam (di Malaysia, khususnya) mengecam sekeras-kerasnya sekularisasi ekstrem (Negara) seperti Perancis terhadap kebebasan beragama, dia terlupa bahawa di negaranya sendiri orang-orang bukan Islam/sekular tidak mempunyai apaapa hak istimewa pun. Ketika orang Islam (sekali lagi, di Malaysia khususnya) mempunyai parti politik Islam, mereka terlupa orang bukan Islam di Malaysia tidak mempunyai parti agama sendiri. Ketika orang Islam begitu marah kepada Yahudi kerana kewujudan seketul Negara fasis bernama Israel, dia lupa bahawa

Faisal Tehrani, 2012, Sinema Spiritual, Kuala Lumpur: Buku Harakah, hal. 26.

7

8

Agama & Hegemoni Negara

IS juga adalah ‘neo-fasis-Islamist’ yang mengucap dua kalimah syahadah. Sebenarnya, tidak ada apa-apa yang sakral, di bawah langit ini. Kita sahaja perasan kita ni suci.

Agama & Hegemoni Negara



9

‘Ada Apa Dengan Tuhan?’ (tersiar di Projek Dialog)

‘…Tuhan, aku ingin berbicara dengan Engkau dalam suasana yang bebas, aku percaya bahawa Engkau tidak hanya benci pada ucapan-ucapan yang munafik, tetapi juga benci pada fikiran–fikiran yang munafik, iaitu fikiran–fikiran yang tidak berani memikirkan yang timbul dalam alam fikirannya, atau fikiran–fikiran yang pura–pura tidak mahu tahu akan fikirannya sendiri…’ – Ahmad Wahib, 9 Jun 19698

Di Malaysia perbincangan tentang Tuhan tidak mendalam. Sering sahaja didengari ungkapan ungkapan yang berbunyi: ‘Tuhan, ku ketuk pintuMu’, atau ‘sepatuku dicuri tangan Tuhan sendiri, takdir tetap pasti, bahawa Tuhan tak akan memotong tanganNya sendiri.’ Kita terus gegak gempita, meloncat, seolah di Malaysia ini adalah ranah wajib bertuhan dan barangsiapa yang tidak bertuhan,

Ahmad Wahib, 2007, Pergolakan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: MEGC, hal. 15.

8

9

10

Agama & Hegemoni Negara

meragukan atau mengkritik Tuhan darah mereka adalah darah seorang bughah (sang pemberontak) dan halal diminum. Seperti rukun iman dan rukun Islam itu adalah wajib ditaati tanpa soal, diikuti tanpa tanya bagi seorang yang lahir dalam keluarga Melayu dan bersunat, begitu jugalah rukun negara, yang mengatakan tentang kepercayaan kepada Tuhan. Apakah golongan atheist, agnostik atau Muslim-Muslim yang mepersoalkan tentang Tuhan tiada tempat di Malaysia?

Wacana dikongkong institusi Sedar atau tidak, isu kepercayaan, akidah, iman dan sebagainya – isu-isu pegangan fundamental – telah ditawan oleh merekamereka yang memegang kuasa. Seolah-olah sesiapa sahaja yang menjadi warganegara 1 Malaysia, selain mesti menerima Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, mesti menerima Tuhan, atau mempercayai Tuhan. Tetapi hakikatnya polemik dan huru-hara di Malaysia kebelakangan ini bukan berasal dari mereka-mereka yang tidak beragama atau tidak bertuhan. Sebaliknya ia dimainkan oleh kelompok-kelompok pelampau yang mengaku bertuhan. Kita tidak pasti apakah Tuhan yang mewahyukan kepada mereka untuk menjadi ekstrimis? Belum ada rekod lagi atheist atau agnostik yang memijak kepala lembu atau melempar babi ke dalam masjid. Sejarah menunjukkan bahawa perbincangan tentang Tuhan sudah berleluasa dalam masyarakat Islam. Contohnya pada suatu masa dulu ia diterajui oleh golongan Asya’irah – Wahhabiyah yang menyoal sama ada Tuhan bertempat atau tak bertempat, bertangan atau tak bertangan, berkaki atau tak berkaki.



Agama & Hegemoni Negara

11

Tetapi, apa yang juga nyata dalam sejarah adalah bagaimana polemik ketuhanan mudah dipolitikkan. Jadi jika pemerintah memilih untuk berfahaman mujassimah (menjisimkan Tuhan) maka sesiapa sahaja yang berbeza fahaman ketuhanan dengan mereka akan dibuli, akan ditakut-takutkan. Apabila naik pemerintah yang berfahaman lain pula maka fahaman-fahaman ketuhanan yang lain pula akan dibuli dan disekat. Hanya fahaman pilihan pemerintah sahaja yang akan dipupuk, disemai, ditabur benih, diberikan subsidi itu subsidi ini, sementara fahaman ketuhanan yang lain boleh dianggap ‘dipaksa untuk mati’, jika kita benar-benar meneliti. Akan tetapi persoalan yang paling asas jarang ditanya. Wacana-wacana tentang nama Tuhan itu akhirnya berfaedah kepada siapa? Kepada manusia? Atau kepada Tuhan? Jika faedahnya kepada manusia, apakah faedahnya? Kita mahu tahu. Jika faedahnya kepada Tuhan, apakah Tuhan itu mengambil faedah daripada makhluk? Apakah Tuhan itu terlalu lemah sehingga memerlukan makhluk?

Apakah yang diajar di sekolah? Apakah pemerintah takut akan ilmu-ilmu yang dianggap mencabar akidah, seperti teori evolusi, panteisme, agnostisisme, ateisme dan animisme? Apakah pemerintah takut akan soalansoalan asas falsafah? Sampai bila empangan ini mampu bertahan? Ketakutan itu hanya menunjukkan bahawa mereka yang kononya beragama percaya tapi tidak benar-benar jelas apakah yang dia percaya. Bahkan, ajaran Islam yang diajar, di sekolah mahupun di universiti, sangat main -main dan sangat selektif. Kita tidak berani mengajar aliran-aliran intelektual Islam yang lain seperti Syi’ah,

12

Agama & Hegemoni Negara

Mu’tazilah, Khawarij dan Ahmadiyah. Kenapa? Bukan kerana kita jelas dengan kebenaran kita secara yang mutlak, tetapi kerana aliran sejarah secara kebetulannya membawa kita ke kelompok yang mendokong ideologi pihak pemenang, berkuasa atau majoriti. Kita terlalu takut, entah pada siapa, entah gementar kepada siapa. Kita melaung, mengatakan kita benar, tetapi kita takut dicabar. Betapa rapuhnya kita.

Apa peranan jabatan agama? Jabatan-jabatan yang menguasai agama sepatutnya menguasai ilmu dan kebenaran. Akan tetapi, apa yang kita lihat kebelakangan ini ialah mereka akan menghambat sesiapa yang berani berdebat dengan mereka ke dalam akta itu dan akta ini. Melucukan. Jabatan-jabatan yang menguasai agama ini, tidak pernah menghasilkan apa-apa buku untuk menghuraikan siapa dia Karl Marx, siapa dia Charles Darwin, Richard Dawkins atau Christopher Hitchens. Mereka tidak pernah berfikir atau menjelaskan tetang teori evolusi, beza atheist dan agnostik, perbezaan panteisme Eropah moden dan wahdatul wujud dan idea-idea lain yang pernah diterajui wacana intelektual dunia. Tidak ada dan tidak ada. Baikpun mufti-mufti, baik yang intelektual Islam seperti ABIM atau PKPIM, atau golongan professional seperti JIM. Tidak ada.

Islamis pun tidak ada Jangan haraplah gerakan yang berorientasikan kekuasaan seperti PAS, HT, ISMA dan Pembina nak bincang. Semua gerakan Islamis ini hanya berbincang bagaimana



Agama & Hegemoni Negara

13

mahu berkuasa, mencapai kekuasaan, membolot kekuasaan dan berkompromi dengan siapa dan oleh siapa. Mereka tak sempat nak membelek buku tentang Tuhan atau nak berfikir tentang Tuhan. Ada kemungkinan besar Karen Armstrong itu mereka ingat adik perempuan kepada angkasawan yang naik ke bulan, Neil Armstrong. Mereka cuma pandai menyewa hujah-hujah Qardhawi, Zakir Naik atau Harun Yahya. Hujah-hujah yang mereka bangunkan sendiri boleh dikatakan tiada, kosong, namun mereka ingin mengatakan bahawa mereka telah berdakwah. Kita mengharapkan orang-orang Islam di luar negara tidak diganggu, tidak ditindas, bebas mengamalkan kepercayaan Islam mereka. Tetapi bukankah ironi dan munafik apabila di dalam negara kita sendiri sesiapa sahaja yang mahu berbeza kepercayaan dengan kita, mahu berbeza Tuhan dengan kita, atau tidak mahu percaya Tuhan sepertimana kita, ditahan dan dirampas kepercayaannya? (Rencana ini ditulis selepas penahanan Pak Kassim di Kulim)

14

Agama & Hegemoni Negara

‘Kassim Ahmad: The Unsung Hero’’

‘…bolehkah kita, sebagai makhluk rasional, hidup tanpa berfikir?’ – Kassim Ahmad, Dewan Budaya, Februari, 1986

Ya. Benar. Pak Kassim ada masalah besar. Ada lompang dan lompong di sana-sini. Ini bukanlah perkara aneh. Ini bukanlah perkara ajaib jika seseorang sosok itu mempunyai salah silap di mana-mana. Pak Kassim bukan nabi. Jadi jika ada salah di manamana, itu bukan perkara yang perlu diperbesar-besarkan. Ditohmahkan bahawa beliau menolak hadith atau dengan label lebih ekstrim, anti hadith, apakah sebenarnya begitu? Dan sekiranya benar dia benar-benar menolak hadith, apakah kita mahu mengganyang beliau sebagai kafir, dan kepalanya wajib dipotong? Kelemahannya diakui memang ketara dalam bahasa Arab, dan agak kurang dalam Islamic studies, akan tetapi apakah agamawan-agamawan yang kelihatan ‘tangkas’ mengkritiknya, itu mempunyai turath (tradisi) dalam hal-hal studi pemikiran yang lain?

14



Agama & Hegemoni Negara

15

Ini adalah tidak begitu adil sebenarnya. Dalam kita mengkritik kelemahan orang lain sebagai tidak mendalami bahasa Arab, tidak berguru dsbnya, apakah kita pula melakukan hal yang sama apabila kita mengkritik ajaran / kepercayaan / ideology orang lain? Maka kekurangan-kekurangan Pak Kassim sebenarnya bukanlah kelebihan bagi para pengkritik Pak Kassim. Mereka juga lemah serba dan serbi dan mereka sendiri malu-malu untuk mengakuinya. Tanya soalan mudah ini sahaja, ‘berapa ramai ustaz -ustaz kita yang pandai bahasa Inggeris?’ Pak Kassim bergantung sepenuhnya kepada terjemahan. Dari satu segi, ini adalah kekurangan dalam ilmu akademik kerana bahasa adalah ilmu alat yang penting untuk mengetahui sesuatu yang hendak diperbincangkan, akan tetapi jika dipandang dari segi-segi yang lain, bukankah sangat haru biru dan celaru apabila ulama’-ulama’ kita sampailah ke hari ini masih tidak mampu menghasilkan terjemahan yang jitu, yang comprehensive, yang membuatkan orang-orang awam mudah faham akan isi kandungan Qur’an, tanpa perlu bergantung kepada mereka? Nampaknya tidak ada. Apabila kitab terjemahan Qur’an dalam versi yang mudah faham itu tidak ada-ada sampai sekarang, maka mudahlah sesebuah masyarakat itu dikawal, di control, ditarik, dicucuk hidung oleh pihak yang berkuasa, konon memilik authority (dalam kes ini, ulama’). Apa-apa sahaja yang umat Islam melakukan sekarang, mestilah 100 % merujuk kepada ulama’. Waima datangnya sekonyong-konyong berbondong-berbondong ulama’ dari aliran Wahabi yang konon-kononnya mereka lebih liberal, lebih moderate, lebih open minded dari mazhab orthodox, mereka pun dua kali lima.

16

Agama & Hegemoni Negara

Mereka tetap menjadi ustaz-ustaz sampul yang hidup hasil sampul orang ramai, dan tetap mahu orang ramai merujuk kepada mereka, kerana orang ramailah sumber pendapatan bagi mereka. Jika tidak ada orang ramai, mereka akan hilang sumber pendapatan. Hidup mati mereka bergantung kepada pendapatan orang ramai. Jadi seorang yang rebel seperti Pak Kassim harus dilawan habis-habisan. Kerana fahaman Pak Kassim akan mengoyakkan saku dan poket kaum agamawan. Apabila orang ramai sudah berhenti mendengar lucu dan lucah ustaz-ustaz di dalam masjid, bukankah ustaz-ustaz yang akan rugi? Siapa yang akan membaca buku-buku ustaz yang sectarian jika orang lebih gemar sesuatu bacaan yang mencabar? Mereka mengkritik Pak Kassim sebagai seorang yang bukan ulama’ yang tidak mempunyai authority keilmuan keagamaan seperti feqah, tafsir, tasawuf, (termasuk bahasa Arab yang disebutkan tadi) sehingga mendapat pengakuan sosial (social recognition) sebagai tafaqquh fid diin atau mumpuni atau authority sebelum bercakap hal – hal keagamaan Islam. Persoalannya, apakah ulama’-ulama’ kita hari ini pun mempunyai keilmuan keagamaan Hindu? Mereka pun tidak mempunyai authority dalam keagamaan orang lain, tetapi mereka nampak ‘gagah’ mengkritik agama orang lain. Lucu. Ya. Sekali lagi benar, Pak Kassim pro Internal Security Act. Dan beliau masuk UMNO, sebuah regim fasis Melayu, sebuah regim anak-anak NAZI. Ini sesuatu yang menarik untuk diperbincangkan. Bagaimana seorang yang begitu kiri, akhirnya menjadi begitu kanan? Semuanya manusia mempunyai pro dan con masing-masing. Seperti yang disebutkan di perenggan paling atas, betapa tidak



Agama & Hegemoni Negara

17

Pak Kassim boleh melakukan kesilapan? Dan itu juga masih boleh dihujahkan, mengapa sampai begitu sekali keputusan politik Pak Kassim? Apakah tekanan-tekanan yang menekannya di dalam ‘Universiti Kedua’ yang membasuh fikrahnya? Dan penyertaan seorang tua seperti Pak Kassim ke dalam UMNO, tidak mendatangkan apa-apa kesan pun kepada rakyat jelata. Harga ayam tidak akan naik disebabkan Pak Kassim masuk UMNO, dan harga ayam juga tidak akan turun bila Pak Kassim keluar UMNO. Dalam bahasa lebih mudah, Pak Kassim bukan seorang ‘decision maker’ di dalam UMNO. Hormati sahaja pendirian politik beliau yang sudah di hujung umur, seperti mana kita menghormati UMNO moden seperti Khairy Jamaludin dan Saifuddin Abdullah (pada ketika tulisan ini ditulis).

Agree to disagree Di Malaysia, kita sangat kurang sekali mempunyai perangai ini. Kita semuanya memaksa semua orang tunduk menunduk kepada pandangan kita. Ini juga tidak terkecuali pada Pak Kassim. Sedikit sebanyak beliau berkeras dan adakalanya merayu meminta orang ramai menyetujui pandangannya yang ‘liar’ dari kebanyakan pandangan yang lebih establishment. Adakah disebabkan kita mempunyai mentaliti Melayu yang menyebabkan kita menjadi naïf menyukarkan kita untuk ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’? Kita sepatutnya di era yang lebih mencabar dan mengigit ini, berlapang dada terhadap khilaf / perbezaan antara satu sama lain. Kita memerlukan saling hormat menghormati antara pandangan berbeza. Dalam fahaman politiknya, kita berbeza pendirian. Apapun sebagai seorang yang telah letih bergelut begitu lama dalam dunia

18

Agama & Hegemoni Negara

pemikiran, kesusasteraan, perpolitikan, dan dalam demokrasi, itu adalah hak beliau untuk memilih parti mana yang difikirkan sesuai untuk menampung citra beliau. Lagipun kita susah hendak membayangkan parti-parti populis seperti PKR dan PAS mahu mengambil Pak Kassim, sang pemberontak ini. DSAI sendiri bukan watak kegemaran Pak Kassim berbanding Mahathir, sementara polemik keagamaan yang ditimbulkan Pak Kassim, cenderung digilai oleh orang-orang agama yang kanan seperti Astora Jabat, yang dimusuhi oleh PAS, yang konservatif dalam berfikir dan populis dalam tektik politik. Wacana-wacana PAS yang boring dan tidak cerdik, yang hanya berkisar-kisar sekitar nama Allah, hudud, demo bantah konsert Elton John, tidak berupaya untuk menampung pemikiran seorang Kassim. Maka UMNO lebih mendapat tempat di hati Pak Kassim walaupun merekalah yang bertanggungjawab merubah Pak Kassim, dari seorang kiri menjadi seorang kanan.

Intellectual activism sekaligus Mungkinkah seorang yang bukan terdidik dalam tradisi pendidikan Islam klasik, seperti pondok, universiti Islam dan sejenisnya, dan di masa mudanya menggeluti sosialis dan bahkan pernah memimpin PSRM (Parti Sosialis Rakyat Malaysia), boleh berkembang menjadi pemikir ke-Islaman dan reformist yang terkemuka sekaligus kontroversi? M.Syafi’I Anwar dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Putrajaya baru-baru ini (2014) mengatakan, ‘jawapannya tidak mudah, tetapi akhirnya terbukti boleh.’ Tentu semua itu boleh terjadi kerana usaha, kerja keras dan semangat belajar yang luar biasa lagi liar mencabar.



Agama & Hegemoni Negara

19

Pak Kassim antara yang menarik dalam jagat politik, pemikiran dan sastera Negara. Misalnya pada tahun 1950an, Pak Kassim membuat gempar dengan mengemukakan Hang Jebat sebagai pahlawan Melayu dan bukannya Hang Tuah. ‘…Ada besok maka pasti ada suria Aku akan pergi Dengan seribu Jebat si anak tani Kian lama kita mati dalam setia Hari ini kita hidup dalam derhaka!’ (DIALOG, 26.08.1958)

Tahun 1980an sekali lagi beliau yang berani ini membuat kocak dengan mengkritik penggunaan Hadith sebagai sumber kedua perundangan Islam. Menariknya dalam hal ini, meskipun Pak Kassim bukanlah seorang yang tangkas Arabnya, buku Hadis: Satu Penilaian Semula terbitan Media Intelek yang diterbitkan pada tahun 1986 itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Ahmad Abd. Hamil ‘Atiah dan diterbitkan di Kaherah, Mesir pada tahun 1997 dan ke dalam bahasa Inggeris oleh Syed Akbar Ali dan diterbitkan oleh Monotheist Productions International Tucson, Arizona, Amerika Syarikat pada tahun yang sama juga. Chandra Muzaffar dalam menilai perjuangan politik Pak Kassim di Putrajaya baru-baru ini mengatakan, bahawa Pak Kassim pernah menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘pembaca yang gelojoh’, minat terhadap buku sudah tertanam dalam jiwa beliau waktu baru masuk sekolah. Semasa di Universiti Malaya – di Singapore – Pak Kassim memperluaskan wilayah bacaannya. Buku-buku tentang sejarah, biografi, falsafah, sains politik, sastera dan agama menarik perhatian beliau. Kata Pak Kassim, ‘Saya baca dan baca, dan membuat nota dalam buku catatan atau dalam kad rujukan’.

20

Agama & Hegemoni Negara

Pak Kassim pernah menulis dalam Universiti Kedua, sebuah memoir catatan suka luka dari penjara bahawa, ‘memang enak kalau kita boleh membaca sepanjang masa. Membaca karya-karya agung yang telah diciptakan oleh otak manusia hingga kini: semua klasik sastera, semua klasik sains dan semua klasik falsafah, termasuk Shakespeare, Milton, Sophocles, Rumi, Firdaus, Kalidasa, Plato, Aristotle, Herodotus, Al–Farabi, Ibnu Sina, Al–Ghazali, Ibn Khaldun, Gibbon, Goethe, Darwin, Tolstoy, Dostoevsky, Pushkin, Balzac, Walter Scott, Charles Dickens, Joseph Conrad, Thomas Mann, Hemingway, Herman Melville dll.’9

Pak Kassim bukan sekadar intelektual retorik atau intelligentsia, bahkan beliau membuktikan di lapangan. Melalui pembacaan beliau, Pak Kassim terdedah kepada idea-idea sosialis. Pergaulan dan interaksi dengan kawan-kawan di universiti juga mempengaruh pemikiran politik beliau. Pak Kassim menyertai Kelab Sosialis di universiti. Pak Kassim memilih Sosialisme sebagai ideologi perjuangan politik. Pak Kassim begitu yakin dengan analisis Sosialisme tentang struktur masyarakat, punca-punca ketidakadilan, teori -teori tentang cara mengatasi penindasan dan kezaliman, dan penyusunan semula masyarakat yang perlu dan penting untuk mencapai Negara Malaysia dan dunia sejagat yang adil. Sebagai Presiden Parti Rakyat Malaysia dari 1968 hingga 1984, Pak Kassim juga memfokuskan kepada kemiskinan; jurang perbezaan antara kaya–miskin; authoritarianism politic; rasuah;

Kassim Ahmad, 2010, Universiti Kedua, Kuala Lumpur: ZI Publications, hal. 75-76.

9



Agama & Hegemoni Negara

21

penyalahgunaan kuasa; perkauman; dan manipulasi perasaan keagamaan. Pak Kassim kemudian mendapat getahnya; beliau didekamkan di dalam sangkar besi. Seperti kata penyair, Stone walls do not a prison make Nor iron bars a cage10

Di dalam tahanan inilah, semasa setahun setengah Pak Kassim menyusun dan menulis beberapa buah karangan termasuklah risalah controversial ‘Masalah Teori Sosial Moden Islam’ yang terbit pada tahun 1980. Pak Kassim yang lahirnya pada 9hb. September 1933 ini akhirnya dipencilkan kerana pemikiran-pemikiran yang dilontarkannya benar-benar mencabar. Kali ini di penghujung usianya, sebelum beliau menghilang buat selama-lamanya, polemic tentang pemikirannya menggaung kembali. Seorang yang komited dengan dunianya, seorang ahli politik–intellectual –sasterawan ulung di zamannya yang pemerhatiannya tajam terhadap masyarakat sampai melahirkan karya-karya kreatif yang segar dengan idea baru, bersikap kritikal terhadap kehidupan sehari – hari yang padat dengan penindasan dan kemiskinan mula melancarkan protes-protes terakhirnya. Terfikir juga apakah agamawan-agamawan yang mengkritik beliau ada membaca karya-karya beliau yang lain, khususnya pada part sastera? Ataupun agamawan – agamawan kita yang hanya popular

Kassim Ahmad, 2010, Universiti Kedua, Kuala Lumpur: ZI Publications, hal. 75.

10

22

Agama & Hegemoni Negara

dengan kelakar-kelakar lucah hanya membidik Pak Kassim pada bidang yang Pak Kassim kurang? Saya tidak berfikir ahli-ahli agama di Malaysia khususnya akan berfikir sekiranya masyarakat tidak mempunyai polemik. Jika seseorang tidak membuat kecoh, huru hara, atau menjadi ‘Jebat’, saya tidak fikir agamawan-agamawan kita akan berfikir. Otak mereka sangat pemalas sama sekali. Mungkin satu sahaja sajak Pak Kassim yang mereka pernah baca iaitu Sidang Roh (Ogos 1960) yang mencetuskan polemic hangat: ‘Nanti akan padamlah dengan sendirinya Lampu dari menara tinggi Kerana di bawahnya orang kian mabuk Dan Tuhan sudah mati.’

Itu pun adakah mereka sudah berhenti berfikir atau tidak? Betapa Pak Kassim hingga di usia yang semakin dimamah semakin memberontak (bahkan rajin menulis di blognya) malah mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengannya, malulah kepada agamawan– agamawan, (ahli politik seperti Mahfuz memang tidak berguna, lelaki populis, parti populis reaksioner) yang malas menulis, malas memikir dan hanya mahu mencari populariti murahan selepas iklim politik yang makin melesu, tawar dan hambar. Saya tidak dapat membayangkan jika Pak Samad menimbulkan polemic keagamaan di dalam sasteranya, seperti berbau Marxist atau mengkritik Tuhan, apakah tokoh sastera itu akan dipinggirkan? Kita belum bersedia. ISLAM, DEKONSTRUKSI THEOLOGY, DAN JALAN TERJAL SEORANG QUR’ANIS: CATATAN PENDAHULUAN TERHADAP



Agama & Hegemoni Negara

23

PEMIKIRAN KEAGAMAAN KASSIM AHMAD. M. SYAFI’I ANWAR PENILAIAN TERHADAP PERJUANGAN POLITIK KASSIM AHMAD. CHANDRA MUZAFFAR BEBERAPA PEMIKIRAN TENTANG IJTIHAD, ISLAH DAN TAJDID, MAHMOOD ZUHDI HJ. AB. MAJID UNIVERSITI KEDUA. KASSIM AHMAD. ZI PUBLICATION RISALAH MASALAH TEORI SOSIAL MODERN ISLAM. PENERBITAN PENA

24

Agama & Hegemoni Negara

Menentang Wacana Kekuasaan ‘ideologi Salafi Jihadi yang bersumber dari pandangan Ibnu Taimiyah dan serta tokoh-tokoh sealiran dengannya seperti Nasiruddin Al-Albani’ adalah punca kepada ektrimisme dan ia semakin mendapat tempat di Malaysia. – Penolong Pengarah Bahagian ‘Counter Terrorism’, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Aku fikir ada masalah besar, jika sarjana-sarjana kita tidak menjaga jarak mereka dengan kekuasaan. Baik Sunnah, baik Asya’irah, baik Hanabilah, baik Muktazilah, bahkan juga Syi’ah tak terkecuali. Bukan sahaja Islam, Kristian, juga Yahudi, tak terkecuali. Bahkan bukan sahaja ajaran agama, termasuk juga ideologi. Apabila telur ideologi/agama itu dipegang oleh Negara, tunggulah saat kehancurannya. Sekalipun Muktazilah boleh dikatakan berfahaman bebas, yang tidak orthodox, tetapi sebaik sahaja Ma’mun menjadi khalifah, maka aliran-aliran yang bertentangan ditekan habis-habisan. Yang paling ditekan ketika itu adalah Imam Ahmad Ibn Hanbal.

24



Agama & Hegemoni Negara

25

Benar, Ibn Taimiyah, Imam Ahmad, antara sosok yang beraliran sama,11 yang sama-sama menghadapi mehnah dan tribulasi pada zamannya tetapi apakah yang berlaku apabila Monarki Saud mencaplok aliran ini menjadi keimanan mereka? Yahudi ditindas berzaman-zaman dari zaman Fir’aun sehinggalah Nabi Musa dibangkitkan. Mereka kemudian bersepah di merata tempat menjadi ‘scattered tribe’, lebih menyeksa pada zaman Holocaust Hitler. Tetapi apabila konservatif kanan Yahudi pulang ke Palestin, apa pula yang telah berlaku? Kerana itu setiap aliran (apa sahaja) bila sampai ke tampuk kekuasaan, mereka sudah melupakan asal-usul mereka seperti kacang lupakan kulit. Sarjana-sarjana bukan sepatutnya berkecuali daripada pemihakan, ianya bukanlah gaya intelektual yang berprinsip. Tetapi menjadi ‘rubber stamp’ kepada Negara, adalah sebuah pelacuran academia. Jika kita mengatakan bahawa mempelajari doktrin Tauhid 3 mendorong seseorang Muslim itu menjadi pengganas, apa pula bezanya kita dengan Dawkins yang mengatakan bahawa, agama adalah root of all evil? Inilah problem utamanya apabila agama atau kepercayaan bukanlah sesuatu yang dianggap personal tetapi mahu dikuasakan ke atas orang lain. Kenapa kita perlu ada masalah jika seseorang itu mahu percaya kepada apa pun? Dan jika kau perasan, kebanyakan sarjana agamis yang konon memperlihatkan diri mereka sebagai seorang yang moderate, liberal, open minded, reaksi mereka sangat bercanggahan dengan apa yang mereka tonjolkan ketika mereka berhadapan dengan musuh tradisi mereka. baik yang pergi ke Oxford atau novelis

Jamal Al-Banna, 2008, Orientalisme vis a vis Oksidentalisme, Jakarta: Pustaka Firdaus, hal. 50.

11

26

Agama & Hegemoni Negara

terkenal, sama sahaja. mereka tidak berani menampilkan apaapa yang baik tentang musuh tradisi mereka, tetapi di hadapan orang ramai, di dalam portal, di hadapan non-Muslim, mereka menampilkan diri mereka sebagai seorang yang sangat terbuka (baca: pragmatis a.k.a hipokrit). Jika kita bersetuju dengan wacana pemerintah bahawa seorang Syed Qutb adalah seorang kader terrorist, apa bezanya jika masyarakat pun berkata, bahkan Khomeini juga begitu? Seorang Eko Prasetyo di Indonesia menanggapi bahawa kedua-dua sosok (yang berlainan mazhab ini) sebagai fundamentalist yang sangat berpengaruh untuk menjatuhkan tiran. Kenapakah sarjana-sarjana agamis kita tidak boleh membaca melepasi perbatasan mazhab? Kerana mereka sangat perlu bertenggek di ketiak Negara. Tanpa Negara memberikan mereka geran, tanpa Negara memberikan mereka jawatan, tanpa Negara memberikan mereka makan, kehidupan, bagaimana mereka boleh terus bernyawa? Kerana itu mereka terus menerus bersenyawa dengan pemerintah. Sebenarnya, aku tak menolak sepenuhnya dakwaan Dawkins yang mengatakan agama sebagai root of all evil. Tapi bukankah kita sama serupa dengan tohmahan kita kepadanya jika kita juga memakai cara yang sama sepertinya? Banyak aliran feqah mati, terkubur, menjadi nesan dalam sejarah, yang tinggal dalam feqah Sunnah hari ini cuma empat. Bukankah itu lebih baik dari memperalatkan Negara untuk menghidupkan aliran kita dan menghapuskan aliran lain? Adakah membaca buku Stalin atau belajar tentang Stalin akan menjadikan kita seorang Stalinist? Jika kita mengutuk sesebuah aliran yang menggunakan Negara untuk menekan aliran lain, bukankah kita juga patut dikutuk ketika berbuat/berkencederungan yang sama? Dan inilah yang telah berlaku.



Agama & Hegemoni Negara

27

‘Maududi menganggap komunis sebagai musuh Islam, padahal dia sendiri tidak segan-segan menggunakan taktik mereka untuk merebut kekuasaan dalam upayanya mendirikan “Negara Islam”.’ (Asghar Ali Engineer)12

Asghar Ali Engineer, 2000, Devolusi Negara Islam, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, hal. 209.

12

28

Agama & Hegemoni Negara

Pembangkangan Pada Agamawan (I) Asiah Abd Jalil ada menyebutkan, Saya tak pernah kata, ‘Allah tak patut membenarkan poligami’. Saya kata, ‘Para ustaz yang tinggi imannya untuk mengawal nafsu dan sepatutnya sibuk dengan kerja dakwahnya tidak patut memilih untuk berpoligami’. Sila bezakan. Fokus perbincangan pada ustaz, bukan pada syariat. Ianya diibaratkan antara ayat ‘Allah tak patut membenarkan perceraian’ dan ‘Pasangan muda tak patut bercerai’. Boleh bezakan? Fokus perbincangan pada pasangan muda, bukan pada kenapa Allah nak halalkan perceraian. Apasal bila berbincang tentang budaya para ustaz memiliki berbilang isteri, maka dihukumkan sebagai kafir dan menidakkan syariat Allah tentang poligami? Tetapi bila berbincang tentang budaya pasangan muda bercerai, tidak pula dihukumkan sebagai kafir kerana menidakkan hukum Allah mengizinkan perceraian? Ustaz tidak maksum. Menjadi ustaz bukan bermakna semua tindakan dirahmati dan diredhai. 28



Agama & Hegemoni Negara

29

Sudah sampai masanya kita memikirkan akan keperluan pembangkangan terhadap agamawan. Dengan kewujudan kepembangkangan terhadap keagamawanan maka ulama’ - ulama’ tidak lagi boleh berperangai seperti kaum agamawan zaman Dark Ages, yang menuhankan diri mereka sampai segala kritikan terhadap mereka dihapuskan, dan yang mengkritik dibunuh. Seperti kewujudan blok oposisi dalam sesebuah kerajaan, untuk mewujudkan kestabilan politik, kepercayaan rakyat, seperti begitu jugalah perlu ada suara-suara yang perlu membangkang atau kritis terhadap apa jua yang dilakukan oleh kaum agamawan. Ini tidaklah lain dan tidaklah bukan melainkan agama ini (dalam kes ini, Islam) tidak terfitnah seperti apa yang berlaku pada Kristian zaman Dark Ages bila hanya demagog-demagog Kristian sahaja yang bebas lepas untuk buat apa sahaja, maka telah terjadilah apa yang telah terjadi yang boleh kita telaah pada sejarah Eropah. Puncak paling radikal Dark Ages, adalah hingga melahirkan Revolusi Perancis dan lahirnya sosok sosialis tegar, iaitu Karl Marx yang menentang pencanduan agama, yang sebelum itu diawali dengan zaman Renaissance – Enlightment, bila orang sudah mulai hilang kepercayaan kepada agama. Persoalan maha penting untuk dijawab adalah, apakah kita mahu pengalaman ngeri Eropah berulang pada kita? Apakah bila orang mula meninggalkan agama beramai-ramai barulah ulama’ – ulama’ kita akan menjadi lebih cerdik? Apakah agamawan itu bebas berbuat apa – apa sahaja? Pendokong – pendokong ulama’ selalu menyebutkan al–ulama’ warasatul anbiya’, iaitu dalam bahasa Melayunya, ulama’ pewaris

30

Agama & Hegemoni Negara

para Nabi. Isunya yang timbul di sini, ulama’ bukan para Nabi. Maka adalah tidak patut berlaku taat membuta tuli terhadap apaapa sahaja yang dilakukan oleh ulama’. Hatta para Nabi pun selalu ditegur oleh Allah swt dan Nabi Muhammad saw sendiri pun ada dikritik oleh Para Sahabat dan Allah swt sendiri, apa hebatnya ulama’ sampai kita orang awam tidak boleh kritik langsung? Perlu ada kritikan demi kritikan agar ulama’ itu terus terpimpin sepanjang perjalanan hidupnya menjadi ulama’. Dalam Islam, ada hadith (kata-kata Nabi saw) menyebutkan, addinu nasihah, yakni bahawa agama itu adalah nasihat. Jadi apakah hanya ulama’ sahaja boleh menasihati orang lain, dan orang lain tidak boleh menasihati ulama’? Adakah ulama’ sahaja boleh menegur orang, dan orang tidak boleh menegur ulama’? Apakah ulama’ sahaja boleh mengkritik orang, dan orang tidak boleh mengkritik ulama’? Sesetengah orang berhujah, bahawa biarlah ulama’ itu ada kereta mewah (seperti Ferrari pun), rumah besar, isteri banyak, asalkan melalui ‘jalan halal’ dan mereka tak kacau kita pun, kata sesetengah orang itu. Sebenarnya konsep sebegitu yang menyebabkan ulama’ulama’ semakin liar mencari makan menggunakan agama. Agama sudah dilihat seperti kondom untuk memuaskan nafsu-nafsu jantan kaum ulama’. Jika Marx mengatakan agama itu candu, maka aku pula melihat agama sudah menjadi seperti kondom yang digunakan oleh kaum agama untuk melampiaskan hawa nafsunya. Seperti isu poligami. Sebenarnya tiadalah masalah seseorang ustaz itu mahu berkahwin banyak pun. Tidaklah ada masalah. Ini adalah keharusan yang diizinkan oleh Allah dalam beragama. Maka tidak perlulah menjaja nama Allah dan nama Rasul untuk membenarkan apa yang telah dibenarkan.



Agama & Hegemoni Negara

31

Dengan kata lain, Tuhan tidak menghalang kamu ingin mencintai perempuan lain dengan mengahwininya, kerana sesungguhnya antara poligami dan zina, zina adalah lebih tercela sepatutnya. Zina tiada pertanggungjawaban langsung, sementara poligami, perempuan itu akan berada di dalam tanggungan suaminya. Maka perlu apa lagi merekrut nama Allah dan Rasul atas sebab perkenannya kamu dengan perempuan itu? Mengapa kamu begitu takut akan persepsi orang lain terhadap kamu yang sukakan perempuan lain, atau kuat bernafsu syahwat hingga memerlukan kamu merekrut nama Allah dan nama Rasul? Ini suatu kekejian sebenarnya. Apakah tingkahlaku ulama’ itu tiada kaitan dengan orang sekeliling? Persoalan ini cuba menceritakan tentang betapa sikap bebas lepas– individualistic ulama’ itu semakin menjadi akhir-akhir ini. Apabila ditanya tentang kekayaan yang dimilikinya sepanjang menjadi ulama’ dan orang miskin semakin miskin di kampungnya, dia mengatakan, ‘bahawa inilah rezeki Allah yang ana dapat sepanjang ana berjuang…,’ ‘…dan orang miskin itu bukan masalah ana. Dia sendiri yang malas bekerja, dan kerajaanlah yang sepatutnya dipersalahkan...,’

Bagi aku, apa sahaja perbuatan kita atas dunia boleh diukur baik–jahatnya, hanya perkara yang melibatkan batin, seperti ikhlas, syukur, qanaah, belief, faith, boleh diukur di akhirat sana. Maka apabila ulama’-ulama’ itu berkereta besar, beristeri banyak,

32

Agama & Hegemoni Negara

berumah besar, anak menantunya semakin kaya dan semakin kaya, dan orang miskin semakin miskin, bagi aku ada sesuatu yang tidak kena pada ke‘ulama’annya. Bagaimana pula kau semakin kaya, dan orang miskin semakin miskin? Ini sangat ajaib. Kena jadi ulama’ dahulu, baru boleh kritik ulama’? Afiq Azraei Rishinsa berhujah, ‘Hendaklah orang yang “check and balance” pula orang yang ahli atau setaraf dalam bidangnya. Andai ada seorang ulama fiqh, maka yang kena imbangnya ulama fiqh lain dan begitu juga dalam bidang-bidang lain seperti nahu, sorof, usul, hadis, riwayah, dirayah, tarikh, maqasid, maslahah dan sebagainya. Adakah kita orang awam yang tidak reti langsung atau faham banyak aspek dari agama kita sendiri (saya tanya kamu, apa itu umumul balwa? Jawab tanpa merujuk mana-mana andai kamu benar tahu) atau (Jawab, hukum aqli itu dipecahkan kepada berapa bahagian dan nyatakan pecahan lagi di sebaliknya ataupun ada berapa taaluq bagi sifat qudrat). Padanlah Dr. Mahathir satu ketika dahulu dikecam dengan hebat oleh ulama’-ulama’ populis bila Dr. Mahathir mengkritik ulama’, kerana Dr. Mahathir bukanlah ulama’. Makanya, sampai bila-bila pun ulama’ tidak boleh ditegur, melainkan kita kena tahu dulu ilmu nahu, sorof, hadith, riwayah, dirayah, tarikh, maqasid, maslahah dan segala mak nenek istilah Arab, baru kita boleh kritik ulama’. Itu pun jika ulama’ itu sedia untuk dikritik. Jika tidak kita akan menerima nasib seperti Ali Abd Raziq yang dicabut kelayakan ulama’nya bila mengusulkan sebuah pandangan kontroversi.



Agama & Hegemoni Negara

33

Padanlah negeri-negeri Islam sentiasa terus menerus mundur, kerana tiada siapa di atas dunia ini yang berminat dengan bahasa Arab, yang tidak tahu bahasa Arab, tidak layak untuk mengkritik kemunduran umat Islam. Selagi kita tidak pandai bahasa Arab, maka selagi itulah kita tidak boleh mengkritik kebodohan kaum agamawan. Bilakah ulama’ akan pandai jika terus dalam keadaan begini?

34

Agama & Hegemoni Negara

Pembangkangan Pada Agamawan (II) Ahmad Ulwan Hasyim, (PMRAM) menulis di status Facebook beliau, ‘antara virus yang menyerang umat Islam sekarang adalah “relativisme”; tiada sesiapa yang berhak memiliki kebenaran. Dalam erti kata mudahnya, tidak ada orang yang berhak mengatakan bahawa pendapatnya adalah benar.’

Kata beliau lagi, ‘Maka lahirlah masharakat yang mengeluarkan pendapat sesuka hati mereka. Tanpa menghiraukan sama ada pendapat yang dikeluarkan olehnya bertentangan atau tidak dengan nas mahupun doktrin agama. Kerana mereka merasakan hanya mereka yang berhak menentukannya.’

Sementara aku pula berpendapat bahawasanya, masalah paling besar Islamis pula, adalah ‘absolutism’. Islamis, pada pandangan aku ialah muslim-muslim yang bercita-cita ingin meng‘islami’sasikan apa sahaja, makhlukmakhluk bernyawa, atau tidak bernyawa seperti bank, hospital, 34



Agama & Hegemoni Negara

35

sekolah, daulah dll dan mereka sentiasa berpandangan bahawa yang bertentangan dengan kefahaman Islam establishment mereka, adalah terkeluar, adalah kufur, adalah sesat, mereka itulah Islamis, menurut aku. Kerana ada orang yang menganut Islam, tetapi tidak Islamis. Tetapi syarat untuk menjadi Islamis, adalah mestilah mengucap dua kalimah syahadah dan sekian-sekian syarat dalam Islam terlebih dulu. Kemudian apabila dia begitu seronok dan teruja dengan cita-cita meng‘islami’sasikan semua benda-benda atau perkara-perkara yang dianggap ‘kafir’, ‘sesat’ dsbnya, maka menjadilah dia sebagai Islamis. Menyambung sanggahan terhadap Ahmad Ulwan tadi, Islamis menanggap bahawa kebenaran yang ada pada merekalah yang paling mutlak benar, menyebabkan mereka sangat senang sekali terjebak dengan faham takfir (kafir mengkafir) dan paling mudah, sesat menyesatkan. Ketika masing-masing begitu angkuh terlebih pongahnya dan sombong mendakwa kebenaran itu berdiri pada aliran mereka, apakah seterusnya yang akan berlaku? Jika mereka menjadi dominan dan paling raksasa, mereka akan menindas, mereka akan mengintimidasi aliran-aliran kecil, aliran-aliran yang sedikit akan digugat, akan diancam, akan dihegemon, akan digigit, akan ditokak, akan dikenakan akta itu, akta ini jika menyebarkan kepercayaan minority mereka. Pihak yang dominan tadi akan membuli, akan menekan dengan tekanan-tekanan draconian terhadap minority-minority yang tidak sealiran. Perkara ini bukanlah tiada buktinya. Seperti Syi’ah di Iraq zaman Saddam Hussien, ataupun di Malaysia ketika ini, yang mana Ahl Sunnah wal Jamaah meneruskan perangai Hajjaj as Saqafi mereka. (kita boleh melihat bagaimana hubungan Zamihan dengan kekuasaan KDN)

36

Agama & Hegemoni Negara

Jika yang dominan tadi menjadi kecil, tidak diminati, boring dan terpinggir, apakah pula yang akan berlaku? Mereka akan merusuh, mereka akan menculik, mereka akan merogol, mereka akan mengebom, mereka akan membunuh, mereka akan merosakkan kepentingan-kepentingan public demi kepercayaan mereka yang tidak valid pada masyarakat. Sekali lagi, ini juga mempunyai contoh, kita boleh melihat gerakan Islam pro Salafi seperti al–Qaeda, JI, Jamaah Takfir wa al–Hijrah di Mesir suatu ketika dahulu atau gerakan Abu Sayaf MILF di Filipina. Islamis dari blok Sunnah pula sangat senang sekali menyesatkan Syi’ah, Muktazilah dll aliran yang melawan, kerana menurut kepercayaan mereka, merekalah yang paling benar di sisi Tuhan mereka, sedangkan menurut Hasan Hanafi, penggagas konsep Islam Kiri, mengatakan bahawa tradisi itu ada dua, tradisi Penguasa, dan tradisi Oposisi.13 Sunnah dalam sejarahnya memang selalu berada di tampuk kekuasaan, tampuk mainstream. Sangat jarang sekali Sunnah menjadi underground, atau kelompok tertindaslah yang menyebabkan sesiapa sahaja yang menentang despotiknya regim ketika itu, akan dituduh bughah, murtad, zindik, atheis dsbnya. Manakala ajaran Sunnah akan dibakukan menjadi doktrin resmi daulah. Tentang relatif yang diserang itu, sebenarnya orangorang relatif (sekalipun dituduh sesat dan terkeluar dari aliran establishment Muslim) jarang sekali nak pergi bunuh orang, kafirkan orang, sesatkan orang dll tindakan barbar. Jika pun Khawarij itu dalam sejarahnya begitu tergopoh-gapah dalam mentakfirkan pihak yang tidak sefahaman dengan mereka, kata

13

Hassan Hanafi, 2003, Oposisi Pasca Tradisi, Yogyakarta: Syarikat Indonesia, hal. 1.



Agama & Hegemoni Negara

37

Asghar Ali, jika dogma keras dan ketat Khawarij itu berjaya dibuang, ternyata sekte Khawarij berupaya menjadi sebuah teologi pembebasan, kerana Khawarij memang terkenal sebagai sebuah ajaran berteraskan egalitarian dan menolak Khalifah itu hanya dari Quraish. Relatif jika menurut aku sendiri, bukan tiada sesiapa berhak memilik kebenaran, tetapi adalah tugas semua manusia mencarikan kebenaran. Kalau menjadi Muslim, Muslim yang mencari, kalau menjadi Atheis, Atheis yang mencari, Atheis yang berfikir. Masalahnya pada Muslim, sebab mereka konon-konon dah benar, maka mereka tak perlu mencari lagi, sebab absolute truth ada di dalam poket mereka. Sebab itu Muslim gagal sampailah ke hari ini. Pemerintah -pemerintah dari jalur Umaiyah, Abbasiyah ke Uthmaniyyah banyaknya yang menjadi khalifah dengan jubah berdarah rakyat. Kalau ada pun yang baik-baik dan berjasa pada Islam, hanya boleh dibilang dengan kedua tapak tangan sahaja. Menunjukkan bahawa Islam itu sendiri sangat beku di tangan status quo pihak paling dominan iaitu Sunnah sebab perasan syurga itu mereka punya.

Mengkritik Islamis, tak sah jika tidak mengkritik Ulama’ Ulama’ seharusnya berani membuang serban, kopiah, jubah dan mencampak ke dinding sekiranya boleh. Segala kosmetik -kosmetik fundamentalis Arab itu harus ditanggal. Manakala tafsiran-tafsiran dominan tentang agama, harus direvisi semula. Kerana penafsiran-penafsiran yang membeku sebeginlah yang telah membelenggu pemikiran umat selama ini. Segala tafsiran-tafsiran yang karut marut, harus dibuang ke Laut China Selatan, tafsiran-tafsiran yang mengundang kebencian

38

Agama & Hegemoni Negara

antara ras, pemusuhan dan perselisihan antara agama, tafsirantafsiran ekskelusif seolah-olah Tuhan itu cuma milik orang Islam, seolah-olah Tuhan tidak tahu apa penderitaan ‘orang kafir’ di Cuba atau Korea Utara harus ditafsir semula. Ulama’ harus berhenti menjual jenaka-jenaka murahan dan kata-kata cacian dan makian sedang mereka itu membawa imej kenabian, ini semuanya hanyalah memburukkan lagi imej keagamaan. Jika ulama’-ulama’ mahu mencontohi Mr. Bean, ulama’-ulama’ harus belajar satira atau witticism, yakni jenaka pintar, jenaka yang mempunyai isi. Ulama’ kena berhenti berambisi peribadi. Nafsu berkepentingan duniawi sebegini harus dikikis. Kalaupun teks atau nash Qur’an itu tidak jelas memihak pada ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis, ulama’ sendiri kena berani berpendirian, sama ada nak membiarkan orang-orang miskin terus miskin, atau bagaimana? Atau apakah mereka akan terus menjadi benteng atau rubber stamp kepada kaum kaya yang semakin hari semakin kaya dan terus bermandikan kekayaan? Masuknya mereka ke parti politik, bukanlah sepatutnya untuk merebut tampuknya enak kekuasaan yang maha takhta. Tetapi adalah untuk mengislahkan manusia-manusia yang berada di dalam parti. Sebab itu aku ada masalah dengan ulama’ulama’ jenis haraki, yang nafsunya pada dunia perpolitikan dan ulama’-ulama’ jenis islah individual yang sangat mementingkan perubahan diri sendiri, dan membiarkan sosial dibaham serigala penguasa. Yang dari haraki terlampau mengagungkan pendekatan gerakan Islam Ikhwan, dan melupakan latar budaya sesebuah daulah, sesebuah masyarakat, hingga terikut-ikut dan terikat ketat dengan lembabnya budaya Arab dan sangat asyik gilakan



Agama & Hegemoni Negara

39

kuasa dalam konsep Kepimpinan Ulama’, sementara yang uzlah individual mabuk dengan kewaliannya, kekasyafan, ketalaqiannya dll. Masalahnya berlaku apabila ulama’-ulama’ jenis uslah individual dari mazhab Sunnah ini terlampau mengangkat sosok al-Ghazali, yang sangat mementingkan perubahan individual, sampai terlupa kepada perubahan sosial. Bukanlah tiada kayu untuk mengukur perubahan ini. Jika sosial berjaya berubah, maka menunjukkan individual juga sebenarnya yang telah berubah. Akan tetapi jika sosial tidak berjaya diubah, menunjukkan betapa teruknya perubahan individual yang sangat mengindividualistikkan pengamalan ibadah ritual sampai mengabaikan perubahan sosial. Kita boleh mengukur peningkatan iman dalam individual masyarakat, jika mana perubahan secara sosial masyarakat berubah. Bagaimana kita boleh mengatakan individu-individu muslim telah berubah dan meningkatnya iman mereka sementara rasuah di dalam daulah mereka semakin teruk membarah? Jadi sebenarnya ulama’ itu apakah? Hanya sosok-sosok berbulu lebat yang melilit serban mereka tebal-tebal, dan sangat pasif terhadap keadaan sosial yang semakin menegang dan meruncing? Kritikan ini bukanlah terlalu absurd, tidak berbukti, sekadar omong-omong, semberono atau generalisasi seperti kata sesetengah orang. Jika benar ulama’-ulama’ telah gigih bekerja pastilah generasi Islam dewasa ini telah pun mencicip hasilnya. Apakah kita boleh mengatakan sebab yahudi malaslah maka mereka mendapatkan Israel? Apakah sebab malasnya Eropah, maka berdirilah agam Tamadun Barat – Amerika sekarang? Dan apakah sebab rajinnya ulama’ maka kita menjadi mundur sekali pada hari ini? Apakah

40

Agama & Hegemoni Negara

disebabkan ulama’-ulama’ kita begitu rajin dan itqanlah, yang menyebabkan umat Islam begitu daif dan tertindas sama sekali. Adakah sifir semudah ini pun kita tidak boleh memikirkan? Atau ada sesiapa yang ingin mengatakan bahawa negeri-negeri umat Islam adalah negeri-negeri termaju di dunia? Oh, mereka kemudian mengelat serangan ini dengan mengatakan bahawa yang bersalah adalah pemerintah, bukannya kaum agamawan. Yang bersalah adalah pengkhianatan kaum pemerintah, cuma kita mahu bertanya, apakah di Eropah juga ketika zaman penjualan agama berlaku oleh kaum gereja, apakah pemerintah mereka tidak korup? Apakah pemerintah di Eropah semuanya baik? Jika pemerintah di Eropah semuanya baik dan ikhlas, lebih baiklah kita mengikuti jejak langkah mereka, kerana mereka walaupun tidak mendapat Qur’an tetapi nampaknya mereka lebih baik dari pemerintah-pemerintah Sunnah yang beragama Islam dan mendapat Qur’an? Sedangkan ada sahaja pemerintah-pemerintah yang tidak amanah dengan rakyat di mana-mana belahan dunia, bukan sahaja dunia Islam, tetapi di seluruh dunia. Tetapi rakyatnya bangun melawan, bangun melancarkan pemberontakan terhadap ketidakadilan ini. Dan bukan sedikit jiwa-jiwa bangsa mereka yang gugur tumbang melawan regim yang zalim, dan akhirnya zaman bergulir zaman, pemerintahan-pemerintahan di belahan dunia Barat ternyata lebih ‘Islamik’ dari negara-negara Islam yang perempuan nak memandu kereta pun tidak boleh. Itupun ada lagi pelajar-pelajar kita yang boleh pergi belajar di negara sebegitu. Di Eropah juga ada Pope di Vatican City, gereja-gereja mereka masih berpenghuni dan Kristian masih hidup di sana, tetapi apakah yang menyebabkan dunia Islam begitu sempit dan kotor, comot dan brengsek? Apakah ulama’-ulama’ Sunnah tidak



Agama & Hegemoni Negara

41

bersalah dalam hal ini? Apakah bila kita maju, kita kafir, tapi kalau kita menjadi mundur dan bodoh, maka barulah kita Islam? Apakah begitu? Aku pernah mengatakan bahawa Islamis dari blok Sunnah hampir tidak menghasilkan apa-apa ilmu yang baru, bermutu dan jitu. Tidak ada. Apakah penemuan-penemuan baru yang dihasilkan oleh dunia Sunnah? Regimnya bobrok tidak dilawan, doktrin ketauhidannya dibiarkan momok untuk diikuti tanpa disoal jawab, menyebabkan begitu lama sekali kita terpaku, dan terpegun sekaligus terpesona kepada kemilaunya budaya Eropah dll. Perangai pemalas Islamis Sunnah di Timur Tengah beratus tahun lampau, itu juga diikuti tanpa belah bahagi oleh muridmurid tok guru mereka yang belajar di Mesir, Saudi dan segala mak dan nenek Negara Arab. Walhal sampai sekarang pun, tatbiq al–syari’ah tidak berlangsung di negeri-negeri tok guru mereka. Tok guru mereka pun terkebil-kebil dan masih terpinga-pinga selepas kejatuhan Khilafah monarki Uthmaniyyah 1924 untuk mendirikan sebuah syari’ah state, kerajaan berteraskan syari’ah. Bila ditanya apakah rumus ekonomi yang mereka ada untuk umat manusia moden, mereka meraba-raba antara sosialisme – kapitalisme, yang terkadang mereka tersesatkan antara satu sama lain, (kebanyakan yang melakukan kesilapan sebegini adalah ulama’ – ulama’ dari Malaysia, di Indonesia dan di Timur Tengah, kritikan mereka nampaknya lebih baik walaupun belum ada alternatif lain pada zaman industri ini) Untuk mengelakkan diri mereka daripada bertubi-tubi diserang massa yang celik, maka menanamkan pula dogma ‘alulama’ warasatul anbiya’ bermaksud ulama’ pewaris para nabi. Ini adalah sebuah lagi konsep pemaksuman atau projek pengkultusan

42

Agama & Hegemoni Negara

agar mereka tidak boleh dikritik. Sesiapa yang tegar mengkritik mereka akan dilabel ingkar dan dibakar dengan api neraka. Jika benar mereka benar-benar mewarisi nabi, nabi mana yang mereka warisi? Apakah nabi-nabi sedungu mereka? Apakah nabi-nabi kemaruk kekuasaan seperti yang mereka mabukkan? Seperti seorang ayah yang cerdik dan baik hati, apakah anak -anaknya akan mewarisi kecerdikan dan kebaikan hati ayahnya? Kalau ayah itu mempunyai 10 anak, apakah 10 orang anaknya itu akan cerdik dan baik seperti ayahnya? Jadi ‘ulama’ pewaris nabi’ aku melihat sebagai mereka mewarisi keilmuwan nabi, berdasarkan apa-apa yang mereka pelajari, akan tetapi dari sudut menguasai dan praktikal amali belum tentu, kerana kita juga dikabarkan tentang ulama’-ulama’ yang su’. Sebab itu kita melihat ulama’-ulama’ dewasa ini lebih gilakan kosmetik-kosmetik arab, mencintai dunia jauh lebih hebat dari orang biasa, beristeri sampai empat konon-kononnya itu adalah Sunnah, tetapi bila ditanya tentang hal ekonomi, dibilangnya tidak tahu pula, dibilangnya serahkan urusan pada ahlinya, urusan ekonomi kepada pakar ekonomi. Maka ulama’ cuma bicara Sunnah itu dalam bab seks sahajakah? Dalam bab bagaimana nak bersetubuh? Dalam bab gosok gigi? Dalam bab bulu lebat bagaimana nak sikat? Apakah Sunnah yang difahami selama ini, yang rigid pada pemakaian, pada seksualiti yang menyebabkan pemikiran mereka sangat goyah? Tidak ada apa-apa ilmu baru yang dihasilkan oleh agamawan -agamawan begini. Dan mereka balik ke Malaysia dengan bercita -citakan keduniaan, dan berambisi kekuasaan, dengan menjual agama Tuhan, menjadi demagog parti dsb.

Agama & Hegemoni Negara



43

Pembangkangan Pada Agamawan (III) Ali Syari’ati mengkisahkan kepada kita di dalam ceramahnya yang disampaikan di Husainiya – I Irsyad pada Oktober 1968. Bunyi ceramah itu sangat menarik untuk kita merenung-renungkan, ‘dalam tahun-tahun belakangan ini, kebanyakan intelektual kita berpendapat bahawa kita tidak perlu lagi berbicara, dan bahawa percuma sahaja kita membicarakan penderitaan kita. Sampai sekarang, selalu sahaja kita berbicara dan membicarakan penderitaan kita tanpa berbuat atau bertindak. Kerana itu kita harus berhenti berbicara, dan setiap orang harus mulai bertindak memperbaiki keluarga dan negerinya. ‘menurut hemat saya (Syari’ati), pendapat itu keliru. Kerana sebenarnya sampai sekarang ini kita belum pernah berbicara, belum pernah kita membicarakan penderitaan kita, belum pernah kita menganalisa penderitaan kita secara saksama dan ilmiah. Apa yang telah kita kerjakan hanya mengeluh, dan keluh-kesah jelas yang tidak ada gunanya. ‘Selama ini kita belum pernah sama sekali membicarakan

43

44

Agama & Hegemoni Negara

permasalahan psikologis kita. Memang adakalanya kita merasa seolah-olah telah mendiagnosa serba – penyakit kita sehingga rasanya sekarang kita harus mulai dengan usaha penyembuhannya. Tetapi, sayang sekali, sebenarnya kita belum pernah membuat diagnose atas penyakit kita. ‘mereka yang telah turun ke lapangan dan kerana itu telah mengalami serba kesukaran, hambatan dan kegagalan dalam usahanya, tahu dan merasakan betul bahawa selama ini sebenarnya kita terlalu sedikit membicarakan penderitaan-penderitaan kita, dan bahawa kita belum cukup sedar akan penderitaanpenderitaan kita, kerusakan kita, penyelewengan kita! ‘selama ini bukan sahaja kita kurang membicarakan pandangan kepercayaan, keagamaan dan ideologis kita; kita bahkan sama sekali belum pernah membicarakannya. ‘bagaimana mungkin kita lalu berkata bahawa kita telah membuat diagnose penyakit kita dan telah cukup banyak membahasnya dan bahawa sekarang sudah tiba waktunya untuk bertindak? Masyarakat kita adalah masyarakat religious; dasar kerja kita haruslah religious; namun masih juga kita belum faham apa sebenarnya agama kita. ‘profesi saya (Syari’ati) adalah seorang guru, dan ketika mahasiswa -mahasiswa menanyakan buku-buku mengenai masalah tertentu, saya tidak dapat menjawab mereka. Kerana tidak ada buku-buku mengenai masalah-masalah itu dalam bahasa Parsi. Ini sungguh memalukan.’14

Syari’ati kemudian melanjutkan lagi dengan mengatakan bahawa, ‘sungguhlah sangat memalukan bahawa sesudah lebih empat belas

14

Ali Syari’ati, 1982, Tentang Sosiologi Islam, Yogyakarta: Ananda, hal. 39-40.



Agama & Hegemoni Negara

45

abad, barulah kita mengetahui Ali dari seorang Kristian, Georges Jourdog, dan bahawa Abu Dzar harus diperkenalkan kepada kita oleh Jaudat as – Sahhar, seorang saudara kita dari golongan Sunnah. Salman Farisi pula, kata Syari’ati hanyalah kita kenali melalui tinjauan ilmiah dari tulisan seorang Perancis iaitu Louis Massignon. Jadi apakah yang kita telah mengarut selama ini? Kita tidak mahu terlibat dalam perselisihan yang membuang masa sebenarnya. Apabila ada orang-orang agama yang belajar di Azhar dikritik kerana sikap kepemalasan mereka, yang apabila mereka pulang ke tanahair dan terpaksa berebut kerusi keagamaan, untuk berpidato yang bukan-bukan demi melangsungkan kehidupan, kita tidak mahu peduli sebenarnya. Sudah berapa lamakah kita tidak mempunyai karya-karya baharu tentang keagamaan di dalam bahasa Melayu? Buku-buku agama apakah yang telah dialihbahasa ke dalam bahasa Melayu dalam 10 tahun terakhir ini? (lebih bagus orang Kristian yang rajin menterjemah ALKITAB mereka ke dalam bahasa Melayu, jika mereka tidak buat begitu nescaya orang-orang JAKIM dan orang-orang agama, macam tidak ada kerja pula)

Ibnu Rusyd, ‘turath’ dan cerita-cerita lain Tetapi kita terpaksa peduli juga sebenarnya. Kerana orang-orang agama ini apabila pulang ke tanahair mereka akan berlumba-lumba seperti ikan lumba-lumba, merebut hegemoni politik untuk kepentingan mereka. Ada antara mereka yang sedar, dan ada antara mereka yang tidak sedar akan perbuatan keji sebegitu. Kita terpaksa mengambil peduli, dan terpaksa membicarakan hal ini disebabkan umat semakin

46

Agama & Hegemoni Negara

goblok dan brengsek sementara mereka semakin meriah dengan menghiaskan diri mereka dengan perhiasan-perhiasan yang indah seperti kereta mewah, rumah besar, isteri ramai dsbnya. Kita terpaksa membicarakan hal ini kerana kegemaran mereka adalah melabelkan pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran mereka, sebagai atheis, zindiq, kafir, murtad, munafiq, dll. Sekiranya kita membiarkan mereka, akan semakin merajalelalah pemikiran mereka mencela-cela kita. Kita tidak mahu peduli sama ada pada masa silam (fakta?) bahawa berlaku Mehnah di zaman Ma’mun ataupun tidak. Kita tidak mahu peduli. Kerana bagi kita, iman bukanlah milik daulah. Iman adalah hubungan antara seorang hamba dan Tuhannya. Jadi kita tidak akan berebut-rebut nama Tuhan sepertimana sekawanan anjing merebut tulang. Kita tidak akan berbuat tindakan-tindakan yang mengotorkan atau memalukan nama Tuhan. Tuhan tidak perlukan hambaNya untuk melindungi diriNya sendiri. Lebih banyak makhluk-makhluk Tuhan yang perlu dilindungi daripada nama Tuhan. Ahl Sunnah wal Jamaah (ini baru fakta yang real, okey?) tidak pernah terlibat dalam apa-apa thaurah (revolusi). Ahl Sunnah wal Jamaah, ‘turath’ mereka tidak pernah terlibat dengan apaapa thaurah. Bahkan pembunuhan Imam Husein yang dibunuh beramai-ramai secara genosid di Karbala juga tidak dituntut bela. Ini adalah hakikat. Ini bukanlah waham, ini bukanlah dzhan. Ini adalah keyakinan. Ini adalah kebenaran. Ini tidak boleh dipatahpatahkan lagi, kerana Ahl Sunnah wal Jamaah, sekalipun diakui sebagai aliran progresif (yakni dari segi pemikiran Islam, dogma ini tidak ada system pewarisan Imamah seperti Syi’ah – monarki dan mereka boleh memutuskan sesuatu keputusan hasil ijtihad, tanpa memerlukan bantuan imam maksum) tetapi Ahl Sunnah



Agama & Hegemoni Negara

47

tetap kalah kerana mereka bergayut pada status quo. Janganlah pelik ataupun merasa aneh kenapa Arab Spring tumpas tidak mampu merampas daulah seperti Revolusi Iran. Ahl Sunnah tidak boleh pergi jauh-jauh dalam menghalau musuh. Kerana pada akar mereka sendiri, mereka telah lama dipasifkan (di-pacify-kan/ dibonsaikan), dan mereka telah begitu lama bersenang lenang dengan kekuasaan. Pemikiran establishment semenjak zaman berzaman dimulai Dinasti Umaiyah, ke Umaiyah di Andalus, ke Abbasiyah sampai ke akhirnya iaitu Uthmaniyyah telah menyebabkan Ahl Sunnah mandul, mati pucuk dan tidak boleh memberanakkan pemikiran-pemikiran yang maju. Maka lahirlah insan-insan yang berketrampilan fikrah mereka, iaitu sosok-sosok Pan Islamisme seperti Afghani, Kawakibi, Syakib Arsalan dan Abduh, mereka merekonstruksi semula pemikiran-pemikiran Islam supaya menjadi senjata atau benteng yang kukuh lagi teguh, untuk menghadapi cabaran penjajahan, kolonialisasi ketika itu.

Bila disebut tentang ‘turath’, hanya ‘turath’ Sunnahkah? Kita tidak perlu menjadi gila sangat, dan poyo dengan apa yang dikatakan ‘thurath’ itu. Bukan kita sahaja yang mempunyai ‘thurath’. Orang-orang lain juga mempunyai thurath’ mereka yang masing-masing. Kalau kita bersedia mengkritik orang lain, melabelkan orang lain sebagai atheis, zindiq, kafir, murtad, munafiq, tidak cukup umur, tidak cukup ilmu, masih kekanakkanakan, kita juga sepatutnya bersedia untuk dikritik. Tapi bagi kita ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Balik pada thurath tadi, atau tradisi, kita terpaksa menyebutkan bahawa Hassan Hanafi antara orang yang tidak lupa asal usulnya, dan tidak pongah dengan ke‘turath’an dia. Bacalah sama karya-

48

Agama & Hegemoni Negara

karya ‘lain’ barulah kita akan jumpa bukan kita sahaja yang menghargai ‘turath’, dan kita benar-benar mahu mengikuti pesan junjungan bahawa alhikmatu dhollatul mu’min, aina wajadaha fahua ahaqqu biha. Sampai ke saat ini mereka masih belum mampu menjawab kita betapa Ahl Sunnah bukanlah sebuah ajaran yang mengajarkan perlawanan terhadap kezaliman, sebaliknya sangat pasif dan sangat mengeji aliran-aliran yang melawan, dan mereka lebih gemar menyukarkan manusia lain dari menentang kezaliman yang nyata di dunia. Syi’ah, Khawarij dan Muktazilah adalah tradisi / turath perlawanan, kata Hassan Hanafi. Sementara turath yang berseberangan dengan turath perlawanan / oposisi ini adalah turath kekuasaan. Para pendukung turath kekuasaan memilik gelar – gelar seperti al – Syeikh al – Rais, Hujjatul Islam, Imam al – Haramain, Nasir al – Millah wa ad – Din, Hami Hima al – Islam… dst, sementara seperti yang disebutkan dari awal tadi, mana-mana yang memilih untuk berseberangan dengan tradisi kekuasaan, dengan turath kekuasaan, akan mendapat gelar seperti atheis, zindiq, kafir, murtad, munafiq, Zoroaster… dst. Siapakah di antara kita yang tidak menginginkan gelar-gelar pertama dan siapakah yang tidak membenci gelar kedua? Bukankah turath kekuasaan ini selalunya mengkhabarkan merekalah satu-satunya kelompok yang selamat sementara turath-turath perlawanan merupakan di antara tujuh puluh dua kelompok yang sesat?15 Sama ada, ada orang nak mengkafirkan mereka, nak mengkufurkan mereka, nak membidaahkan mereka, kita tidak

Hassan Hanafi, 2003, Oposisi Pasca Tradisi, Yogyakarta: Syarikat Indonesia, hal. 3.

15



Agama & Hegemoni Negara

49

mahu peduli. Kerana kita tahu, yakin lagi percaya bahawa Ahl Sunnah tidak pernah menghasilkan apa-apa ilmu baharu melainkan term-term yang menyakitkan hati seperti ‘atheis, zindiq, kafir, murtad, munafiq’ dll. Ini sahajalah kemahiran mereka semenjak zaman berzaman. Prof. Dr. Imam Muhammad Abu Zahrah sendiri selain Syeikh Syaltut yang mengiktiraf kepelbagaian mazhab. Bagi beliau dalam Islam terdapat banyak mazhab dengan iklim dan orientasi yang berbeza-beza, ada mazhab-mazhab dalam aspek keyakinan, ada mazhab-mazhab dalam aspek politik, dan ada mazhab-mazhab dalam aspek fiqh. Maka sebenarnya tiada isu langsung tentang mazhab mana paling power untuk menjadi seorang Islam. Walaupun ada sesetengah kita yang kurang cerdik menangani turath Muktazilah dengan mengkritik bahawa nama asal perkumpulan – pemikiran ini iaitu Ahl al-Tawhid wa al-‘Adladalah terlampau mulia untuk golongan bid’ah seperti mereka dan mereka sepatutnya dirujuk kepada hakikat mereka yang sebenar yakni I’tizal – iaitu telah keluar mereka daripada pegangan Salaf, akan tetapi Imam Muhammad Abu Zahrah sendiri mengkhabarkan kepada kita akan jasa-jasa kaum Muktazilah terhadap Islam. Bahkan Dr. Taha Jabir Ulwani ketika menceritakan perbahasan tentang orang murtad di dalam Islam, beliau masih mengutip bukan sahaja pandangan Ahl Sunnah, bahkan juga Syi’ah Imamiyah, bukan sahaja Syi’ah Imamiyah, bahkan Syi’ah Zaidiyah, bukan sahaja daripada Syi’ah bahkan daripada Khawarij Ibadhiyah. Menunjukkan masih ada respect (hormat menghormati) di dalam pandangan agama. Janganlah hendak temberang bahawa kita cuma menerima sesuatu mazhab agama itu di dalam feqah sahaja tetapi menolak dari segi akidah, kerana bagaimana kamu boleh menerima feqah sesuatu mazhab yang kamu kata rosak akidahnya?

50

Agama & Hegemoni Negara

Kita tidak mahu marah mereka lagi jika mereka berterusterusan mahu membuang masa dengan pemikiran holier than thou sebegitu. Kerana kita yakin dan percaya, Tuhan bukanlah sebodoh mereka. Jika hanya iman adalah penilaian kebenaran atau tiket masuk ke Jannah, sudah pastilah Tuhan yang maha kasih sayang ini memasukkan ‘cip Iman’ ke dalam otak setiap orang manusia, supaya mereka beriman seperti iman Ahl Sunnah wal Jamaah. Bagi kita dunia adalah tempat untuk umat manusia berdialektik, untuk mencari yang terbaik, untuk mencari kebenaran, untuk mencari kebahagiaan, dalam masa yang sama, barangsiapa yang gugur dalam pertempuran demi pertempuran di bumi ini, hanya Tuhanlah yang sebenar mengetahui hakikat kedudukannya. Di atas dunia, dalam Qur’an sendiri Tuhan berpesan kepada kita, bahawa, kezaliman adalah musuh yang nyata, sementara terhadap orang-orang yang berbeza, di akhirat kelak, Tuhan akan menunjukkan. Bukan urusan kita keimanan atau kekufuran seseorang itu, yang paling penting, adalah sedia dan tegap untuk berdialog dengan mana-mana kepercayaan – anutan. Tiada diskriminasi terhadap siapa-siapa yang berseberangan aliran, kerana dalam Qur’an menyebutkan, wajadilhum billati hiya ahsan. Maka masing-masing akan mencubalah mencapai apa yang mereka inginkan melalui metodologi-metodologi yang mereka ada, ada yang berjaya, ada yang gagal, ada yang tewas, ada yang culas, dan ada yang tumpas. Hakikatnya kesemua umat manusia tetaplah bersaudara. Sekalipun mereka bukanlah saudara keagamaan, mereka yang berseberangan aliran, tetaplah saudara kemanusiaan. Mereka tidak boleh dipandang hina, digugurkan hak, dicabut apa yang sepatutnya diberikan dll. Mereka perlu dilayan sebagaimana kita ingin dilayan. Sekiranya Ahl Sunnah



Agama & Hegemoni Negara

51

tidak boleh terima, mereka boleh pergi mati. Kerana dunia sekarang terlalu cosmopolitan, terutamanya tanahair kita yang sangat multicultural dan multiracial. Kemajmukan ini tidak boleh dirosakkan dengan faham-faham sectarian yang mahu mengkotorkan warna-warni keunikan kita. Kita telah begitu lama memberikan kekuasaan pada orangorang agama, membiarkan mereka membicarakan apa-apa sahaja, membiarkan mereka menghukum apa-apa sahaja, membiarkan mereka menentukan ini, menentukan itu untuk kita, iman bukanlah lagi hubungan antara hamba dan Tuhan, tetapi sudah menjadi hubungan antara hamba (individu) dan state. Iman seorang insan terpaksa tunduk menyembah kepada state kerana sabda-sabda kaum agamawan, dan mereka bertempik memekik melolong seperti polong kemaruk kuasa, kerana mereka memerlukan state untuk mencelupkan kita dengan iman versi mereka. Jika seseorang itu mempunyai idea berbeza tentang ketuhanan, kepalanya akan diputuskan dari leher, kerana darahnya adalah halal untuk ditumpahkan kerana imannya telah hilang dan dia mahu bertukar kepada iman yang lain pula.

Bukankah ini mendorong kemunafikan yang paling pailang? Dan pada akhirnya ‘absolute truth’ yang dipegang oleh orang-orang agama tadi, mereka memberikan wewenang agama itu kepada otoriti yang berkuasa, dan inilah yang menyebabkan kemandulan iman, kemandulan pemikiran kita dari abad ke abad. Sama ada Ahl Sunnah mahu percaya dogma merekalah yang menyebabkan umat mereka mati pucuk, itu adalah terpulang. Wallahu a‘alam

52

Agama & Hegemoni Negara

Kamu tahu apa yang berlaku kepada Ibn Rusyd?16

‘melarikan diri dari kesepian, kutekuni sejarah; segera kucari saudaraku Ain Al–Quzat. Pada puncak perkembangan usia remajanya dia harus menjalani hukum bakar hidup-hidup. Kesalahannya: memiliki kesedaran, kepekaan dan keberanian berfikir. Dalam masa kejahilan, kesedaran memang merupakan dosa. Dalam masyarakat tertindas lagi terhina, keluhuran jiwa serta kekuatan kalbu, sebagaimana kata Buddha, ‘menjadi sebuah pulau di negeri danau’, adalah dosa tanpa ampun..,’17

Ali Syari’ati dalam pembukaan Kavir. Dia (sosok yang akan dibincangkan di bawah) seorang ahli falsafah, ahli perubatan, ahli matematik, ahli sains, ahli geografi, ahli astronomi, ahli teologi, dan juga ahli feqah mazhab Maliki. Dia dilahirkan dalam tahun 1126 dalam lingkungan keluarga

Keterangan biografi Ibn Rusyd sepanjang tajuk ini diolah dari Ernest Renan (2008). 17 Ali Syari’ati, 1982, Tentang Sosiologi Islam, Yogyakarta: Ananda, hal. xi. 16

52



Agama & Hegemoni Negara

53

yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya adalah qadhi di Spain (Sepanyol). Dia mempelajari ilmu feqah dan perubatan daripada rakannya yang merupakan tokoh perubatan terkenal di Spain pada waktu itu bernama Ibn Zuhr yang pernah bertugas sebagai doktor istana. Selain menjalin perhubungan dengan Ibn Zuhr, dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membuatkan dia dilantik sebagai hakim di Seville pada tahun 1169. Dua tahun berikutnya dia telah menjadi hakim di Spain. Tahun 1182 dia menjadi doktor istana selepas persaraan Ibn Thufail. Sebagai seorang doktor, dia memberikan penekanan kepada betapa pentingnya kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan di dalam bidang perubatan adalah mendahului zamannya. Dia pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Dia menghasilkan ‘Kulliah fit – Thibb’ yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. ‘Kulliah fit – Thibb’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin tahun 1255 oleh Bonacosa, seorang Jew dari Padua. ‘Kulliah fit – Thibb’ kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan nama General Rules of Medicine. Dia juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul ‘De Anima Aristotle’s’ (commentary on the Aristotle’s DeAnimo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa dia begitu terpengaruh dan tertarik dengan ilmu logik yang dikemukakan ahli falsafah Yunani, Aristotle. Dia telah menulis sebuah syarah atau komentar kitab yang

54

Agama & Hegemoni Negara

telah dikarang oleh Plato, iaitu The Republic. Idea falsafah Plato dalam The Republic telah diceduk dan disyarah kembali oleh Ibn Rusyd dalam konteks falsafah Islam. Sebanyak tiga bab telah dihasilkan iaitu jami’, talkhis, dan tafsir. Dia menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Dia banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam sebuah magnum opusnya yang terkenal, dia menekankan betapa pentingnya berfikir secara analitikal untuk menterjemah al-Qur’an dan ini adalah bertentangan dengan pandangan konservatif ulama’ Islam di mana penekanan pentafsiran al-Qur’an diletakkan kepada sumber seperti hadith. Dia telah mempengaruhi dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dengan falsafahnya, bahkan dikatakan pemikiran Voltaire dan Rousseau yang telah mencetuskan era Renaissance di Perancis hingga merubah landscape wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya. Dia berhujah dalam The Decisive Treatise (Fasl al – Maqal) menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Asy’ari. Tahu apakah akibatnya? Sebahagian sarjana menganggap dia atau Ibn Rusyd atau lebih dikenali dengan nama Averroes sebagai bapa kepada faham sekular di Eropah barat. Tokoh sufi dan ahli falsafah Islam Sunnah yang terkenal, AlGhazali menghentam falsafah Yunani (sebenarnya Farabi dan Ibn Sina, dua orang sosok besar kesarjanaan Muslim) sehingga terbit kitab al-Ghazali berjudul Tahafut al-Falasifa. Ibn Rusyd telah membantah hujah-hujah Tahafut al-Falasifa, dengan kitabnya pula, Tahafut Tahafut al-Falasifa, dan seterusnya



Agama & Hegemoni Negara

55

mengundang kemarahan cendiakawan-cendiakawan Islam yang konservatif.

Siapa Kata Dalam Sejarah Islam Tidak Ada Dark Ages? Kalau sekular itu satu perkara yang tidak taboo bagi kebanyakan kefahaman muslim establishment, pastilah kita tidak akan bincangkan di sini lagi. Kerana ia adalah suatu perkara yang siasia, cliché, membuang masa, berulang-ulang, dan tidak bermakna untuk disebut-sebut. Malangnya menjadi sekular adalah suatu dosa pada hari ini. Kerana sekular menurut pemahaman tok-tok sami dalam dunia Islam, adalah menjadi kafir. Ataupun separa kafir. Satu kaki berada di dalam syurga, satu lagi berada di dalam neraka. Hal ehwal agama diserahkan kepada Allah, dan hal ehwal dunia diserahkan kepada manusia. Begitulah jenayah yang dipikul oleh sesiapa yang mahu menjadi seorang ‘Ibn Rusyd’. Sebuah ramalan tersebar luas di Timur dan di Andalusia, yang menurut kisah itu, pada suatu hari, badai akan membumbung tinggi, menghancurkan seluruh umat manusia. Masyarakat benarbenar ketakutan dan berfikir untuk mencari perlindungan ke dalam gua-gua atau bersembunyi di bawah tanah. Ibn Rusyd pada saat itu adalah qadhi di Cordoba. Ketika Gabenor mengumpulkan para ilmuwan dan tokoh untuk bermesyuarat, Ibn Rusyd meminta izin untuk menganalisa masalah ini dari sudut pandang fizik, dan perhitungan bintang-bintang. Seorang ulama’ bernama ‘Abd Al–Kabir, yang kemudian turut campur dalam percakapan itu, bertanya kepadanya, apakah ia tidak percaya kepada apa yang terjadi pada suku Add, yang dimusnahkan dengan cara yang sama. Ibn Rusyd menjawabnya dengan agak kurang begitu hormat

56

Agama & Hegemoni Negara

terhadap kisah yang dipersembahkan al–Qur’an itu. Kritik sejarah adalah dosa yang bagi para ulama’, kemungkinannya kecil sekali untuk dimaafkan; musuhmusuh Ibn Rusyd memanfaatkan skandal mesyuarat itu dan mengungkapkannya di ruang public, bahawa qadhi bernama Ibn Rusyd ini, yang sangat terbuka pemikirannya itu dituduh sebagai zindiq dan kafir. Musuh-musuh Ibn Rusyd mencari justifikasi ada sebuah naskhah syarah-syarah tulisan tangan Ibn Rusyd, dan mereka menemukan di dalamnya sebuah kutipan dari penulis lama yang kemudian disimpulkan sebagai berikut. Mereka lalu menunjukkan kepada Al–Manshur, pemerintah Spain waktu itu. Beberapa kali Ibn Rusyd dibuang negeri kerana kitabkitabnya yang terlampau cenderung kepada ilmu falsafah Yunani. Masyarakat Islam pada waktu itu menganggap falsafah Yunani tidak selari dengan ajaran Islam yang mana falsafah Yunani terlampau memfokuskan keutamaan dewa – dewa dalam tulisan mereka. Falsafah adalah penyebab terkuat yang menyebabkan Ibn Rusyd terbuang dari negerinya sendiri. Al–Manshur, memanggil tokoh-tokoh utama Cordoba, memanggil Ibn Rusyd dan setelah menguji doktrin-doktrinnya, Ibn Rusyd dihukum dengan pengusiran. Mereka kemudian menitahkan pembakaran semua buku yang mengkaji hal itu. Hanya buku Kedoktoran, Aritmatik, Astronomi Dasar, seperti buku-buku yang dimanfaatkan untuk mengetahui bagaimana menghitung tempoh siang dan malam dan untuk menentukan arah kiblat, dibiarkan. Seorang penyair bernama Abul Husain Ibn Zubar, khususnya mengungkapkan kekesalannya terhadap Ibn Rusyd dalam



Agama & Hegemoni Negara

57

beberapa sajak olokan yang sangat jelek, yang jelas nampak sangat mendukung gerombolan yang menang itu: Ibn Rusyd, kini, hanyalah seorang yang kitab-kitabnya dipastikan berisi hal-hal berbahaya. Wahai kau yang melecehkan dirimu sendiri, lihatlah apa kau temukan hari ini seorang saja yang sudi jadi kawanmu! Kau tidak lagi berada di jalan yang lurus, wahai putera jalan yang lurus, kala di abad ini, jerih payahmu berada dalam kejayaan. Kau adalah mata-mata agama: itu bukanlah yang dilakukan oleh datukmu. Takdir telah menampar seluruh pemalsu yang mempercampur falsafah pada agama dan yang menggembar-gemburkan bid’ah. Mereka mempelajari logik, tapi orang telah berkata benar: tragedi diperuntukkan bagi ilmu mantik.

Adakah Ibn Rusyd sahaja? Inquisition ini bukan sekadar mencekik Ibn Rusyd sahaja. Bahkan sehingga kini, dimulai sekitar abad XII Masihi, perang melawan falsafah telah digerakkan di seluruh permukaan dunia muslim. Di seluruh bahagian negeri, mereka menyerukan di mimbarmimbar perang melawan Aristotle dan para filasuf. Pada 1150M, di bawah perintah Khalifah Mustanjid, seluruh karya-karya falsafah yang ada dalam perpustakaan seorang qadhi, terutama

58

Agama & Hegemoni Negara

tulisan-tulisan Ibnu Sina, dan ensiklopedia yang disebut berasal dari Ikhwanul Syafa’, dibakar di Baghdad. Tahun 1192M, seorang doktor bernama Al–Rukn ‘Abd al– Salam dituduh atheis, dan orang lalu menghancurkan bukubukunya dengan peralatan besar. Seorang ulama’ yang memimpin upacara pembakaran, naik ke mimbar dan berpidato melawan falsafah. Lalu, dengan membawa satu demi satu jilid-jilid buku, ia mengatakan beberapa patah kata untuk menunjukkan kejahatan buku-buku itu dan lalu menyerahkannya kepada orang-orang yang membakarnya. Rabbi Yuda, murid kesayangan Musa Ibn Maimun (Maimonides) adalah saksi atas adegan yang pelik itu, Aku melihat, ucapnya, di tangan ulama’ itu karya astronomi Ibn Haitam. Sambil menunjukkan lingkaran yang dengannya sang penulis buku menggambarkan ruang angkasa, ia berteriak: (inilah tragedi yang besar, bencana yang tidak terperikan, malapetaka yang sangat kelam). Sambil mengucapkan kata-kata itu, ia merobek-robek buku itu dan melemparkannya ke dalam api…, Ibnu Bajjah, guru Ibn Rusyd, menebus dosa heterodox yang dilekatkan kepadanya dengan penjara. Ibnu Thufail dituduh sebagai pendiri falsafah sesat. Filasuf ‘Abd Al–Malik Ibnu Wahab dari Seville, teman sezaman Ibnu Bajjah dipaksa untuk membataskan pengajarannya pada elemen-elemen dasar. Beberapa lama setelah itu, ia menolak secara total kajian-kajian falsafah dan melarang dirinya sendiri untuk berbicara tentang hal itu, kerana melihat bahwa subjek itu akan berisiko pada hidupnya. Dia kemudian membatasi dirinya pada teologi yang paling orthodox, sehingga orang tidak menemukan apapun dalam tulisan-tulisannya, sebagaimana dalam tulisan-tulisan filasuffilasuf lainnya, sesuatu yang disembunyikan yang dijelaskan setelah kematian mereka.



Agama & Hegemoni Negara

59

Kadangkala mereka menggunakan cara-cara yang paling keras. Ibnu Habib dari Seville, dihukum mati kerana ia mengembangkan falsafah. Fakhruddin Ibnu Al–Khatib Al–Razi yang terkenal itu juga sebenarnya mengalami kemalangan serupa di Baghdad, kerana fikiran-fikiran falsafahnya. Ia mensyarah Aristotle dan Ibn Sina (Avicenna); setelah ia meninggal dunia, di rumahnya ditemukan syair-syair yang di dalamnya ia menyenandungkan keabadian dunia dan kehancuran individu. Setelah mengetahui hal ini, rakyat lalu membongkar dan menginjak-injak abunya. Roh curiosity yang menyala-nyala dalam setiap ‘Ibn Rusyd’ telah menyala kembali antaranya ialah Ahmad Wahib, yang menyuarakan kegelisahannya dalam catatan pengalamannya. Mari kita membacakan sedikit apakah yang ditulis Ahmad Wahib pada 17 July 1969: Sebahagian orang meminta agar saya berfikir dalam batas – batas Tauhid, sebagai rumusan kesejagatan ajaran Islam. Aneh, mengapa berfikir hendak dibatasi? Apakah Tuhan itu takut terhadap akal yang diciptakan oleh Tuhan itu sendiri? Saya percaya kepada Tuhan, tapi Tuhan bukanlah daerah terlarang bagi pemikiran. Tuhan ada bukan untuk tidak difikirkan ‘adanya’. Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. Sesungguhnya orang yang mengakui berTuhan, tapi menolak berfikir secara bebas bererti menghina rasional kewujudan Tuhan. Dia menghina Tuhan kerana kepercayaannya hanya sekadar kepura – puraan yang tersembunyi.

Kalau betul Islam itu membatasi kebebasan berfikir, sebaiknyalah saya berfikir lagi tentang anutan saya terhadap Islam ini. Maka hanya ada dua alternative iaitu menjadi Muslim setengah-setengah atau malah menjadi kafir. Namun sampai sekarang saya masih berpendapat bahawa Tuhan tidak membatasi, dan Tuhan akan bangga dengan otak saya

60

Agama & Hegemoni Negara

yang selalu bertanya tentang Dia. Saya percaya bahawa Tuhan itu segar, hidup, tidak beku. Dia tak akan mahu dibekukan.18 Pada saya orang-orang yang berfikir itu, walaupun hasilnya salah, masih jauh lebih baik daripada orang-orang yang tidak pernah salah kerana tak mahu berfikir. Dan saya sungguh tidak dapat mengerti mengapa orang begitu takut dengan pemikiran bebas. Bukankah material itu hanya sekadar suatu pemudahan? Walaupun itu ada kemungkinan kesan yang tidak baik, tapi kegunaannya akan jauh lebih besar daripada mudaratnya. Malahan orang yang takut untuk berfikir bebas itu ditimpa oleh ketakutan dan keraguan akan kepura-puraannya yang sudah tak terlihat. Dia ragu-ragu untuk berkata bahawa ada suatu fikiran yang dia benamkan di bawah sedarnya. Fikiran yang dibenamkan ini dia larang untuk muncul dalam kesedarannya. Padahal dengan berfikir bebas manusia akan lebih banyak tahu tentang dirinya sendiri. Manusia akan lebih banyak tahu tentang kemanusiaannya. Mungkin akan ada orang yang mengemukakan bahaya dari berfikir bebas iaitu orang yang berfikir bebas itu cenderung menjadi atheis. Betulkah? Orang yang sama sekali tidak berfikir juga boleh menjadi atheis! Lebih baik atheis kerana berfikir bebas daripada atheis kerana tidak berfikir sama sekali. Ya. Meskipun sama-samanya tidak baik.’19 Bukankah pengharaman 12 buku oleh KDN yang sedang dijalankan sekarang di Malaysia baru-baru ini, sedang mengulang episode tragic yang pernah berlaku sedikit masa lalu? Siapa kata tiada dark ages dalam sejarah Islam?

Ahmad Wahib, 2007, Pergolakan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: MEGC, hal. 7. 19 Ibid, hal. 7-8. 18

Agama & Hegemoni Negara



61

Mereformasikan Kepimpinan Ulama’ (1) (artikel ini barangkali sudah tidak lagi relevan, membuang masa untuk dibaca, kerana PAS telah pecah)

PAS adalah sebuah parti yang mempunyai berbagai lapisan pemimpin. Majlis Syura Ulamanya dipimpin oleh seorang Mursyidul Am, dan Jawatankuasa Kerja Pusat dan Jawatankuasa Harian Pusat dipengerusikan oleh Presiden. Saya tidak bersetuju bahawa seseorang pemimpin PAS atau Presiden PAS itu mestilah seorang dari kalangan ulama’. Ia bukanlah sebuah syarat yang mutlak. Kerana menurut Yusuf Qardhawi sendiripun, syarat untuk menjadi pemimpin seperti yang digariskan Quran adalah Qawiy (kekuatan) dan Amin (amanah). Adakah Talut yang diperihalkan kisahnya di dalam Baqarah, menentang rejim Jalut, adalah seorang ulama’? Jadi apakah yang sepatutnya menjadi pekerjaan Kaum Ulama’ di dalam PAS? Sebelum kita pergi ke situ adalah eloknya kita merevisi semula bagaimanakah sepatutnya Dewan Ulama’ – Majlis Syura PAS 61

62

Agama & Hegemoni Negara

sepatutnya bergerak. Majlis Syura PAS sewajibnya diketatkan keahliannya, krediblitinya harus melebihi taraf Majlis Fatwa Kebangsaan, syarat -syarat kelayakannya harus diperketatkan seketat-ketatnya lebih ketat dari kelayakan menjadi ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, sampai tahap jika berlaku apa-apa isu, rakyat Muslim di negara ini akan terus merujuk pandangan-pandangan agama yang progresif dari Majlis Syura PAS. Kita memerlukan Majlis Syura yang sangat berdisiplin dan produktif. Biarlah yang menjadi Majlis Syura PAS adalah ulama’ (dalam Pengajian Islam), tiadalah masalah, kita tidak ada masalah sangat jika ulama’ tidak menguasai hal ekonomi, sains, matematik, fizik, biologi dll kerana itu bukan bidang dia. Dan Qur’an berkali menegaskan serahkan sesuatu urusan itu kepada ahlinya. Tetapi keahlian Dewan Ulama’ mestilah ditapis dengan begitu ketat sekali agar apabila mereka dipilih menjadi ahli Majlis Syura dan menghasilkan keputusan-keputusan syura, sangat canggih sekali ijtihad mereka. Kita tidak mahu satu hasil ijtihad yang bercanggah -canggah dan lucu. Kita perlukan ulama’-ulama’ yang tahap pengetahuannya jika boleh dibuat sebagai model standard adalah seperti Dr. Maszlee Malik ataupun seperti Dr. Asri Zainul Abidin (cuma dua orang inikah agamawan kita kedua-duanya dari aliran Salafi yang produktif??). Syarat-syarat untuk memasuki Dewan Ulama’ sendiri haruslah lebih ketat. Bukan atas sebab dia ada ambil Pengajian Islam di mana-mana Kolej Universiti, terus boleh masuk Dewan Ulama’. Ini sangat semberono! Kerana kelayakan untuk masuk ke pondok, atau mana-mana Kolej Universiti Islam dewasa ini sangatlah senang sekali. Sesiapa pun boleh masuk dan belajar



Agama & Hegemoni Negara

63

tanpa ada tapisan yang cukup ketat. Ataupun komposisi ahli Majlis Syura PAS, seharusnya jika masih jauh untuk mencapai standard itu mestilah diambil 6 daripada golongan professional dan 6 lagi dari aliran agama, untuk menguruskan keputusan-keputusan syura. Ini proses peralihan (transition periode) sahaja. Sebelum menuju ke peringkat di mana Majlis Syura PAS seluruhnya adalah ulama’ – ulama’ yang kompeten. Ahli-ahli Majlis Syura PAS serta semenjak mereka dari Dewan Ulama’ lagi mestilah sentiasa diaudit dari semasa ke semasa keahliannya. Bagaimana disipilinnya, apakah penemuan atau kajian feqah terbaru yang mereka hasilkan, berapa banyak wacana agama mereka telah anjurkan dll. Kekayaan aset seperti berapa buah kereta mereka, berapa rumah mereka, isteri dan sebagainya semua haruslah di dalam pertimbangan. Bagaimana mereka boleh memfokuskan pada amal jamaiey PAS jika mereka sangat ramai bilangan isteri?

Jadi apakah pekerjaan Kaum Ulama’ yang sepatutnya? Jika mereka mengkritik Sosialisme, sedalam mana mereka mengkritik? Sosialisme itu ada akarnya dari Kiri. Berapa banyak cabang Kiri? Tahukah mereka bahawa ada sarjana Muslim sendiri yang sudah menkonsepsikan semula pengertian Kiri itu kepada Kiri Islam? Seperti Ali Syari’ati (Iran), Asghar Ali (Pakistan) juga Hasan Hanafi (Mesir)? Tahukah ulama’-ulama’ yang anti kiri ini, bahawa, Ahmad Gabbas Salih lebih awal dari Hasan Hanafi menuliskan dalam sebuah tulisannya (Al-Yamin wa al-Yasar fi al-Islam) pada tahun 1972:

64

Agama & Hegemoni Negara

“…dalam Islam, kiri memperjuangkan pemusnahan penindasan bagi orang-orang miskin dan tertindas, ia juga memperjuangkan persamaan hak dan kewajipan di antara seluruh masyarakat. Singkat kata, Kiri adalah kecenderungan sosialistik dalam Islam…,”

Menurut Chorak Dunia,20 ketika hangat isu Sosialisme – Islam yang ditimbulkan lewat hari-hari terakhir PRU 13 yang baru sahaja selesai ini, agamawan-agamawan pula perlulah mempersiapkan diri mereka dengan sekurang-kurangnya membaca serba sedikit buku cultural studies, falsafah, ekonomi dan teori politik Barat supaya nanti hujah mereka tidak kelihatan selekeh dan komedi di mata masyarakat. Janganlah sekadar membaca buku teks sejarah SPM untuk memahami komunisme. Kepelbagaian bahan bacaan adalah penting untuk kita memahami sisi pandang dan perspektif lawan sebelum kita membidas hujah mereka. Kata-kata seperti ‘kamu sesat’, ‘anda kafir’, ‘tidak ikut Quran dan Sunnah’, ‘tidak walak’, ‘tiada beradab’, itu semua tidak dikira berhujah, kerana itu adalah pelabelan, kerja paling senang untuk mematikan hujah. Ideologi perlu dilawan dengan ideologi. Kita perlu menggalakkan pertarungan ide di ruang awam. Menurut Chorak Dunia lagi, sekiranya kita yakin Islam adalah kebenaran maka apa perlu kita takut untuk membentangkan hujah dan dalil kebenaran? Pertarungan ideologi ialah proses di mana ideologi dipasarkan, diiklankan, dibentangkan dengan hujahhujah yang bersifat persuasive dan meyakinkan. Kita berasa takut kerana kita malas membaca, malas mengkaji dan malas berfikir. Seperti isu Syi’ah yang diperdebatkan baru-baru ini, berikutan

20

http://chorakdunia.blogspot.com/2013/06/muslim-dan-radikal.html



Agama & Hegemoni Negara

65

apa yang berlaku di Syria. Sepatutnya kerja Dewan Ulama’ serta Majlis Syura PAS mengambil sikap untuk membincangkan dengan adil dan saksama. Bukan bersifat sectarian dan bias dalam permasalahan serumit ini. Bacaan-bacaan politik antarabangsa yang terhad dan naiflah dipandu oleh kegelojohan demagogdemagog Sunnah di Timur Tengahlah yang agaknya membuatkan Dewan Ulama’ serta Majlis Syura PAS tidak mengambil sikap proaktif yang sepatutnya inilah di bawah bidang mereka. Mohamad Sabu (ketika tulisan ini ditulis, beliau adalah Timbalan Presiden PAS) pada 19 Mei 2005 ada mempertahankan Kepimpinan Ulama’. Dalam wawancara dengan wakil UmmahOnLine iaitu saudara Aqil Fithri,21 Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu itu mengatakan, konsep Kepimpinan Ulama’ perlu diteruskan, cuma persiapan ulama' itu mesti dipertingkatkan supaya mereka layak untuk dilihat sebagai pemimpin yang berwibawa. Keupayaan ulama’-ulama’ kita dalam bidang feqah seharian atau muamalat ibadat memanglah tidak dapat dinafikan, tetapi dalam bidang falsafah, politik, teknologi dan isu-isu semasa yang lain masih lagi kurang dan perlu diperlengkapkan. Ini penting bagi kita menghadapi cabaran musuh Islam khasnya mustakbirin Amerika. Mat Sabu juga ada mengkritik lepasan-lepasan Pengajian Islam (Islamic studies) dari Syria, Arab Saudi dan Mesir yang menurutnya, negara-negara ini menjalankan sistem kongkongan politik yang begitu nyata sekali (tiada demokrasi), maka bila lepasan-lepasan Pengajian Islam ini tamat pengajian di sana jika tidak berusaha untuk mengambil ilmu-ilmu luar akan

21

ht t p : //u m m a hon l i ne .wordpre s s .c om /2 0 0 5/0 5/17/mo h a m a d- s a bumereformasikan-pemikiran-ulama-kita-siri-4-terakhir/

66

Agama & Hegemoni Negara

menyebabkan mereka menjadi jumud dan kurang mampu untuk menghadapi cabaran semasa. Dalam pada ketika yang sama, Mat Sabu ada mengatakan bahawa, suatu masa dahulu, ulama’-ulama’ yang belajar di Lucknow dan Aligarh (India), pemikiran ulama’ lebih bersikap progresif serta mampu untuk menghadapi cabaran semasa (baca: cabaran zaman ketika itu ialah kolonialisme). Saudara Mat Sabu kemudian mencadangkan, ulama’-ulama’ kini sepatutnya memikirkan untuk mengubah arah lokasi menuntut ilmu terutamanya di negara-negara yang lebih bebas dari sudut pemikiran dan bersuara. Mungkin pelajar-pelajar Pengajian Islam ini boleh mengubah haluan, misalnya melihat ke arah Iran, Lebanon dan malahan beliau22 turut bersetuju kalau di negara-negara barat itu sendiri. Sebabnya, menurut Mat Sabu yang konsisten mempertahankan konsep Kepimpinan Ulama’, kita mestilah menerima hakikat bahawa ulama’lah yang paling layak untuk memimpin terutama sekali dalam menghadapi serangan ke atas Islam yang bertubi-tubi ini, akan tetapi kelayakan ini bersyarat, yakni ulama’ itu sendiri kenalah buat perubahan drastik dari sudut pemikiran dahulu pada masa akan datang. Bukan dengan menyerang semula kritikan kepada mereka dengan melabel dengan pelabelan-pelabelan seperti ‘parasit’, ‘perosak’, menyerang pemula-pemula pencerahan Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Rasyid Rida dan Syeikh Amir Shakib Arsalan dll. Seterusnya untuk menutup inferiority complex mereka, diserang pula gerakan-gerakan pencerahan yang sangat cergas sekali seperti IKD, IRF dll dengan tuduhan ‘liberal’, ‘zindiq’, ‘munafik’ dan sebagainya. Hujah sebaliknya

22

ht t p : //u m m a hon l i ne .wordpre s s .c om /2 0 0 5/0 5/17/mo h a m a d- s a bumereformasikan-pemikiran-ulama-kita-siri-4-terakhir/



Agama & Hegemoni Negara

67

tidak berbalas hujah, sebaliknya berasa syok sendiri kerana dapat melabel untuk menutup kecacatan pemikiran sendiri. Pelabelanpelabelan sebegini sangatlah mudah sama sekali kerana ianya bersifat sentiment, emosional dan anda tidak perlu membaca apaapa atau memikir pun untuk melabel seseorang itu. Berapa banyak kitab mereka telah study, berapa banyak buku mereka telah tulis, semua ini harus menjadi perkiraan untuk menentukan kemuktabaran seseorang ulama’ di dalam PAS. Bagaimanakah dia boleh menjadi Ketua Dewan Ulama’ sedangkan dia tidak pernah menghasilkan apa-apa karya keagamaan? Inilah kerja Kaum Ulama’. Orang akan melihat bahawa Dewan ‘Ulama’ dan Majlis Syura PAS adalah dua entity parti yang tidak berkepentingan. Siapa lagi yang mahu menghasilkan karya-karya agama yang baharu atau feqah-feqah kontemporer di Malaysia jika bukan Kaum ‘Ulama’? Aktivis? Profesional? Mungkin sekiranya jika mereka tidak dibenarkan bertanding dan sentiasa diaudit ada kelebihan lain jika menjadi Dewan ‘Ulama’ iaitu, diberikan pendidikan percuma untuk menyambung Diploma, Ijazah dan PHd, Aqil Fithri dalam wawancara yang sama juga, meluahkan rasa skeptiknya, ‘Satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa konsep kepimpinan ulama’ dalam PAS merupakan cerminan kepada aspirasi revolusi Islam Iran. Namun di sana, ulama’-ulama’ Iran berada dalam suasana tradisi keilmuan yang sama sekali berbeza dengan kita! Jadi, timbul persoalan adakah ulama’-ulama’ di dalam PAS layak (atau sesuai) untuk memakai konsep yang sama? Apa yang dibimbangkan, jangan sampai konsep ini digunakan untuk

68

Agama & Hegemoni Negara

mempertahankan kedudukan masing-masing pula!’23

Sekarang, massa di luar PAS (penyokong – simpatisan) dan di dalam PAS (ahli jamaah – pendokong) mulai mempertikaikan, kenapakah seakan-akan dicantas, atau seperti seperti sengaja dibiarkan konflik polemik antara professional – ulama’ terus menerus berterusan? Kenapakah Husam Musa seakan-akan dipinggirkan terus selepas perginya Tuan Guru Nik Aziz dari jawatan Menteri Besar? Kenapakah seorang tokoh marhaen yang sangat akrab dengan protes-protes massa seakan-akan diketepikan? Jika inilah caranya parti memilih pemimpin maka ia bukan sebuah parti yang boleh maju kerana hak setiap ahli PAS itu seolah-olah ada ‘hadnya’, iaitu ke tahap mana dia dilayakkan atau dibolehkan memimpin. Had atau jawatan paling tinggi itu pula ditentukan oleh kumpulan lain dalam parti, bukan oleh ahli-ahli secara keseluruhannya. Ini bukan cara sebuah parti yang berteraskan Islam. Ini juga bukan cara sebuah parti yang demokratik. Tatkala parti rakan seperti PKR dan DAP membuka ruang seluas-luasnya kepada bakat-bakat muda, PAS pula seperti menutup serapat-rapatnya peluang kepada aliran lain yang lebih dipercayai untuk memimpin. Dan kejatuhan dua buah negeri di bawah tadbiran dua ulama’ PAS iaitu Terengganu dan Kedah sewajibnya dijadikan muhasabah terpenting buat ahli gerakan Islam ini. Cadangan ini sebenarnya adalah untuk memperkasakan lagi Kepimpinan Ulama’. Majlis Syura PAS – Dewan Ulama’ boleh

23

ht t p : //u m m a hon l i ne .wordpre s s .c om /2 0 0 5/0 5/17/mo h a m a d- s a bumereformasikan-pemikiran-ulama-kita-siri-4-terakhir/



Agama & Hegemoni Negara

69

sahaja stick dengan ide Kepimpinan Ulama’ tetapi mestilah semua orang boleh akur dengan redha. Bukan dengan pemaksaan bahawa ‘saya seorang ulama’ kerana belajar dari Azhar, maka bila saya masuk PAS, saya boleh menjadi pemimpin hangpa semua. Dan hangpa semua tidak boleh melawan saya, kerana barangsiapa melawan saya bererti dia telah melawan Allah dan Rasul…,” Ini sangat teokratik!!

70

Agama & Hegemoni Negara

Mereformasikan Kepimpinan Ulama’ (2) Mengulama’kan professional dan memprofesionalkan ulama’. (artikel ini barangkali sudah tidak lagi relevan, membuang masa untuk dibaca, kerana PAS telah pecah)

Idris Abdul Rasyid, menulis, ‘Pada pandangan saya, ahli syura tak perlu semua ustaz atau pak lebai, ia mesti ahli dalam bidang masing-masing. Ustaz belum tentu tahu semua benda, cari pakar politik, pakar ekonomi, pakar agama, pakar jurutera, pakar falsafah, pakar perundangan, pakar perubatan dan lain2 untuk memenuhi dewan syura. Barulah ia proaktif tidak pasif dan konservatif dan lebih menyedihkan jumud terhadap massa. Yang menggerakkan idea segar dalam PAS adalah mereka yang bukan ulama' pun, tanpa mengurangi hormat saya pada ustaz2 dalam PAS. Dan satu yang perlu kita perhalusi ialah maksud ulama’ itu sendiri supaya ia lebih menepati syariat dan ummat. ‘Terlalu ramai yang pakai cop ulama’ sampai kualitinya sudah “hilang” dan lebih karut bila ulama’ di-institusikan, siapa yang masuk kelab itu boleh dikira ulama’. Sebab itu ada ulama’ PAS ada ulama’ UMNO.’ 70



Agama & Hegemoni Negara

71

Shuhaib R Rumy juga menuliskan komentarnya, ‘Bagi akulah, geng Tarbiyah Pas patut contohi sistem Ikhwan/ Ikram. Diorang tak ada ekslusiviti golongan ‘ustaz’ ni. Setiap orang kena lalui marhalah (level) dalam pentarbiyahan dan pada akhirnya melahirkan ahli yang berkompetensi yang holistik dari pelbagai sudut seperti Intelektual, Rohani, Kefahaman Agama, Kejelasan Fikrah Organisasi, Ilmu alat, Ilmu Waq’ie, Fiqh 6 dan lain-lain lagi. Sebab itu dalam organisasi Ikhwan/Ikram jarang sekali timbul isu Ulama vs. Professional. Dan ya, sudut modal insan Pas perlu diperkasa. Yang kedua, Majlis Syura Ulama’ itu sendiri perlu diaudit tidak kiralah dari sudut pemilihan, aktiviti, mesyuarat-mesyuarat, kertas2 kerja dan lain-lain. Biar ada transperensi dalam kepimpinan ulama’ tersebut.’

Dua cadangan ini pada akhirnya akan membawakan kita menimbang semula tentang idea lama Ustaz Fadzil Noor yang telah usang tidak diusik kerna kebarangkalian idea ini boleh menggugah status kepimpinan sedia ada, iaitu, mengulama’kan professional, dan memprofesionalkan ulama’. Jika mahu diteliti akan idea besar Ustaz Fadzil Noor ini, ternyata beliau tidak rigid dan berkekal lama dalam status quo. Di era kepimpinannya, dengan gayanya yang tawaduk lagi marhaen, berbondong-bondong kaum professional menyertai PAS dan di zamannya juga, dia jelas mengisytiharkan sokongan terhadap DSAI yang dizalimi pada ketika itu, dan praktik terus apa yang diisytiharkannya dengan menyiapkan sebuah front baru untuk mendepani UMNO–BN iaitu Barisan Alternatif, yang kemudian telah dikoyak-koyak oleh kepimpinan yang seterusnya. Tontowi sendiri di dalam blognya ada menukilkan tentang idea Ustaz Fadzil Noor ini, betapa keperluan untuk

72

Agama & Hegemoni Negara

mengulama’kan professional dan memprofesionalkan ulama’ adalah idea yang tidak boleh dipinggirkan lagi jika tidak mahu PAS akan terpinggir dan terus terpinggir di masa mendatang. Tontowi menulis, Sebahagian tidak yakin kepada ulama’ kerana kononnya kelemahan mereka yang sangat ketara dalam pengurusan dan pentadbiran. Jika ulama’ ini boleh diprofesionalkan, insyaallah selesailah masalah. Sebahagian pula melihat profesional tidak boleh memimpin di kerusi tertinggi parti kerana kononnya tahap penguasaan ilmu agama mereka lemah. Jika profesional ini boleh diulama’kan, insyaallah selesailah masalah. Sebab kepimpinan bukan milik sesiapa tetapi milik mereka yang layak. Nabi saw kata, jika diserah urusan kepada mereka yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kehancurannya:

Apabila diserahkan urusan kepada mereka yang bukan ahlinya [bidangnya] maka tunggulah saat ketikanya [kegagalannya] Persoalannya, siapakah mereka yang layak? Allah swt. sebut di dalam al-Quran, sebaik-sebaik orang yang engkau mahu memberi upah [atau elaun] untuk menjalankan tugas ialah orang kuat dan amanah.

Jika meneliti dengan baik, apa yang dituliskan beliau, beliau sendiri mengakui akan Konsep Kepimpinan berdasarkan Kelayakan (atau dalam bahasa lain, meritokrasi) yang syaratnya jelas dan mudah iaitu Qawiy (kuat) dan Amin (Amanah). Tetapi tidak begitu pastilah, sejauh mana beliau stick – atau berpegang dengan apa yang ditulisnya.



Agama & Hegemoni Negara

73

Ada beberapa komentar yang menarik untuk dibawakan ke sini, yang mengomentar Tontowi yang di akhir tulisannya itu (http://www.eperjuangan.com/2009/05/memprofesionalkan-ulamadan.html) tetap bertegas dengan ide Kepimpinan Ulama’. Achok Sabah mengatakan, ‘saya bersetuju dengan pandangan ustaz. Pemimpin mesti berilmu dan soleh. Cuma ilmu yg macamana??? Adakah sekadar ilmu agama yang baik sudah cukup untuk memimpin??? Bagi saya, pemimpin yang terbaik adalah mereka yg terbukti kepimpinanya di lapangan selain mereka juga perlulah mempunyai daya tahan yang kuat terhadap musuh. Sebagai contoh tidak senang ditipu oleh tawaran jawatan dari musuh. Dan mereka juga kenalah sedia menerima arahan dari majlis syura sebagai lambang kita sentiasa mematuhi syariat di dalam memimpin…,’

Tambah menarik bila seorang bernama Yunus bangkit meluahkan rasa skeptiknya, dengan bertanyakan beberapa soalan, Cuba jawab Soalan Saya ni 1. Apa takrifan Kepimpinan Ulama’?? Adakah kepimpinan berdegree FPI? 2. Kalau Kepimpinan berdegree FPI, maka ketahuilah bahawa ia bid’ah yang sesat yang tidak ada dalam nas dan mana-mana kitab bahawa yang jadi pemimpin mesti ada degree FPI. 3. Kalau tidak semestinya berdegree FPI, tetapi mempunyai penguasaan ilmu dan kesolehan, maka saya rasa Husam Musa termasuk ke dalam golongan tersebut. Sebab? Husam Musa adalah anak kepada Tuan Guru Haji Musa Salor dan sentiasa dikelilingi oleh golongan ulama’ seperti TG Nik Aziz, TG Hj Hashim. Bahkan tempat beliau mentadbir adalah kawasan ulama’ iaitu Pasir Tumbuh dan Demit.

74

Agama & Hegemoni Negara

4. Husam Musa boleh berbahasa Arab dan memahami serba sedikit hukum Islam. Sama juga seorang Ustaz tidak memahami keseluruhan hukum Islam melainkan yang beliau pelajari sahaja. Jika kita meninjau akan konsep – pengertian Majlis Syura Ulama’ di dalam Perlembagaan PAS, kita akan mendapati tiadalah terhalang untuk ahli Majlis Syura Ulama’ bertanding pada mana-mana pilihanraya. Akan tetapi sebenarnya, bagi saya berpandangan, apabila ulama’-ulama’ bertanding, ia akan melibatkan conflict of interest (konflik kepentingan). Nah, sekarang bagi menjelaskan conflict of interest pada konsep Kepimpinan Ulama’ ialah, bagaimana mahu memastikan konsep Kepimpinan Ulama’ itu benar, jujur, tulus lagi telus tanpa melakukan apa-apa kecurangan? Adakah apa-apa sistem untuk meng‘hisbah’kan Kepimpinan Ulama’? Kenapa PAS melalui Dewan Ulama’ nya tidak mahu mengulama’kan semua anggota-anggota PAS? Adakah takut dicabar hegemoni politik kaum ulama’ oleh anggota-anggota marhaen PAS yang lain yang juga belajar agama? Rushdunk memblog pandangannya, untuk membela Kepimpinan Ulama’, Pertama: Kepimpinan ulama’ membariskan golongan ilmuan Islam mentadbir sesebuah negara / gerakan, sedangkan teokrasi mendakwa sesebuah negara ditadbir oleh tuhan / wakil tuhan seperti yang diamalkan oleh firaun pada zaman Mesir kuno.



Agama & Hegemoni Negara

75

Kedua: Kepimpinan ulama’ bukan dasar yang menjadi ketetapan tapi lebih kepada sistem pentadbiran yang boleh berubah dan sudah tentu ia jauh daripada amalan despotik, sedangkan teokrasi merupakan satu ketetapan / kepercayaan dan popular dengan pemerintahan despotik. Respon saya dalam pembelaannya, bukankah sama sahaja dan sangat jelas persamaan antara teokratik dan Kepimpinan Ulama’? Dan hampir kabur, absurd perbezaan antara Kepimpinan Ulama’ dan Teokratik. Hampir tidak ada perbezaan langsung, melainkan yang satu berbaju Islam (Kepimpinan Islam) dan yang satu lagi bukan berbaju Islam (Teokratik).

Kenapa tidak Konsep Kepimpinan berdasarkan Kelayakan (meritokrasi)? Saya sebenarnya tidak bersetuju langsung akan konsep Kepimpinan Ulama’. Kerana konsep ini pada saya akan lebih menghampirkan diri pada kediktatoran kaum ulama’ (The Dictatorship of Ulama’) kerana pada saya, jika ulama’ sahaja boleh cakap tentang hukum-hakam, jika ulama’ sahaja boleh memimpin dunia, jika ulama’ sahaja boleh kahwin empat, jika ulama’ sahaja boleh mengkritik tetapi tidak boleh dikritik semula, bukankah jelas bahawa Kepimpinan Ulama’ akan lebih cepat korupnya (absolute power corrupt absolutely)? Kalau komunis yang dicita-citakan oleh Marx sangat mulia, tetapi telah dirosakkan oleh Stalin, melalui regim birokratiknya, bukankah sama juga dengan Islamis, apabila hanya ulama’ sahaja berkuasa, hanya ‘ulama’ sahaja boleh memimpin (yang lain ikut sahaja, yang lain dengar sahaja) kerana ulama’ sahaja boleh berhubung secara langsung (direct) terus dengan Tuhan?

76

Agama & Hegemoni Negara

Saya lebih serius untuk kritis, apakah mudah sangat untuk menjadi ulama’ di Malaysia umumnya, dan mudah sangat menjadi ulama’ PAS khususnya? Adakah mudah sangat? Berapa banyak kitabkah yang mereka telah mengaji selain dari kitab kuning? Berapa banyak buku ‘musuh Islam’ yang mereka telah baca? Berapa banyak buku pula mereka telah tulis? Semua ini harus menjadi perkiraan untuk menentukan kemuktabaran seseorang ulama’ di Malaysia dan di dalam PAS. Bagaimanakah dia boleh menjadi Ketua Dewan Ulama’ sedangkan dia tidak pernah menghasilkan apa-apa karya keagamaan? Inilah kerja Kaum Ulama’. Orang akan melihat bahawa Dewan ‘Ulama’ dan Majlis Syura PAS adalah dua entiti parti yang tidak berkepentingan. Pemimpin, bekerja memimpin. Sementara perumus hukum, akan bekerja untuk merumus hukum serta kaedah-kaedah siasah yang baharu, jika mereka tidak berani untuk memimpin demonstrasidemonstrasi melawan rejim pun tidak mengapa, tetapi jangan menjadi penghalang kebangkitan massa, dan konsistenlah menulis karya-karya pencerahan untuk memobilisi kebangkitan massa, bukan duduk diam di dalam dewan aircond dan mencantas siapasiapa yang berpotensi. Saya mungkin tidak bersetuju dengan takrif ulama’ menurut geng Multiversiti yang agak longgar. Mereka menyatakan, semua ahli PAS itu adalah ulama’ dalam konteks erti ulama’ yang lebih luas. Mereka ini semua mahukan politik negara ditadbir dengan berteraskan prinsip agama suci kita, Islam. Semua ahli PAS memperjuangkan Islam. Sebab itu mereka masuk PAS. Bila seseorang itu layak menjadi ahli dalam parti tersebut maka dia sudah diterima sebagai seorang ulama’. Sekaligus semua ahli PAS layak menawarkan diri sebagai pemimpin parti tersebut. Hak ahli untuk memilih dan dipilih, mengundi dan diundi, ada dalam



Agama & Hegemoni Negara

77

Perlembagaan PAS itu sendiri. Bukankah kesamarataan hak ahli merupakan syarat utama yang perlu kita akur sebelum sesebuah parti politik itu diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan?

Apapun, ketidaksetujuan kita pada takrif ulama’ yang agak longgar itu, bukanlah bermakna kita bersetuju terhadap sistem PAS sekarang yang sudah menuju tahap kasta memiripi apa yang pernah diamalkan di kebanyakan pengamalan masyarakat terdahulu. Hanya segelintir ‘orang agama’ sahaja layak memerintah kita, dan berkomunikasi online dengan Tuhan (meminjam frasa Isham Rais) sementara yang lain-lain cuma boleh berhubung dengan Tuhan, melalui mereka. Ini sangat mirip Katolik sementara, PAS tidak boleh menafikan lagi bahawa birokrasinya sudah hampir dengan agama-agama lama yang sangat mementingkan kasta. Kalau kita tidak mahu mengambil contoh klasik seperti yang didengungkan di dalam Qur’an iaitu Talut, seorang pemuda marhaen, bukan dari kaum ulama’, yang memimpin gerombolan kaumnya menentang rejim Jalut (Goliath), ataupun jika kita tidak mahu mengambil contoh sejarah kepimpinan menurut Sunnah, iaitu Umar Abd Aziz (Umaiyah) Salahudin Al–Ayyubi (Ayyubiyah) dan Muhammad Al–Fateh (Uthmaniyyah) maka contoh-contoh kepimpinan politik Islam moden harus dijadikan perkiraan, seperti Morsi (Mesir), Ghannouchi (Tunisia) ataupun yang lebih lama dari itu ialah Erdogan–Abdullah Gul (Turki) yang mana contoh-contoh kepimpinan politik Islam moden ini, bukanlah dari jalur atau seperti digariskan oleh PAS sebagai ulama’. Jika di Malaysia, tokoh-tokoh tadi disebut sebagai kelompok professional.

78

Agama & Hegemoni Negara

Dan konklusi saya, jika mahu mengambilkira saranan Shuhaib R Rumy tadi, (tiada lagi eksklusiviti golongan tertentu) jadikan sahaja semua orang di dalam PAS ini ulama’ dan juga professional (menegaskan lagi cadangan geng Multiversiti), maka selesailah sudah masalah ataupun konflik antara professional dan ‘ulama’ bila semua sama-sama ulama’ dan semua sama-sama professional.

Agama & Hegemoni Negara



79

Melawan Authoritarian Agama

‘Saya yakin bahawa authoritarianism agama lebih buruk daripada authoritarianism politik, meski keduanya sama-sama terkutuk’ (Asghar Ali Engineer)

Kalangan aktivis-aktivis politikal yang mempunyai ideologi di Malaysia kurang memahami realiti yang sebenarnya wujud di Malaysia. Mereka terlampau dambakan perubahan secara drastik, dengan tangan mengacung di jalan, serta teriakan ‘revolusi’, ‘hidup-hidup’, dan ‘mati-mati’. Kata Asghar, orang yang berbuat demi harapan memperoleh hasil dengan segera adalah orang yang bertindak demi kepentingan materi semata, mereka tidak memperhitungkan seberapa besarkah keyakinan mereka. Itu adalah satu pattern aktivis yang jenis malas berfikir dan mahukan penyelesaian yang mudah, akibatnya sampai ke hari ini, mereka hanya menguasai jalanraya, dan mereka dipandang sinis oleh aktivis-aktivis pasaran bebas. Sementara aktivis yang lebih canggih pemikirannya, terlalu euro centric, sampai tak tahu, di bumi mana mereka berpijak. Apa 79

80

Agama & Hegemoni Negara

yang berada di Barat, sewenang-wenangnya, mahu dibawa pulang, tanpa disamak terlebih dahulu. Menyebabkan, mereka jaguh dalam diskusi, tapi tempang dari segi aksi. Setiap tahun ahli mereka hanya boleh dibilang dengan jari, atau mereka hanya sembang entah apa benda dalam Facebook. Ini adalah penyakit inferiority complex yang menyebabkan mereka syok sendiri dan tak mampu membangkitkan ideologi dengan sentuhan budaya setempat, sebaliknya mabukkan pendekatan Eropah, dan membutakan mata terhadap hakikat setempat. Akibatnya, label-label negatif ditampal di buntut mereka tanpa mereka sedari. Tanpa memahami realiti, kelompok aktivis akan sering berada di belakang gerakan-gerakan yang opportunist. Mereka tidak menyedari bahawa daulah bukanlah sebatas parti pemerintah, sebaliknya daulah telah mencapah luas menjadi sebuah sistem yang maha sempurna, di mana daulah tidak hairankan langsung tentang jerit dan sorak di jalan, kerana DBKL, FRU, Ketua Twitter Negara ada untuk membereskan ‘budak-budak nakal’ di jalanan. Atau kalau perlu, cukup mereka mengupah samseng-samseng mat rempit untuk membuat kacau di jalanraya.

‘daulah bukan parti, daulah adalah sistem’ Kerana daulah telah melembaga menjadi sistem. Daulah telah menjadi polis, askar, bomba, penjara, pejabat pos, pengangkutan awam, sekolah, tadika, tabika, universiti, silibus, penganjur bola sepak, penganjur maharaja lawak, stesen TV, stesen radio, sebut apa sahaja, semuanya adalah tentera daulah, dan ini tidak boleh ternafi, jika anda nafi, anda bodo. Daulah telah menjadi sebagai cara fikir kita. Bahkan, jangan tertipu bahawa gerakan-gerakan yang



Agama & Hegemoni Negara

81

menentang daulah juga tidak terkesan dengan daulah. Walaupun gerakan-gerakan yang menentang daulah, tetap menentang daulah, tetapi sedikit sebanyak, gerakan-gerakan yang menentang daulah, akan berpenyakit seperti daulah ((keronisme, rasuah, pecah amanah, songlap duit rakyat, gila kuasa, tak reti nak turunturun)) akan bermain dalam padang bola daulah, akan memakai sistem-sistem yang dipasang-siap daulah, mendorong massa untuk percaya, jalan untuk perubahan, adalah jalan yang ditawarkan oleh daulah. Termasuk yang saya mahu singgung, adalah agama yang bureaucratic, atau agama yang authoritarian. Kerana itu mana-mana gerakan aktivis yang mengesampingkan agama, akan tertinggal berbatu-batu di belakang gerakan yang populist dengan agama. Saya bukan orang statistik / orang data untuk memberikan fakta itu semua, tetapi cukup untuk kita semua tahu, sama ada Salafi dan Syi’ah, gerakan yang berorientasikan agama juga masih jauh di belakang Ashairah / Tradisionalis (memegang tampuk pemerintahan), *sedangkan mereka wujud lebih lama, apatah lagi jika ada mana-mana gerakan aktivis bermusuh dengan agama, atau dilabel anti agama.

‘menganalisa agama lebih cermat’ Tetapi yang diperlukan adalah menganalisa authoritarian jenis agama ini. Dan authoritarian jenis agama ini yang bermasalah dan perlu dilawan. Kita tidak perlu dolak-dalik lagi akan sikap ini. Semua orang tidak bersetuju dengan authoritarian agama ini. Hanya yang menjadi authoritarian agama sahaja selesa menjadikan agama sebagai kuda tunggangannya. Tetapi kita sering terperangkap antara mereka yang menggunakan agama sebagai ‘adult toy’ mereka, dan mereka yang menjadikan agama sebagai

82

Agama & Hegemoni Negara

‘punch bag’; sekiranya kita menghukum agama berdasarkan dua jenis pattern ini, kita adalah naif. Agama boleh menjadi candu, bergantung kepada siapa yang menjadi penafsirnya. Jika emansipator – liberator yang menafsirkannya, maka agama itu adalah sulit untuk menjadi alat ruling class. Jangan dok jadi bodoh dengan mengatakan agama adalah ciptaan kelas pemerintah. Kerana Moses (pendiri agama Yahudi) dan Jesus (pendiri agama Kristian) bukanlah berasal dari ningrat pemerintah. Bahkan mereka adalah nabi-nabi yang melawan pemerintah (Pharaoh dan Byzantium Rome). Tetapi agama juga berpotensi digunakan oleh kelas pemerintah (baca: oppressor) , seperti yang pernah tercatit dalam tinta sejarah. Sekali lagi, bergantung kepada siapa yang menafsirnya. Jika penafsirnya seperti Imam Mawardi, maka rakyat akan bertuhankan pemerintah Abbasiyah. Jika agama itu ditafsirkan oleh orang seperti Imam Khomeini, Kedutaan Amerika akan ditawan. ((Walaupun kita boleh berbeza pendapat, apa dah jadi pada Iran pasca revolusi)) Kerana itu adalah tidak bijak jika hal ini diabaikan sama sekali dalam perkiraan kalangan aktivis. Kerana sama ada suka atau tak suka, rakyat Malaysia tidak akan menjadi atheist, secara berbondong-bondong. Orang tetap nak beragama, tetap nak berdoa, tetap nak berubat dengan Haron Din, mereka tidak akan mencari Richard Dawkins bila mereka sakit. Maka, menganalisa agama lebih cermat, boleh dikatakan sikap yang bijak untuk melancarkan perubahan di Malaysia. Mengkaji semula teks-teks usrah, literature-literature mazhab, pandangan -pandangan populist, sosiologi segala agama yang berada di Malaysia, harus dibelek, dan diperbincangkan, kemudian dirumus, agama atau agamawan yang perlu dilawan? Dan kalau agamawan, agamawan jenis yang mana?



Agama & Hegemoni Negara

83

‘menghuraikan agama yang authoritarian’ Di sana nanti kita akan membezakan, ini agama, atau ini dogma daulah agar rakyat cuma pasrah. Adakah ini hukum Allah, atau hukum yang digunakan parti fundamentalis untuk meraih kuasa, Kerana seperti daulah yang telah mencair kepada menjadi sesuatu yang diterima, seperti itu jugalah agama yang telah menjadi ketua agama, menjadi mufti, menjadi jabatan-jabatan agama, menjadi pusat zakat, yang sekiranya hegemoni mereka dicabar, mereka akan menampar kepala kita; awak mencabar agama! – ketika itu pertanyaan harus menjadi radikal; adakah ini agama, atau kuasa berbajukan agama?

Perbincangan harus menganalisa sejauh mana potensi agama untuk mendorong kebangkitan rakyat, adakah agama ada masa hadapan? Apakah di Malaysia kita memerlukan teokrasi, atau secular state? Adakah teokrasi boleh melindungi marga yang berbeza? Atau mungkin idea sekularisme harus diteliti kembali? Adakah sekularisme hanya mempunyai satu warna? Teks-teks Negara Islam (Islamic State) harus dicabar dengan realiti semasa bahawa fikrah monopolistik adalah merbahaya apabila dijadikan magnum opus mana-mana gerakan. Wacana tentang civil society, cosmopolitan, tentang pluralism, bagaimana orang-orang berlainan agama boleh hidup di bawah satu bumbung harus dijadikan bahan study. Jika perlu bahan ini dicairkan semudah yang mungkin; dijadikan teks usrah, khutbah jumaat, kuliah atau di perbincangan santai di kedai kopi. Perdebatan-perdebatan sebegini, sekiranya masih belum rancak, dan bacaan-bacaan dalam bahasa kelompok terbesar (dominan) iaitu Melayu (Malaysia) masih tidak banyak, maka kaum aktivis hanya layak menang di kilang-kilang dan di jalanraya.

84

Agama & Hegemoni Negara

Sekiranya anda percaya cukup hanya menang di kilang dan jalanraya, kemudian kita akan sampai ke Putrajaya, artikel ini hanya membuang masa anda sahaja.

Agama & Hegemoni Negara



85

Malaysia: Ke Arah Negara Islam Totalitarian (tersiar di Projek Dialog) ‘…terhadap komunis, Maududi menentang keras kekuasaan totalitarian mereka dan pengekangan kebebasan dengan memaksakan pemberlakuan filosofi Marxist. Namun bukankah Maududi sendiri ingin membangun totalitarian versi Jamaat Islami dengan menggunakan nama Islam? Atau apakah ia yakin bahawa totalitarianism harus ditentang jika dilakukan dengan menggunakan ideologi sekular dan harus disambut gembira jika dilaksanakan atas nama Islam? Apakah bezanya antara penganiayaan, penyiksaan, atau bahkan pembunuhan yang menggunakan nama agama dengan yang menggunakan nama sekular?’24 – Asghar Ali Engineer

Totalitarian: sebuah sistem pemerintahan, yang menjadi musuh kepada sistem pemerintahan demokrasi. 24

Asghar Ali Engineer, 2000, Devolusi Negara Islam, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, hal. 234.

85

86

Agama & Hegemoni Negara

Ia sebuah sistem pemerintahan dari suatu negara, yang bukan hanya berusaha mengontrol (mengawal) segala aspek ekonomi dan politik masyarakat, tetapi juga selalu berusaha menentukan nilainilai baik dan buruk, kepercayaan, anutan, dan faham sesebuah masyarakat. Hasilnya, tak ada lagi batas pemisah antara hak dan kewajiban oleh negara dan masyarakat. Dalam sistem totalitarian, bukan negara yang melayani masyarakat, tetapi sebaliknya sebanyak mungkin anggota masyarakat, khususnya mereka yang bekerja di lembaga–lembaga pemerintah diwajibkan melaksanakan berbagai tugas untuk membantu penguasa membangun negara ke arah bentuk yang ideal. Contohnya diwajibkan menjadi anggota satu-satunya parti politik atau satu-satunya serikat buruh ciptaan pemerintah. Apabila sesebuah nilai, dianggap oleh penguasa sebagai bentuk ideal, maka nilai tersebut akan dimasukkan ke dalam kepala masyarakat, sebagai pola fikir rasmi, pola fikir daulah.

Totalitarian tidak mengira budaya Berbagai bentuk sistem totalitarian telah wujud semenjak hari– hari mula manusia mengenal apa itu ketamadunan. Tambahan pula sistem totalitarian ini boleh sahaja didirikan oleh orang-orang berketurunan Nabi-nabi suci, orang-orang yang bercakap Arab, orang-orang berkulit putih, berkulit hitam, bahkan sawo matang. Sistem totalitarian tidak mengenal ras, agama bahkan kepercayaan. Boleh jadi di sini adalah perbezaan-perbezaan antara pemeluk totalitarian tetapi semuanya memilik ciri-ciri bersama, iaitu sekurang-kurangnya dua yang utama, iaitu adanya ideologi

Agama & Hegemoni Negara



87

yang disuapkan, disebarkan dan dipaksa masukkan (sama ada secara sedar ataupun tidak) ke dalam berbagai aspek kehidupan sehari-harian masyarakat dan keberadaan satu parti politik tunggal agar seluruh komponen masyarakat boleh diorganisir (diselia) melalui sebuah parti tunggal tadi.

Alasan agama Pimpinan parti tunggal ini adalah jelmaan Tuhan. Sekiranya pada zaman-zaman klasik, dalam zaman monarki yang ketika itu belum dikenal sebuah perkataan bernama parti, konsep ini di dalam Arab-Islam, dinamai sebagai ‘zillullahu fil ard’, atau ‘bayang Allah / Tuhan di muka bumi’, seperti itulah konsep totalitarian inimahu menjadi, dalam zaman moden ini. Sistem ini mahu mengawal segala-galanya. Pimpinan parti tunggal ini akan mengontrol sistem perpolitikan negara, termasuk lembaga-lembaga pengadilan, parlimen (jika ada), lembagalembaga pendidikan (taska, taski, tadika, tabika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, sekolah tak agama, sekolah asrama, sekolah tak asrama, pondok, kolej swasta, universiti) mengawal komunikasi seperti suratkhabar, radio, tv, bahkan di zaman moden ini, masih ada sosok yang gila mahu mengontrol internet meskipun sudah bersara dari jabatan presiden, samalah seperti kawalan Republik Rakyat Tiongkok (China) terhadap internet.

Malaysia totalitarian? Bukankah itu yang tengah berlaku di Malaysia sekarang? Ekonomi politik sosial yang sudah menjadi semakin sial dan sundal hari demi hari, dan ahli-ahli politik sekular konon-konon

88

Agama & Hegemoni Negara

sudah terima agama sebagai cara hidup, walhal sama ada mereka sedar atau tidak, mereka sedang memperkudakan agama, dan menunggangnya menjadikan kuda tunggangan untuk mencapai serakah nafsu politik mereka yang lebih liar dari kuda, untuk meraih kertas-kertas undi. Bilangan pendengar ceramah-ceramah politik mereka yang semakin merosot dan susut, maka digunakanlah agama sewenangwenangnya. Sebenarnya, tujuan paling fundamental mereka adalah terus berkuasa sampai kiamat, membolot hegemoni politik dan ekonomi, dan semua ini cuma dimilik oleh segelintir elit (kroni) mereka. Timbunan-timbunan kekayaan bumi ini cuma beredar-edar di sekitar mereka sahaja. Maka mereka memerlukan sebuah tajuk yang bodoh untuk sebuah masyarakat yang tak mahu berfikir. Tanpa referendum dan kesepakatan (konsensus) rakyat, dan semuanya cuma diputuskan oleh segelintir elit berkopiah dan berserban wajarlah dilawan tanpa belah bagi. Mereka sepatutnya sedar, bahawa perangai ini adalah perangai jahat, bodoh dan sombong, yang sekiranya, lawan mereka pula melakukan, mereka akan menentang mati-matian. Sekiranya negara ini diperintah oleh watak sekular dari garis keras seperti Attarturk, yang melarang simbol-simbol agama dan sangat gilakan barat, maka apakah reaksi mereka?

Jalan keluar? Asghar Ali Engineer menulis: ‘negara-negara Islam fundamentalis telah mencampakkan nilai-nilai falsafah Islam dan cenderung menerapkan Hudud ini secara mekanis. Negara-negara ini tidak cukup memiliki pemahaman dan kesedaran untuk menerapkan



Agama & Hegemoni Negara

89

Hudud dalam perspektif falsafah dan rohani yang tepat. Mereka lebih menitikberatkan pada keuntungan politik daripada manfaat spiritualnya. Mereka tidak lagi mempedulikan kehidupan dunia dan akhirat. Mereka hanya memikirkan kepentingan politiknya.’ Polemik ini sebenarnya sudah begitu busuk dan basi, tetapi masih diusung ke sana ke sini sampai ke hari ini, kerana wujudnya tukang-tukang politik yang hanya memikirkan pilihanraya dan perut masing-masing, dan wacana rakyat yang lembab dan dibiarkan stagnan, statik dan beku. Polemik kerat tangan orang, rejam sampai mati ini, cuma laku ketika rejim-rejim konon bertuhan ini mulai dipertikai, mulai dipersoal, mulai dipertanyakan tentang sikap-sikap mereka, terhadap kekakuan ekonomi, lantas mereka mengalihkan keisu undang-undang fundamentalist untuk meraih perhatian massa yang kononnya beriman. Undang-undang, sepatutnya keadilan adalah esensi utamanya: Rahmatan lil ‘alamin dalam konteks Islam. Tetapi di manakah keadilannya, jika undang-undang seberat Hudud, hanya jatuh kepada orang-orang Islam? Jika pelakunya adalah dua orang dari agama yang berbeza, maka yang berat menimpa yang Islam, dan yang ringan kena kepada bukan Islam, dimanakah keadilannya? Di manakah tarbiyahnya? Lebih jauh lagi elit di Malaysia berada terlalu tinggi di langit, dan nampaknya begitu sukar sekali undang-undang Islam untuk mencapai mereka, apatah lagi untuk merotan mereka! Jadi, undang-undang dipakukan kepada rakyat bawah,sementara mereka-mereka yang di atas, akan sentiasa di atas (above the law), di manakah keadilannya?

90

Agama & Hegemoni Negara

Islamis jangan perasan Penggemar-penggemar kanun Islam di Malaysia, janganlah perasan bahawa mereka satu-satunya negara Islam yang pertama di dunia moden ini yang mahu mendaulatkan hukum Tuhan. Rejim Zia ul Haq (Pakistan), rejim monarki Saudi dan Bolkiah (Brunei) juga telah melaksanakannya, apakah mereka lebih okey dari kita? Kita boleh melihat hal ini dengan kunjungan Muhyidin Yasin ke Kelantan menziarahi Nik Aziz, Asyraf Wajdi Dusuki dengan Nik Aziz,dengan paparan besar di akhbar pembangkang: ‘PAS TIDAK TUNDUK’. Kemudian bola tanggung ini disambut tradisi cliché dari DAP, rakanrakan non Muslim lain, bahawa ini cuma mimpi (walhal, mereka pun tahu bahawa ini cita-cita PAS semenjak azali lagi, seperti mereka yang bercitacitakan Malaysian Malaysia). Kemungkinan besar, tokoh reformasi popular DSAI akan dimasukkan ke dalam (penjara) untuk jangka masa yang lama, sementara Karpal Singh (ikon yang paling tegar menentang totalitarian di Malaysia) pula telah mati. Negara Islam fasis, yang tidak melalui perbincangan seluruh rakyat, dan demokrasi rakyat jelata, hanya boleh berlangsung dengan jayanya apabila seluruh penggiat-penggiat fasisme seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali, ISMA, PERKASA, PEMBINA dan fundamentalis-fundamentalis kanan seperti PAS bersatu hati.

Agama & Hegemoni Negara



91

Apa Dia Islamis? Islamis adalah mereka-mereka yang mau menjadikan Islam sebagai cara hidup (way of life/deenul hayat). Ada yang kekal di status quo fundamentalist. Dan ada yang berubah ke peringkat moderat seperti Ghannoushi. Dalam ringkasan ini Arab Spring di Mesir, Bouazizi di Tunisia serta Ghannoushi tidak dibincangkan. Diawali dengan Jamaludin Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Rida, Sir Muhammad Iqbal dan Muhammad Asad dalam zaman Pan Islamisme. Kemudian proses ini membuahkan beberapa kumpulan revolusioner fundamentalis seperti Ikhwan Muslimin dan Jamaat Islami.25 Hasan Albanna dan Syed Qutb antara legend dalam gerakan Ikhwan selain pemikir feqh yang popular iaitu Yusuf Qardhawi. Abaikan sahaja Abdul Lathief Ghazal yang menulis kitab bertajuk Da’wah Jamaluddin Al Afghani fi Mizanil Islam yang menyebabkan sesetengah kita berani menulis bahawa Afghani adalah seorang penyeru pembidaahan. Adakah jika melawan pembodohan, pendoktrinan, pendogmaan, perhambaan dan

Asghar Ali Engineer, 2000, Devolusi Negara Islam, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, hal. 197.

25

91

92

Agama & Hegemoni Negara

penjajahan membuatkan seseorang itu dilabelkan sebagiai tukang bidaah? Faedah usaha gigih lagi kental zaman Pan-Islamism ini sangat banyak sekali, di antaranya, melahirkan Abduh dengan UrwatulWuthqa. Gerakan ini memberikan sumbangan bukan kepalang berbentuk fikrah hingga terlahir Rasyid Rida dan Ikhwan Muslimin. Walaupun Ikhwan Muslimin diasaskan oleh Albanna, akan tetapi tidak dapat dinafikan Ikhwan adalah gerakan yang terkesan daripada gelombang Pan-Islamism Afghani-AbduhRida. Seterusnya, rantau nusantara juga tidak boleh mengengkari akan jasa dari kebangkitan gelombang ini. Tanpa mengambil kira Ikhwan sekalipun, pendiri Muhammadiyah Indonesia, Ahmad Dahlan termasuk Buya Hamka turut terinspirasi dari gagasan Pan-Islamism. Jamaat Islami di Pakistan (era yang sama dengan AlbannaQutb) pula digerakkan oleh Abul A‘la Maududi di mana gerakan fundamentalism-Islamism ini selalu bertembung pandangan dengan pemikir Islam (New Delhi) Abu Hasan Ali An-Nadwi. (sumber, tulisan Maza dalam Majalah I ) Agak jarang dalam perbincangan muslim moden hari ini mahu menisbahkan Syeikh Bediuzzaman Seid Nursi ke dalam gerakan Islamism atau di Malaysia kerap sekali dipanggil haraki. Meskipun di Turki sebelum kewujudan AKP pimpinan Erdogan, wujudnya gerakan fundamenstalism-politikal dipimpin Erbakan iaitu Parti Refah, pengaruh Syeikh Bediuzzaman Seid Nursi lebih menyerlah dalam Tafsir Rasail An-Nur dan pembentukan gerakan pendidikan Gulen (dipimpin Fethullah Gulen) dewasa ini di Turki. Selain itu Syeikh Bediuzzaman Seid Nursi yang sempat bertembung dengan pendiri sekular Turki, Attarturk, pernah mengungkapkan slogan anti politik berbunyi ‘a‘uzubillahi minasy



Agama & Hegemoni Negara

93

syaitanwas siyasah.’ (aku berlindung daripada syaitan dan siyasah) Dari rahim dunia Syi’ah, lahir pula gagasan kepimpinan ulamak atau wilayatul faqih (yang kemudian diceduk oleh Parti Islam Se-Malaysia PAS dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak) dipimpin Khomeini memaku Shah Palavi sampai tumbang ke bumi. Boleh sekiranya mahu dikatakan Ali Syari’ati juga mewakili jalur fundamentalis-islamis, tetapi dalam versi intelektual. Ali Syari’ati seperti berlaga dengan Khomeini, bila Ali Syari’ati mengemukakan gagasan Syi’ah merah, bertentangan dengan konsep Syi’ah hitam. Dari sudut Sunni-fundamentalisme, Syed Qutb agak menyamai Ali Syari’ati dari sudut latar belakang dan idea revolusioner tetapi gagasan fundamentalism-Syed Qutb telah pergi jauh hingga ke peringkat Jamaah Takfir Wal Hijrah. Kita boleh mengatakan Syed Qutb tidak bersalah dalam permasalahan ini, akan tetapi tidaklah boleh dinafikan langsung bahawa ektremis-ektremis Islamis banyak lahir selepas terkesan dengan karya-karya yang dikarang oleh Syed Qutb. Taqiudin Nabhani seterusnya adalah pelopor idea Khilafah yang hampir tidak didengungkan secara serius oleh kebanyakan gerakan-fundamentalis selepas runtuhnya babad Khilafah di tanganAttarturk. Hizbut Tahrer adalah gerakan yang dipusatkan seluruh fikrah ke arah pembinaan semula Khilafah, secara total. Perbezaan jelas antara gerakan fundamentalism Hizbut Tahrer dengan gerakan fundamentalis bermodel Ikhwan ialah, Hizbut Tahrer menolak konsep tadrij, yakni pemeringkatan demi pemeringkatan dalam mencapai tujuan sementara gerakan bermodel Ikhwan yang berkonsepkan tadrij, menekankan maratib amal (yakni dari satu tingkatan pembaikan ke satu tingkatan pembaikan) Hizbut Tahrer percaya, jalan penyelesaian terhadap seluruh problem umat adalah dengan penegakan Khilafah secara total.

94

Agama & Hegemoni Negara

Boleh dikatakan asas gerakan fundamentalism-islamis ini, sangat menumpukan sekitar politik-perundangan dan agak mengabaikan hal-hal basic needs. Slogan yang selalu dipopularkan mereka seperti ‘tiada hukum melainkan hukum Allah, dan petikan-petikan surah al-Maaidah. Bukan tidak pernah wujud negara-Islam yang diutopiakan oleh gerakan fundamentalism haraki ini, bahkan wujudnya negara yang berbasis utopia tidak jelas itu seperti mendatangkan fitnah kepada umat islam sendiri seperti penubuhan negara Islam Pakistan, Saudi dan Sudan. Iran boleh dibawa ke perbincangan lain kerana wilayah-faqeh sendiri semacam doktrin agama sementara menunggu messiah kaum Syi’ah. Dan pencapaian Iran jika mau dibawa ke sini adalah lebih tinggi mengatasi kebanyakan negara-Sunnah yang lain. Saudi meskipun tidak disebutkan daripada awal, yang terkesan dengan dua watak iaitu Abdul-Aziz bin Saud dan Muhammad Abdul Wahhab. Dari Muhammad Abdul Wahhab inilah bermulanya ajaran Wahabi. Dari induk Saudi yang pro monarki (bukan Khilafah, bahkan pro Amerika) lahir Usamah Bin Laden, yang ada dakwaan mengatakan ianya cuma rekaan, ada yang mengatakan ianya memang kenyataan (akan tetapi boleh dimusnahkan dakwaan rekaan tersebut dengan argument bahawa, bagaimana Amerika boleh mewujudkan sebuah karekter dari negara Saudi yang memihak kepadanya? Adalah lebih logik Usamah Bin Laden itu dikatakan rekaan yang berasal dari Iran yang semenjak Revolusi Iran 1979, sangat memusuhi Amerika.) Juga Saudi sangat menekankan perlaksanaan undang-undang Islam seperti Hudud berbanding penekanan terhadap hak-hak kemanusiaan (berlakunya salahguna hudud terhadap pembantu rumah Indonesia) (boleh juga dibuat soalan nakal kepada PAS, apakah model negara Islam PAS??)



Agama & Hegemoni Negara

95

Dari akar fundamentalism-Saudi-Usamah Bin Laden- berbasis Syed Qutb terlahir sebuah gerakan pelajar pasca kejatuhan Soviet iaitu Taliban. Taliban yang seterusnya dipimpin oleh kaum Mullah kemudian membela Usamah selepas insiden 9/11. Dan sampai sekarang Taliban tetap terjajah di Afghanistan di bawah takluk Amerika. Al-Qaeda yang (menurut Azzam Tamimi) merupakan reaksi terhadap kebrutalan Amerika telah mengganas dengan dahsyat di beberapa belahan negara yang punyai kepentingan Amerika.

96

Agama & Hegemoni Negara

Gerakan Mahasiswa Islam: Dari Zakar Menuju Faraj (artikel ini barangkali sudah tidak lagi relevan, membuang masa untuk dibaca, kerana PAS telah pecah)

‘diperdayakan dengan kehidupan kolej tertipu dengan assignment yang makin menepu mencari zauj dan zaujah dalam kuliah dan pensyarah cuma tahu marah, dan marah pada pelajar-pelajar yang sudah mula pandai memerah fikrah pada pelajar-pelajar yang mula pandai mencabar pensharah dengan kekuatan hujah dan kematangan ilmiah dan seperti kata Maududi di hari graduasi betapa banyaknya tulang berselerakan menimbun di hari pengkalungan sebuah ijazah bak hari perkabungan para jenazah.’

Jika kita ada membaca Di Bawah Mendungnya Usrah, kita akan mendapati bahawa sang penulis merasa sangat terkilan, sangat kecewa, sangat bersedih hati kerana telah gagal di dalam alam per‘usrah’annya. 96



Agama & Hegemoni Negara

97

Kita pun tertanya-tanya, apakah benar tulisan menyedihkan itu? Apakah ianya benar-benar berlaku, atau cuma dongengdongeng orang lama, asatirul awwalin? Sebenarnya sekiranya kita ikhlas mencarikan kebenaran, pastilah kita akan berjumpa. Sekiranya kita berdegil menjauhi kebenaran, menyumbat telinga dengan ‘cutton budd’, atau earphone apabila kebenaran itu datang, maka kita tidak akan mendengar apa-apa. Sekiranya kita bertanya gerangan manakah gerakan mahasiswa Islam itu? Pastinya akan merujuk kepada gerakangerakan yang berorientasikan ‘haraki’ itu. Selalunya gerakangerakan ini ditandai dengan nama PMI. Kita tidak mahu memfokuskan kepada gerakan-gerakan intelligentsia yang tidak membumi sebaliknya mengakar ke langit dan tidak berjejak di tanah seperti gerakan dotdotdot itu. Seolah-olah tiada apa-apakah yang berguna di dalam gerakan mahasiswa Islam itu selain persoalan inzal? Maka kita menjawab, tidak ada. Boleh dikatakan hampir tidak ada yang berguna langsung pada gerakan mahasiswa Islam itu. Jika ada guna, apakah gunanya? Kalau kondom kita tahu gunanya apa. Kalau bra kita tahu gunanya apa. Kalau cd blue kita tahu gunanya apa. Kalau Tongkat Ali kita tahu gunanya apa. Kalau kacip Fatimah kita tahu gunanya apa, kalau gerakan mahasiswa Islam, apakah gunanya? Kita masih mencari juga apakah gunanya gerakan mahasiswa Islam walaupun kita hampir tidak berjumpa apakah gunanya gerakan mahasiswa Islam itu selain membantah konsert. Apakah kondom lebih berguna dari gerakan mahasiswa Islam? Nampaknya begitu. Kondom lebih berupaya menyelamatkan bayi luar nikah daripada lahir sementara gerakan mahasiswa Islam nampaknya lebih gatal untuk bernikah dan membuat

98

Agama & Hegemoni Negara

anak, dan gerakan mahasiswa Islam sampai ke hari ini pun tidak berupaya mencegah kelahiran-kelahiran anak luar nikah, yang akhirnya kemudian akan disisihkan! Yang sepatutnya memalukan sebenarnya adalah, anak-anak luar nikah yang kebanyakan disisihkan itu hampir kebanyakan datang dari anak-anak orang Islam sendiri, yakni dari anak-anak yang seagama dengan orangorang gerakan mahasiswa Islam. Nampak tak? Ternyata gerakan mahasiswa Islam lebih teruk daripada kondom di seven e itu. Seolah-olah gerakan mahasiswa Islam kita sekarang sedang berperang di Palestin, di Syria dan di Mesir. Seolah-olah mereka telah berjaya membunuh si dajal Assad dan as – Sisi yang laknat itu. Seolah-olah. Seolah-olah mereka sedang bertarung bermatimatian untuk mendapatkan ganjaran berupa perempuanperempuan idaman, yakni bidadari. Maka di bumi lazat berinzal, di langit pun mendapat nikmat inzal. Seolah-lah! Mereka seperti tidak duduk di Malaysia sahaja gamaknya. Mereka seperti naik kereta kebal dengan Khaled Mashal dan merancang ingin menggerudi bawah tanah, melepasi Laut Merah dan Sungai Nil untuk membawa lari Morsi yang kalah itu. Seolah-olah! Mengapa tidak aku berfikir sebegitu? Kerana aku tidak melihat apa pun yang telah berlaku disebabkan gerakan mahasiswa Islam di tanahair ini. Aku tidak melihat apa-apa. Mereka ini sudahlah gagal kerana mengambil kos-kos yang tidak berfaedah seperti Islamic studies bahkan dalam praktikal gerakan, mereka juga turut hampeh sama sekali. Mereka sangat sibuk sekali bersorak takbir Allahuakbar kuat-kuat, dan demonstrasi menyesakkan dan menyemakkan jalan demi tanah Arab itu. Aku pun tengah berfikir, apakah tok-tok Arab itu pernah berdemonstrasi pada 13 Mei atau ketika Memali tengah terbakar satu masa dulu. Manakala yang muslimah–perempuan–pula, apakah yang



Agama & Hegemoni Negara

99

mereka buat? Selain berpurdah dengan bergaya artis-artis ‘hijrah’, apakah yang muslimah-muslimah ini buat? Mereka ketagih sangat nak menjadi pemimpin di masa hadapan, Maryam Jameelah, Zainab al–Ghazali dsbnya (aku pun tidak tahu berapa ramai sangatkah muslimah-muslimah power) apakah buku-buku yang mereka telah menuliskan? Apakah cuma buku-buku novel cinta ana enti? Apakah hanya buku-buku jenis begitu? Buat apa masuk ke gerakan mahasiswa Islam sekiranya hanya mahu menulis novel islamis hedonis sebegitu? Maka dengan melangkah jantan aku bertanya, straight to the point kata orang putih, apakah yang telah mereka melakukan? Aku tidak melihat mereka melakukan sesuatu apa pun, melainkan cumalah gerakan mahasiswa Islam mereka menjadi sebuah platform untuk amir (ketua lelaki) mencari awek-awek cun untuk dijadikan isteri dan segala mak nenek yang tidak penting. Aku hampir tidak berjumpa apa-apa yang menarik tentang usrah sebenarnya. Kalau intelektualisme yang diperjuangkan oleh gerakan mahasiswa Islam, buku apakah yang telah mereka hasilkan di dalam pergerakan itu? Aku pun hendak baca juga. Adakah mereka terlaku kedekut, terlalu sirr wa hazar, atau terlalu bodoh sampai tidak boleh menghasilkan sebuah buku apa pun untuk dibaca rakyat? Mereka juga nampaknya gemar pada nasyid yang menyebabkan mereka tenggelam dalam lagha dan futur. Futur adalah sejenis perkataan yang mereka reka-rekakan, yang pada akhirnya menyebabkan selepas mereka berinzal, dan mempunyai baby, mereka sudah tidak kelihatan lagi di lapangan demonstrasi. Mengapa aku menyentuh nasyid? Kerana nasyid jiwa mereka lembut, dan gedik, mereka seperti boyband, mereka seperti Justin Bieber, mereka seperti gundik-gundik lelaki, yang menyebabkan

100

Agama & Hegemoni Negara

mereka tidak berhati kering berjiwa radikal. Nasyid antara faktor yang tidak boleh diremehkan. Sepatutnya mereka mendengar musik-musik punk. Disebabkan mereka penakut mendengar musik-musik melawanlah, yang menyebabkan mereka kantoi dan menyerahkan kalah kepada penyakit al-mutasakituna fi toriqud dakwah, mereka-mereka yang gugur di jalan dakwah. Kerana mereka daripada hari-hari mula lagi telah menyempitkan skop dakwah, dengan beruzlah sesama mereka di dalam masjid. Sepatutnya gerakan mahasiswa Islam adalah sebuah pergerakan radikal, yang membincangkan Islam ini mesti relevan bukan sahaja di masa sekarang, bahkan di masa hadapan juga. Gerakan mahasiswa Islam mesti menawarkan kepada massa bahawa Islam adalah penawar, alternative terhadap permasalahan umat manusia moden. Mereka sewajibnya menjadikan Islam sebagai benteng yang paling kukuh, yang paling ampuh untuk berdepan dengan ancaman – ancaman penjajahan baharu. Bukan hanya bersilat dalam ruang tetek bengek akidah yang tidak habishabis. Sampai bilakah mereka mahu berkungfu Sunnah – Syi’ah? Adakah bila Imam Mahdi datang baru mereka akan selesai bertikaman antara satu sama lain? Gerakan mahasiswa Islam sepatutnya membincangkan krisis-krisis ekonomi, bagaimana nak menyelesaikan permasalahan ekonomi dalam pergerakan mereka, bagaimana mahu menguruskan tabung pergerakan mereka agar mereka tidak perlu merengek-rengek kepada HEP, bagaimana mereka mahu menganjurkan sesebuah program yang berkualiti tanpa memerlukan dana program yang memerlukan biaya yang macam haram, bagaimana nak buat program keagamaan yang mengajak rakyat mahasiswa berfikir, sampai bila mahu mengajak ustaz jenakawan seperti Azhar Idrus sahaja? Tidak usahlah bercakap



Agama & Hegemoni Negara 101

TPPA mengekor buntut politikus-politikus gagal, tetapi bab ekonomi dalam kampus sendiri pun, gerakan mahasiswa Islam sangat culas dan tewas. Bagaimana pula tentang kaum buruh, bagaimana tentang pekerja-pekerja yang diintimidasi dengan upah di bawah paras gaji minima, bagaimana dengan kematian imigran-imigran yang bekerja kontrak, sampai bilakah kita mahu ‘berjuang di Palestin, Syria dan Mesir’, dan melupakan saudara-saudara kita di dalam daulah kita sendiri? Bagaimana pula tentang kaum gelandangan? Apakah mereka selamanya akan dipinggirkan? Bagaimana kaum gelandangan yang tiada pekerjaan? Bagaimana kaum gelandangan yang hilang pekerjaan, di manakah gerakan Islam mahasiswa? Kenapakah gerakan mahasiswa Islam tidak mahu berusaha menghadirkan kepada mereka peluang pekerjaan? Ah, apabila diserang bertubi-tubi begini, maka dijawab mereka bahawasanya, yang bertugas memberikan makanan kepada rakyat, adalah pemerintah. Maka bullshit apakah mahasiswa adalah jurubicara rakyat? Kalau gelandangan di Chowkit pun gerakan mahasiswa Islam tidak boleh setel, pekerja-pekerja seks di Lorong Haji Taib pun gerakan mahasiswa tidak boleh setel, maka ‘kecerdikan’ apakah yang membuatkan gerakan mahasiswa Islam terloncat-loncat isu Gaza yang jaraknya beribu-ribu kilometer dari tanahair sendiri? Hipokrasi apakah? Jadi apakah yang diperbincangkan di dalam gerakan mahasiswa Islam? Meneruskan kebodohan ulama’-ulama’ dan pemuda-pemuda konservatif PAS? Sudah-sudahlah membohongi massa di kampus-kampus bahawa gerakan mahasiswa Islam adalah gerakan indipenden. Sebenarnya semua ini adalah bernaung di bawah GAMIS, semuanya mendapat payung ‘abang

102

Agama & Hegemoni Negara

besar’ iaitu PAS. Maka tidak hairanlah ‘pemikiran PAS’ mengalir di dalam ‘pemikiran gerakan mahasiswa Islam’. Apakah yang diperbincangkan di dalam usrah? Apakah yang diperbincangkan di dalam tamrin? Kita mahu tahu juga. Kita mahu dengar juga, kita mahu mengaudit juga. Apakah keefektifan sistem perkaderan usrah dan tamrin? Usrah mereka akan cuma membincangkan bagaimana mahu berinzal. Dalam bahasa usrah, semua ini dilindungkan di bawah term, baitul muslim. Hanya itulah. Mereka seperti tidak boleh pergi terlebih jauh daripada itu. Hanya memikirkan selepas universiti, dengan siapa si fulan nak berkahwin, si fulanah nak bernikah. Hanya itulah. Sebab itu aku lebih respek orang-orang sosialis dan kiri seperti Hisyamudin Rais. Mereka tidak ralit membincangkan isu-isu nak bernikah dengan sesiapa dsbnya, tetapi lebih dikenal sebagai antara sosok yang lantang menentang kapitalisme, iaitu musuh paling ketat sosialisme. Sekonyong-konyongnya maka datanglah ustaz dan ustazah ‘ketika cinta bertasbih’ menjual ayat-ayat cinta mereka, menaburkan benih-benih hentai Islami, menaburkan lucahlucah bersalut dakwah dan mereka ini sebenarnya tidak berguna langsung dari segi pemikiran. Mereka adalah ratusan Masyitah, ratusan Bahyah, ratusan Fadzilah Kamsah, ratusan Dr. Azizan yang tidak berguna untuk pemikiran umat manusia. Mereka melekakan rakyat mahasiswa dengan dongeng-dongeng cakar harimau, dongeng-dongeng ramalan tarikh lahir, MLM yang tidak berguna, yang tidak berupaya memecahkan problem umat manusia di babad moden ini. Maaflah mungkin aku tersilap atau tidak mengikut sistem dalam kritikan selucah ini.

Kritik Sosial 103



K I T I R K L A I S SO

104

Agama & Hegemoni Negara

Kritik Sosial 105



Google Muslim Pertama di Dunia Pada 12 Februari 1964, telah lahirlah sebuah ciptaan yang maha agung, yang maha awesome, yang paling dinanti-nantikan selama ini oleh seluruh kaum muslimin dan kaum muslimat seluruh pelusuk, seantero dunia. Ciptaan ini adalah lebih awal dan lebih handal dari ciptaan Larry Page dan Sergey Brin yang mencipta Google pada tahun 1996. Ciptaan ini lebih menakjubkan dari poket Doraemon yang dicipta oleh Fujiko f Fujio. Ciptaan ini telah mengalahkan segala ciptaan-ciptaan yang telah dicipta ratusan tahun, dan penemuan-penemuan yang telah ditemui pada abad-abad mutakhir ini. Wright bersaudara patut malu kerana tidak mampu mencipta produk secanggih ini. Steven Job patut bersedih kerana Applenya yang tidak islamik itu, Bill Gates dan Warren Buffet patut masuk Islam kerana mereka ini capitalist! Nanotechnology, clone, antara penemuan-penemuan sains kafir yang harus tunduk kepada ciptaan Islam ini. Ciptaan ini, atau produk ini, lebih hebat, lebih pintar daripada segala telefon-telefon pintar, dari segala ciptaan-ciptaan yahudi 105

106

Agama & Hegemoni Negara

dan nasrani. Ciptaan ini tidak lain dan tidak bukan, adalah ‘Ustaz Azhar Idrus’.

Its not a bird, its not a plane, its Ustaz Azhar Idrus Dia lebih tangkas dan cerdas dengan jenaka-jenakanya yang mengalahkan Rowan Atkinson, keilmuwannya mengalahkan Einstein, Hawking, Darwin, Marx dll. Seluruh peradaban dunia hari ini harus berterima kasih kepada ciptaan ini. Cristopher Columbus dan Ibn Battutah pun patut sedar diri kerana penjelajahan mereka mengelilingi dunia, apalah sangat, jika nak dibandingkan dengan duduk di majlis ‘Ustaz Azhar Idrus’. Vasco da Gama dan Marco Polo yang sudah mati, pasti akan berdoa dihidupkan kembali, untuk berjumpa dengan keagungan produk ini. Gautama Buddha, Lao Tze, Confucius pasti akan berlari-lari dan sujud di kaki manusia kudus ini sekiranya mereka masih hidup. Dalai Lama dan Pope di Vatican pasti akan pencen dan tawar hati dengan agama mereka yang tidak logik itu. Ciptaan bernama Ustaz Azhar Idrus ini mengetahui segalagalanya. Anda tanyalah apa-apa sahaja kepadanya, nescaya dia pasti tahu menjawabnya. Dia pakar minyak, pakar ekonomi, pakar ilmu rumah tangga, pakar sakit puan, pakar sakit tuan, pakar jenayah, pakar kamera, pakar automotif dll. Dia adalah bapa kepada segala pakar. Persoalan wanita, lelaki, sains, matematik, sejarah, sejarah dunia, sejarah Tuhan, sejarah Hindu, sejarah Jew, sejarah Kristian, sejarah Hitler, sejarah Jepun, Bahasa Inggeris, Japanese, Chinese, biology, anthropology, sociology, chemistry, dan segala ilmu yang ada, pernah ada dan belum ada, semuanya hanya di celah gigi beliau. Noam Chomsky pun tidak layak dianggap seorang scholar terkemuka selagi belum bertalaqi dengan produk ini.



Kritik Sosial 107

Ayatollah-ayatollah di Qum, mullah-mullah serta Al–Azhar yang menjadi kiblat pengajian umat Islam selama ini pasti akan tutup dan dibubarkan jika pelajar-pelajar mereka dan pengajarpengajar di sana boleh memahami Bahasa Melayu atau faham loghat Terengganu. Ataupun jika produk ini diterjemahkan ke dalam Persian atau Arab pastilah sarjana seperti Qardhawi akan meletakkan jawatan beliau dan menjadi khadam atau hamba abdi kepada ‘Ustaz Azhar Idrus’. Tiada apa yang dia tidak tahu. Jika haiwan peliharaan anda sakit pun, anda boleh bertanyakan kepada beliau. Jika kucing anda hendak mengawan pun, ‘berat nanang’ pastilah jawapan yang boleh menyelesaikan kegelisahan kucing anda. Jika hamster anda ingin beranak pun, anda boleh bertanyakan hukum hamster beranak kepada beliau. Kehebatan produk bernama ‘Ustaz Azhar Idrus’ ini, selain memberikan lawak-lawak menggunakan al–Qur’an *sejenis genre tafsir baru, orang-orang Islam yang selama ini muka macam nak makan orang hidup-hidup, dan susah hendak ketawa pasti boleh menghilangkan penyakit stress dan tension mereka dengan ‘Ustaz Azhar Idrus’. Pakar-pakar motivasi seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Muhaya sudah sepatutnya memikirkan persaraan mereka dari dunia motivasi dan gulung tikar cepat-cepat, kerana mereka tidak pandai membuat lawak seperti ‘Ustaz Azhar Idrus’. Ketepikan lawak-lawak porno yang menjadi makanan ruji produk ini, orang-orang Islam yang selalu mengantuk akan terhibur dan celik apabila mendengar lelucon beliau. Sesungguhnya, ciptaan ini lebih mujarab dari kopi yang mengandungi caffeine, kerana orang-orang Islam tidak perlu tidur lagi apabila mendengar ceramah agama. Masjid dan surau yang selama ini menjadi ‘pusat tidur antara maghrib dan isyak’

108

Agama & Hegemoni Negara

mula dikunjungi pemuda-pemudi yang insaf akan masa hadapan agama. Umat Islam tidak perlu mencipta magnet atau besi berani untuk menarik orang pergi ke masjid. Cukuplah mereka mempunyai ‘Ustaz Azhar Idrus’ maka akan berduyun-duyunlah, berbondong-bondonglah pemuda-pemudi Islam merempit datang ke masjid dan surau yang dipasangkan ‘Ustaz Azhar Idrus’. Agama yang selama ini nampak bosan dan membosankan ternyata hidup dan menghidupkan di tangan ‘Ustaz Azhar Idrus’. Agama yang selama ini dilihat susah dan menyusahkan, ruparupanya senang dan menyenangkan di tangan ‘Ustaz Azhar Idrus’. Apa tidaknya, ‘Ustaz Azhar Idrus’ juga turut menerima tempias hasil produknya. Kehidupan produk ini semakin senang setiap hari. Produk ini sememangnya mencabar hegemoni yahudi dan nasrani. Bush dan Obama dilaporkan sedang dan pernah mengalami sakit kepala dan demam panas memikirkan seorang ‘Ustaz Azhar Idrus’. Seorang ‘Ustaz Azhar Idrus’ ternyata mampu memeningkan kepala White House, bayangkan jika beribu ‘Ustaz Azhar Idrus’? Bayangkan jika ‘Ustaz Azhar Idrus’ membina nursery? Bayangkan jika ‘Ustaz Azhar Idrus’ membina sekolah rendah? Bayangkan jika ‘Ustaz Azhar Idrus’ membina sekolah menengah? Maktab perguruan? Kolej universiti? Bayangkan jika ‘Ustaz Azhar Idrus’ membuat mee Maggie jenamanya sendiri? Pasti ranap, hancur dan jahanam sama sekali produk nestle yang berketurunan yahudi itu. Osama bin Laden yang telah menjadi arwah sepatutnya belajar dulu dengan ‘Ustaz Azhar Idrus’ jika mahu memeningkan kepala Amerika Syarikat. Umat Islam pada hari ini tidak perlu lagi bersusah payah belajar membuat Molotov cocktail atau meletupkan diri masingmasing jika mahu menghadapi Zionist. Cukup berbekalkan joke-



Kritik Sosial 109

joke yang disediakan ‘Ustaz Azhar Idrus’ dan jawapan-jawapan yang diberikan, Zionist pasti cabut lari dan memberikan Palestine secara percuma kepada HAMAS dan kita sudah tidak perlukan lagi Hezbollah yang Shiite itu, yang menjaga kesucian umat Islam selama ini. Cukuplah ‘Ustaz Azhar Idrus’ sebagai pembantu / gadget (inspector gadget (?) / vanguard umat Islam. Ternyata yahudi dan nasrani harus cuba lagi, kerana seluruh ciptaan mereka di langit dan di bumi belum tentu mampu menyaingi ‘big boh’ bernama ‘Ustaz Azhar Idrus’. DAPATKAN SEKARANG DI KEDAI BERHAMPIRAN!

110

Agama & Hegemoni Negara

‘Saya Nak Berdebat Dengan Dr. Muhaya’ Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh. Ke hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Nama saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang dilahirkan di Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan sekarang menetap di Shah Alam. Saya sudah bernikah, tapi kami dok asingasing. Maka saya tidak tinggal sebumbung dengan isteri saya. Kami belum ada anak lagi. Jadi kos isi rumah kami tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal sekarang, saya duduk dengan seorang lelaki atheis. Kami sama-sama membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang. Setiap hari, saya akan keluar menutup pagar rumah dan pergi ke Masjid India, di Kuala Lumpur, untuk melihat rakyat-rakyat saya yang miskin menjaja dihambat hujan dan syaitan bernama DBKL. Saya tidak mahu menjadi seorang inteligensia sosialis maka saya memberanikan diri sendiri untuk terlibat di akar umbi memerhati sendiri, mencakna diri, melihat segala potensi apakah 110



Kritik Sosial 111

yang perlu dilakukan untuk memberdayakan rakyat-rakyat melarat di bawah. Ini saya panggil sebagai PAR, Participatory Action Research, yakni terlibat aktif dalam melakukan pengkajian. Inilah yang saya melakukan setiap hari, di samping duduk bertapa seperti seorang pikun tua bernama Siddhartha Gautama Buddha di hadapan rumah ibadat dan memerhati manusia-manusia yang ada rahmat, adanya laknat. Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Dr. Muhaya apa khabar? Adakah baik? Saya terpaksa menceritakan sedikit sebanyak latar saya terlebih dahulu untuk pengetahuan Dr. supaya Dr. tahu bahawa, kebanyakan tafsiran yang kita melakukan terhadap kehidupan di dunia ini, adalah berdasarkan pandangan yang kita melihat setiap hari, dan keadaan sosial di mana kita tinggal dan mencerap alam sekeliling, dan paling akhir, adalah tafsiran jenis mana yang kita mahu guna dalam kehidupan seharian. Pertama, pandangan yang kita melihat setiap hari, kedua, latar yang kita tinggal, dan akhirnya, tafsiran jenis mana yang kita mahu guna. Jadi jika kita tinggal dalam persekitaran yang kotor, yang bersesak padat, yang penuh dengan manusia-manusia proletar yang saban masa bekerja mencari rezeki, maka kita akan menghasilkan ‘sebuah analisa ringkas’ terhadap kehidupan yang kita mengalami setiap hari. Sekiranya kita tinggal dalam alam ‘ana enta’, yang dipenuhi mat-mat berkopiah dan minah-minah berpurdah yang setiap hari bercakap dengan bahasa asing, dan perasan akan masuk syurga, maka segala jargon-jargon kita akan menghasilkan bau-bau ‘wangi’ seolah-olah kita berada di dalam syurga, dan orang lain yang tidak tinggal di dalam alam ‘ana enta’ adalah ‘the others’.

112

Agama & Hegemoni Negara

Dan sebegitu juga dengan Dr. yang kehidupan dr. saya berpandangan tinggal dalam alam ‘kelas menengah’ yang cuba berucap dengan ucapan-ucapan kasih dan cinta melalui bahasabahasa motivasi, dan Dr. berpandangan bahawa semua kesusahan dan keluh kesah rakyat Malaysia adalah kerana tidak berfikir seperti Dr, apakah saya betul? Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Saya apabila kurang sejam yang lalu, mendapat tahu bahawa Dr. telah mengucapkan sesuatu yang agak pedih, dan menyakitkan orang-orang biasa seperti kami, membuatkan saya menjengah Google untuk mencari sedikit sebanyak maklumat tentang Dr. Sebetulnya saya memang anti sama sekali kepada sosok-sosok yang hidupnya tidak sedar bahawa, kehidupannya adalah saling bersentuh-sentuhan dengan kehidupan-kehidupan yang lain, dan kemudian dia mengeluarkan cakap-cakap, bicara-bicara yang sarat dan tepu dengan nada individualistik dan dia menyangka, kehidupan yang dia memperoleh adalah hasil kudrat dia dan pasangannya kumpul. Saya sangat marah. Apa-apa sahaja yang Dr. makan setiap hari, apa-apa sahaja yang Dr. pakai setiap hari, apa-apa sahaja, diulang, segala-galanya adalah kena mengena dengan orang lain. Adalah tidak masuk akal, bahawa dengan kekuatan Dr., lah yang menyebabkan Dr. boleh beroleh kehidupan yang senang dan lenang sekarang ini. Ini adalah tipudaya dunia yang fana. Jika tidak ada audien yang datang mendengar ceramah motivasi dari Dr., Dr. sendiri pun tidak akan mampu menjanakan pendapatan sendiri. Sama ada Dr. terpaksa meminta Dr. Azmi Jamion untuk memberikan nafkhah kepada Dr. atau Dr. Noor

Kritik Sosial 113



Aniah, iaitu Dr. pengkhususan Oftalmologi atau Dr. Noor Atiyah untuk memberikan saraan bulanan kepada Dr. selaku ibu mereka. Saya pun tidak pasti adakah Dr. masih bekerja lagi sebagai Pakar Perunding Mata di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Saya tidak pasti. Jika ya, ternyata benarlah telahan saya, segala-gala kata-kata yang dikeluarkan oleh Dr. adalah terlahir dari kehidupan seorang borjuah yang tinggal menetap dalam alam ‘middle class’ dan mahu bersurah tentang ketenangan. Apa ini? Saya terpaksa membawa segala kaum kerabat Dr. di sini kerana, inilah yang sepatutnya dipaparkan. Kehidupan Dr. yang sangat elite sama sekali, Dr. mahu samakan dengan kehidupan rakyat marhaen yang jauh lebih terseksa daripada Dr. Saya sendiri pun masih merasakan, saya mempunyai bau-bau middle class, dan sedang berusaha membuang bau-bau ini dengan sedaya upaya mengabdikan seluruh kehidupan saya kepada proletariat, kepada seluruh kaum mustadhafin. Bahkan orang-orang yang kebanyakan membaca tulisan saya juga, menggunakan segala gajet-gajet canggih, pun belum tersisih dari bau middle class. Cumanya kami tidak berani untuk mengeluarkan pandanganpandangan yang sarat dengan kejelikan bahawa rakyat di bawah belum cukup bersyukur dan bertenang lagi?

Solusi keluar dari bebanan hidup Dr., Solusi keluar dari bebanan hidup Dr. sangat mengelirukan sama sekali, sangat elite, sangat borjuah, sangat middle class, dan sangat tidak patut sama sekali keluar dari mulut Dr.

114

Agama & Hegemoni Negara

Malangnya ia terkeluar juga, memperlihatkan sejauh mana sejauh mana sensitiviti seorang terpelajar terhadap penderitaan marhaen? Apakah ilmu-ilmunya, yang ia peroleh hasil kerja keras kaum pekerja yang membangunkan segala infrastruktur untuk daulah, akhirnya akan berpihak kepada rakyat terbanyak, ataupun cuma kepada segelintir yang tamak? Ilmu-ilmu Dr., akhirnya akan berpihak kepada siapa? Pada minit 0.30 Dr. mengatakan Dr. bersimpati terhadap kenaikan kos hidup, kemudian dalam tidak sampai satu minit, Dr. mengatakan, tidak ada harga akan turun, bermaksud, segala kenaikan ini, mahu atau tidak, setuju atau tidak setuju, kita kena merubah cara berfikir kita, untuk terpaksa bersetuju, pasrah, atau redha kepada kenaikan yang membebankan ini. Minit 0.51 Dr. mengatakan pula, bahawa bukan apa yang berlaku itu adalah penting, tetapi yang paling terpenting adalah respon, adalah bagaimana cara kita menyikapi itu adalah yang paling penting. Saya memang dah tak mampu untuk faham bagaimana ‘teori’ Dr. iaitu keadaaan yang negatif akan berubah menjadi baik bila di + dengan respon yang positif. Ini teori siapa yang ajar ni? Apakah semua ahli motivasi telah menerima tarbiyah yang sama? Tarbiyah ulat dalam batu pun boleh hidup? Ini teori yang Karl Marx pun akan bunuh diri. Saya fikir teori poyo Dr. itu dihasilkan oleh Dr. ketika Dr. sedang bercanda gurau di hadapan famili tanpa merujuk bukubuku ekonomi dan terlibat secara aktif dalam kancah pergelutan dan pergulatan massa di jalanan. Saya tidak tahu bagaimana Dr. membeli bawang. Saya tidak tahu bagaimana Dr. membeli cili. Saya tidak tahu bagaimana Dr. membeli lobak merah, timun, kacang panjang, dsbnya. Seolah-olah Dr. tak terkesan langsung dengan



Kritik Sosial 115

kenaikan harga barang. Seolah-olah Dr. di rumah menanam sayur hidroponik, ataupun tinggal di kampung dan menggunakan air telaga, dan ketika malam, Dr. menggunakan api lilin atau pelita. Saya tidak tahu bagaimana Dr. pergi bekerja setiap hari. Adakah menaiki kuda? Ataupun menunggang unta? Saya tidak tahu. Jika begitu kehidupan Dr. saya ucapkan, salam saya sebagai seorang environmentalis Saya tak fikir gerakan Islam PAS yang mengajar Dr. berfikir sebegini. Kerana saya membelek-belek Harakah, seminggu dua ini, mereka mula mengajak rakyat, seperti biasa, untuk tindakan cliché mereka, iaitu turun beramai-ramai ke jalan untuk membantah segala harga kenaikan yang tidak munasabah ini. Aksi ini meski cliché, lebih munasabah dari idea pasrah dan ubah cara berfikir Dr. itu. Cara Dr. akan menyebabkan Rosmah akan semakin boros dan boroi dengan harta Negara akan masuk ke dalam coli beliau. Adakah Dr. tidak berfikir apa-apa tentang perempuan puaka ini? Sampai bila Dr. cuma mahu menjual air liur Dr. kepada kami? Kenapa pemerintah tidak pernah terusik pun dengan motivasimotivasi orang seperti Dr.? Begitu ramai orang masih terperangkap dalam akta tahanan SOSMA, apakah idea motivasi Dr.? Begitu ramai gelandangan tepi jalan masih belum keluar dari keterpurukan sosial, apakah idea motivasi Dr.? Begitu banyak masalah di dalam daulah ini, dan Dr. menyangka kami menonton tivi setiap hari dan tidak produktif?

116

Agama & Hegemoni Negara

Untuk pengetahuan Dr. saya beritahu berterus terang, rumah saya ada seketul peti tivi. Tetapi kami tidak berminat untuk menontonnya. Kerana tivi banyak cerita bodoh dan bohong. Kami lebih membazirkan (jika ini dikatakan pembaziran) masa kami di hadapan internet dan melakukan aktiviti subversif terhadap regim (jika ini dikatakan pembaziran). Dan Dr. saya sebenarnya mahu menulis lebih panjang lagi untuk mengkritik sifat elite Dr. Cuma terakhir, Dr. perlu ingat, rakyat di luar bukan sahaja pandai membuat sambal tumis, bahkan lebih dari itu lagi, dan hampir kebanyakan mereka yang berumur 20 an ke atas telah melakukan lebih dari satu pekerjaan, untuk boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan yang membebankan ini. Adakah Dr. menyedari? (dan saya tidak merokok. Tapi saya bercadang untuk menanam ganja sebagai persediaan ekonomi yang kian celaka dan sistem pendidikan musibat yang cuma menghasilkan elite-elite seperti Dr.)

Kritik Sosial 117



Sindrom Muhaya II (Berharap Harga Minyak Naik dan Terus Naik) Aku naik bas. Dan aku tak naik motor macam kawan aku, Otek. Atau kereta, seperti Arian Ploso, juga kawan aku. Biar harga minyak naik, biar. Kerana harga minyak naik, sepatutnya tak mengefekkan aku. Kalau efek pun, apalah sangat. Tambang bas naik 10 sen, 20 sen, jer pun. Takkan nak mati kena terajang dengan polis semata-mata sebab 20 sen? Dah hilang akal ke apa? Apalah sangat aku boleh buat. Cuma rakyat biasa. Mentimun. Durian adalah pemerintah. Mentimun, adalah kami, adalah kamu, adalah anda yang membaca, adalah saya, adalah aku. Dilenyek pun kita kena, melenyek pun kita kena, lebih baik patuh. Lebih baik jadi bodoh, dan fikir perut sendiri. Tahun lepas (2013), aku karang sebuah surat untuk Dr. Muhaya. Seorang pakar mata. Keluarganya juga, keluarga professional. Semuanya doktor jika tak silap. Rumahnya ada kolam renang. Dr. Muhaya, mengatakan, harga minyak naik tak patut

117

118

Agama & Hegemoni Negara

disesali. Yang patut disesali adalah cara fikir kita yang sentiasa negatif. Kita harus berfikir positif. Aku patut berfikir positif. Aku patut mendengar cakap doktor mata ini. Aku patut dengar pencetus inspirasi ni. Aku mahu berjaya dan menjadi kaya raya seperti beliau juga. Pergi mampus orang miskin. Ini adalah qada’ dan qadar. Ini adalah takdir. Orang miskin kerana dia malas. Orang kaya kerana dia rajin. Dr. Muhaya menjadi kaya raya, kerana dia rajin berusaha semenjak dari buaian lagi. Mungkin jugak dia rajin menabung, menepati pepatah Melayu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. (atau sikit-sikit, lamalama jadi elit?) Orang-orang miskin, selamanya memang patut kena penendang, sebab menyemak ibu kota dan kota raya, dan hanya tahu meminta sedekah, menjadi gelandang memang patut Kunan bagi penerajang. DBKL baru-baru ini, baru sahaja merentap tudung seorang peniaga perempuan, yang tidak beradab. Kurang ajar punya peniaga atau ‘kapitalis kecil-kecilan’ ini. Sudahlah miskin. Tidak sedar diri. Ada hati nak lawan penguasa. DBKL cuma melakukan kerja-kerja yang diperintahkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Itu saja. Mereka hanya patuh perintah. Mereka bukan ada otak. Mereka cuma lembu ternak, yang hanya mengikut, hanya makan rumput yang disediakan tukang bajak. Itu bukan salah DBKL. DBKL cuma laksana perintah. Untuk amankan ibu kota. Untuk bersihkan bandaraya dari sampah-sampah, yang sarap dan tak berguna. Ya, peniaga-peniaga kecil-kecilan ini sudahlah asyik buang sampah merata-rata, tak mahu bayar lesen, tak mahu sewa kedai, ada hati nak jadi bughah (rebellion)? Sebelum Dr. Muhaya menceritakan tentang ‘Sindrom Muhaya’, ada seorang ustaz yang ada PhD, yang mempunyai ilmu agama yang luas, yang power rangers, telah memberikan fatwa dan

Kritik Sosial 119



ijtihad minyaknya. Kata dia, harga minyak naik, adalah ketentuan Allah. Jadi Dr. Muhaya bukan apa-apa pun. Setaka teori motivasi itu, Dr. Azizan (jurus sejenak Son Goku) pun pandai. Ustaz Fathul Bari, lebih canggih, adalah haram melawan pemerintah. Nak jadi khawarij? Nak jadi kafir? Pemerintah-pemerintah yang jahat dan berperangai macam babi, tak boleh dilawan. Haram. Nak masuk neraka? Neraka ni, tempat untuk orang-orang yang suka lawan sultan. Suka lawan pemerintah, nanti dekat akhirat, malaikat heret masuk neraka. Syurga pula tempat lepak minum arak, minum tuak, dan diurut oleh bidadari-bidadari bermata jeli dan pakai seksi. Siapa boleh masuk syurga? Pastilah pemerintah-pemerintah Islam, yang mengucap dua kalimah syahadah. Jahat dan babi macam mana pun, pemerintah-pemerintah Islam, mesti boleh masuk syurga. Lupa satu lagi, syurga hanya milik orang-orang Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Atau Aswaja. Zamihan dan Abu Syafiq confirmlah masuk syurga. Jangan risau, syurga Fathul Bari dekat seksyen lain. Dan jangan risau, Syi’ah confirm masuk neraka. Kristian jangan mimpilah. Mampuslah korang kena rebus dalam neraka dengan Jesus. Jadi kalau agamawan-agamawan atau ulama’ warasatul anbiya’ dah cakap macam tu, aku nak kata apa lagi? Sudahlah aku miskin dekat dunia. Takkan aku nak sengsara jugak dekat padang mahsyar? Lantaklah hangpa nak kata aku mudah dicompromised ke apa, yang penting aku nak jadi kaya raya di dunia, fikir positiffikir positif dan boleh masuk syurga main dengan bidadari.

Percaya pada parti politik? Aku doa mereka mati cepat lebih bagus. Kalau setiap hari mereka mati, rakyat akan cepat kaya. Akan banyak projek ditabur /

120

Agama & Hegemoni Negara

dilabur terhadap sesuatu dun / parlimen, jika ahli-ahli politik mati. Duit yang mereka rembat dari rakyat, cepat dipulangkan balik. Dapat elaun pun tak berguna depa semua ni. Bertekak dalam parlimen macam monyet. Kemudian koyak-koyak kertas. Kemudian menjerit macam orang hilang akal. Kemudian kalau dah bodoh tak tahu nak buat apa, terus keluar tinggalkan dewan. Macam haram. Jadi aku doakan depa mati cepat sikit. Takde maknanya aku berharap perubahan harga minyak akan turun. Pernah harga minyak turun semenjak harga minyak naik? PR ni sembang kencang ajer. Tengok Nga Kor Ming. Apek ni makin kaya raya semenjak kita bagi muka pada dia. Aku tak percaya rakyat kita akan pergi bakar parlimen atau pergi curi kereta mewah Tontowi. Atau pergi calar kereta mini cooper Nik Abduh. Rakyat kita ni kata Zek, kawanku, yang bekerja sebagai buruh kilang sepenuh masa, semua dah ada. Semua dah cukup. Sebab dah terlalu kenyang, terlalu senang lah, rakyat kita pi jadi gelandangan, dan rakyat Bangla dan Nepal mai bekerja di Negara kita. Mungkin perkataan ‘bangang’ itu adalah teman rapat kepada perkataan ‘senang dan kenyang’. Jadi rakyat kita tak akan pergi berdemo atau bergasak melawan polis meskipun harga rumah semakin mahal. Rakyat kita akan bangun pagi, kencing, dan kemudian pergi kerja macam biasa.

Percaya pada gerakan mahasiswa? Percaya pada gerakan mahasiswa hari ini, adalah seperti percaya bahawa PAS boleh memerintah Malaysia. Mereka cuma suka kahwin awal, dan bersenggama dengan parti politik lepas tu dok berangan student power. Tak payahlah Fahmi Reza dok bergebang pasal Syed Hamid Ali dan kawan Cina dia. Gerakan mahasiswa kita terlalu lembik dan lapar nak jadi ahli politik. Duit nak pergi



Kritik Sosial 121

ke hulu ke hilir pun, parti politik yang bagi, ada hati nak student power. Aku tak percaya langsung pada gerakan mahasiswa. Buku pun malas baca. Ada hati nak pimpin revolusi. Pastu dok bercakap ala-ala Anwar Ibrahim, konon-konon Anwar Ibrahim akan ambik depa jadi budak bancuh kopi. Coi! Sila cermin diri sendiri. Kalau muka mereka jambu dan lembut macam Saiful Bukhary, baru boleh pi hantar resume. Kalau tak, toksah dok merenyamlah. Sudahnya, aku tak berharap apa-apa. Baik tidur lagi bagus.

122

Agama & Hegemoni Negara

Surat Terbuka Kepada Saudara-saudaraku Yang Memilih Untuk Murtad Salam sejahtera, saudara - saudaraku yang dikasihi, moga-moga saudara-saudara semua sihat hendaknya. Saya berharap khabar saudara-saudara semua baik-baik sahaja. Saudara-saudaraku sekalian, Surat terbuka ini bukan dikarang untuk memalukan siapasiapa, untuk merendah-rendahkan siapa-siapa, jauh sekali untuk menjatuhkan siapa-siapa, untuk mengejek siapa-siapa, untuk menghina siapa-siapa, bukan, bukan dan bukan. Surat terbuka ini bukan juga untuk mereka-mereka yang tidak suka berfikir, tidak suka merenung kembali, surat terbuka ini juga bukan untuk mereka yang tidak suka membaca, tidak suka mendengar, surat ini juga tak mampu difahami jika hati penuh sarat benci, jika sendat dan padat dengan hasad dengki.

122



Kritik Sosial 123

Jika saudara tergolong dalam golongan yang dinyatakan, tolong berhenti membaca surat ini, kerana surat ini bukan untuk saudara. Saudara-saudaraku sekalian, Saya tidak akan membebel, berleter, berteriak, menempelak, mengherdik, memekik, menjerkah, mengeluh, menyuruh saudara -saudara sekalian untuk bertaubat, dan segala me–me, atau ber– ber, yang lain. Saudara-saudara lebih tahu terhadap konsekuensi (sebab akibat) terhadap apa yang saudara-saudara pilih. Sekiranya saudara-saudara murtad sebelum keluar air mani (baligh) murtad saudara-saudara tak sah, dan jika saudara-saudara murtad sebelum baligh, dan mati tercekik tulang, saudara-saudara akan masuk syurga dan bermain dengan bidadari comel dalam usia muda. Murtad hanya sah apabila saudara-saudara sudah besar dan sudah mimpi basah. Ketika itu saudara-saudara sendiri yang memilih atau bertanggungjawab terhadap dosa pahala dan syurga neraka masing-masing. Jadi saya tak akan meleter saudara-saudara terhadap apa jua keputusan kepercayaan yang saudara-saudara pilih. Kerana saudara-saudaraku, Islam yang saya percaya, membebaskan manusia untuk memilih apa jua kepercayaan yang ingin dianutnya. Qur’an sendiri memesan, bahawa (mafhum) jika Allah mahu seluruh penduduk di langit dan di bumi beriman, siapakah yang mampu menghalangnya? Tetapi Allah telah memberikan pilihan (free choice, bukan free will) kepada manusia itu sendiri, sama ada untuk menjadi kafir, atau iman, memilih untuk syurga, atau neraka.

124

Agama & Hegemoni Negara

Ali Syari’ati, dalam Man and Islam, mengatakan, ‘…Ia (manusia) adalah satu-satunya makhluk yang mampu menghadapi sifat naluriahnya. Haiwan atau tumbuhan tak pernah mampu berbuat demikian. Tak pernah, misalnya, kita menemukan haiwan yang secara sukarela berpuasa selama dua hari, ataupun tumbuhan yang membunuh dirinya sendiri kerana tidak kuat menanggung kesedihan. Tumbuhan dan haiwan tak dapat berbakti ataupun berbuat khianat. Hanya manusia satusatunya makhluk di alam semesta ini yang mampu memberontak terhadap fitrah kejadiannya. Bahkan, dia mampu membangkang terhadap keperluan-keperluan rohani mahupun jasmaninya serta melawan ketentuan-ketentuan kebajikan. Dia dapat berbuat sesuai dengan akal fikirannya atau bertentangan dengannya. Dia bebas, apakah dia hendak menjadi orang baik atau menjadi orang jahat, apakah dia ingin menyerupai lumpur, atau hendak menyerupai Allah.’

Jadi saudara-saudaraku sekalian, pilihan untuk murtad atau Islam, bukanlah persoalan takdir, tetapi adalah pilihan (free choice) yang Tuhan kita semua telah berikan kepada kita semua, semenjak bonda pertama kita, Siti Hawa mencicip buah larangan, semuanya atas pilihan, meskipun didorong dengan ketentuan (takdir). Saudara-saudaraku sekalian, sebelum saya meneruskan lagi, biarlah saya berikan pandangan saya terhadap saudara-saudara apakah saya marah, apabila saudara-saudara memilih untuk keluar agama? Terpaksa saya berlari kembali kepada firman Tuhan, ‘lakuum diinukum waliyadin’ dalam surah al-kafirun (surah makkiah) dan ‘la ikraaha fid diin’ dalam surah al-baqarah (surah madaniah), walaupun saya kecewa, terkilan, sedih, hiba apabila berbondongbondong saudara saya keluar dari agama yang bagi saya, menjawab banyak persoalan saya.



Kritik Sosial 125

Kerana bagi saya, ajaran agama yang sebenarnya, memuat perlawanan-perlawanan menentang penindasan, menjadi sebuah ajaran yang bersifat social, mewakili marhaen-marhaen yang teraniaya di bumi, Musa bukan datang untuk bermain-main dengan ular Fir’aun, Musa datang memimpin tangan anakanak Yahudi, penuh kasih, untuk memerangi ruling class ketika itu. Jesus datang bukan untuk tidur di tepi jalan, sebaliknya mengirimkan pesan-pesan Tuhan berisi kasih sayang terhadap umat manusia, dan seorang Nabi proletariat ini menjadi mimpi ngeri pada imperium besar ketika itu. Begitulah juga Muhammad saw, yang datang sebagai seorang yang menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada orang-orang miskin, dan berperang mengangkat senjata menentang hegemoni monopoli capitalistmercantilist Abu Jahal, dan seterusnya mencabar dua kuasa monarki terbesar di dunia ketika itu, iaitu Kisra dan Kaisar. Itu, saya melihat agama sebagai sebuah ‘kuasa perlawanan / resistance tanpa henti’, atau protest, protest, dan terus protest! Saudara-saudaraku, sekalian, Saya cuba memahami, apakah yang tengah bergalau, dalam pemikiran saudara-saudara yang mencuba memilih menjadi murtad. Saya tak mahu menjadi gila atau cliché dengan menyalahkan saudara-saudara sekalian, semata-mata. Saya tahu, sudah ramai orang yang telah pm saudara-saudara, menyuruh saudara-saudara sekalian untuk bertaubat. Saya tahu juga, sudah ramai orang yang tengah mengasah parang di rumah masingmasing untuk memancung kepala saudara, cukuplah. Saya tak mahu menjadi angka yang seterusnya, yang cuma menyimbah minyak petrol kepada api benci saudara.

126

Agama & Hegemoni Negara

Saya tak berapa gemar dengan undang-undang yang mensyaratkan, bahawa pada umur 18, anak perlu mengikut agama bapa / orang tua, atau tiada kebebasan untuk beragama / memilih agama. Atau Melayu mesti Islam. Ini sangat karut sekali. Nabi Muhammad saw, ketika menyerukan dakwah di Kota Mekah, penentang-penentangnya adalah suku sakatnya sendiri, yang menjadi kafir, yang menentang risalah baginda, adalah dari kaum Arabnya sendiri. Jadi bagaimana saya boleh menerima, bahawa Melayu mesti Islam? Ini adalah sesuatu yang bodoh. Melayu mesti ada yang kafir, dan mesti ada Melayu yang beriman. Ini baru betul. Kerana neraka juga merindukan orang-orang Melayu. Bagi saya, agama mesti diterima dengan suka dan rela, hadir tanpa dipaksa, datang dengan cinta, kesedaran, pemerhatian, penelitian, perbincangan, pemahaman, agama seharusnya bukan bersifat genetic, bukan bersifat baka, kerana jika inilah sifat agama, tak ubahlah agama dengan kahwin paksa atau sebuah perogolan. Jadi jika saudara-saudara sekalian, memilih untuk murtad, kerana sebelum ini dipaksa, diislamkan tanpa faham, tak tahu apa itu Islam yang sebenarnya, Islam hanya kerana mengikut tanpa tanya, tanpa kritik, tanpa soal, tanpa sedar, dan segala tanpa-tanpa yang lain, maka, saya fahamlah kenapa saudara-saudara sekalian memilih untuk murtad. Saudara-saudaraku, sekalian, Lagi, jika bukan setakat paksa, malah saudara-saudara diperlihatkan dengan kebusukan / kehodohan perangai kaum agamawan yang jahat, yang menggunakan agama sebagai ‘kondom’ atau ‘sampul’, maka saya faham jugalah mengapa saudara-saudara sekalian memilih untuk menanggalkan agama



Kritik Sosial 127

Islam. Jika kaum agamawan menggunakan agama sebagai ‘kondom’, untuk mencari perempuan-perempuan cantik / muda / dara / gadis / poligami menggunakan nas-nas agama (Qur’an / Hadith) untuk membenarkan nafsu kuda mereka, maka saya fahamlah mengapa saudara-saudara sekalian, memilih untuk menjadi murtad. Atau jika kaum agamawan yang menggunakan agama sebagai ‘sampul’ untuk mencari makan, untuk mengaut keuntungan yang beriban-riban, hasil ‘menjual wahyu’, yang sebenarnya percuma di tangan para Nabi, sebaliknya di tangan para agamawan sebegini, menjadi wahyu berbayar. Kita tak tahu, apakah wahyu di zaman para Nabi tak sama dengan wahyu di tangan agamawan hari ini. Tapi yang kita tahu, jika inilah faktornya mengapa saudarasaudara sekalian meninggalkan agama, saya fahamlah kenapa. Jika saudara memilih untuk murtad, akibat keterdesakan ekonomi, dan perut yang kelaparan, miskin bergelandangan, dibiarkan keseorangan, kesengsaraan sendirian, sementara pusatpusat zakar yang bersepah-sepah di ibukota seperti sampah yang tak berguna, tak mampu memberikan manfaat kepada rakyatrakyat yang memerlukan, kepada miskin kota yang daif, dan malu nak meminta, malu mengisi borang, takut dijerkah, ditempik oleh ustaz-ustaz yang bermuka garang, yang raut wajah mereka sentiasa masam mencuka, tak pernah manis kepada mereka-mereka yang memerlukan, hanya tersenyum girang atau bercakap lembut kepada yang membayar zakat, maka saya fahamlah mengapa saudara tak mahukan Islam. Saya cuma mampu berdoa, jika takdirnya Allah memasukkan saudara-saudara sekalian ke dalam neraka akibat kemurtadan saudara, saya akan merayu, berdoa bersungguh-sungguh ke hadrat Allah di padang mahsyar nanti, supaya memasukkan

128

Agama & Hegemoni Negara

terlebih dahulu ustaz-ustaz penipu tadi ke dalam neraka, memohon sedaya upaya saya, supaya yang lebih wahid, yang lebih awal patut dicampak, patut ditembak, diterajang dalam neraka sebelum pembuat patung berhala, adalah ustaz-ustaz ini terlebih dahulu. Saya akan berhujah di hadapan Allah nanti, bahawa, yang menyebabkan saudara-saudara sekalian memilih untuk menjadi murtad, adalah akibat betapa brengseknya kaum agamawan. Mereka menyangka ayat-ayat Qur’an yang menyindir kaum agamawan terdahulu, yang menjual ayat-ayat Tuhan dengan ‘tsamanan qalila’ bukan untuk mereka. Mereka menyangka Tuhan hanya memperli / menyindir pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani yang korap. Sementara mereka menyangka, Tuhan tak bercakap tentang mereka. Mereka sedang bermimpi. Dan mereka akan terjaga sebaik sahaja berada dalam neraka nanti. Akhirnya, saya tak mahu sentuh tentang gelagat / sikap / akhlak saudara-saudara sekalian dalam memilih untuk menjadi murtad, buat masa sekarang, kerana adalah teruknya saya, jika saya menyuruh saudara-saudara sekalian untuk menjadi orangorang murtad yang baik, sementara orang-orang beriman, percayakan Tuhan, percayakan hari pembalasan, perangai kami masya Allah. Moga saudara-saudara sekalian, saya doakan teruslah mencari kebenaran, dan ikhlaskan diri, insyaAllah Tuhan akan tunjuk jalan.

Filem 129



FILEM

130

Agama & Hegemoni Negara

Filem 131



Bajrangi Bhaijaan; Filem Rentas Sempadan!

Jadi aku mulai mempersoalkan, Apa perlunya kita kepada sempadan? Untuk melindung ego siapa? Takutkan ancaman siapa? Heh.

Jadi lucu / lawaklah dengan manusia-manusia yang pada era ini mengaku paling bertamadun, paling humanist, paling berfalsafah, melebihi tamadun-tamadun yang telah terkubur, apakah yang mereka takut sangat dengan ‘negara’ lain? Sempadansempadan ini sebenarnya dibina untuk apa, untuk siapa? Ha ha. Mulut aku ulcer. Teruk. Faedahnya, aku tak boleh banyak bukak mulut. Tapi aku tonton filem ini dua kali. Adalah benar kata Fatima Sharha, bahawa memang benak minum susu lembu, jika aku tak mampu menulis apa-apa ulasan tentang filem kemanusiaan ini. Jadi pelan-pelan aku menulis ulasan filem ini, untuk kau cari, dan menonton sendiri.

131

132

Agama & Hegemoni Negara

Filem yang baik, filem yang menarik Ini prinsip dalam pengkaryaan, yang aku minat, dan yang aku buat. Bukan sahaja filem, apa-apa sahaja yang mampu ‘menarik’ kau, maksud aku menginspirasikan kau untuk ‘membuat lompatan’ dari pemikiran / keadaan lama, adalah sesuatu yang baik / berkesan. Aku tak mahu menangis-nangis. Filem yang baik bukanlah filem yang buat kau menitik mata. Menitik mata bukanlah sesuatu yang teruk. Tetapi bukan juga sesuatu yang bagus. Sekali lagi, filem yang baik, filem yang menarik. Dan filem yang menarik, adalah filem yang mampu ‘trigger’ kau. Untuk kau menonton filem ini dengan lebih berkesan, (bukan sekadar berpura-pura hiba, dan esok adalah seperti biasa) kau harus menonton kembali Slumdog Millionaire dan PK. Ada tema besar pada hipokrasi manusia dalam ketiga-tiga filem ini. Agama adalah sempadan besar yang memisahkan dua jiwa, dua manusia, dua kekasih, dua keluarga, dua sahabat, menjadi berjarak-jarak jauhnya, walhal mereka duduk sebelah menyebelah sahaja, dipisahkan dengan tirai yang kononnya berjahit suci. Kes rusuhan yang dinaratifkan dalam Slumdog Millionaire, sensitifnya manusia terhadap filem PK (sampai terlupa, tak apa menumpahkan darah manusia yang berbeza), dan sempadan antara dua negeri (yang asalnya sebuah) yang memisahkan India dan Pakistan (menjadi tiga buah, Bangladesh). Ini adalah tema yang lebih besar, dari cerita Salman Khan ingin mengangkat dirinya sebagai hero dalam filem yang sebahagian besarnya diproduksi oleh penerbitannya.



Filem 133

Pawan, adalah watak kejujuran yang makin menghilang Dia bukan special mana pun. Seorang lelaki sasa yang naïf. Naifnya sampai membuat ayahnya sudah tak terkata apa pun padanya lagi. Kenaifan kadang membuat ramai terpikat. Kerana kenaifan terkadang adalah nama lain bagi kejujuran. Manusia zaman moden yang semakin lama semakin kehausan kejujuran wajarnya mempelajari sesuatu dari watak Pawan (juga PK dalam filem PK) yang sanggup melakukan sesuatu yang kebodoh-bodohan, demi sesuatu yang dipercayanya. Watak-watak religious seperti ayahnya Syahida, membuai rasa. Mungkin ianya tak mengusik kau, tetapi aku tertarik dengan kasut sukan yang dipakai ayah Syahida ketika menghambat kambing-kambingnya balik ke kandang. Pada orang miskin, yang tertinggal jauh dari ‘ketamadunan’, kasut bukanlah sesuatu yang fetish, dan kasut adalah serbaguna. Menelantarkan aku sebentar terhadap perselisihan dua adik beradik tentang kasut mereka dalam filem Children of Heaven. Ayah sanggup mengeluarkan berkeping-keping wang kertas yang dimiliknya untuk sang ibu, membawa kembali anak yang terdiam, tak mampu berkata-kata. Kasih seorang ibu, adalah kasih yang tak mampu dilukis, baik dengan lukisan ataupun perkataan. Kedua orang tua yang berada di atas pergunungan ini, kenaifnaifan bagaimana mungkin anaknya yang bocah kecil, bisa bersuara seperti anak-anak lain? Sampai ke tahap, pergilah ke makam para auliya’ untuk berdoa agar anakmu boleh bersuara.

Lebih beriman dengan kejujuran, dari kerasionalan Kita terlalu hidup dengan semak-samun prasangka, walaupun kadangkala ianya bukan tidak wajar. Kita terlalu lebih beriman

134

Agama & Hegemoni Negara

dengan dogma, tanpa tahu apa yang jiran sebelah masak (atau tak masak?). Kepercayaan secara dogmatik, telah banyak mengorbankan sekian banyak jiwa, dan jumlah ini tak pernah berkurang. Pawan, adalah watak yang tak terjangka oleh kebanyakan orang. Di fikirannya hanya mahu menjadi manusia baik, berbudi kepada manusia lain dan berbakti kepada tuhan (monyet) nya. tetapi watak kenaif-naifan ini tertanya-tanya, apa yang membuatkan seorang budak perempuan comel yang comot mukanya memperhatikannya? Tanpa terlalu banyak soal (sindiket atau agama apa) seorang penganut Hindu yang orthodox ini menjamu sehingga Syahida (atau Munni) kekenyangan. Dia mempersangka bahawa Syahida adalah Brahmin yang menjelma menjadi budak kecil malangnya selepas Syahida didapati adalah anak Pakistan, mengamuklah bakal bapa mertua kepada Pawan. Bukan dia tak tahu bahawa bukan salah Syahida, yang mengorbankan nyawa-nyawa orang India, tetapi seperti yang disurahkan di atas, agama hari ini, adalah perkosaan terhadap mereka yang berbeza.

‘mempersangsikan mereka yang mempertuhankan kerasionalan’ Bukan sahaja kebudayaan-keagamaan yang mempunyai manusia-manusia negatif sebenarnya. Apa-apa sahaja pun boleh. Lelaki yang cuba menjual Syahida ke rumah pelacuran, pun bukan bertindak atas kehendak agama. Atas ‘keimanan kepada kerasionalan’ bahawa duit boleh membeli roti, maka segalanya boleh dipunggah ke tepi. Tetapi jika benar semua orang beragama tak boleh dipercayai, apakah yang mendorong seorang ibu untuk berusaha menyembuhkan anaknya, melalui tangan para wali?



Filem 135

Apakah yang mendorong seorang lelaki tanpa visa tanpa passport untuk menyeberang sempadan secara haram, untuk menyatukan kembali, anak tanpa suara dengan keluarganya? Tanyalah kepada orang rasional mana pun, siapa mahu buat social service (baca: kerja gila) ini. Kerasionalan, untuk aku secara peribadi, lama-lama membuatkan kita manusia menjadi semakin ‘waras’ (baca: penakut) yang terlalu mementingkan kepentingan diri sendiri, lebih dari memikirkan orang lain. Kerasionalan telah membunuh hal-hal yang mistik, hal yang diluar akal, di luar rasional, untuk menjadi berani, dan mempertaruhkan segala-gala, rasional tak mampu tinggal sekufu. Di hadapan para pengawal keselamatan Pakistan, dia mengakui bahawa dia adalah seorang yang beragama, dan bertuhan. Orang-orang yang beragama selalunya dipersepsikan bodoh, jakun, tak berguna, ‘root of all evil’ bak kata Dawkins. Tetapi di mata Pawan yang mengakui segala-galanya, di hadapan mereka yang mengacukan senjata api kepadanya, terpancar betapa benar sentiasa akan bersinar. Dia sepatutnya sudah mati, untuk cerita ini lebih real, tetapi mungkin kerana pemilihan pelakon Syahida, mencairkan hati ketua para pengawal keselamatan, menyebabkan nyawa orang yang jujur sentiasa diperpanjangkan Tuhan. Kebenaran sememangnya tidak munasabah.

‘jatuh cinta pada Urdu, dan Tuhan ada di mana-mana’ Mungkin ini moral of value kepada karya ini. Dan kaum atheist selalu bertanyakan ‘di manakah Tuhan?’ soalan itu harus dibalikkan kepada ke wajah mereka semula, ‘Tuhan macam mana yang kamu nak tengok tu?’

136

Agama & Hegemoni Negara

Pada kebaikan manusia, pada keluhuran manusia-manusia yang sentiasa mencari, dan bersangka baik terhadap Tuhan, pada kasih sayang yang diberikan manusia-manusia terjumpa, pada semuanya itu mempunyai manifestasi-manifestasiNya. Si ibu (Muslim) yang berharap kepada kasih sayang Tuhan dan berkat kekaromahan para auliya’, si pengembara (Hindu) yang mahu menyatukan anak dan ibunya (dia sudah tahu, bahawa yang didukungnya saban waktu adalah seorang Muslim) apakah ini bukan tanda-tanda kewujudanNya?

Filem 137



‘CakeBu’: Noah (Sebuah Filem Anti Christ) Sesuatu filem/karya itu mempunyai mesej. Tidak mempunyai mesej atau nihil mesej, juga mesej. Apa-apa sahaja mempunyai mesej. Harapan adalah mesej. Tidak mempunyai harapan, atau lawan kepada harapan, adalah kehampaan. Kehampaan juga mesej. Sesebuah karya yang hanya memuatkan kekecewaan, keputusasaan, juga mesej. Sesebuah karya yang baik menawarkan harapan. Sebuah karya yang ‘mengecewakan’, tidak menawarkan apa-apa harapan. Dan filem ‘Noah’, adalah filem orang-orang yang telah berputus asa dengan rahmat Tuhan. Untuk aku mengulas filem ‘Noah’ ini (arahan Darren Aronofsky), untuk lebih jelas, aku kena mempunyai senaskhah Bible di tangan aku terlebih dahulu. Aku tidak nak cakap sesuatu yang aku tidak tahu, tetapi aku menulis ulasan ‘Noah’ ini dan aku menganggap ini bukanlah ulasan terhadap Noah yang terkandung di dalam Bible, tetapi ‘Noah’ menurut imaginasi pembikin filem ‘Noah’ (yang aku tahu, cerita tentang Noah versi Bible boleh diketahui dalam Book of Enoch).

137

138

Agama & Hegemoni Negara

Sementara itu, aku menyemak beberapa ulasan antarabangsa yang mengkritik filem ini, bukan sebagai filem yang pro keagamaan, pro ketuhanan, ataupun pro kenabian, tetapi adalah filem yang pagan, dan Noah digambarkan sebagai seorang yang psychopath (dalam ulasan theguardian.com ditambah lagi dengan mengatakan Noah adalah seorang yang religious fundamentalist). Aku tidak tahu pula ada the Watchers (malaikat batu), yang menolong Noah. Aku sudah kecewa kerana dalam trailernya, tidak pernah ada watak LOTR ini. Sudah hampir 40 % aku terkilan kerana menyangkakan, Hollywood ingin mengangkat kenabian di tengah zaman moden yang huru hara di ambang perang ini. Rupanya ini filem separa Bible dan separa LOTR. Dan ‘malaikat batu’ ini bila berjaya dibunuh oleh antagonist-antagonist yang memusuhi keajaiban / ketuhanan, apakah mesej yang hendak disampaikan Aronofsky? (the Watchers tiada dalam Bible) Peranan kenabian Noah dalam cerita ini seperti tidak wujud. Jika ada pun, Noah adalah Nabi kepada Binatang (The Prophet of Animals), kerana Noah dalam filem ini lebih mementingkan binatang-binatang. Bagi aku, filem ini jelas menghina Kristian. Melainkan orang-orang Kristian menganggap tidak mengapa, ini cumalah fiksyen tentang Nabi mereka, maka tidak mengapa dihina sedemikian rupa. Kerana Noah digambarkan sebagai seorang yang terlalu lemah untuk memikul apa yang dia percaya tentang tugas yang Tuhan berikan. Masalah ini digambarkan kerana Tuhan tidak bercakap dengan Noah secara terang dan jelas tetapi mahukan Noah menyelesaikan ‘puzzle’ ini melalui beberapa siri mimpi. Aku tidak jumpa heroicnya Noah. Noah dilihat bukan sahaja mementingkan keluarga sendiri, bahkan lebih mementingkan dirinya sendiri. Dan seperti yang disebutkan tadi, Noah lebih



Filem 139

kasihkan binatang, daripada manusia. Ada yang mengatakan bahawa Noah dalam filem ini adalah sebagai seorang vegetarian dan environmentalis yang militant, yang membenci manusia yang mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar. Apakah ini mesej yang cuba dibawakan oleh Aronofsky? Musuh kepada alam sekitar adalah manusia dan Tuhan? Benar, dalam Quran juga mengkisahkan bahawa banjir besar akan berlaku, dan Nuh (sebutan bahasa Melayu persis dalam Quran) diminta menyelamatkan haiwan-haiwan (sepasang), tetapi Nuh mempunyai tugasnya di bumi, iaitu menyerukan kaumnya kembali beriman kepada Tuhan (Allah). Sementara Noah di dalam filem ‘Noah’, apakah tugasnya? Kita tidak jelas. Pada jam 1.37 juga memperlihatkan betapa Noah telah kalah diuji dan mempertanyakan ‘why me?’ (kenapa aku?) apakah Nabi yang seperti ini? Nabi adalah insan yang terpilih (The Chosen One), bagaimana insan yang terpilih di kalangan sekian ciptaan, boleh kalah dengan ujian dan merungut akibat ujian-ujian yang ditimpakan? Kita boleh terima Noah bersedih hati dan mengaduh nasib, jika Noah cumalah watak biasa yang bukan Nabi. Nabi yang orang beriman percaya adalah Nabi yang memimpin manusia dan mempunyai tanggungjawab dan bukan seorang yang kalah. Filem ini, seperti yang dikritik web answeringenesis, mengatakan, cuba mengubah apa yang termuat dalam Bible. Filem ini seolah cuba mengusung idea evolusi tanpa Tuhan, dengan mengatakan, ‘In the beginning there was nothing’ (pada permulaan / mulanya, tiada apa-apa) sedangkan dalam Bible, kita diberitahu, bahawa Tuhan ada sebelum permulaan / mulanya penciptaan / terciptanya alam: ‘In the beginning God created the heavens and the earth’ pada surah Genesis 1:1. Kita boleh lihat pada jam 1.25 di filem ini betapa Aronofsky cuba mengusung idea evolusi tanpa Tuhannya.

140

Agama & Hegemoni Negara

Sekali lagi, dalam filem ini, kita boleh melihat dengan jelas betapa pembikin filem ini cuba melakukan penyimpangan terhadap Noah di dalam Bible (Peter 2:5, Genesis 6:9, Hebrews 11:7) dengan memperlihatkan bahawa Tuhan tidak boleh berkomunikasi secara jelas dan menyampaikan mesej dengan terang terhadap NabiNya. Karekter tentang Noah dirosakkan (atau di dalam Bible, sememangnya Noah digambarkan sebegini teruk?) secara sengaja dan sewenang-wenang. Anak Nabi yang berzina, melahirkan anak luar nikah, kemudian Noah mengancam mahu membunuh anak luar nikah tersebut, karekter yang perengus, walaupun terhadap isterinya sendiri (Naamah lakonan Jennifer Connelly) dan anakanaknya. Apabila seorang anak lelakinya melarikan diri daripada kaumnya yang barbar, bersama kekasihnya, kaki kekasihnya itu terperangkap samar, dan Noah muncul. Kemunculan Noah ketika kaki kekasih anaknya terperangkap samar itu, sangat keji sama sekali bagi karekter yang membawa peranan Nabi. Nabi bernama ‘Noah’ itu meninggalkan kekasih anaknya itu mati terbunuh, dan membawa anak lelakinya segera melarikan diri. Orkid Radiallah menghadiahkan kepadaku ALKITAB (Bible versi Melayu). Aku membelek-belek cerita tentang Noah, ada pada Perjanjian Lama (Old Testament) Kejadian 6,7,9,10 dan 11. Sungguh aku hampa sama sekali. Tidak aku jumpai yang Noah seperti yang tercatat dalam Bible adalah hero kemanusiaan. Tidak ada. Pada ayat ke 13 (aku belum pandai membaca Bible, tetapi ini nombor ayatnya sebagai rujukan), ‘Berfirmanlah Allah kepada Nuh: ‘Aku telah memutuskan untuk mengakhiri hidup segala makhluk, sebab bumi telah penuh dengan



Filem 141

kekerasan oleh mereka, jadi Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama dengan bumi. (ayat ke 14) Buatlah bagimu sebuah bahtera dari kayu gofir; bahtera itu harus kau buat berpetakpetak dan harus kau tutup dengan pakal dari luar dan dalam. (ayat ke 15) Beginilah engkau harus membuat bahtera itu: tiga ratus hasta panjangnya, lima puluh hasta lebarnya dan tiga puluh hasta tingginya. (ayat ke 16) Buatlah atap pada bahtera itu dan selesaikanlah bahtera itu sampai sehasta dari atas, dan pasanglah pintunya pada lambungnya; buatlah bahtera itu bertingkat bawah, tengah dan atas. (ayat ke 17) Sebab sesungguhnya Aku akan mendatangkan air bah meliputi bumi untuk memusnahkan segala yang hidup dan bernyawa di kolong langit; segala yang ada di bumi akan mati binasa. (ayat ke 18) tetapi dengan engkau, Aku akan mengadakan perjanjian – Ku, dan engkau akan masuk ke dalam bahtera itu: engkau bersama-sama dengan anak – anakmu dan isterimu dan isteri anak-anakmu. (ayat ke 19) Dan dari segala yang hidup, dari segala makhluk, dari semuanya haruslah engkau bawa satu pasang ke dalam bahtera itu, supaya terpelihara hidupnya bersama-sama dengan engkau; jantan dan betina harus kau bawa…,’

Apakah yang ‘humanis’nya seorang Nabi seperti Noah? Kita tidak melihat bahawa Tuhan dalam ALKITAB memesan kepada Noah supaya berdakwah kepada kaumnya yang telah rusak di bumi. Yang sangat diperincikan di dalam ALKITAB adalah tentang berapa hasta, berapa ukuran kapal dan segala yang sememangnya menjadi permainan Aronofsky dalam menghina agama Kristian. Aku tak berjumpa apa-apa harapan yang ditawarkan oleh Noah, arahan Aronofsky. Dunia semakin lama semakin hampa oleh tamadun yang bertuhankan material dan kekontangan spiritual, dan diperparahkan lagi oleh pengkarya-pengkarya yang atheistik.

142

Agama & Hegemoni Negara

‘God’s Not Dead Melawan “Noah” yang Pagan’ Kita tidak berjumpa apa-apa yang menarik tentang filem Noah yang ketara ciri ‘kepaganan’nya. Kalau anda ingin menjadi seorang Kristian, lebih baik anda jangan menonton filem ini. Jika anda seorang Kristian, filem pagan anti Tuhan sebegini seharusnya dikritik, dan belajar dari filem God’s Not Dead. Tetapi filem God’s Not Dead, selain posternya yang agak ‘punk’, dan the so called intellectual, kita boleh dikatakan akan kecewa juga menonton filem yang dibiayai badan-badan Kristian ini. Kerana debate-debate tentang ketuhanan dalam God’s Not Dead, boleh dikatakan jauh daripada memuaskan. Kita agak sulit untuk menjadi seorang yang kental beriman, dengan hujah-hujah sepele yang ditawarkan. Michel Foucault, Ludwig Feurbach, Friedrich Nietzche, George Santayana, Denis Diderot, John Stuart Mill, Richard Dawkins, Noam Chomsky, Bertrand Russell, Bertold Brecht, Ayn Rand, Democritus, David Hume, Albert Camus, Sigmund Freud antara nama yang dijejerkan di hadapan papan putih pada minit ke 9. Prof. Jeffery Radisson kemudian bertanya kepada 142



Filem 143

pelajar-pelajarnya, apakah yang mengikat nama-nama intelektual terkemuka itu? Bukan kematian yang mengikat mereka, kerana Chomsky dan Dawkins masih hidup, tetapi atheist. Hujah yang rapuh sebegini tidak ditenyeh-tenyeh oleh pelajar yang mencabar ((Josh Wheaton)) logika Radisson. Kerana banyak lagi sarjana ((tanpa perlu memetik sarjana Islam pun)) Kristian / Yahudi yang beragama / bertuhan / theist. Cuma tertanya-tanya juga, mengapakah tokoh atheist yang paling berpengaruh kepada dunia umat proletariat seperti Karl Marx tidak disebutkan? Kita bimbangnya, atheist-atheist cuma gelak sahaja dengan filem yang ditaja badan-badan Kristian ini, yang menyuguhkan nama-nama besar atheist, dan karya-karya agung seperti David Hume dengan The Problem of Induction, Rene Descartes dengan Discourse on Method dan Russell dengan Why I’m Not Christian? Tetapi tidak ada perlawanan yang seru antara hujah-hujah ketuhanan dan hujah – hujah anti ketuhanan. Tidak ada. Tidak ada kritikan-kritikan padu terhadap buku-buku yang filem itu sebutkan. Hanya sekadar penyebutan. Kemudian insiden kereta yang dinaiki pastor Dave yang rosak, adalah salah satu lagi scene yang membazir dalam filem yang mahu menewaskan atheist. Atheist-atheist tidak akan melayan hujah-hujah yang bersifat perasaan ini. Hujah-hujah ini elok disimpan untuk peribadi sendiri. Bukan untuk dipertontonkan kepada orang lain. Kerana rasa kebertuhanan itu bukan sesuatu untuk dihujahkan. Yang patut dipertandingkan adalah mana yang lebih valid, tak bertuhan atau bertuhan.

144

Agama & Hegemoni Negara

SUPERMAN / HERCULES ((MITOS)) SEBAGAI PENAMPAKAN AGAMA DI BARAT Dean Cain dan Kevin Sorbo, adalah dua aktor Barat yang pernah melakonkan watak Superman dan Hercules dalam drama bersiri suatu masa dahulu, yang pernah ditayangkan di kaca tivi kita. Dan itulah agaknya jika boleh dikatakan, bagaimana penampakan agama di Barat, seperti khayalan-khayalan dan mitos-mitos yang tidak berguna, yang cuma menjadi hiburan masa lalu. Agama tidak dianggap mampu menjelaskan / atau menjelaskan sesuatu yang bukan cakupan ilmunya. Selain daripada traumatik Dark Ages, agama yang sarat dengan mitos tak boleh blah ini menyebabkan orang ramai semakin hampa dengan agama. Agama diolah menjadi sebuah kepercayaan yang merayau-rayau dalam sebuah daerah yang bukanlah daerahnya, mengakibatkan agama terjatuh ke dalam perangkap atheism. Walhal atheist bukanlah sains. Atheist juga adalah kepercayaan, seperti theist. Ada saintis yang atheist. Ada juga saintis yang theist. Jadi penolakan terhadap atheist, tidak seharusnya menggunakan argumen-argumen yang belum cukup pasti dan memuaskan (tanpa dinafikan boleh juga digunakan hujah-hujah sains untuk membatalkan atheism). KRITIKAN YANG TIDAK PERLU Watak Aisya dan bapanya yang ‘tradisional’ (baca: ortodoks) juga sekali lagi, adalah membazirkan scene. Sekiranya betul sekalipun masalah kekolotan orang-orang Islam wujud dalam kemelut beragama di Barat, adalah membuang masa yang begitu singkat itu untuk menyerang Islam. Masa yang sebegitu terhad untuk mengkritik / menyerang atheism dibazirkan untuk mengkritik



Filem 145

Islam. Apakah Islam mempercayai ‘Got ist Tot’? Bahkan jika filem itu dijawab oleh orang-orang Islam kembali, tentang kerelevanan scene Aisya dan bapanya, pasti terkedu pembikin filem ini. Kerana orang-orang di Barat bukan memilih menjadi atheist disebabkan Islam. David Hume, Feurbach, Marx, Freud dll nama di atas, memilih menjadi atheist disebabkan agama Islamkah? Atau gereja yang mencengkam zaman Dark Ages suatu masa dahulu? Filem ‘pop – Kristian’ ini, sekiranya ini sebuah perlawanan bola, pasti filem ini tersungkur lebih awal, kerana separuh masa pertama digunakan untuk menyerang sesama orang sendiri. Masa yang ada tidak digunakan sebaiknya, sebaliknya digunakan untuk mengkritik Islam, dan mengangkat Kristian, sementara tengkorak atheist belum dikupas tuntas. Mereka tidak sekemas William Lane Craig dan John Lennox, ketika dua sarjana Kristian moden itu membidas atheism. William Lane Craig dan John Lennox tahu siapa kawan, dan siapa lawan. Siapa yang harus mereka bersahabat, dan siapa yang harus mereka merembat. William Lane Craig dan John Lennox tidak membuang masa dengan mengkritik agama-agama samawi yang lain, sebaliknya berhempas pulas menumpaskan atheism. Agak hairan juga kenapa hanya nama John Lennox (matematikus) yang disebutkan dalam filem ini, tetapi tidak William Lane Craig. Adakah pembikin filem ini memerlukan ‘nama besar’ atau ‘bidang besar’ untuk membuktikan bahawa Kristian betul dan atheist salah? Sekiranya begitu, (dan nampaknya begitu), agak sulit untuk Kristian (dalam filem ini) untuk pergi lebih jauh. Kerana sains dan matematik, bukanlah suatu ilmu untuk menjaring Tuhan. Kerana ada saintis yang beriman, ada saintis yang tidak beriman. Ada matematikus yang beriman, ada yang tidak. Untuk mempertahankan Tuhan, yang percaya kepada kewujudan Tuhan,

146

Agama & Hegemoni Negara

harus pergi lebih jauh. Jika Tuhan Pencipta Fizik itu mampu dijaring / ditangkap / diserkup dengan ‘jaring-jaring fizik’ yang dicipta olehNya, pastilah dia bukan Tuhan lagi. Hujah-hujah sains boleh digunakan untuk membuktikan keberadaan Tuhan / menafikan keberadaan Tuhan. Yang patut diperdebatkan, apakah konsekuensi (hasil – akibat) kebertuhanan / ketidakbertuhanan? Apakah bertuhan lebih menyelamatkan / tak bertuhan lebih menyelamatkan? Manakah yang lebih menenangkan? Yang mana lebih mempunyai tapak pijak dalam moral, ((hujah-hujah tradisi Lennox dan Craig)) atheist, atau theist? Akhirnya kita akan duduk dan bertenang, bahawa hujahhujah untuk beragama / bertuhan pun kuat, hujah-hujah untuk tak mahu bertuhan juga kuat. Terpulanglah untuk pilih yang mana. Kebenaran itu jelas. Iblis juga mempunyai hujah, ketika melawan perlantikan Adam ketika Adam ditabalkan menjadi wakil Tuhan di bumi. Tetapi apakah Iblis benar? Kesudahannya, kita akan mempersoalkan, apakah nilainilai murni yang diusung agama tidak baik untuk masyarakat? Buanglah Tuhan sekalipun, tetapi apakah nilai-nilai kebaikan yang dijaja oleh agama (kepercayaan bertuhan) itu bermasalah? Apakah menyantuni anak-anak yatim itu salah? Apakah berbuat baik kepada ibu bapa itu salah? Apakah mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang memerlukan itu salah? Apakah perkahwinan itu salah? Orang-orang beragama lebih berprestasi dalam hal ini, sekalipun diejek oleh atheist sebagai khayalan semata-mata, sedangkan soalan yang tepat dan padat untuk dihujahkan kepada atheist, adalah, apakah sebab untuk berbuat baik / meninggalkan buruk, jika tiada apa-apa tapak pijak?



Filem 147

UNTUK APA ‘GOT IST TOT’? Jika atheist sekadar mengajukan untuk meninggalkan Tuhan disebabkan semata-mata tidak mampu mencerap Tuhan, untuk apa? Untuk melakukan kebaikan? Agama-agama lebih awal / wahid / lebih pertama mengajar penganut-penganutnya untuk berbuat kebaikan. Kita tidak memerlukan atheism untuk mengajar kita membuat kebaikan. Bahkan potensi seseorang manusia itu untuk berbuat apa sahaja yang buruk lebih dekat dengan atheism, kerana tiada apa-apa yang mampu menghalang seseorang itu, apatah lagi jika dia tidak percayakan kepada pengawalan state / daulah (anarchist) atau lebih teruk, nihilist. (tetapi kualiti Negara majority Muslim lebih teruk jika mahu dibandingkan dengan Negara yang majoritinya bukan Islam, pemikir-pemikir Islam moden juga lebih suka tinggal di Negara seperti Swiss berbanding tinggal di Negara Islam-Arab) Kita tidak boleh mengatakan semua atheist / deist / agnostic adalah jahat. Kebanyakan mereka lebih baik dan lebih banyak menyumbang kepada peradaban umat manusia. Tetapi apakah sumbangan dan kebaikan mereka, adalah bermaksud mereka benar? Adakah lebih banyak menyumbang / kebaikan, bererti kita benar? Jika begitu, segala hujah-hujah capitalist yang melakukan charity (amal kebajikan) adalah benar. Ini bukan kritikan kita sahaja, bahkan Bob James daripada Amerika menulis komentarnya tentang filem ini, bahawa ‘saya tak kisah jika ada sedikit bias yang pro kepada Kristian dalam filem ini, serupalah jika yang buat filem ini adalah atheist…, ‘bagaimanapun setiap karakter yang bukan Kristian digambarkan sebagai bodoh (wartawan perempuan), orang yang bermasalah

148

Agama & Hegemoni Negara

(watak teman lelaki), ayah yang keras (Muslim) atau pembenci Tuhan (Raddison)…,’

Kebenaran dan kebaikan adalah suatu hal yang berbeza. Jasa / sumbangan dan kebenaran juga suatu hal yang berbeza. Kepandaian dan kebenaran juga hal yang berbeza. Lennox dipetik dalam filem ini, mengatakan, bahawa sesuatu yang mengarut tetap mengarut meskipun diungkapkan oleh seorang saintis tersohor. Tidak pasti sama ada Lennox pernah membaca Al–Munqidh min al–Dalal, karangan Imam al–Ghazzali yang pernah menjelaskan, seseorang yang mendakwa bahawa 3 lebih besar daripada 10 dan sebagai buktinya, beliau memperlihatkan kemampuannya menukar seutas tali menjadi seekor ular atau seketul batu menjadi segumpal emas. Biarpun begitu hebat kebolehan sipendakwa tersebut, orang yang yakin bahawa 3 lebih kecil bilangannya daripada 10 tetap tidak akan terpedaya dengan helah (silap mata) sipendakwa itu, biarpun barangkali beliau kagum dengan kebolehannya itu. Barangkali inilah analogi yang sesuai untuk mengkritik pengagum-pengagum Stepen Hawking, yang selalu mengheret argumen-argumen sains Hawking, untuk membenarkan penafian ketuhanan. Dan akhirnya, yang membunuh falsafah itu bukanlah Imam Ghazali, sebaliknya ungkapan ‘philosophy is dead’ oleh Hawking sendiri. Apapun, filem propaganda Kristian ini, sesuai untuk pemulapemula (beginnners) yang mencari kebenaran.

Filem 149



‘PK: Sebuah Kritikan “Tuhan” Terhadap Orangorang Bertuhan’ 1. Dia masih tidak dapat menanggalkan Tuhannya, dari kehidupannya sehari-hari di planet bumi. Entah kenapa dia masih bertuhan, tiadalah dia tahu. Walaupun telah diuji oleh Tuhan berkali-kali. Pengaduannya kepada ‘yang seen’ atau ‘yang unseen’ semakin lama semakin tidak bererti. Tuhan tidak hadir ketika dia memerlukan pertolongan. Ketika dia dihempap masalah demi masalah, Tuhan, dimanakah?

Dia mahu memberontak, meninggalkan Tuhan, tetapi tidak jadi. Tuhan tetap ada sama ada dia suka, ataupun tidak. Buktinya, orang-orang yang nak bertuhan, tetap ada, meski belum tentu apa yang mereka minta sehari-hari dipenuhi. Masjid, kuil, gereja tetap disinggahi pada waktu-waktunya, meskipun tangan yang ditadah akan pulang dengan tangan yang hampa kekosongan.

149

150



Agama & Hegemoni Negara

Dia hairan dengan keletah umat beragama. Mereka sentiasa mendakwa merekalah paling benar. Jika benar Tuhan ada, Tuhan siapakah yang benar? Itu tidak mengapa sebenarnya. Kerana boleh jadi semua benar, dan Tuhan bukan bodoh untuk menerakakan mereka-mereka yang menyembahnya dengan cara berbeza. Kerana Tuhan yang mewahyukan wahyu kepada Jesus, adalah Tuhan yang sama juga mewahyukan kepada Muhammad. Dan bukan Tuhan itu tidak tahu, di ranah India, selain Islam, agama yang terbesar dan asal di India, adalah Hindu. Dan kelakuan orang-orang Islam di sana yang terkenal reactionary (sampai terbelah India, menjadi dua, bukan, tiga, kepada Pakistan dan seterusnya Bangladesh), bukan tiada dalam pengetahuan ilmu Tuhan. Dan Tuhan boleh sahaja menghadirkan utusan-utusan seterusnya untuk mendakwahkan risalah kepada umat manusia di sana, tetapi Tuhan sudah tidak mengutuskan lagi. Dan orangorang agamalah akhirnya mendakwa, mereka mempunyai ‘hubungan sulit’ dengan Tuhan. Inilah ‘wrong number’nya.

2. Aamir Khan tak perlu berlakon sebagai makhluk (dari planet lain) asing. Kerana wataknya, adalah watak seorang yang ‘gila’ dalam pencarian. Selalunya makhluk asing mempunyai kuasa. Dan Aamir Khan tidak mempunyai apa-apa kuasa, melainkan boleh memindahkan pengetahuan seseorang (seperti bahasa) dalam masa lebih kurang 6 jam dan boleh mengetahui apaapa yang terbuku dalam minda seseorang itu hanya dengan memegang pergelangan tangan seseorang itu.





Filem 151

Tetapi orang-orang agama tidak perlu diajar dengan makhluk asing atau apa-apa makhluk dari langit lagi. Cukup mereka diajar oleh seorang yang ‘gila’, atau seorang Tipsy (Peekay / Pemabuk). Orang-orang agama kita terlalu mendambadambakan syeikh, mendambakan Habib, mendambakan maulana, mendambakan tok guru, mendambakan ustaz, sedangkan mereka tidak sedar diri, bahawa mereka cukup memerlukan seorang pemabuk atau seorang yang gila untuk menyedarkan kemunafikan mereka.

Agama ada untuk apa, untuk siapa sebenarnya? Apakah sebenarnya yang menyebabkan seseorang itu nak beragama? Kenapa dictum Marxist, iaitu ‘religion is the opiate of the people’, masih belum laku oleh umat sedunia? Kenapa sebuah Negara yang atheistic belum mampu untuk wujud sampai ke hari ini, meski Lawrence Krauss, Richard Dawkins, Sam Harris dll mendakwa atheist adalah sebuah idea yang paling scientific, dan agama adalah sebuah ‘human construct’ yang berpotensi menghancurkan umat manusia?

Kita tinggalkan persoalan-persoalan itu kepada kaum atheist, untuk sementara itu, kita berpada dengan ‘agama / bertuhan sebagai sebuah fitrah’ dan masalah agama, adalah orangorang agama (god men) itu sendiri.

3. Masalahnya bukanlah sekitar tetek bengek teologi itu sendiri. Perlu dicatitkan di sini, perbahasan panjang tentang teologi hanyalah muncul sekitar kebangkitan Muktazilah dan refute (radd) yang dilancarkan oleh kaum Asyairah (dalam dunia Islam yang dibahaskan di sini) iaitu era zaman Abbasid.

152

Agama & Hegemoni Negara

Ketika era Nabi Muhammad saw, perbahasan teologi sama ada Sifat 20 atau Tauhid Rububiyah (perkataan Rububiyah pun tiada dalam Qur’an) hampir tidak wujud. Keimanan ketika itu, adalah dikeranakan kejahilan (dark ages) bagi bangsa Arab sudah mencapai climax dan jika dalam bahasa drama, dark ages itu sudah menuju peleraian, akibat dikapak dan ditetak oleh ‘jil quraniyun farid’ (meminjam dictum Syed Qutb) dan akhirnya sebuah bangsa Arab yang tercerah telah dilahirkan.

Maka, agama sebenarnya, apakah? Apakah hanya sekadar mementingkan tentang rupa luaran (superficial / form) tanpa memerhatikan essence (esensi / isi / substance)? Apakah agama adalah ruang untuk ‘intellectual exercise’ (intellectual masturbation), tanpa memperhatikan setting social yang semakin melingkup?

Ianya tentang attitude orang-orang agama itu sendiri. Jika permainan teologi sahaja yang mahu diambil kira, tentu lebih dari jutaan orang Islam akan masuk dalam neraka, kerana berapa ramai sangat yang mahir akan akidah Asyairah atau Syi’ah? Sedangkan kaum Muslimin dalam kitab mereka mengatakan, akidah (belief / faith) tidak boleh ikut-ikutan (taqlid), maka berapa ramaikah kaum Muslimin pada hari ini, yang mempunyai keimanan 100% persis dengan para Imam mereka? 4. Di Malaysia, kita diperparahkan lagi dengan kebangkitan generasi ‘Ku Klux Klan’ seperti PEKIDA, PERKASA dan yang popular dalam setahun ini, ISMA, yang begitu garang menyerang apa yang mereka tidak faham sebagai ‘pluralism agama’. Kita tidak pasti apakah mereka pernah membaca



Filem 153

apa-apa tentang Maulana Jalaludin Rumi, yang mengatakan, bahawa Agama yang kita warisi dari para Nabi makin lama makin hilang manisnya nikmat iman. Iman pada hari ini sudah menjadi sebuah perkosaan terhadap mereka-mereka yang menganut iman / kepercayaan / ketidakpercayaan yang lain. Kita semakin lama semakin hilang cinta antara satu sama lain, dan menyimpan prasangka bahawa ‘the others’ mempunyai agenda tak baik terhadap kita. Agama hanya membenarkan kritik terhadap pihak lain ‘the others’ sebaliknya, agama tidak membenarkan kritik terhadap diri agama sendiri. Generasi ‘Ku Klux Klan’ selalu mengatakan, kita mesti beriman dengan keyakinan. Keimanan adalah tidak sah, selagi kita tidak benar-benar yakin. Keimanan mesti dengan penuh keyakinan. Adalah tidak sah, jika beriman tetapi masih keraguan. Maka adakah salah mereka-mereka yang tidak beriman seperti kita, kerana mereka belum benar-benar yakin? Paradox apakah yang kita tengah paksakan kepada masyarakat ini? ** Sedutan wawancara pasca tayangan PK: Reporter: You stole money from a Hindu Temple, but not a ‘chadar’ from mosque/tomb? Aamir Khan: It is the money that people need to survive in this world, not the ‘chadar.’

154

Agama & Hegemoni Negara

Reporter: In a scene in the film, Lord Shiva was degraded. Why not the Prophet or Hussain of Islam? AK: First of all, none of the Lord(s) were degraded. Secondly Muslims don’t use any picture or figure of their Prophet or Hussain (A.S). Therefore, you cannot impersonate them in any way. Reporter: Posters of missing Lords and Ladies of Hinduism were displayed in the film. Why not the God of Muslims? AK: I would reply to this question with the same answer. You cannot raise the question on Allah or His personality since Islam doesn’t show or use any picture of Him. Reporter: The guy in the film was a Muslim while the girl was Hindu. The film ended up showing that Muslim or Pakistani men are not a fraud but loyal. Don’t you think that love story was a part of Jihad. AK: Well, no. The ending of the film had a message that Muslims and Pakistanis are not who we think they are. They are loyal and dutiful instead. Previously, we have seen a Hindu boy and a Muslim girl in many movies, neither we protested against it nor you did. I guess you shouldn’t protest now either.

Politik 155



K I T I L PO

156

Agama & Hegemoni Negara

Politik 157



Apakah Ulama’-ulama’ PAS Tidak Suka Membaca? pada 17hb September 2013 pukul 12.02 pagi (artikel ini barangkali sudah tidak lagi relevan, membuang masa untuk

dibaca, kerana PAS telah pecah)

Kassim Ahmad, sosok kiri Melayu, pernah menulis dalam memoir penjaranya, iaitu Universiti Kedua, bahawa adalah memang enak kalau kita boleh membaca sepanjang masa. Membaca karyakarya agung yang telah diciptakan oleh otak manusia hingga kini: semua klasik sastera, semua klasik sains dan semua klasik falsafah, termasuk Shakespeare, Milton, Sophocles, Rumi, Firdaus, Kalidasa, Plato, Aristotle, Herodotus, Al–Farabi, Ibnu Sina, Al–Ghazali, Ibn Khaldun, Gibbon, Goethe, Darwin, Tolstoy, Dostoevsky, Pushkin, Balzac, Walter Scott. Charles Dickens, Joseph Conrad, Thomas Mann, Hemingway, Herman Melville dll.

157

158

Agama & Hegemoni Negara

Apakah ulama’-ulama’ PAS tidak membaca? Che Guevera sendiri sangat berminat dengan sastera, terutamanya dari Pablo Neruda, John Keats, Antonio Machado, Federico Garcia Lorca dll. Rumah revolusioner ini mengandungi lebih dari 3000 buah buku seperti dari Karl Marx, William Faulkner, André Gide, Emilio Salgari, Jawaharlal Nehru, Franz Kafka, Albert Camus, Vladimir Lenin, Anatole France, Friedrich Engels, H. G. Wells, Robert Frost dan lain-lain lagi. Apakah ulama’-ulama’ PAS tidak membaca? Ainon Mohd dan Abdullah Hassan menuliskan, ‘selama ini kita dilatih supaya jangan berfikir secara kabur. Kabur bererti sesuatu itu boleh ditafsir dengan berbagai cara. Pemikiran yang kabur boleh menimbulkan dua masalah iaitu (i) orang menjadi keliru dan (ii) komunikasi menjadi tidak tepat, iaitu lain yang diarahkan, lain yang dibuat. Di sekolah, semua soalan yang diberikan kepada kita hanya mempunyai satu sahaja jawapan yang betul, dan kita dilatih mencari jawapan yang satu itu. Jawapan-jawapan yang lain adalah salah. Oleh yang demikian, tabiat berfikir yang ditanamkan di sekolah terbawa-bawa ke dunia kerjaya dan kehidupan kita. Berlainan dengan apa yang diajarkan kepada kita sewaktu di sekolah, kekaburan ialah ciri pemikiran kreatif, di mana kita percaya setiap masalah boleh difahami dengan berbagai-bagai cara dan memerlukan pelbagai jawapan yang semuanya betul belaka.’ Tulis pengerusi PTS itu lagi, ‘pemikiran tradisional sangat taksub dengan kegiatan



Politik 159

membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman SALAH – BETUL, YA – TIDAK dan HITAM – PUTIH. Pemikiran lateral dan parallel tidak menilai atau menghukum. Ia dapat menerima segala kemungkinan. Pemikiran tradisional menggunakan logic batu dan berfokus pada ‘Apa?’ dan ‘ialah’. Pemikiran lateral dan parallel menggunakan aliran logik air dan berfokus pada ‘ke mana?’ dan ‘kepada’. Apakah ulama’-ulama’ PAS tidak membaca? Jika dalam seminggu seorang ulama’ berjaya menghabiskan sebuah buku (orang Islam cuma tahu mengkhatam Qur’an tetapi sangat sikit sekali yang mahu mengkritis dan mahu mengulangkaji pesan-pesan Tuhan melalui firman-firmanNya di dalam Qur’an) bermakna sebulan sudah empat buku ulama’ habiskan. Jika setahun ulama’ boleh mendisiplinkan seminggu empat buku, bermakna 48 buku ulama’ telah membaca dalam masa setahun. Kita contohkan, dalam setahun ulama’ fokus pada pengajian Islam (Islamic Studies), *buat silibus sendiri, iaitu ulama’ kena habiskan seminggu sebuah buku tentang Islam, bermakna sekurangkurangnya ulama’ dah habiskan 40 buku tentang Islam dalam masa setahun. Bukankah ini lebih baik daripada belajar silibussilibus yang cuma untuk lulus periksa? Apakah yang dibaca oleh ulama’-ulama’ PAS? Dewan Ulama’ PAS sewajibnya diperketatkan keahliannya. Mereka harus membaca lebih banyak dari biasa. Mereka harus membaca lebih banyak dari orang awam. Kredibliti mereka akan lebih bertambah jitu dan kental jika buku-buku yang mereka baca

160

Agama & Hegemoni Negara

sangat banyak. Kredibiliti mereka akan melampaui kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kelayakan menjadi ulama’ PAS adalah menitikberatkan kualiti pembacaan yang serius. Akhirnya rakyat akan menjadikan ulama’-ulama’ PAS sebagai rujukan. Biarlah ulama’ PAS tidak menguasai hal ekonomi, sains, matematik, fizik, biologi dll kerana itu bukan kepakaran mereka. Kerana Qur’an menegaskan serahkan sesuatu urusan itu kepada ahlinya. Tetapi pembacaan-pembacaan ulama’ PAS mestilah sangat berkualiti sama sekali agar apabila mereka dipilih menjadi ahli Majlis Syura dan menghasilkan keputusan-keputusan syura, sangat bagus sekali ijtihad mereka. Kita tidak mahu ulama’-ulama’ PAS sentiasa menghasilkan accidental decision akibat malas membaca buku. Nyatalah suruhan Iqra’ menandakan pentingnya pembacaan ini. Syarat-syarat menjadi ulama’ PAS seperti yang disebutkan di atas tadi haruslah sangat ketat. Bukan kerana latar Pengajian Islam di mana-mana Kolej Universiti, anak mana-mana tok guru, secara automatic menjadi ulama’ PAS. Ini tidak cerdik. Maka dengan itu, pembacaan sewajarnya dijadikan syarat keutamaan menjadi ulama’ PAS. Sesiapa pun boleh menjadi ulama’ PAS, asalkan pembacaan-pembacaannya sangat berkualiti dan begitu meluas. PAS akan dilihat bijak. Ahli-ahli Dewan Ulama’ mestilah sentiasa diaudit dari semasa ke semasa keahliannya. Bagaimana disipilinnya, apakah penemuan atau kajian feqah terbaru yang mereka hasilkan, berapa banyak wacana agama mereka telah anjurkan dll. Bukan sekadar menempel di multaqa dan ijtima’. Berapa banyak kitab mereka telah studi (melakukan pengkajian, perbincangan), berapa banyak buku mereka telah tulis, semua ini harus menjadi perkiraan untuk menentukan



Politik 161

kemuktabaran seseorang ulama’ di dalam PAS. Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Ketua Dewan Ulama’ sedangkan dia tidak pernah menghasilkan apa-apa karya keagamaan? Inilah kerja Kaum Ulama’. Orang akan melihat bahawa Dewan ‘Ulama’ dan Majlis Syura PAS adalah dua entiti parti yang tidak berkepentingan. Siapa lagi yang mahu menghasilkan karya-karya agama yang baharu atau feqah-feqah kontemporer di Malaysia jika bukan Kaum ‘Ulama’? Ada sahabat mencadangkan (atau menyarankan?) supaya ulama’ dan ustaz membaca karya John L Esposito (The Future of Islam, Islam, Myth or Threat), Graham E Fuller (World without Islam, sudah ada terjemahan dalam bahasa Melayu Indonesia), Sayyid Hossein Nasr (Islamic Life and Thought), M Hakan yavuz (Islamic Political Identity in Turkey), Mostafa Akyol (Islam Without Extremist, baru diterjemahkan di Malaysia). Komentar saya, mudah. ‘Tak payah. Poyo je baca yang Inggeris-Inggeris. Kalau takmau baca yang dalam BM–Indonesia. Berlambak je sarjana kita menulis dalam bahasa ibunda. mohon ulama’-ulama’ main Facebook dan cari Bacaan Liar. InshaAllah pandangan-pandangan mereka akan lebih bijak. Atau beli sahaja buku-buku IKD. Banyak je buku-buku ditulis dalam bahasa Melayu, ulama’-ulama’ PAS baca ke?’ Banyak sahaja karya-karya terjemahan, yang boleh dibaca di dalam bahasa Melayu Malaysia ataupun Melayu Indonesia. Saya senaraikan beberapa sahaja, seperti Islam dan Akal (Syeikh Abdul Halim Mahmud, Islamologi, Oposisi Pasca Tradisi, Aku Bagian Dari Fundamentalisme Islam oleh Hassan Hanafi, Fatimah, Haji dan Tugas Cendiakawan Muslim, garapan sarjana Iran, Dr. Ali Syari’ati, Capita Selecta dari Pak Natsir, Madilog, Gerpolek, Aksi Massa, Naar de Republiek Indonesia oleh Tan Malaka dan banyak

162

Agama & Hegemoni Negara

lagi yang tidak sempat saya sebutkan di nota ini. Apakah ulama’-ulama’ PAS sampai sekarang cuma mengulang Feqh Harakah Haji Hadi, Ma’alim fit Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan), Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran) tulisan Syed Qutb, dan Maza Ya’ni Intimai alIslam atau dalam bahasa Melayunya, Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Generasi Muda dan Perubahan (Asy-Syabab wa Taghyir), Bagaimana Menyeru Kepada Islam (Kaifa Nad’u ilal Islam) atau Masalah Dakwah dan Pendakwah (Musykilatul Dakwah wa Da’iah) karangan Fathi Yakan? Atau Fundamentals of Islam atau edisi terjemahan serpihannya, Iman, Islam, Jihad), Hassan alBanna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau terjemahan Jundullah: Thaqafatan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama) adakah hanya itu? Kata Fathi Aris Omar (Malaysiakini) jika dia menjadi naqib usrah pada hari ini, dia akan mengharamkan buku-buku yang disebutkan di atas kepada anak-anak usrahnya.26 Fathi seterusnya mengajukan, dalam ‘usrah barunya’ nanti, agar anak-anak usrahnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand

Fathi Aris Omar, 2007, Pengalaman Bertuhan (dalam esei Di Bawah Mendung Usrah), Kuala Lumpur: MEGC, hal. 17.

26



Politik 163

Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atauTraditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah antara yang relevan diperbincangkan. Saya pernah bertanyakan kepada saudara Hasbie Muda dalam Lepak Maqasid* sebuah program ilmiah jalanan, penulis buku Kemenangan Yang Tertangguh, apakah kelesuan PAS dewasa ini adalah disebabkan sistem usrah yang sangat kabur? Apakah yang budak-budak PAS, sama ada di peringkat kawasan dan di universiti bincang di dalam usrah? Buku apa yang mereka bincang? Apakah cuma membincangkan maratib ‘amal, baitul muslim, khilafah? Apa??? Nikah khitbah?? Saya pernah mengikuti tamrin-tamrin PAS, dan saya rasa saya sangat tidak berguna sekali. Tamrin-tamrin cuma untuk membunuh fikrah saya yang nak memberontak terhadap ketidakadilan yang berlaku. Sepatutnya sistem usrah memikirkan, bagaimana kita dapat membaca 90% karya-karya klasik dari tradisi Islam, mahupun non Islam yang disebutkan oleh Kassim seperti di perenggan mula dan Fathi tadi. Jika tidak apa faedahnya masuk usrah, atau masuk PAS? Ataupun sebenarnya, agamawan-agamawan PAS ini seperti yang ditulis dalam wawancara Aqil Fithri,

164

Agama & Hegemoni Negara

‘Satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa konsep kepimpinan ulama’ dalam PAS merupakan cerminan kepada aspirasi revolusi Islam Iran. Namun di sana, ulama’-ulama’ Iran berada dalam suasana tradisi keilmuan yang sama sekali berbeza dengan kita! Jadi, timbul persoalan adakah ulama’-ulama’ di dalam PAS layak (atau sesuai) untuk memakai konsep yang sama? Apa yang dibimbangkan, jangan sampai konsep ini di gunakan untuk mempertahankan kedudukan masing-masing pula!’

Politik 165



Apakah Level Ulama’ PAS? pada 18hb Jun 2013 pukul 11.18 pagi (artikel ini barangkali sudah tidak lagi relevan, membuang masa untuk dibaca, kerana PAS telah pecah)

Saya sangat bersetuju sama sekali dengan pandangan merekamereka yang skeptical dengan teokratis (golongan agama-hukumagama-kuasa) akan pandangan mereka, bahawa mengapa ulama’ perlu merebut kekuasaan. Saya pernah terbaca dalam satu tulisan bekas mufti Perlis iaitu Dr. Asri Zainul Abidin yang menukilkan kritikan Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadwiy yang mengkritik Ikhwanul-Muslimin (Mesir) dan Jamaat Islami (Pakistan) akan cita-cita mereka mendapatkan kekuasaan. Poin yang menjadi persamaan mereka, termasuk Ustaz Wanji Wan Husin, adalah kuasa adalah karunia Allah, adalah hadiah Allah. Bermaksud dengan kata lain, bukan kerja para ulama’ untuk merebut kekuasaan. Bermaksud politik Islam sebenarnya adalah untuk memperjuangkan kemanusiaan, bukan untuk merebut kekuasaan. Shuhaib Ar-Rumy (DQ-UIA) menuliskan pandangan Dr. Yusuf Qardhawi yang menggunakan panduan surah Al- Qasas 165

166

Agama & Hegemoni Negara

ayat 26 bagi menekankan soal pemilihan pekerja melalui dua ciri iaitu qawiyy dan amin. Makanya isunya bukan lagi pada ulama’ (tok-tok lebai), mesti menjadi umara’ (pemerintah). Tak mesti begitu. Juga jika kita meneliti sejarah kita akan menemui beberapa contoh sikap ulama’ terhadap kepimpinan politik. Majoriti ulama’ bersikap menjauhkan diri daripada soal kekuasaan, kita boleh lihat contoh Imam Abu Hanifah dan lain-lain. Mereka seperti antara dua magnet berlainan kutub. Agama di sebelah lain. Sementara pemerintahan pula di sebelah lain. Tidak boleh bercantum antara keduanya. Sesetengah yang lain mungkin akan menyerang argumen ini dengan mengatakan bahawa inilah dia sekularisme yakni pemisahan antara kekuasaan politik dan agama. Maka kita menjawab, kita berniat untuk mengelakkan daripada agama itu digunakan untuk dieksploit atau disalahgunakan seperti ketika zaman gereja di eropah untuk menjustifikasikan tindakan kita. Bahkan Imam Malik sangat demokrasi apabila menolak cadangan daripada pemerintah ketika itu di zamannya untuk menjadikan Muwatta’ sebagai kitab rasmi daulah.

Apakah level ulama’ PAS? Saat ini kita harus berani bertanya, apakah level ulama’-ulama’ yang berada di dalam PAS? Berbanding Dr. Asri Zainul Abidin, Dr. Maszlee Malik, Dr. Juanda Jaya, Dr. Mahmud Zuhdi, apakah level ulama’-ulama’ yang berada di dalam PAS? Apakah levelnya cuma mampu memberikan amanat-amanat politik?



Politik 167

Apakah levelnya cuma mampu berharaki-haraki dan tahan teksi atau naik Mini Cooper? Apakah levelnya cuma mampu cakap berdegar-degar tentang Islam kemudian berikan AP kepada anaknya untuk anaknya beli kereta mewah sementara seorang MP sosialis membina jambatan untuk rakyatnya menggunakan AP? Apakah levelnya cuma mampu bicara isu Hudud dan nama Allah? Bahkan daripada sebelah parti lawan umno, Fathul Bari juga telah memiliki Dr. Apakah kita cuma ada seorang Dr Harun Din? Kemudian seorang Dr bernama Khairudin Takiri? (apapun, salut ke atas dua tokoh ini juga meskipun kita berbeza aliran dengan mereka. Tokoh yang disebutkan pertama mendirikan pusat perubatan, dan tokoh yang kedua mendirikan pusat pendidikan) Ya memang benar. Dr bukanlah adalah sebuah syarat kelayakan untuk mengatakan level kita lebih tinggi daripada orang lain, tetapi adakah ok jika level ulama’-ulama’ non partisan di luar levelnya lebih uptodate, upgrade sementara level ulama’-ulama’ kita cuma pandai berteori-retorik dan mahu memanjat gunung Semanggol? Adakah di kalangan ulama’-ulama’ PAS yang boleh merumuskan dengan lebih baik kefahaman tentang sifat 20 untuk dummies? Ataupun adakah dummies dilarang banyak bertanya kerana barangsiapa banyak bertanya maka lemahlah imannya? Benar kita mengakui bahawa Islam itu tiadalah terpisah dari politik jua, akan tetapi apakah Islam itu cuma mengandung bicara tentang politik semata? Apakah pendidikan bukan sebagian dari lapangan yang mengandung muatan politik juga? Jika tidak

168

Agama & Hegemoni Negara

mau menerima sarana dari Agus Nuryatno itu, ada lebih ramai lagi pendiri mazhab pendidikan lain juga merumuskan bahawa pendidikan itu ada muatan politik, sama ada memihak kepada yang menindas, ataupun yang tertindas. Apakah ulama’-ulama’ PAS alert akan hal ini? Ada di kalangan ilmuwan dalam PAS yang telah merumus dengan baik dasar sekolah pendidikan Islam model PAS? (saya fikir penggunaan istilah ‘model PAS’ adalah terlebih baik digunakan berbanding mengatakan ‘ini adalah Islam’ ataupun ‘itu adalah tidak Islam’, kerana soalnya apakah PAS itu bukanlah sebuah agama Islam, tetapi sebuah parti Islam) Bukankah pembentukan model-model ini adalah terlebih baik dilakukan oleh kalangan ulama’-ulama’ dalam Majlis Syura Ulama’ yang saya pun tak tahu apa kerja yang mereka tengah buat sekarang dari menyibuk mencantas suara-suara protes? Wan Ahmad Fayhsal, seorang felo dalam Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) ada menuliskan (saya kurang gemar dia, kerana bagi saya dia pro Monarki,27 tetapi dalam mengkritik ‘Harakis’, saya sependapat) Pada hemat saya Ulama’ Haraki/Siasah seperti yang dicanang hebat kini – khusus dari kalangan golongan ilmuan agama yang terjun dalam parti-parti politik (harakah Islamiyyah) merupakan satu perkara baharu yang agak terkeluar daripada pengklasifikasian tradisi keilmuan Islam. Ianya timbul daripada cabaran dan kesan zaman moden, bukan warisan sejarah dan tradisi kita.

Memang benar, istilah Ulama’ Haraki seperti sedap didengar,

Yang sangat pro kepada aliran Asya’irah yang menurut Hassan Hanafi, sangat berpaut pada kekuasaan.

27



Politik 169

tetapi sangat menyakitkan hati pada reality. Perangai kemaruk kuasa ini pada akhirnya cumalah lebih merosakkan nama Islam. Apa dia Ulama’ Haraki itu? Apakah beza Ulama’ Haraki dan Ulama’ tidak Haraki? Saya setuju bahawa Mufti Perak Harussani bukanlah siapa-siapa. Dan dia juga bukanlah seorang yang ‘Haraki’. Akan tetapi adakah Ustaz Idris Ahmad yang ‘Haraki’ itu lebih hebat atau lebih bagus dari Mufti Perak Harussani itu? Untuk menjadi seorang ayatollah juga memerlukan penguasaan disiplin ilmu yang tinggi. Bukan boleh pergi Mesir beberapa tahun, kemudian balik mengajar di masjid lantas dinaikkan menjadi ustaz seterusnya menjadi ulama’ bila masuk persatuan ulama’ atau masuk dewan ulama’. Ini sangat lucu. Untuk menjadi seorang ayatollah, mengikut Syiah Imam 12 adalah dengan menguasai pengetahuan akan perundangan Islam, etika dan falsafah. Adakah ini ada dalam level ulama’ PAS? Menyebut tentang Syiah Imam 12 ini bukan apa, kerana untuk pengetahuan sekalian, Majlis Syura Ulama’ PAS sebenarnya terinspirasi daripada percikan api Revolusi Iran 1979 hingga menyebabkan PAS telah merubah struktur partinya kepada Kepimpinan Ulama’. Mohon Ustaz Nik Abduh perbetulkan sayalah jika saya salah. Betul atau tidak Kepimpinan Ulama’ itu diceduk dari konsep Wilayatul Faqeh gagasan Khomeini? Maka kalau nak ambil, ambillah betul-betul. Maksud aku bukan suruh Majlis Syura Ulama’ itu menjadi Syiah, akan tetapi belajarlah apa yang baik daripada mereka meskipun kamu tidak suka kepada mereka. Sebab itu kita mesti bertanya, apakah level ulama’ dalam PAS? Bukan melenting marah jika ada orang

170

Agama & Hegemoni Negara

mengatakan ulama’ dalam PAS tidak boleh dikritik seperti ayatollah (mohon Ustaz Nik Zawawi menjawab). Di Malaysia, kita sangat senang sekali menamakan si anu ini ustaz, si anu itu ustaz cukup berkadarkan si anu itu memakai kopiah, berjanggut panjang, berserban, berjubah, bercelak (walhal itu kosmetik yang seorang pelakon komedi pun boleh memakainya!) dan berucap berapi-api dengan jargon-jargon islamik mahupun arabik, ataupun dengan muluk kata manis muka dalam ceramah-ceramah motivasi. Saya tidak ada masalah sangat jika ulama’ tidak menguasai hal ekonomi, sains, matematik, fizik, biologi dll kerana itu bukan bidang dia. Dan Quran menegaskan serahkan sesuatu urusan itu kepada ahlinya. Akan tetapi perangai ulama’ itu mestilah tertanam pada peribadi seorang yang benar-benar ulama’. Dalam contoh praktikal saya memberikan, ulama’ itu warasatul anbiya', bermaksud, ulama’ itu bukan sekadar pewaris para nabi kerana para nabi tidak meninggalkan sebarang harta, melainkan ulama’ itu adalah pengikut setia para nabi yang mengamalkan bukan sahaja sunnah pemakaian (yang jika kamu tak amal pun, tak berkurang pun iman kamu) akan tetapi yang paling penting adalah perwatakan nabi dalam menyikapi rakyat, keadilan, kebajikan dsb. Bermaksud para nabi tidak bermewahmewah, nabi tidak angkuh dalam melayani orang biasa (lihat kes Nabi saw ditegur dalam surah ‘Abasa), kecerdikan (fatonah) para nabi dalam menyelesaikan pelbagai isu (bukan bercakap isu hudud dan nama Allah semata-mata), (al-amin) amanah bila diberikan tali kendali pemerintahan, bukan digunakan untuk merembat kekayaan natif-pribumi yang tidak berpelajaran-yang tidak berkesedaran, kesungguhan para nabi dalam mengajukan sebuah revolusi sosial melawan kezaliman yang ganas menekan (bukan



Politik 171

pasrah membiarkan penipuan demi penipuan terus berulang dan berulang). Kita harus berani mengoreksi diri kita semula, level ulama’ bagaimanakah yang diperlukan seharusnya di dalam organisasi bernama PAS ini. **saya dengan rendah diri merujuk kepada tulisan-tulisan di bawah untuk menulis tulisan di atas. sekian. harap maklum. http://www.rausyanfikir.com/2012/05/sedikit-bingkisan-berkenaan-ulama. html http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t236/e0088

172

Agama & Hegemoni Negara

Harun Din Perlu Untuk Hegemoni Konservatif (artikel ini bagaimanapun kembali relevan untuk dibaca walaupun tidak cukup umph, kerana di bawah regim Najib atau Zahid, Harun Din yang memegang jawatan tertinggi dalam PAS diberikan posisi yang enak dalam MPI)

Dalam PAS, sekurang-kurangnya, terdapat dua aliran yang major secara kasar. Kedua-dua aliran ini mempunyai kontradiksi antara satu sama lain, walaupun berada di dalam satu tubuh yang sama. Walaupun mempunyai kepercayaan yang sama, tentang politik kekuasaan Islam sebagai Ad-din wad daulah, tetapi kedua-dua aliran ini adalah bertentangan antara satu sama lain. Jangan salah faham kepada penampilan. Aliran ini boleh sahaja bersongkok atau berkopiah pada hari yang lain. Atau berjubah pada hari ini, keesokan hari berbaju batik. Penampilan adalah rupa luaran (superficial). Tidak semestinya dia berjanggut, dia adalah seorang fundamentalis. Bahkan yang tidak mempunyai bulu juga, mungkin lebih fundamentalis dari fundamentalis. Dia boleh berkerjaya sebagai seorang doktor, tetapi tidak semestinya 172



Politik 173

dia adalah seorang professional dalam mengasingkan tajuk. Dan boleh jadi dia adalah seorang ustaz, tetapi dia percaya, Hudud PAS perlu disemak semula. Kedua-dua aliran yang saling bersaing merebut pengaruh di dalam Jamaah Islambernama PAS ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah aliran progresif V aliran konservatif.

aliran progresif V aliran konservatif Tapi malangnya, kaum progresif di dalam PAS, adalah terdiri dari kalangan yang tua-tua, atau bahasa manisnya, yang berumur. Sementara kaum konservatif, dibarisi oleh ustaz-ustaz muda kebanyakan. Jadi berharap kepada perubahan PAS melalui kaum progresif agak sulit sedikit. Kaum progresif tidak semestinya diwakili oleh mereka yang cenderung kepada aliran sekular / liberal semata-mata, bahkan yang agak lunak dengan Syi’ah seperti Mat Sabu juga, adalah progresif, Ishak Surin, yang akrab dengan kaum kiri (leftist) juga boleh dikatakan progresif. Tetapi berapakah umur mereka? Sememangnya kaum konservatif dalam PAS juga terdiri dari kalangan yang tua-tua, dan kebanyakan mereka juga telah meninggal duna, tetapi selain meninggalkan dunia, kaum konservatif juga telah meninggalkan legasi; Dewan Pemuda PAS Pusat adalah buktinya. Progresif yang dimaksudkan di sini, adalah progresif yang berhajatkan kepada perubahan politik, perubahan taktik untuk mencapai perubahan politik, yang mengkritik semula taktiktaktik yang pernah digunakan sebelum ini. Progresif di sini tidak semestinya berkiblatkan PR atau DSAI, tetapi percaya perjuangan lone ranger, di Malaysia, hanyalah menguntungkan UMNO – BN semata-mata. Hegemoni lebih 60 tahun UMNO – BN tak akan

174

Agama & Hegemoni Negara

mampu dicabar oleh gerakan yang bergerak sendiri-sendiri. Maka di sini, kita perlu menyiasat semula sesuatu tindakan politik untuk menentukan benar tidak bahawa ianya berpihak kepada kepentingan kaum konservatif atau kaum progresif. Kaum konservatif yang dimaksudkan di sini, adalah yang senang dengan method-method lama, retorik-retorik lama, tidak berhajatkan perubahan, hegemoni UMNO – BN yang kurang diserang, menumpukan serangan dalam block sendiri, mencari lebih banyak perbezaan daripada persamaan dalam collective opposition. 11.3.15, dilaporkan Harakah Daily, bahawa Dr. Haron Din, telah dilantik menjadi Mursyidul Am PAS, menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah pergi ke rahmatullah. Di sini kita perlu menyiasat kembali antara perbezaan method figure besar PAS ini, ucapan-ucapan, press statement, kepentingan manakah yang kedua sosok ini wakili, menyokong PR, atau lebih dekat dengan UMNO – BN, aliran manakah yang berada di belakang mereka, dan aliran manakah yang selalu berseberangan dengan mereka. Dari situ kita akan mendapat jawapan, adakah PAS mempunyai masa hadapan, atau tidak!

Politik 175



‘do you want to touch Dyana Sofea?’ Adakah politik kita, politik tanpa moral? Aku tertanya-tanya. Tak pedulilah politik Islam, atau politik bukan Islam, apakah politik kita, politik tanpa moral, tanpa malu? Politik tanpa rasa segan, tanpa rasa bersalah? Setakat pegang anjing, atau pegang babi, bukanlah isu besar sebenarnya. Sesiapa yang membesar-besarkan isu pegang anjing, pegang babi, otak mereka perlu disamak. Akal mereka ada masalah yang belum beres sewaktu di sekolah dahulu. Sekali lagi, adakah politik akhir zaman ini, adalah politik tanpa muatan moral? Kita bebas lepas buat apa-apa sahaja yang kita sukai, selagi tidak melanggar undang-undang? (Jika begitu berbogellah, atau buatlah pesta seks, tunggu apa lagi, sial?) Sekiranya ia melanggar norma masyarakat yang kita duduki, maka kita dibenarkan memilih alasan, dalil, hujah itu, hujah ini, atau menembak, ‘ini semua kerja musuh politik yang mahu ‘character assassination’ dilakukan terhadap saya’? apa, kau ingat, semua orang bermentaliti pencacai kah? Kita tiada isu, sesiapa mahu menggunakan laras politik 175

176

Agama & Hegemoni Negara

manapun. Laras politik agama, atau laras politik sekular. Bahkan lebih keji jika menggunakan laras politik agama, dan meraih keuntungan duniawi yang lumayan. Ia membenarkan tesis Marxist, bahawa agama itu mencandukan. Tetapi politik dalam laras sekular, apakah tanpa moral?

Ahli politik pelacur Ahli politik yang tiada maruah, adalah ahli politik pelacur. Mereka menjaja kemaluan mereka kepada siapa-siapa yang mampu menghilangkan dahaga gersang mereka. Aku tidak percaya, sekular tidak mengusung moral. Aku percaya gagasan sekular, ingin mencabar gereja yang authoritarian. Sekular ingin mencuba nasib. Ahli falsafah Barat, bukan semuanya tak ada akhlak. Tetapi sekali lagi, yang rosak dan kacau bilau ini adalah orangorang yang menderita mentaliti terjajah, ‘cai’, ‘inferiority complex’ yang ketara, yang mengambil sedikit-sedikit, yang mengambil tanpa faham, yang menceduk buta, yang pengagum bodoh, yang otak mereka telah dijahanamkan dengan bias, yang mempunyai budaya sekerat-sekerat, yang berperangai ‘mat ikut’. Orang-orang macam ini tiada maruah. Mereka lebih keji dari babi. Babi lebih berdarjat dari ahli-ahli politik sampah, tiada maruah. Orang-orang macam ini yang menghina ideology yang konon mereka perjuangkan. Mereka konon paling bermoral apabila menghentam lawan politik mereka, tetapi sesama mereka, tak ubah macam ketam mengajar anaknya berjalan. Dan selama ini pun, bukankah skandal moral yang mereka jajakan dalam memalu musuh-musuh politik mereka? Nah, rasakanlah karma. Hisap puas-puas. Mereka akan melenting cepat, meloncat-loncat seperti monyet dan kera, apabila kesalahan moral itu dilakukan oleh musuh-



Politik 177

musuh politik mereka, dan segala salah musuh mereka adalah benar, walaupun belum disiasat lagi. Sementara sampai ke saat ini, kita belum mendengar mereka bersurah apa-apa tentang skandal orang-orang mereka sendiri. Merekalah yang sampai paling lambat mengetuk pintu anggota-anggota mereka sendiri yang terkantoi dalam apa-apa jua skandal. Mereka akan cepat-cepat merusuh, menyuruh musuhmusuh politik mereka meletak jawatan, meletak itu, meletak ini, digantung sementara waktu, dilucutkan jawatan, mereka akan mendesak itu, mendesak ini, merengek itu, merengek ini, mengajar rakyat agar memainkan isu-isu skandal musuh politik mereka, Tetapi apabila ludah itu terpancut ke muka mereka sendiri, barulah mereka reti senyap. Segala contoh-contoh ahli parlimen Eropah atau Jepun yang berani berhenti bila didapati melakukan kesalahan, terus tidak berlagu di bibir mereka. Sebenarnya mereka tidak mempunyai apa-apa ideology pun, kerana mereka terlahir dari latar yang ‘middle class’, atau pergaulan yang ‘middle class’ membuatkan mereka menjadi aktoraktor opportunist yang cuma mahu menggantikan regim sedia ada, tanpa mempunyai ideology yang jelas. Lebih mengecewakan apabila yang diharapkan Sukarno tentang anak muda, tidak menjadi. Anak-anak muda borjuah, walaupun konon dalam parti demokrasi, cumalah anak muda borjuah. Apakah yang diharapkan daripada anak-anak muda borjuah? Mat smart – mat smart sebegini, serta poster-poster girl sebegini, nilai mereka tak lebih dari alat semata-mata. Wajah mereka diperlukan untuk menimbulkan persepsi positif, bahawa parti kami tidak negatif. Sekarang mereka tengah menghirup ludah mereka dilantai sendiri, senjata awek-awek cun, tengah melondehkan diri mereka sendiri.

178

Agama & Hegemoni Negara

Pesta arak, keutamaan (Feqah Aulawiyat) PR Dalam banyak-banyak isu, yang patut diperjuangkan PR dalam menghumbankan UMNO ke dalam tong sampah sejarah, pemimpin-pemimpin mereka, baik dari kalangan fundamentalis, atau ‘reformist’ atau ‘liberal’, semuanya sama-sama berkongsi kebangangan seorang sedikit. Bahkan mereka berlumba-lumba siapa yang lebih bangang antara satu sama lain. Mereka memilih isu arak. Ya, arak. Saya menulis hal ini, untuk rekod generasi masa hadapan, memberitahu Dr. Mahathir, bahawa Melayu bukan bangsa mudah lupa. Nak mengingatkan betapa dahulu, kami diperintah oleh perasuah-perasuah, dan yang melawan perasuah-perasuah itu, adalah pezina, pejudi dan pemabuk. Biar sejarah merakamkan hal ini. Mereka mahu berkonfrontasi dengan regim Melayu – Islam, tetapi akhlak dan gelagat mereka seperti sundal. Mereka tak tahu apa itu sensitiviti, mereka bodoh tak pergi sekolah, tak masuk universiti belajar sosiologi, cakap bahasa Melayu pun macam haram, kemudian ada hati nak jadi wakil rakyat? Apakah disebabkan kebodohan parti fundamentalis Islam, maka mereka pun kena mengotorkan imej mereka yang terkenal bersih, dan paling berintegriti itu? Siapa kata parti pemerintah Melayu – Islam ini bermoral? Siapa kata parti pemerintah Melayu – Islam ini tak main perempuan, tak berjudi, tak minum arak? Siapa kata? Tetapi adalah bermasalah, apabila kamu sebagai oposisi (fighter) membandingkan diri kamu dengan syaitan. Bahkan syaitan itu sendiri lebih bijak daripada kamu. Mereka tak main judi depan-depan. Mereka tak minum arak depan-depan. Mereka sembunyi-sembunyi. Walaupun tahi gajah tak boleh disorok,



Politik 179

tetapi mereka tetap bersembunyi dalam melakukan sesuatu yang tak bermoral. Sementara kamu yang melawan mereka, mempunyai habit yang ‘baik’ sekali. Dan kamu menyangka kamu akan mempunyai pejabat di Putrajaya? Kamu terlalu mabuk. Tak pedulilah kamu atheist kah, kamu sekular kah, kamu liberal kah, kamu anarkis kah, kamu komunis kah, kamu islamist kah, adalah tak berguna, kalau kamu macam pailang, kalau kamu tak mampu mendorong masyarakat kamu ke arah yang lebih baik. Eloklah kamu pergi mati.

180

Agama & Hegemoni Negara

‘Malang Cinta Rasul & Pemikiran Jenis Nik Abduhisme’’ Aku tak anti Habib sebenarnya. Bagaimana orang-orang yang mengaku mencintai ahli keluarga Nabi, boleh membenci Habib? Dan bagaimana orang-orang yang membenci Habib, boleh mencintai ahli keluarga Nabi? Bahkan juga Ya Hanana. Aku tak fikir ianya muzik yang melalaikan. Kalau nak dikira melalaikan, bola sepak lebih melalaikan. Facebook lebih melalaikan. Clash of Clan lebih melalaikan. Jangan sembanglah tentang lalai-melalaikan ini. Semua benda boleh melalaikan. Melancap juga boleh melalaikan. Kau kena tau, Islam masuk ranah Nusantara juga melalui medium seni. Bukan melalui cara paksa, sepertimana aliran Wahabi masuk ke tanah Arab. Kerana tempat kita berteduh saat ini, sebelum Ku Klux Clan seperti PEKIDA, PERKASA dan ISMA lahir, tempat kita adalah tempat yang mesra agama, mesra budaya dan mesra segala-gala. Orang-orang Wahabi yang beraliran

180



Politik 181

sederhana iaitu Salafi di Malaysia, patut belajar dari nenek moyang mereka seperti Wali Songo (walaupun Wali Songo sangat keras terhadap Syeikh Siti Jenar) atau pendiri Muhammadiyah di Indonesia, Ahmad Dahlan. Sekali lagi, sama ada sosok Habib itu sendiri (yang terkenal lemah lembut) atau medium yang digunakan seperti seni (kebudayaan), aku belum jumpa, di manakah yang salahnya. Cuma masalah yang telah berlaku, adalah, apabila Habib telah dieksploitasi oleh pihak-pihak penjual agama. Ini pasti. Walaupun aku tak ada bukti. Sebab ianya cuma dua sahaja kemungkinan. Habib yang berselempang, atau para penganjur yang menyimpang. Aku menaruh kepercayaan (thiqah) kepada Nabi. Kepada keluarga Nabi, dan seterusnya, dan seterusnya. Tetapi aku jarang dapat percaya, kepada selain itu. Mereka menggunakan nama-nama Nabi, menggunakan cucunda-cucunda Nabi, keturunan-keturunan Nabi, untuk kepentingan peribadi mereka, untuk kepentingan aliran mereka, untuk memaksimakan keuntungan poket mereka. Ini yang perlu disedari. Dan ini yang perlu dilawan. Dan mereka selalu berfesyen mahu menyerupai kaum keluarga Nabi, tetapi tidak. Nifak tak dapat ditutup, walaupun mereka memakai serban tujuh lapis atau kopiah tajam. Sebenarnya, yang mereka buat, adalah meniru sunnah orang-orang Arab, dan menggunakan ‘captive mind’ serta ‘inferiority complex’ orang-orang Melayu terhadap orang-orang Arab, agar tunduk menyembah terhadap segala silap mata mereka. Dan kita tidak dapat menafikan, ada benarnya juga kritikan kaum Salafi, bahawa terdapat bersepah-sepah, ‘ahli-ahli silap mata’ yang berkumpul mengelilingi Habib. Kerana di Malaysia, meskipun kaum Salafi, terkenal keras dalam meratib ‘bidaah’, mereka nampaknya lebih kemas, tersusun dan sistematik

182

Agama & Hegemoni Negara

berbanding mereka-mereka yang berkumpul mengelilingi Habib (aku panggil, Tradisionalis, bukan Asha’irah). Dan di Malaysia, berdasarkan pemerhatian rambang, aku mendapati bahawasanya kaum Salafi belum benar-benar berkuasa di Malaysia. Mereka cuma ada di beberapa tempat (Perlis Darul Sunnah, IQ, Darul Kauthar, Majalah I), tetapi yang lebih benarbenar jakun dengan kuasa, adalah aliran Tradisionalis (baca: bukan Asha’irah) yang mana aliran ini tidak bijak mana, tiada apa-apa karya, tiada apa-apa idea baharu (kerana bagi mereka, pintu berijtihad sudah tidak boleh dibuka), melarang perdebatan, memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk melakukan tekanan-tekanan terhadap aliran-aliran yang berbeza, seperti pelarangan mengajar tanpa tauliah, isu nama Allah, isu Kassim Ahmad, isu serbuan di hauzah-hauzah etc. Dan dari aliran Tradisionalis inilah, yang tumbuh penjualpenjual agama dengan begitu leluasa. Kau boleh membuat semakan sendiri latar belakang-latar belakang penjual agama sekitar kau. Kebanyakan program realiti TV agama, juri-juri program realiti TV agama, peserta-pesertanya, mereka dari aliran mana? Yang buat program pelayaran kapal Islamic baru-baru ni, mereka ni aliran mana? Mungkin kita boleh panggil mereka semua ni, sebagai capitalist-capitalist agama. Menjual ayat-ayat Tuhan (yang Tuhan wahyukan percuma* tidak mempunyai kos!) dengan bayaran (yashtari thamanan qalila). Mereka-mereka inilah, yang menjahanamkan nama agama. Mereka-mereka inilah yang menjahanamkan Habib, menjahanamkan Ya Hanana, mereka inilah yang mencandukan agama, dan mereka inilah yang perlu dilawan. Merekalah golongan yang perlu disula hidup-hidup.



Politik 183

Jadah apa bersolawat kepada Nabi saw, sampai RM200K?

‘PEMIKIRAN JENIS NIK ABDUHISM’ ‘Menjual agama, adalah lebih mudah dan amat menguntungkan. Malah pesakit mental pun dapat melakukannya tanpa sebarang risiko’ Professor Pervev Hoodboy (pakar fizik nuclear, Pakistan)

Aku pun tak tahu Nik Abduh akan jadi apa, jika Nik Aziz bukan bapanya. Jika tidak kerana Nik Aziz, apakah kita akan kenal Nik Abduh? Apakah Nik Abduh mempunyai apa-apa karya yang kita boleh baca? Seteruk-teruk Tontowi, sekurang-kurangnya dia mempunyai karya. SeMP – MP Nik Abduh? Hanya mini cooper? Kecederaan otak Nik Abduh semakin parah dari hari ke hari, dan sulit untuk diselamatkan lagi. Cara yang boleh menyelamatkan keadaan ini ialah, berhenti menaikkan orang-orang yang berpenyakit ‘mediocre’. Dia menghidap penyakit mediocre yang sangat kronik. Dan mediocre ini seperti wabak Zombie. Boleh menjadi virus yang menjangkit. Watak Nik Abduh, adalah sama kronik dengan watak Nik Amar. Mereka adalah badut-badut yang membuatkan agama menjadi sarkas. Kadang-kadang watak ini dilihat serius dengan agama. Jangan terpedaya, selain badut, mereka juga memegang peranan sebagai psychopath. Untuk lebih faham apa yang aku kata ini, kau kena tengok filem Noah, lakonan Russell Crowe.

184

Agama & Hegemoni Negara

Adalah kerja mudah, (baca: nak jadi Ibrahim Ali lagi susah) menjadi ahli politik, yang apa-apa sahaja yang berlaku di dunia fizik, adalah kerja metafizik. Senang. Boleh berlepas tangan. Boleh cuci tangan. Apa-apa sahaja yang berlaku di dunia nyata, serahkan sahaja kepada Tuhan. Nak menjadi Ibrahim Ali lagi susah sebenarnya. Kau terpaksa menjerit, memekik, melolong seperti polong, dan tak pandai menggunakan nas-nas agama. Kerana kebodohan membataskan. Tetapi dengan menguasai retorik agama, kau boleh menjual nama Tuhan. Dan orang-orang kampong, seperti biasa, akan tunduk dan kemudian mati lemas. Selepas itu mereka didodoikan bahawasanya, mati lemas, ini syahid. Dapat syurga, dapat bidadari bermata jeli. Kemudian psychopath-psychopath tadi, akan bercakap Arab. Dan kau yang tak reti bahasa Arab pun diam, dan mendongak sayu pada langit takdir. Psychopath-psychopath tadi, boleh bersyukur kepada Allah Taala, sekiranya pada hari ini, orang-orang kafir belum mencipta internet. Atau jika kita masih hidup dalam zaman Paleolithic. Pada zaman itu, segala cakap-cakap psychopath akan dibenarkan. Kerana kemampuan menundukkan alam, masih terhad. Manusia masih belum boleh bercakap dengan besi. Atau terbang di udara. Untuk menjadi seorang atheist begitu susah sebenarnya. Menjadi atheist, seperti minum racun tikus. Bukan kerja senang. Tetapi untuk seseorang itu meragukan agama, berpaling dari agamawan, bukan terlalu rumit, pada babad moden ini. Siri bencana alam yang berlaku akhir-akhir ini, membuatkan anakanak muda yang terdedah dengan sains dan teknologi, mulai sangsi terhadap ajaran-ajaran psychopath tadi. Alam tidak akan mengamuk, menjerit meraung dan menangis membasah bumi seperti hari ini, jika tangan-tangan



Politik 185

syaitan bernama manusia, tidak merakusnya sesuka hati. Alam telah melindungi kita selama ini. Alam telah bersahabat dengan manusia begitu lama sekali, tetapi mengapa pada hari-hari akhir zaman ini, begitu ganas alam mengocak kita? Apakah salah yang telah kita lakukan? Adalah malang sekali, jika kau mencintai Rasul, tetapi berpemikiran jenis ‘Nik Abduhism’.

186

Agama & Hegemoni Negara

‘Melawan Pemikiran Barua Abduh’

‘Syariah di sini sebagai sarana untuk menundukkan sosial, bukan menggerakkan sosial. Masing-masing dari Negara dan kelompokkelompok tersebut berusaha mengalahkan satu sama lainnya dalam menerapkan Hudud. Tujuannya satu, menundukkan sosial, hegemoni politik, menuduh khianat dan menekan melalui hukum.’ Hassan Hanafi (Oposisi Pasca Tradisi)

Kita tidak menjumpai apa-apa pemikiran / wacana menarik yang ditampilkan oleh gerakan Islam PAS, dalam 10 tahun terakhir ini. Wacana tahaluf siyasi PAS yang dibangga-banggakan sebelum ini, tidak berkembang ke hadapan, mandek, dan akhirnya mati mengkelar lehernya sendiri. Jika kau perasan bahawa hanya PAS sahaja yang special dengan mengemukakan wacana Hudud untuk menampilkan bahawa gerakan mereka lebih Islam berbanding gerakan-gerakan lain, ketahuilah oleh kau, bahawa Sudan, Saudi, Pakistan bahkan

186

Politik 187



Iran telah mendahului PAS dalam melaksanakan hukuman Islam yang difahami secara literal tersebut. Jadi PAS tidak muncul dengan apa-apa wacana baru, dan mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, berdepan dengan gerakan-gerakan yang lebih pragmatic, yang lebih berideologi, yang lebih tempatan, yang lebih muda, dan tidaklah hairan, kegemaran orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri, dengan menakutkan anggota-anggotanya, bahawa yang berbeza dengan mereka adalah gerombolan syaitan; dan hanya mereka sahaja yang akan pergi ke syurga. Satu demi satu majlis diadakan, secara tertutup dan terbuka, bukan untuk menganalisa kelemahan mereka sendiri, sebaliknya untuk menutup kelemahan mereka dan memusuhi mereka-mereka yang mempersoalkan kewibawaan mereka. gunalah istilah apa sahaja, tetapi contentnya, tidak ada apa-apa isi, dan orang ramai mulai meragukan; adakah PAS adalah alternatif?

Islam yang authoritarian Mereka mendambakan sejenis Islam ini; yang dipanggil Islam Kekuasaan. Mereka tidak reti untuk duduk baik-baik dalam barisan oposisi, atau bersedia berkongsi kuasa dengan mana-mana gerakan sekular. Bagi mereka, sekular adalah musuh nombor wahid agama. Sekular tidak mempunyai wajah lain, melainkan wajah seekor syaitan yang kemaruk menyesatkan anak adam. Mereka merindukan Islam yang boleh menundukkan manusia lain, mengkastaduakan marga bukan Islam, meninabobokkan atau mencandukan orang-orang Islam, dan menjadikan anggotaanggotanya bagai lembu yang dicucuk hidung dan dikasi kemaluannya. Anggota dilarang mengkritik, anggota dikehendaki walak.

188

Agama & Hegemoni Negara

Otak yang Tuhan berikan, harus diberikan kepada ulama’. Otak tidak dibenarkan untuk memberontak, meski tindakan-tindakan yang dilakukan oleh ulama’, seperti kimak. Kepatuhan kepada ulama’, bererti kepatuhan kepada Allah dan Rasul. Sedangkan Rasul, yang memegang peran sebagai utusan Tuhan, seringkali menyampaikan firman Tuhan; Afala tatafakkarun, afala tatafakkarun? Apakah kamu tidak memikirkan? Kita tidak dapat membayangkan bagaimana Malaysia di bawah PAS, jika PAS memerintah Pusat. Yang pasti, Mid Valley dan KLCC, tidak akan ada panggung wayang, dan Azhar Idrus akan berceramah setiap minggu di The Mines.

Afala tatafakkarun? Pada zaman yang ada Google seperti hari ini, zaman di mana, kita boleh berhubung hanya dengan ‘touch screen’ dimana kita boleh menyiasat sendiri, apa-apa sahaja yang diperdebatkan, tentang teori Negara Islam, tentang Hudud, tentang Saudi, tentang gerakan-gerakan Islam yang gagal, kerana naifnya mereka membentuk teori masing-masing, serta sering paranoia terhadap lain-lain gerakan yang mempunyai pandangan alam berbeza, sepatutnya anak-anak muda dalam gerakan Islam, merampas kepimpinan yang so mediocre ini. Pandangan-pandangan Abul Ala Maududi,28 Hasan Al– Banna, Hasan Turabi, dan jejerkan apa sahaja nama tokoh-tokoh dunia Arab–Islam, harus disiasat kembali dan diperdebatkan 28

Kritikan-kritikan keras terhadap pendekatan, pemikiran dan politik Jamaat Islami pimpinan Abul ‘Ala Maududi boleh dibaca lanjut dalam Asghar Ali Engineer, 2000, Devolusi Negara Islam, Yogyakarta: Pustaka Pelajar.



Politik 189

semula pandangan-pandangan mereka. Jika anak-anak muda gerakan Islam, hanya membuntut sahaja tanpa kritis perintah pimpinannya; apakah lagi yang menariknya menjadi muda?

190

Agama & Hegemoni Negara

‘Menolak Kekacauan Literalis’ Apabila Bersih 2.0 siap diluncurkan maka meluncur juga masa yang sama pendapat-pendapat agama yang membenarkan kezaliman pemerintah. Antara yang lantang membela kezaliman pemerintah adalah Fathul Bari, seorang ulama’ muda UMNO. Maza, bekas mufti Perlis kemudian mengemukakan pandangan seterusnya berkenaan Bersih kali kedua itu. Terbaru (2011), selepas dikritik dengan gelar literalis Fathul Bari dalam klip video segera membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya. Antara yang utama disebutkan di dalam klip video tersebut, dikatakan kelompok Fathul Bari memahami teks al-Qur’an dan Hadith secara literal, pemerintahan kezaliman, kerasionalan mengatasi Al-Qur’an dan As-Sunnah dan matlamat tidak menghalalkan cara. Kita tidak mahu menyalin bulat kritikan Maza untuk membalas semula apa yang diperkatakan Fathul Bari. Secara objektif tanpa emosional diketengahkan beberapa kekacauan pemikiran Fathul Bari.

190



Politik 191

Hajjaj As-Saqafi yang diangkat dan hadis ketaatan kepada pemerintah walaupun harta kita dirampas. Dilarang mencerca pemerintah meski pada hari ini kita hidup dalam abad demokrasi. Meskipun kita tak suka kepada pemerintah itu, kita dikenakan perintah taat setia sahaja. Fathul Bari juga membawakan hadis larangan mencerca pemerintah. Seperti Ibn Abbas yang menurut Fathul Bari dilaporkan pernah berkata: La tasubbu ‘umaraakum. Sangat aneh apabila Fathul Bari mendahulukan Hajjaj si bengis yang kemaruk darah umat. Mengapakah Fathul Bari melupakan genosid yang berlaku di Karbala ratusan tahun silam? Peristiwa pengusiran Abu Dzar yang mengkritik nepotisma yang sedang berlaku? Perlawanan Imam Ali dengan Muawiyah yang memakan korban darah kaum muslimin yang bukan kepalang? Sedangkan Imam Ali dan Hussin yang dipotong kepala di Karbala melawan penyelewengan lebih berguru dengan Rasulullah dan lebih dekat dengan Rasulullah? Imam Ali bahkan pergi lebih jauh dari itu kerana terpaksa mengharung dua siri peperangan saudara di Jamal dan Siffin. Bukankah atas mahu membersihkan atau mereformasikan politik daulah yang sedang kacau bilau pasca enam tahun pemerintahan Usman?

Isu matlamat menghalalkan cara itu tak ada kena mengena Berkenaan percampuran lelaki dan perempuan, buang sampah merata-rata, pembaziran, kesesakan lalu lintas, kerugian pemandu teksi dan bas semua itu adalah alasan-alasan klise politik kotor. Seharusnya Fathul Bari tidak menciplak idea-idea polis untuk memburukkan suara-suara ramai yang datang ke Bersih 2.0 tempohari. Alasan-alasan itu sangat teruk dan tidak masuk akal.

192

Agama & Hegemoni Negara

Hingga ke saat ini kita semua maseh menanti dengan penuh sabar bilakah yang membawa molokotel dan parang akan didakwa di mahkamah? Adakah mereka akan diisakan terus seperti biasa?

Suara ramai Negara Malasia tertegak melalui suara ramailah. Demonstrasi terkandung di dalam demokrasi. Mungkin sahaja kita tidak bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 tetapi apakah dosanya untuk rakyat berhimpun menyuarakan tuntutan mereka? Dan seterusnya negara Malasia memang tertegak melalui demokrasi. Ini bukan masalah dengar cakap yang ramai akan sesat, ini adalah masalah sistem yang sedang digunapakai regim hari ini untuk bernafas. Maka, Bersih 2.0 pun datang untuk menuntut pembersihan politik. Jika mereka bercakap atau berarak di Jambatan Pulau Pinang, siapa yang akan nampak mereka? Atas alasan itulah di dalam negara yang hidup demokrasinya, demonstrasi dilakukan di ibu kota supaya ada impak besar kepada massa sama ada untuk warga asing ataupun warga kota. Apakah ini satu lagi bidaah?

Berkenaan Ambiga Kita cuma mahu bertanding secara nas dengan Fathul Bari ‘Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya’ (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani). Jika Ambiga menyokong murtad kita salahkan, maka mengapa jika Ambiga yang sama menyokong keadilan kita salahkan juga? Al-Qur’an ada berpesan kepada kita akan sikap ketidakadilan ini. Mafhumnya, janganlah sampai kebencian kamu terhadap satu kaum mendorong kamu berlaku zalim pada kaum itu.

Politik 193



Mendahulukan rasional Kelihatan Fathul Bari sangat kencang menghentam penggunaan akal yang rasional. Dia tidak tahukah bahawa al-Qur’an diturunkan kepada manusia yang berakal bukan binatang yang tidak ber’aqal? Dengan ‘aqallah kita berupaya memahami wahyu. Aliran yang sedang dibawakan Fathul Bari bukanlah literalis sangat, sebaliknya lebih mirip ke arah condong pemerintah berat sebelah. Di bawah kita kemukakan bukti-bukti keperluan rasional mengikut senarai keutamaan.

Ijtihad Umar Umar tidak memotong tangan pencuri pada masa terjadinya kelaparan (am as-sannah / al-majaah). Padahal ketentuan hukum potong tangan pencuri telah terdapat dalam al-Quran (Qs. alMaidah [5]: 38). Bukankah Umar RA yang lebih agung dari Fathul Bari mengutamakan realiti? Sedangkan di dalam klip video tersebut berkali-kali Fathul Bari memperkecil-kecilkan realiti yang sedang berlangsung. Sementara dalam kasus hadith pula dikemukakan hadis ke 24 daripada hadis 40 yang popular dikuliahkan; Dari Abu Dzar Al Ghifari radhiallahuanhu dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam sebagaimana beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahwa Dia berfirman: Wahai hambaku, sesungguhnya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) di antara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim...,’ Bagaimana secara teks yang jelas tanpa indeks kabut yang nyata ini kita mahu bersama pihak yang melakukan kezaliman?

194

Agama & Hegemoni Negara

Jika mahu ditelan secara bulat/secara borong tanpa melakukan tafsiran yang sebenar mengikut syarat yang telah ditetapkan maka bagaimanakah kita mahu menanggapi hujah-hujah dalam Qur’an yang sangat banyak memerlukan perincian dari ulama’ yang berotoriti? Di bawah, kita hanya memfokuskan kepada zalim. 3:57 dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. 2:229. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orangorang yang zalim. 2:114. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar. (Bukankah UMNO di Terengganu telah melakukan perbuatan ini? Bahkan di Lembah Pantai juga mereka hampir melakukannya. Bagaimanakah Fathul Bari mahu menjelaskan ini untuk membela pihak majikannya?) HUD: 113. dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Bahkan ayat ini bukan lagi melarang kita berlaku zalim, cenderung pun tidak boleh!) Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah



Politik 195

diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim (Al-Maidah 45). (UMNO BE END sangat banyak tidak berhukum dengan hukum Allah, bagaimanakah kita mahu meliteralkan ayat tersebut supaya tidak membangkang kehendak UMNO BE-END?) Dalam ayat seterusnya, bukankah secara literalnya menyuruh kita menolak akibat daripada kezaliman yang bakal menimpa kita jika kita tidak mahu terkena sama? ‘Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.’ (Al-Anfaal 8:25). ‘Ahli syurga menyeru ahli neraka: Kami telah memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya. Adakah kamu memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya? Mereka itu menjawab: Ya. Lalu menyeru orang yang menyeru (Malaikat) di kalanggan mereka: Sesungguhnya laknat Allah ke atas orang yang zalim (iaitu) orang-orang yang menghalangi jalan Allah dan mereka mencari jalan bengkok, sedang mereka itu kafir terhadap Akhirat’ (Al-A’raf (7): 44-45) Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang yang zalim. (2:193. 2:270. dan tidak ada penolong bagi orang-orang yang zalim. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia menerima taubat mereka, atau mengazab mereka; kerana mereka adalah orang-orang yang zalim. 3:128.

196

Agama & Hegemoni Negara

3:140. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. 6:135. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung.’ Orang-orang Taman memanggil orang-orang Api, ‘Kami mendapati apa yang Pemelihara kami menjanjikan kami adalah benar. Adakah kamu mendapati apa yang Pemelihara kamu menjanjikan kamu itu benar?’ Mereka berkata, ‘Ia.’ Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim, (7:44.) Janganlah menyangka bahawa Allah lalai daripada apa yang orang-orang yang zalim buat; Dia hanyalah memberi tangguh kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam, 14:42. 18:29. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka meminta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!

Khalas Jika tidak dibenarkan penggunaan akal selepas syarat otoritinya dipenuhi maka gejala pentakfiran akan lebih mudah berlaku di bawah tafsir kacau si literalis! (UMNO BE-END lebih mudah jatuh kafir, di bawah tafsir literal ulama yang celaru!)

Budaya 197



A Y A D BU

198

Agama & Hegemoni Negara

Budaya 199



‘Jadi, Apa Perayaan Bangsa Melayu?’

‘Kesian Melayu, tak ada perayaan culture (budaya), terpaksa sambut perayaan agama.’ Orkid Radhiallah Syawal tahun 2015

Lama jugak aku termenung dengan kata-kata ini. Malam tu aku bersembang dengan Faisal (Mustaffa), pasal barang ni. ‘ya tak ya juga, apa perayaan Bangsa Melayu?’ ‘ha, bagilah satu, kalau ada.’ Kedua-dua kami waktu jam 2 ke 3 pagi itu, di hadapan mamak (tak ingat nama) Petaling Jaya Seksyen 14, berhempas pulas (mungkin perkataan ini agak bombastic) memikirkan apa perayaan bagi Bangsa Melayu. Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban, bukan perayaan Bangsa Melayu. Ianya adalah perayaan agama. ‘Awal Muharam?’ lontar Faisal. ‘no lah. Itu kalaupun tak hari raya, ianya adalah sambutan 199

200

Agama & Hegemoni Negara

agama, seperti juga Maulidur Rasul (aku rasa malam tu aku tak sebut tentang Maulidur Rasul). Tengok, betul tak, Melayu takda perayaan bangsanya?’ Dibandingkan dengan Cina dan India, serta pelbagai bangsa ‘kosmopolitan’ lain di Malaysia, Melayu boleh dikatakan tiada perayaan bangsa / budayanya sendiri. Lainlah kalau kau nak kata Hari Guru atau Hari Ibu itu perayaan budaya bangsa Melayu. Itupun UAI dah gazettekan sebagai haram sambut Hari Ibu. ‘Christmas…,’ aku cuba nak kata bahawa Kristian pun ada lebih banyak perayaan. ‘tak boleh. Christmas tu perayaan / sambutan, boleh dikatakan agama juga.’ Tetapi menunjukkan dekat sini, bahawa menjadi seorang Cina tidak mestinya membuatkan dia terikat dengan satu-satu agama / kepercayaan. Tidak seperti Melayu yang dipaksa ikat dengan kepercayaan, membuatkan anak-anaknya pada hari moden ini teraba-raba mencari identiti / mempertahankan identiti yang kabur, dan terpaksa meminjam-minjam identiti orang lain. Anak-anak Melayu yang berpendidikan Arab (lucu kan bunyinya?) risau jika anak-anak bangsanya mulai melupakan leluhur moyangnya (dia perasan moyangnya adalah seorang Sayyid) dan mahu menjadi Barat (ini pun satu jenis kepoyoan juga) atau mahu mencari makna dan kewujudan dirinya sendiri. Anak-anak Melayu yang berpendidikan Arab (sekali lagi, bunyinya memang lucu) merasa gentar, tak yakin diri, apabila anak-anak bangsanya di zaman Facebook ini mulai mempertikaikan kebangsaan Arab yang dibawa pulang ke tanahair, proses Arabisasi / Talibanisasi, mulai berhujah di sanasini, di warung itu, di warung ini, di pelbagai thread menghina (baca: mempersoal) apa itu agama, apa itu budaya, apa yang kita



Budaya 201

tak perlu nak Arab sangat, dan sekian banyak ‘Apa’ dan ‘Kenapa’ yang lain. Aku berfikiran, bahawasanya, selain dari kesan positif kedatangan Islam ke nusantara, negatifnya adalah kematian kebudayaan lokal/tempatan/setempat. Satu persatu kebudayaan lokal dibunuh, atas nama Tuhan (lebih tepat, sekte) kononnya. Dan Tuhan menurut kepercayaan Arab (didakwa, Tuhan ini adalah Tuhan bagi semua bangsa, tetapi Tuhan ini dipersembahkan dengan sangat Arab !) adalah paling benar, dan segala tuhan-tuhan (sengaja aku eja dengan ‘t’ kecil) harus dimusnahkan. Dalam erti kata lain, segala kebudayaan yang lain harus diruntuhkan untuk ditegakkan Tuhan yang dibawa dari Arab. Aku tidak kata salah / benar di sini. Kerana aku adalah Muslim. Yang bertuhankan Allah. Tetapi yang aku bermasalah dengan kebudayaan yang dikalahkan ini, di bawah tapak kaki kebudayaan yang pongah. Sedangkan Tuhan itu Sa (esa), segala jagat berada di bawah telapakNya, dan seisi langit dan setiap inci bumi adalah tanah-tanah suciNya, semua makhlukNya adalah mulia, manusia adalah tiupan dari ruhNya, tiada yang terhina di sisiNya kerana semuanya adalah manifestasi kewujudanNya dan hasil ciptaNya, dan tiada lebihnya antara seorang Arab dengan seorang Melayu, melainkan takwa, yakni ketundukan kepada Tuhan. Yang aku bermasalah adalah apabila kebudayaan Arab sampai, kebudayaan masyarakat awal / lokal pun berkecai. Kau mungkin akan berhujah dengan aku, bahawasanya, sekiranya dipakai logik / premis aku di atas, maka sepatutnya Nabi saw tidak memusnahkan berhala-berhala di Kota Mekah. Aku tidak mahu bermain di logik yang telah diputarkan itu, kerana aku percaya penaklukan Kota Mekah lebih 1400 tahun dahulu, lebih jauh dari semata-mata memecahkan

202

Agama & Hegemoni Negara

lebih 360 berhala. Ianya adalah pemberitahuan, ‘pada hari ini, telah kubersihkan rumah Tuhan, dari sebarang kekotoran / penyembahan sesama manusia..,’ bagiku, yang Nabi saw hancurkan bukan patung-patung sembahan itu, tetapi adalah penyembahan terhadap sesama manusia. Kita tak pernah menyembah patung pun selama ini. Jika ada pun, kerana mempercayai sesuatu ‘mukjizat / keajaiban / miracle / sacred’ atau sebagai ‘perlambangan / tajalli’ tentang Tuhan (kerana itu kita mencipta gambar / lukisan, sungguhpun kita tahu, gambar / lukisan bukan bermakna dia hidup bersama kita). Sama ada kita menyembah selain Allah / Tuhan (Yang Maha Esa / Akbar *sekalipun masyarakat asal Zulu memanggilnya bukan dengan nama Allah pun) atau kita menyekutukan Tuhan dengan tuhantuhan yang lain (diperbuat daripada tangan / fikiran kita sendiri) atau menyembah hegemoni manusia / kumpulan politik tertentu. Kerana jika kau rigid dalam memahami perbuatan Nabi saw, maka, bagaimana jika ada orang / penganut agama / yang tidak beragama, memusnahkan masjid-masjid, dan menggantikan dengan sembahan-sembahan / patung-patung mereka? adakah kau boleh menerimanya ? Jadi sekali lagi, ‘apa perayaan Bangsa Melayu?’

Kekacauan Mentaliti Pengagum Arab Dan Pemabuk Barat (Anti Rasis kononnya) Di celah-celah Melayu berpusu-pusu ke mall-mall murah dan jimat seperti Mydin, atau berlumba-lumba mengejar Al–Qadar, anak-anak muda Melayu lain sedang ‘Crow Zero’ di Low Yatt. Cuba cari sendiri apa yang berlaku setepatnya pada hujung-hujung Ramadan tahun 2015 di Kuala Lumpur.



Budaya 203

Cuma lebih lucunya bila diejek Melayu sebagai rasis berasaskan pertelingkahan antara dua jenis Kongsi / anak-anak urban miskin kota (perlu diingat Low Yatt bukanlah sebuah mall mewah mana pun, pekerjanya juga bukan kaya mana pun, mereka juga adalah sebahagian daripada vicious circle). Aku berfikir banyak tentang benda ni. Jika benar Melayu rasis, perayaan bangsanya patut lebih banyak daripada perayaan bangsa lain. Kalau kau ejek bangsa Melayu sebagai malas atau suka berehat / bercuti, aku mungkin boleh mempertimbangkan lagi. Tetapi jika kau mengatakan bahawa bangsa Melayu adalah rasis, aku rasa kau ada masalah otak. Selain dari menghadapi masalah dijajah oleh Arab, dan segala motherfucker yang dibawa oleh Arab, kita juga berhadapan dengan Pemabuk-pemabuk Barat yang sakit mental. Otak mereka mengalami kerosakan yang kronik. Rasis apa jadahnya? Ini adalah isu konsumerisme, isu Kongsi, isu penguatkuasaan yang lemah. Kenapa terlalu kiasu ? Bagaimana kau boleh mendakwa Melayu itu Rasis dan Melayu itu telah diArabisasi? Ini adalah satu paradox atau oxymoron. Kalau Melayu itu Rasis (Melayu Centric / Ultra Melayu) bagaimana pula kau boleh mengejek dia telah diArabisasi ? Melainkan, kau boleh mengatakan, tak semua Melayu Rasis, dan tak semua Melayu diArabisasi. Atau kau boleh mengatakan, ‘saya adalah seorang yang moron.’ Sekian.

204

Agama & Hegemoni Negara

‘CakeBu”’: What The Fuck Of Media? Dan Street Dakwah yang sangat menipu! Aku ingat lagi petang itu, kami bertempur habis-habisan, aku bersama isteriku, dan rakanku bermazhab atheist (ketika itu), membantai dan dibantai oleh budak-budak Street Dakwah. Seorang yang bertempur di situ, adalah salah seorang lelaki yang masuk program Da’i. Mereka merekod wajahku yang bertempik dan memekik seperti orang gila, dengan telefon mereka masingmasing. Memang, membuat suatu kewajiban yang sudah ditinggalkan, memang dianggap asing / ghuraba’. Beruntunglah orang-orang yang asing kata Nabi saw. Budak-budak Street Dakwah dari UIA itu baru sahaja berdakwah dengan bernyanyi-nyayi ya hanana, ya hanana (sejujurnya harus aku beritahu, hari ini aku tidak ada masalah dengan pujian mengingati Nabi saw), mereka kemudiannya bukan setakat bernyanyi-nyanyi, bahkan bersajak-sajak, sesuatu yang sangat aku suka, tetapi sajak mereka sangat asing sekali. Sangat

204



Budaya 205

‘kelangitan’ kalau ikut bahasa Sdr. Falsafah Melayu, seorang rakanku yang menggemari ajaran Hindu. Sajak-sajak mereka jauh sekali jika nak dibandingkan dengan Maulawi Rumi. Sajak-sajak poyor sebenarnya. Dan mereka harus pergi ke kelas sajak terlebih dahulu untuk belajar bersajak, atau perlu lebih banyak membaca seperti kata Pak Samad Said, sebelum menulis sesuatu. Setakat mengumpul ‘carry mark’ dalam kelas, tidak akan membuatkan anda bijak tentang segala-gala hal di luar dari kelas. Boleh dikatakan pengumpul-pengumpul ‘dean list’ ini paling gagap apabila berhadapan dengan ‘kekacauan’ yang berada di luar dari kelas. Dan ilmu-ilmu dalam kelas cuma berfaedah sebatas teoritikal semata – mata. Tak lebih dan tak kurang. Yang menyebabkan aku tergamam adalah, apabila DBKL datang melompat menyerbu, menyergah, mengejar, dan menangkap mana-mana peniaga kecil-kecilan yang berniaga di hadapan Masjid India, lewat petang itu. Selain hujan yang menjadi ketakutan kepada ‘kaum peniaga kecilan’ (tak tergamak aku mengatakan ‘kaum peniaga kecilan’ ini lumpen proletariat atau petite boerguise’, aku belum sampai hati) DBKL adalah ‘The Monsters’. Dan kerja DBKL setiap petang adalah menakut-nakutkan ‘kaum peniaga kecilan’ ini yang belum mampu mempunyai kedai / stall berlesen. Ini adalah job scope DBKL. Mengamankan / menstabilkan / membersihkan ibukota dari ‘sampah sarap’ (baca: orang-orang miskin yang tak mampu bayar lesen) kerana ‘mengotorkan pandangan kotaraya di mata pandangan pelancong2 asing. Tidak. Sebenarnya yang menggamamkan aku bukan gelagat ‘babi-babi’ yang menyerbu keluar dari semak samun yang mereka menyorok, kerana itu habitat, itu tabiat ‘binatang-binatang

206

Agama & Hegemoni Negara

berseragam’ ini setiap petang. Itu tidak mengejutkan aku sangat. Yang sebenarnya paling mengejutkan aku, membuat aku terpana, adalah, apabila melihat reaksi budak-budak Street Dakwah ini. Mereka awalnya seperti terkesima juga. Tetapi kemudian selepas adegan yang meruntun hati itu, mereka mengambil microphone, dan terus menyanyi-nyanyi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Berombak-ombak dadaku menahan nafas amarah. Kebodohan apakah yang tengah ditayangkan oleh budak-budak university ini? Kebodohan apa? Aku meminta microphone tersebut, dan kemudian berlakulah pertengkaran antara dua ‘mazhab’, antara ‘mazhab kemapanan’ dan ‘mazhab melawan’. Untuk lebih mensahihkan hal ini, boleh cari budak-budak UIA yang terlibat dengan Street Dakwah, di Masjid India, penghujung tahun 2013.

SINDROM MUHAYA berulang Kita perlu menamakan sesuatu itu berdasarkan ‘lokaliti’ kita. Atau ‘ketempatan’ istilah Abang Rosli, Ahli Falsafah OKU yang tinggal di Wangsa Maju. Maka aku menamakan ‘syndrome of ignorance’ ini sebagai ‘sindrom tak mahu tahu’ atau Sindrom Muhaya, berkat pandangan ‘kritis’ lagi ‘ilmiah’ beliau tentang bagaimana mengubah keadaan negatif, tahun lepas. Seorang peniaga perempuan (dan juga keluarganya yang menolong) direntap tudungnya, kerana berniaga tanpa lesen. Seorang lelaki, ditahan reman (sebenarnya penjara jika tak silap) kerana kes ‘menghina’ Sultan. Seorang demi seorang aktivis mahasiswa masuk keluar lokap ditahan atas Akta Hasutan. Seorang pensyarah, seorang pendakwah, dikenakan tahanan reman atas alasan yang sama syaitan.

Budaya 207



Dan puluhan lagi beratur menunggu giliran untuk disumbat didekam dan bermalam dalam penjara, kerana cuba – cuba kritis terhadap negara.

Apakah semua ini? ‘Circle’ aku, adalah ‘islamis / agamis’. Ini adalah lingkaran / sekitar aku selain rakan-rakan marhaen. Aku tercari-cari suara mereka yang mahu mempersoalkan kejahatan yang sedang berkuasa ini. Aku tak jumpa. Seolah-olah Islam adalah monarki. Seolah-olah Islam adalah autokrasi. Seolah – olah Islam adalah anti demokrasi. Seolah – olah Islam adalah anti hak asasi. Seolah-olah! Mana suara-suara agama yang mahu kritis terhadap tangan panjang pemerintah yang mahu mencekik leher orang-orang yang kritikal terhadap pemerintah? Mana? Jika benar, menyokong orang-orang sekular, plural, Kiri, yang berjuang membebaskan negara dari Tiran adalah fasik, adalah zindik, adalah anak haram, maka mengapakah ‘yang kaki sembahyang’, ‘yang kaki gerakan’, ‘yang kaki mathurat’, ‘yang kaki ulama’, dan segala kaki-kaki yang lain, tidak mahu aktif, tidak progresif dalam menunjukkan bahawa mereka perlu menjadi barisan paling hadapan (vanguard) dalam melawan segala bejat (berhala) yang nyata? Bukankah dalam usrah, kita sering ditarbiyah, bahawa Islam itu bersifat ‘kesejagatan’, bersifat ‘universal’ atas semangat ‘rahmatan lil ‘alamin’, maka mengapa diam terhadap demokrasi, hak asasi, dan penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka-mereka yang tidak sealiran? Bukankah orang-orang teraniaya itu juga mempunyai Allah yang sama? Sekurang-kurangnya, tiga garisan yang sepatutnya mereka akan masuk dalam neraka terlebih dahulu sebelum pembuat patung berhala,

208

Agama & Hegemoni Negara

1) orang – orang agama, yang melakukan kejahatan / kesyaitanan itu sendiri, 2) orang – orang agama, yang menyokong kejahatan / kesyaitanan itu sendiri, 3) orang – orang agama, yang diam (sama ada menyokong dalam diam / takut mengatakan kebenaran) apabila kejahatan / kesyaitanan itu dilakukan. Mereka-mereka ini sangat serabut, apabila kejahatan / kesyaitanan dilakukan pada mereka, pada keluarga mereka, pada adik beradik mereka, pada kumpulan mereka, pada jamaah mereka, pada parti mereka, tetapi mereka sangat bangsat sekali apabila kejahatan / kesyaitanan dilakukan terhadap orang lain / musuh mereka. Ini sangat brengsek! Aku sempat membuka TV. Siaran ulangan rancangan Da’i. Sepatutnya aku sudah tahu. Tetapi kerana asyik bersangka baik, maka akhirnya menelan pahitnya kecewa juga. Di kaca TV, segala bejat-bejat pemerintah yang hodoh, ketirisan negara yang korup, atau segala kes yang disebutkan dari atas tadi, penganiayaan demi penganiayaan terhadap rakyat tidak akan ditayangkan. Da’i-da’i muda ini dikebiri kemaluan mereka, untuk menjadi ‘kambing biri-biri’ untuk mudah diternak ‘gembala’ (bukan Azmin). Mereka telah dikasi kemaluan mereka. Untuk memudahkan mereka ‘beranak pinak’ melahirkan anak-anak atau baka-baka genetik yang serupa mereka jua. Yang gagal berfikir, dan gagap bertindak. Mereka tengah dicipta karektor oleh tok dalang-tok dalang, untuk membuat sesiapa yang ingin mencari Tuhan, mencari iman, mencari agama, agar mempercayai ‘esak –tangis–kelakar’ mereka. Agama sudah menjadi sebuah ‘pentas reality TV’ yang mempunyai drama dan skrip.



Budaya 209

Realiti yang sebenar tidak pernah sampai di kaca TV. Ia melantun keluar, tak tembus di kaca TV. Ia ditapis, ia dikeringkan, ia ditawarkan, ia dibiarkan mendatar. Biar orang tak tahu hakikat sebenarnya, supaya ‘Malaysia tetap kekal aman dan damai’. TV (yang kata mereka neutral) tak sesekali akan bersurah tentang rusuhan 800 pekerja di Kulai, Johor. Sementara yang mengatakan Tuhannya mempunyai logika yang valid mengatasi segala interpretasi orang lain tentang kepercayaan, hanya berapi-api jika Tuhannya disentuh, tetapi buta hati, buta perut dan hanya mempedulikan perutnya sendiri. Benar kata Voltaire, bahawa dalam hal duit, kita mempunyai agama yang sama. Di luar dari pentas reality TV, Islam adalah ISIS. Dan api fitnah ini tak pernah terpadam sampai sekarang. Kerana ustazustaz dewasa ini adalah soldadu terpenting kapitalis.

210

Agama & Hegemoni Negara

‘CakeBu”’ (Catatan-catatan Kebudayaan): Festival Tanglung & Cina Muslim Yang Hilang Identiti! Aku baru lepas jumpa teman yang beriman dengan Yesus bermazhab Katolik di sebuah kedai mamak. Nama kawan ini, antara nama yang mempunyai konotasi agama. Bahkan Syari'ati juga menyebut nama ini. Aku taknak sebutkan. Korang boleh cari sendiri. Kami melepak tak berapa lama juga, sekitar dua jam rasanya, sebelum ditepuk oleh seorang lelaki Melayu yang berasa terganggu dengan t-shirt Katolik yang dipakai oleh temanku ini. Bimbang jadi apa-apa, kami bersurai setengah jam kemudian. Duduk di Malaysia, buat aku rasa sesak sebenarnya. Sangat. Kecewa gila. Jadi orang Islam, tapi frustrated. Kalau bunuh diri itu tak sakit dan tak berdosa, aku akan bunuh diri aku sekarang juga. Aku rasa macam haram pula jadi seorang yang gelisah. Rasa serba salah. Walau dah percaya Islam itu benar, tetapi perasaan 210



Budaya 211

terkilan itu tak dapat dibuang ke longkang. Islam yang kita pegang terlalu mendominasi (conquer) mengakibatkan Islam kita menjadi Islam yang membuli. Aku rasa dah geli geleman pula nak membela Islam lebih-lebih kalau macam inilah prestasi Islam yang dipersembahkan oleh orang-orang Islam. Aku tengah menipu siapa sebenarnya bila aku cakap Islam ada segala jawapan yang kau tanyakan? Realitinya, yang paling sampah sekarang adalah umat Islam, lah. Siapa lagi? Dengan kes demi kes yang ditayangkan saban masa, buatkan aku rasa berdosa pula kalau aku nak berdakwah pada orang luar (non-Muslim) tentang Islam, tapi orang-orang Islam sendiri sangat sengal dan bangang. Ini adalah suatu hipokrasi. Aku baca Syari’ati berkali-kali. Dahulu aku ingat nak berhenti dah jadi ‘Mat Syari’ati. Aku taknak bias atau asyik dengan Syari’ati. Aku perlu mengelak dari menjadi ‘mat ikut’ kepada Syari’ati. Tapi nampaknya, Syari’ati seperti taknak melepaskan aku. Dia paksa aku duduk dan membacanya sekerap yang mungkin. Sesetengah Syi’ah yang obsesi dengan Syi’ah, jika memetik Syari’ati, selalunya untuk membenarkan / memenangkan mazhab Syi’ah. Tapi aku tak dapat berbuat begitu. Perangai jahat ada di mana-mana. Adalah tidak intelektual dan emosional apabila menisbahkan perangai kepada mazhab / ajaran. Jadi ada Syi’ah yang baik. Ada Sunnah yang baik. Ada Sunnah yang ekstrim. Ada Syi’ah yang ekstrim. Ada Atheist yang baik. Ada Atheist yang ekstrim. Begitulah kehidupan manusia. Tiada jaminan kita akan baik selama-lamanya ((dalam masa yang sama, kita tidak boleh menafikan jika ada orang yang akan mengukur berdasarkan kes / statistik / peristiwa / jumlah / kecenderungan sesuatu aliran, mana yang lebih ekstrim)). Syari’ati tidak segoblok itu. Syari’ati mengatakan, dunia ini

212

Agama & Hegemoni Negara

cuma ada dua agama / mazhab / aliran / ideologi / apa apapun. Cuma dua. Penindas, dan Tertindas. Dikotomi ini tidak seteruk ‘kafir–muslim’. Itulah dikotomi yang dipakai oleh ISIS, yang menyebabkan mereka tak ragu - ragu merogol dan membunuh orang-orang Kristian dan Syi'ah.

KITA SUDAH GILA Zaman Dark Ages yang menghantuk Kristian ke dinding sejarah, adalah akibat persekongkolan antara ‘agama’ dan ‘politik’. Perjimakan ini yang menyebabkan rosaknya sesebuah daulah. Dan kes ini bukan khusus untuk Kristian sahaja. Kuasa secara sosiologinya memang membahayakan apa jua ideologi. Sama ada, mandiri sendiri atau penentangan (resistance) itu adalah lebih terhormat dan selamat (walau akan terkujur ditombak pemerintah) dari terfitnah kerana bermukah dengan kekuasaan. Kekuasaan sering saja menjahanamkan sesiapa yang menidurinya. Sesebuah negara itu rosak apabila ulama’ dan umara’ rosak. Ulama’ itu rosak akibat tidak menjaga jarak antara dia dengan penguasa (umara’). Penguasa akan meracun ulama’ dengan racun-racun yang berbisa, sekurang-kurangnya untuk seseorang ulama’ (atau sekumpulan / separti / semajlis) memberikan bekalan-bekalan fatwa untuk melegitimasi / mengabsahkan status quo sedia ada. Racun-racun itu banyak sekali, antaranya seperti mengatakan Melayu dalam Bahaya, atau Islam dalam bahaya, atau Islam dan demokrasi saling bertentangan, atau Islam tidak boleh dikritik, hanya boleh mengkritik. Islam tanpa kritik ini, yang menyebabkan, takungan air tadi menjadi najis, empangan itu menjadi kotor, tanpa dibersih (kritik) menyebabkan air yang ditakung, terkurung memberi sakit kepada peminum-peminumnya. Islam tanpa dialog ini yang membunuh.



Budaya 213

Kita beriman kerana takutkan JAIS, kerana takutkan jembalang itu, takutkan jembalang ini, takutkan sultan dan ini adalah fakof. Berminggu-minggu sebelum dari hari ini, aku ke Perak, menyertai program dakwah anjuran Persatuan Cina Muslim (bukan nama sebenar) yang mahu berdakwah kepada kumpulan sasaran Cina yang bukan Islam dalam festival Tanglung. Aku disebabkan sengaja nak berehat, memilih untuk pergi ke sana. Sokka Gakai, adalah sebuah mazhab dalam Buddhist di Perak, yang menganjurkan kerjasama – persefahaman ini. Tetapi ruparupanya, penganjur bersama dari pihak Muslim (seperti biasa?) mempunyai agenda lain. Mereka mahu berdakwah / menyebarkan Islam dalam festival Tanglung tersebut. Aku sebenarnya ketika itu agak tak jelas, atau masih confuse. Jadi pada waktu malam, aku dan kawan-kawan (misionaris Muslim) pun pergi ke majlis itu. Adalah lebih baik kita untuk mengomel / mengomentar, untuk datang meninjau sendiri. Jadi aku bersyukur kerana dapat melihat sendiri perangai reaksioner orang-orang Islam itu sendiri, atau bahasa aku, mualaf-mualaf ni, seperti ‘budak-budak baru nak up’. Majlis dimulakan dengan sangat Arabic. Doa-doa yang panjang, dan selawat. Aku tiada masalah. Jika ini program memang seluruhnya orang Islam. Malangnya, perayaan kebudayaan ini, yang mana audien mereka, Cina (dari segi pakaian) bukan Islam lebih memenuhi kerusi2 yang ada, ini adalah suatu hijack. Cina tidak semestinya Buddha. Cina tak semestinya Kristian. Boleh jadi Cina itu atheist. Agnostik, dan segala A – A yang lain. Tetapi berbondong-bondong orang Cina meninggalkan dewan ketika lampu digelapkan, dan hanya meninggalkan kerusi menjadi saksi menonton persembahan demi persembahan, apakah maknanya?

214

Agama & Hegemoni Negara

Bila wakil-wakil dari penganjur Islam, memulakan sesi mereka dengan ‘ucapan-ucapan murtad yang bodoh’, seperti mengatakan, ‘saya seorang Cina, dan beragama Islam, tapi saya tetap makan menggunakan chopstick…,’ atau ‘saya seorang India, dan beragama Islam, dan saya suka makan roti canai…,’ ini level dakwah apa ni? Orang-orang Cina di bawah pentas, aku fikir memandang yang berada di hadapan sebagai anak-anak Cina atau India yang sudah rosak. Sepertimana pandangan Bukhari kepada anak perempuannya Aisyah apabila dimurtadkan. Come on! Takkan analogi semudah ini tidak boleh difikirkan? Kamu berkempen dalam festival kebudayaan orang, akan agama kamu, bagaimana jika pada hari raya korban yang akan menjelang, Sdr. Calvin datang ke majlis sembelih lembu dan memberikan Al-Kitab kepada pemuda-pemudi dan mengatakan, ‘takpa, saya Melayu, dan Kristian, dan kami okey, boleh makan daging jika makcik pakcik nak bagi daging…,’ bagaimana? Sensitiviti budaya dan agama kian terhakis dan terhakis hari demi hari. Aku dah rasa macam aku makin tersesat pula dalam dunia yang sudah hilang perasaan hormat kepada aliran lain. Kemudian muncullah sekonyong-konyongnya penyembahpenyembah Haji Hadi dan Harun Jin, mempertahankan matimatian kedua-dua berhala dalam PAS ini (nanti ada lah orangorang bodoh yang tak faham maksud berhala mai komen). Walhal, yang mengajar orang mengajar orang menjadi bodoh, tidak kritikal, malas berfikir, takut, tahyul, khurafat, letak tangan dalam mulut buaya, panggil orang barua, siapa? Siapa? Yang galak kafir mengkafirkan orang-orang ni, siapa? Bukankah ‘ulama’ kita sendiri? Ini belum lagi dikira dengan orang-orang yang masuk Islam



Budaya 215

di Sabah – Sarawak kerana diumpan dengan imbuhan tertentu, kemudian dibiarkan terkapai-kapai macam tupai jatuh ke tanah. Dan jika mereka nak balik ke agama asal, mereka dikenakan bayaran. Ini Islam apa lagu ni? Sepatutnya, cina-cina Muslim yang baru masuk Islam tu, relax lah. Dakwah itu bukanlah kamu kena bercakap Arab. Atau ‘ana, enta, enti, ana nak enti’. Itu Arab faktab namanya. Tolong bertenang, dan jangan jadi bangang. Berdakwah adalah bercakap hal-hal yang benar. Berdakwah adalah pekerjaan ilmiah. Mendorong rasa manusia itu ke arah benda baik, itu dakwah. Bercakap benda-benda baik, itu dakwah. Mengajak orang ke arah kebaikan, itu dakwah. Menyuruh seseorang itu terus mencari dan mencari, dan jangan hanya mendengar, itu dakwah. Dakwah itu dinamis. Bukan statis. Bukan kena bernasyid atau pakai tudung Fareeda, itu dakwah. Itu bukan dakwah. Itu hijabster. Itu Hafiz Hamikdun. Kenapa tak baca sajak-sajak Lim Swee Tin? Kenapa tak baca puisi-puisi Rumi, pengarang Mathnawi? Kenapa tak baca sajaksajak Lao, Confucius, Tao, Siddharta jika ada, dll lagi, yang tak mengganggu festival kebudayaan orang?

216

Agama & Hegemoni Negara

‘CakeBu”’ (Ulasan Lagu ‘Tahu’, Fynn Jamal) *BHG 1 Dan kau tanya dalam diam Dengan mata kau biar pejam Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri Satu per satu hilang ertinya Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi Tapi mana kau harus pergi Haus Tak terpuas lautan Lapar tak terkenyangkan Kau tahu Namun tak kau akukan Kau selongkar bumi langit petala Sedang jawabnya lama kau ada Maka perlu apa kau bongkar gali Kalau cuma di letak tepi

216



Budaya 217

Sayu Tak terjelas fikiran Rebah tak tersambutkan Kau tahu Namun tak kau akukan Apa kau cari yang sebetul-betulnya Lama mana begini Bertelanjang jiwanya Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya Malam siang berganti Jawabnya tetap sama

Ini lagu kesufian sebenarnya. Hanya yang merasa, baru benar dapat benar-benar faham apakah yang tersirat dalam lagu ini. Lagu ini tidak berguna, dan tidak berkesan terhadap atheistatheist yang materialis, yang pongah, yang sombong, yang angkuh, yang takbur, bahawa mereka ini perasan bahawa mereka bersifat cukup dengan segala-galanya. Mereka perasan mereka istighna’, walhal mereka itu makhluk yang bersifat iftikhar, manusia adalah makhluk sosial yang fakir dan miskin di hadapan Tuhan. Hanya jiwa-jiwa yang sedar, yang akan memikirkan. Lagu ini tidak akan berkesan kepada hati-hati yang sudah hitam berkarat, kerana Tuhan telah menutupkan hati-hati yang sudah menutupkan hatihati mereka, tidak sudi lagi mendengar petunjuk-petunjuk Ilahi. Ada seorang kawan perempuan minta aku ulas lagu ini, jadi alang-alang nak ulas, lebih baik ulas di wall dalam note, senang semua orang boleh baca. Mudah-mudahan ada sedikit manfaat. Aku akan ulas bait demi bait, dan setakat kefahaman aku sahaja, yang aku tak faham, aku tak dapat nak menjelaskan.

218

Agama & Hegemoni Negara

Dan kau tanya dalam diam Dengan mata kau biar pejam Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri

Kesunyian selalunya datang waktu kita berdiam. Dan selalunya kaum sufi akan memilih untuk bersunyi untuk berdekat-dekat dengan Tuhan mereka. Kaum sufi akan memilih waktu tengah malam. Ketika semua orang tengah tidur. Ketika awal pagi, ketika semua orang masih dibuai mimpi. Kaum sufi akan tercari-cari ruang yang kosong dari hingar bingar dan dengkurnya manusia yang tidur, untuk berbual-bual dan mengadu nasib kepada Tuhan yang memegang nasib mereka. Dalam tradisi suluk, perasaan dekatnya dengan Tuhan itu datang dalam keheningan. Seolah-olah Tuhan datang dekat dengan kita, mencium dahi dan ubun-ubun kepala kita, waktu kita bersendirian, merintih memanggil-manggil Tuhan. Dan Tuhan mengangkat doa kita bersama-samanya sebelum Dia pergi, dan menunggu waktu yang sesuai untuk dimakbulkan doa kita. (Kalau dalam satu malam sahaja Tuhan kabulkan segala permintaan kita, lebih baik Tuhan tidak perlu ciptakan lagi dunia fana (binasa) ini. Lebih elok lagi Tuhan tak ciptakan kamu. Tetapi kita ini manusia, insan, berasal dari perkataan ‘nasi’ (lupa), tatkala kita merasa kita senang, kita kenyang, tiada pula kita mengatakan, ‘elok tak perlu ciptakan aku di dunia’ tetapi sebaik sahaja kita dihadapkan dengan ujian dan cabaran, maka terus kita mengkritik Tuhan, seolah Tuhan tidak pernah menghadirkan kepada kita walau sekelumit pun nikmat dan kemanisan dalam hidup. Bertahanlah, kehidupan adalah suatu percubaan. Kehidupan atas dunia ini bukannya destinasi. Jika kehidupan ats dunia ini adalah destinasi, maka pertahankanlah kehidupan sesungguhsungguhnya. Jangan biarkan kematian mencabut nyawa kita.



Budaya 219

Tetapi manakan mungkin, kerana kullu nafsin zaiqatul maut. Kita akan mati, setiap yang hidup pasti mati, dan telah merugilah orang-orang yang menyangka bahawa kehidupannya cuma di bumi, telah kalahlah siapa-siapa yang mengatakan bahawa kehidupan di bumi adalah destinasi) Tetapi ada masanya juga, dalam keadaan keributan, dalam keadaan kekalutan, kita akan tertanya-tanya sendiri, kenapa ada perasaan sunyi datang menyelinap, walaupun ketika itu, suasana sangat bising sama sekali. Dalam keadaan manusia yang begitu rakus dan kalut mengejar kemilaunya duniawi, segelintir manusia akan terasa betapa kosongnya kehidupan material ini. Jika material adalah segala-galanya, seperti kata kaum materialis, mengapa masih ada perasaan kosong hampir kebanyakan manusia? Mengapa manusia tetap tak puas-puas hanya dengan material sahaja? Sesetengah kaum materialis yang radical, mengatakan agama adalah ‘program orang bodoh, candu kelas penindas’, bagaimana kaum materialis radical ini nak menjelaskan tentang begitu ramai orang yang ada pada hari ini menentang rejim, tetapi masih mendambakan spiritual? Kebingungan apakah ini? Delusi apa? Jika ini sebuah delusi, mengapa orang ramai tetap menentang rejim, dan tetap nak memohon keampunan daripada Tuhan? Satu per satu hilang ertinya Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi Tapi mana kau harus pergi

Sedikit demi sedikit ‘magis’ material makin hilang ertinya. Tiada apa-apa makna sebenarnya pada kehidupan yang terlalu material sampai mengabaikan sisi-sisi spiritual. Manusia sudah menjadi seperti mesin. Manusia sudah menjadi seperti robot. Sudah kehilangan fungsi sosialnya. Apa lagi makna kehidupan ini jika

220

Agama & Hegemoni Negara

hanya materiallah adalah puncak cita-cita manusia? Kalangan yang terlalu gigih memperjuangkan perut manusia, kadang-kadang, elok disarankan kepada mereka, adakah apabila memperjuangkan masalah perut manusia (kelaparan / ekonomi), maka selepas kepuasan perut berjaya diselesaikan, maka adakah permasalahan kemanusiaan telah berjaya diselesaikan? Betapa ramai orang-orang yang tiada apa-apa masalah ekonomi, tetapi apakah mereka telah mencapai puncak kemanusiaan yang unggul? Atau sebaliknya, seperti kata Nabi saw dalam hadithnya yang terkenal, bahawa betapa manusia ini tetap tidak pernah puas-puas. Diberikan satu gunung emas, dia akan hendak gunung emas kedua. Berikan dia gunung emas ketiga, dia akan hendak gunung emas keempat, dan seterusnya, dan seterusnya. Bahawa manusia ini hanya cukup bila mulutnya disuapkan dengan tanah yakni mati. Semua ini terlalu menyesakkan dada. Tamadun Barat seperti kata Syed Qutb, telah kering dan kotang dan sudah tiada apa-apa lagi stok untuk diberikan kepada umat manusia. Semua sudah kehilangan makna, bila benda cuma sekadar benda. Semuanya terasa kosong bila kepuasan manusia cumalah hanya apabila terpuaskan perut, dan kemaluan. Ini falsafah yang sangat haiwan. Haiwan tidak akan memikirkan tentang masalah jiwanya. Haiwan cumalah memikirkan tentang masalah fiziknya, masalah perut yang meminta diisi, dan masalah kemaluan, yang minta dipuasi. Dan Islam berdiri di pertengahan. Menyeimbangkan antara tuntutan jasmani dan tuntutan rohani. Bukanlah Islam sebuah ajaran yang ‘kemasjidan’ sahaja tanpa turun ke jalan, atau ajaran yang ke ‘jalanan’ sahaja dan mengabaikan ‘kemasjidan’. Islam sekali lagi berdiri di pertengahan.



Budaya 221

Haus Tak terpuas lautan Lapar tak terkenyangkan Kau tahu Namun tak kau akukan

Seperti yang ditulis tadi, bahawa betapa tamadun Barat memang tak akan mampu menghilangkan haus dan dahaga yang menggila dan tak mampu mengenyangkan perasaan batin, yang cuba dinafikan ada oleh sarjana-sarjana atheist di Barat. Tetapi seperti kata Tuhan di dalam Quran surah al-Taubah ayat 32, ‘Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai’. Lahir begitu ramai sarjana-sarjana serta watak-watak kredible di Barat, yang bangkit mempertahankan Islam, kita ada Martin Lings, kita ada Frithjof Schuon, kita ada Roger Garaudy, Leopold Weiss, Marmaduke Pickthall, Murad Wilfried Hofmann, Bilal Philips, Yusuf Estes, Hamza Tzortzis, dan yang paling terbaru (ketika tulisan ini ditulis) seperti MP Britain, George Galloway atau sekurang-kurangnya yang non-Muslim yang agak bersimpati dengan umat Islam seperti Karen Armstrong, Esposito (sekadar menyebutkan beberapa nama). Kita kena membaca lagi tulisantulisan yang ditulis mereka. apakah yang membuatkan mereka bersimpati kepada Islam? Kenapakah seorang Kristian yang Marxist bernama Roger Garaudy, memilih untuk menjadi seorang Muslim? Adakah seperti dakwaan-dakwaan jahat orang-orang Barat yang sakit hati dengan Islam, bahawa tujuan sarjana-sarjana ini masuk Islam, untuk memuaskan alat kelamin (poligami)? Sedangkan, jika benarlah begitu, eloklah mereka kekal tanpa perlu

222

Agama & Hegemoni Negara

masuk Islam, mereka boleh melakukan hubungan seks tak kira masa. Kenapakah mereka sudah bosan dengan hipokrit Barat? Kita harus menggali lagi persoalan ini, dan menyajikan kepada anakanak Timur kita yang terkedek-kedek mencari Barat yang mana sarjana-sarjana Barat sendiri sudah kehilangan makna hidup, bahkan Frantz (Omar) Fanon, seorang ahli falsafah sekaligus pejuang Algeria (bukan Islam) mengkritik Barat yang mana katanya mulut mereka manis bercakap tentang kemanusiaan, tetapi di belakang mereka, tersembunyi agenda untuk imperialisasi dunia ketiga, sebagai bahan bakar untuk Tamadun Barat tetap hidup segar bugar. Persoalannya sekarang, adakah yang pencari-pencari kebenaran, jujur dengan apa-apa yang mereka carikan, atau seperti yang disindir dalam bait seterusnya, Kau selongkar bumi langit pertala Sedang jawabnya lama kau ada Maka perlu apa kau bongkar gali Kalau cuma di letak tepi

Segala pengetahuan yang kau kumpul selama ini, cumalah teori-teori yang diletak di atas keldai, atau hanya manis bila diungkapkan dalam teori. Kerana pengalaman keagamaan bukanlah suatu yang hanya boleh diteorikan sahaja, bahkan mesti dilalui sendiri dengan ritual yang tekun dan bersungguhsungguh. Orang ramai menjadi hampa dengan keagamaan apabila orang-orang beragama sudah tidak berfungsi sebagai ‘ayat Tuhan’ di bumi. Orang-orang beragama sibuk menjadi ‘Tuhan’ bukan untuk menjadi ‘Ayat-ayat Tuhan’ di bumi. Mereka sibuk dan galak menghukumkan orang-orang lain sebagai sesat, sebagai syaitan, sebagai dajal, kafir, masuk neraka, tetapi orang-orang beragama



Budaya 223

tidak berupaya menampilkan ajaran agama sebagaimana para Nabi terdahulu yang mana agama di tangan mereka organic, bukan seperti agama yang diluncurkan manis di bibir agamawan, tetapi hampa dari segi perlaksanaan, dan para agamawanlah harus bertanggungjawab di hadapan Tuhan nanti atas kemurtadan sekian ramai manusia-manusia yang beriman. Tetapi, menyalahkan agamawan-agamawan yang tidak berguna, dan tidak berfungsi, adalah tidak berguna dan tidak berfungsi juga. Yang paling serius untuk memikul beban ini, adalah jiwa-jiwa yang sedar, dan percaya bahawa kebenaran itu ada, maka pencari-pencari kebenaran, mestilah jujur dan tidak khianat atau ‘tidak tidur’ terhadap kebenaran yang dibacakan terhadap mereka. Kita tidak boleh bersifat ‘tsummun, bukmun, umyun’ iaitu pekak tulis, bisu dan buta terhadap kebenaran atau apa-apa sahaja yang didakwa sebagai kebenaran. Mulut bukan sahaja galak bertanya konon inquiry, sebaliknya telinga mestilah dibuka seluas-luasnya untuk mendengarkan jawapan (penerangan) atas semangat curiosity tadi (semangat ingin tahu). Kerana freedom tanpa explainaton, adalah freedom yang bodoh. Orang-orang yang memperjuangkan, kebebasan apa-apa sahaja, tanpa ada apa-apa penjelasan, adalah orang-orang yang bodoh, kehidupan perbuatan dan amalan mereka sia-sia sahaja. Islam sesunggungnya agama yang paling wahid, memperjuangkan kebebasan, tetapi di dalam Islam, kebebasan (freedom) mestilah didatangkan sekali dengan penjelasan. Jika sesuatu itu tidak ada penjelasan / alasan yang kukuh, bagaimana sesuatu itu boleh dibenarkan (freedom)?

224

Agama & Hegemoni Negara

‘CakeBu”’ (Ulasan Lagu ‘Tahu’, Fynn Jamal) *BHG 2 Ada sekurang-kurangnya tiga atau empat teori utama dari Barat, daripada mana agama muncul. Kemungkinan juga ada lebih yang diperkembangkan, tetapi kita cuma akan membincangkan tentang tiga teori di sini, dan perkaitan dalam ulasan lirik lagu ‘Tahu’ Fynn Jamal, kerana ‘Tahu’ adalah berkisar tentang pencarian seorang insan, yang mencari jawapan, dan penyanyinya sudah pun berubah dari segi penampilan, apakah yang menyebabkan perubahan tersebut, aku tidak tahu, cuma inilah tulisan yang dirumus berdasarkan lirik lagu ‘Tahu’. Augustus Comte, peletak dasar aliran Positivisme mengatakan, bahawa agama muncul kerana kebodohan manusia. Bahawa menurut Comte, perkembangan pemikiran manusia dimulai dari kebodohan manusia tentang rahsia-rahsia alam atau ekosistem jagat raya. Bermula dengan periode primitif kerana manusia tidak mengetahui rahsia alam, maka manusia-manusia pada ketika itu menyandarkan segala fenomena alam kepada Zat yang ghaib. Kemudian, dengan berkembangnya ilmu pengetahuan (sains) 224



Budaya 225

sampai kepada batas segala sesuatu mulai terbuka dengan ilmu yang melalui pembuktian (empirical), maka keyakinan terhadap yang ghaib, tidak lagi mempunyai tempat di tengah-tengah mereka. Maksud logik teori yang dikemukakan Comte di sini, adalah semakin pandai seseorang, akan semakin jauh ia daripada agama, bahkan akhirnya tidak beragama ia, dan makin bodoh seseorang maka semakin kuat agamanya. Kedua, ada yang mengatakan bahawa agama muncul kerana kelemahan atau kebaculan jiwa (takut). Teori yang dikatakan dipelopori oleh Bertrand Russell ini mengatakan, bahawa munculnya agama kerana perasaan takut terhadap Tuhan dan akhir kehidupan. Namun, ‘sihir agama’ ini tidak akan berkesan terhadap orang-orang yang berani berkeyakinan. Jadi menurut teori ini, kemunculan agama kerana ketakutan. Makin kita takut, makin kita kuat beragama, makin kita berani, makin kita tidak beragama. Begitulah menurut teori ini. Teori ketiga adalah yang paling terkenal sekali dan selalu diulang sebut oleh mereka-mereka yang bosan dengan agama yang sering digunakan oleh kelas penguasa (ruling class). Kata Karl Marx, bahawa agama merupakan produk para penguasa yang diberlakukan ke atas rakyat yang tertindas. Agama merupakan alat penindasan (tool of oppressor) yang dikenakan terhadap kelas tertindas (oppressed) supaya kelas tertindas tidak bangkit memberontak dan menerima takdir sosial ekonomi mereka yang terkutuk dan terhina di bumi seadanya. Rakyat diharapkan terhibur dengan doktrin-doktrin agama, seperti harus sabar, menerima takdir, jangan marah dan lainnya. Menurut teori ini lagi, ketika tatanan masyarakat berubah menjadi masyarakat sosial yang ‘sama rata sama rasa’, yang tidak mengenal

226

Agama & Hegemoni Negara

perbezaan kelas sosial dan ekonomi, sehingga tidak ada lagi perbezaan antara kelas penguasa (ruling class) dan kelas tertindas (oppressed), maka agama dengan sendirinya akan hilang.

Mengapa Bertuhan? Mengapa Beragama? Ini adalah tema penting dalam lagu ‘Tahu’. Mengapa manusia memilih untuk bertuhan? Mengapa manusia memilih untuk beragama? Kenapa tidak memilih sahaja menjadi atheis? Kenapa apabila seseorang itu berubah, kenapa memilih untuk kembali kepada fitrah bertuhan? Contohnya Fynn, apabila dia telah berubah, mengapa memilih Tuhan? Mengapa tidak memilih tidak bertuhan? Bukankah dengan memilih bertuhan, dengan memilih agama, lebih banyak sekatan itu, sekatan ini, atau sekurangkurangnya terdapat garisan yang tidak boleh dia lintasi sewenangwenang? Persoalannya, kenapa masih memilih agama? Mari kita bantah satu persatu dahulu teori-teori yang dikemukakan di atas tentang sangkaaan-sangkaan mereka, daripada mana datangnya agama. Fynn dan suaminya adalah bukti pertama menyangka teori pertama bahawa agama adalah ‘kotak orang-orang bodoh’. Seorang penulis lirik dan komposer bukanlah pekerjaan yang boleh dilakukan oleh semua orang. Tidak semua orang boleh menjadi komposer. Ini adalah hakikatnya. Sekurang-kurangnya seseorang itu kena pergi sekolah dan belajar dulu tentang muzik. Orang-orang tepi jalan tidak boleh menjadi komposer dan pemuzik. Dia kena menjadi cerdik terlebih dahulu, baru boleh menjadi seorang komposer atau pemuzik. Bahkan kita mempunyai ribuan sarjana yang dari pelbagai agama, kita ambil contoh yang mudah sahaja, semua agama mempunyai bahasa masing-masing. Jika Yahudi mempunyai



Budaya 227

Hebrew, Islam dengan Arab, Hindu dengan tulisannya, dan lainlain, kesemua ini jika kita tidak mempunyai pengetahuan tentang bahasa asal tersebut (sumber primer), bagaimana kita boleh faham tentang agama tersebut? Melainkan kita pandai-pandai sendiri membuat kesimpulan tentang agama tersebut berdasarkan prejudis-prejudis (sangka-sangka buruk) yang kita bina. Adakah selama ini diulas sesuatu agama berdasarkan sumber sekunder? Jadi adakah pakar tentang bahasa, adalah orang-orang yang bodoh? Kita tidak akan bercakap dengan nombor. Hanya kalkulator sahaja dan mesin serta komputer yang bercakap dengan nombor. Manusia berbicara dengan bahasa. Adakah yang mempunyai kepakaran tentang bahasa ini adalah orang-orang yang bodoh? Seorang ulama’ terkenal, Muhammad Jawad Mughniyah mengatakan, dalam sebuah bukunya yang nipis (terjemahan) bertajuk ‘Nubuwwah: Antara Doktrin dan Akal’, kaum muslimin selepas pasca jahiliyah (ini barulah zaman orang bodoh) telah mengabdikan diri mereka terhadap Al–Qur’an. Mereka menulis ratusan buku tentang ilmu Nahwu, Sharaf, Balaghah, Tajwid, Kosa kata Bahasa, Tafsir, Fiqih, Ushul Fiqih, Ilmu Kalam, Akhlak dan lain-lain. Perpustakaan-perpustakaan Arab dan asing berkembang pesat dengan adanyanya tambahan buku-buku tersebut. Bahkan hingga kini pun, kaum muslimin (bukan di Malaysia) masih meneruskan kegiatan tersebut. Cuma malangnya kata Jawad Mughniyah, jika orang-orang Islam dahulu memperhatikan Al–Qur’an dari segi ilmu-ilmu lain seperti mereka memperhatikan Al–Qur’an secara fokus, serius dan khusus terutama pada bahasa, tentu sahaja umat Islam sekarang akan berada di hadapan dengan sejumlah teori-teori yang berkembang yang membawa kehidupan kepada kebudayaan

228

Agama & Hegemoni Negara

dan kemajuan. Kaum muslimin kata Jawad Mughniyah lagi telah berusaha semaksimanya (tidak pasti bagaimana umat beragama lain telah melakukan koreksi dan syarah terhadap kitab-kitab mereka, adakah sama rajin dan serius seperti umat Islam yang telah menghasilkan ratusan ribu kitab tentang agama mereka, khususnya pada Al–Qur’an) untuk menyingkap kandungan agama, syariat akhlak, falsafah dan keistimewaan-keistimewaan bahasa sehingga nyaris melupakan mereka untuk menyingkap hakikat-hakikat alam semesta. Adakah Comte lupa untuk mengkaji masyarakat jahiliyah (masyarakat sebelum diutusnya Nubuwwah / Prophecy kepada mereka)? Menyanggah teori yang kedua, sesungguhnya sememangnya benar, adalah merupakan ciri orang-orang yang beragama adalah takut kepada Tuhan dan hari akhirat. Tetapi ketakutan kepada Tuhan dan hari akhirat yang sebenarnya, mendorong seseorang manusia itu untuk menjadi baik, berharap kepada Tuhan, berharap kepada hari akhir, inilah harapan (hope). Betapa dunia menurut orang-orang Islam, adalah tempat untuk beribadah, tempat untuk melaksanakan perintah-perintah Tuhan, Tuhan sebagai Khaliq (Pencipta / Creator) dan selainnya adalah makhluq (Ciptaan / Creation). Takutnya orang-orang yang beragama kepada Tuhan, mendorong mereka untuk menjadi manusia-manusia yang bermoral, mendorong mereka untuk menjadi baik, meninggalkan kemungkaran dan menyuruh kepada kebaikan. Kerana di hujungnya Tuhan memotivasi kaum beriman dengan ganjaran kebaikan, dan mengingatkan kaum beriman agar menghindar kejahatan dengan azabnya yang seksa. Bukankah ini sangat berkesan untuk pembentukan insan?



Budaya 229

Bukankah ini berupaya membentuk kemanusiaan yang kamil? Takut melakukan kerosakan (fasad) dan bersungguh-sungguh melakukan kebaikan? Apakah masalahnya? Orang-orang beragama memang penakut untuk mencabut nyawanya secara percuma. Terutama Islam, kerana membunuh diri adalah suatu dosa yang akbar. Penderitaan yang dihadapi, adalah ibtila’, adalah ujian kepada manusia. Tanpa ujian, manusia tidak akan pergi ke mana-mana. Dengan ujian, manusia melatih dirinya. Maka dengan itu bunuh diri akibat tidak tahan penderitaan merupakan dosa di hadapan Tuhan. Takut orangorang Islam membunuh diri, menyebabkan orang-orang Islam menjadi berani hidup. Orang-orang Islam, takut kemurkaan Tuhan akan dosa membunuh diri, maka orang Islam terpaksa menjadi seorang yang berani menempuh kehidupan. Ini adalah kebalikan kepada falsafah takutkan Tuhan. Takutnya orang-orang Islam kepada kemurkaan Tuhan, mendorong orang-orang Islam, berani meninggalkan kemungkaran, berani menjauhi perkara sia-sia. Orang-orang yang tidak takutkan Tuhan, ‘berani berkeyakinan’ kononnya, apakah yang menghalangnya, untuk takut dari berbuat kemungkaran? Apakah yang menghalangnya untuk berbuat kemaksiatan dan berlazat-lazat dengan kemewahan kehidupan di dunia? Apakah yang menghalangnya untuk bersenang-senang dengan segala yang ada di bumi? Adalah paradox seorang yang tidak beragama, mahu menjadi seorang yang moralis kepada orang lain. Sungguh benar, Islam ajaran yang memuat falsafah kemanusiaan-ketuhanan yang sangat mendalam, tinggi, asyik dan kamil. Orang-orang Islam, mempunyai falsafah syahid, bahawa orang-orang yang gugur syahid menegakkan agama Tuhan, mereka hidup di sisi Tuhan. Kerana itu orang-orang Islam di

230

Agama & Hegemoni Negara

medan perang, tiada takut ia gugur, kerana kehidupan selepas mati (after life) itu wujud dalam doktrin tauhidnya. Orang-orang Islam berani mencabut nyawanya di hadapan musuh-musuh Tuhan di medan perang. Adakah orang-orang yang tidak beragama, mampu seberani ini? Orang-orang Islam tidak tahu bahawa dunia ini adalah abadi. Kerana bagi orang-orang Islam, dunia ini adalah tempat berbakti, di akhirat tempat menuai apa yang dibaktikan. Kerana itu dalam Islam, diajar penganut-penganutnya tentang kemuliaan jihad, tentang kemuliaan syahid. (Harus dibezakan dengan pengebom berani mati, yang memusnahkan tempat-tempat awam, memusnahkan orangorang yang tidak berdosa, memusnahkan tempat-tempat suci, itu semuanya bersalahan dengan falsafah jihad. Harus semak bagaimana etika peperangan di dalam Islam) Tidak pasti apakah orang-orang yang tidak beragama mempunyai keberanian pemikiran yang sebegini. Sekiranya mereka berani untuk mati, apakah mereka yakin bahawa selepas daripada kematian masih ada kehidupan? Beranikah mereka terkorban untuk sesuatu yang mereka tidak pasti? Beranikah mereka menggugurkan nyawa mereka, selama-lamanya? Jika berani, apakah yang mereka tunggu lagi? Sekian banyak ketidakadilan sosial wujud di atas bumi hari ini, apakah yang masih menghalang mereka untuk gugur dan mati demi ideologi yang mereka percaya? Siapa yang takut sebenarnya? TAMAT BAHAGIAN II

Budaya 231



Zikir Terapi Dan Religion Is The Opiate Of The Masses Jumaat, 16 Mei 2014 7 Ogos 2012, sebuah laman web melaporkan penjualan album zikir terapi Hafiz Hamidun sudah mencecah 46 ribu unit. Dan pada 14 November 2012 sebuah laman web yang lain pula melaporkan, album terbitan Arteffects International telah mencatat jualan hampir 80 ribu unit dan berada di tempat teratas carta iTunes Malaysia dan Asia. Pada web yang sama juga, melaporkan Hafiz akan mempersembahkan 12 buah zikir terapi sepanjang konsert yang akan mengambil masa 90 minit. Kesemua zikir-zikir ini akan dimantapkan lagi dengan tema dengar, lihat dan rasa, yang menjadi elemen utama konsert ini. Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, pihak penganjur menawarkan beberapa harga tiket iaitu RM125, RM100 dan RM50. Antara zikir-zikir terapi yang dijual di dalam album berharga RM19.90 itu adalah seperti Astaghfirullah, La Ilaha Illallah

231

232

Agama & Hegemoni Negara

Subhanallah, Taubatan Nasuha, Hasbi Rabbi, La Hawla Wa La, Alhamdulillah, Ya Zaljala, Ya Latif, Ya Allah. Hasil permintaan ramai, konsert zikir terapi Hafiz Hamidun yang mencatat jualan penuh 100% pada nov 2012, Hafiz Hamidun kemudian membuka tirai sekali lagi untuk konsert zikir terapi di Johor Bahru pada 23 februari 2013 di sebuah stadium tertutup. dengan harga early bird, vip RM134, RM100, RM66, dan RM32. Itu serba sedikit berkenaan zikir yang telah diterapikan. Lama sebelum itu seorang selebriti agama yang lain telah menjual nasihat-nasihat agama dalam bentuk nada dering. Lebih lama lagi dari itu, kita semua tentu sekali pernah mendengar umrah vip. Apakah beza umrah vip dengan umrah tidak vip? Apakah ada ibadah very important person (vip) dengan ibadan bukan very important person? Bukankah segala jenis kasta telah islam hapuskan lewat ayat 14 surat Hujurat yang bermaksud, ‘sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya.’ Semua perkara ini semakin lama semakin kacau dalam pemikiran aku menyebabkan timbulnya sebuah persoalan yang rumit. Apakah agama itu komoditi untuk dijual?

Persoalan etika dan kehormatan agama Ini adalah persoalan penting sekali sebagai makhluk beragama yang beranggap nilai beragama itu adalah terlalu suci untuk dijual beli. Ayat 41 daripada al-Baqarah,



Budaya 233

‘…dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.’ ‘Mereka menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.’ (Surah at-Taubah, ayat 9)

Dua ayat suci di atas adalah cukup baik untuk dikaji tentang persoalan betapa Islam sangat sensitif tentang nepotisma beragama. Jika agama itu boleh dijual beli demi mencapai maksud tujuan, maka sudah tentulah para nabi dan rasul telah lama menggunakan nasihat-nasihat agama untuk mengumpulkan kekayaan, menggunakan naratif-naratif klasik untuk mendongengkan kaumnya supaya memberikan kekayaan yang mereka kumpulkan kepada nabi-nabi dalam misi dakwah mereka. Ternyata perkara itu tidak berlaku sama sekali. Bahkan dalam naratif-naratif suci kita, mengkhabarkan bahawa betapa dahsyat kemurkaan Tuhan pada mereka-mereka yang menjual agama. Sampai ada kes yang menjampi air-air mineral dengan bacaan-bacaan suci kemudian dijual. sedangkan itu cuma air biasa sahaja. Apa perlu untuk dijampi? Bukankah ini menunjukkan betapa merosotnya sikap umat Islam dalam menghormati agama itu sendiri hingga menjadikan agama itu perkakas untuk mencari keuntungan duniawi? Soalan sinikal yang diajukan oleh seorang rakanku, mengapa tidak sahaja dijampikan sahaja sebuah empangan? Bukankah lebih ramai orang akan mendapat manfaat? Mengapa orang-orang agama menjadi sangat tidak kreatif

234

Agama & Hegemoni Negara

dalam mencari pendapatan, sehingga terpaksa menjadikan agama sebagai sumber untuk meraih pendapatan? Ada lagi yang melaporkan, sekarang ini sudah ada susu tepung jenama ILHAM yang telah dibacakan 30 juzuk ayat AlQur’an. Mengapakah perlu guna agama untuk melariskan barang dagangan? Adakah terlalu teruk produk kita hingga memerlukan bantuan agama untuk meniup satu jampi untuk melariskan barang jualan? Apa perbezaan dengan surat pengampunan dosa? (religion opiate of the masses) Perbezaan dengan mazhab protestan Luther menolak ajaran Gereja saat itu yang menjanjikan keselamatan melalui penjualan surat-surat pengampunan dosa, katolik menjadikan takwilan ayat-ayat suci bible itu hanya milik pendeta. Selain dari paderipaderi gereja adalah tidak boleh menafsirkan agama. Maka secara sewenang-wenangnya, mereka mengeksploit wewenang tafsir yang mereka miliki hingga boleh menghapuskan dosa seseorang yang membeli surat pengampunan dosa. Untuk menghapuskan dosa, kita perlu pergi ke gereja dan membayar sedikit saguhati kepada paderi-paderi rasmi. maka dosa akan terhapus. Sementara kaum Marxist pula memandang agama berdasarkan teori the alienating effect of religion. Menurut teori itu yang dipengaruhi kritik feurbach, agama cumalah berisi ajaran kepada masyarakat untuk menghalalkan penghisapan yang dilakukan oleh kaum borjuah dan patuh setia pada takdir penguasa otokratik. Agama mencetak manusia yang tidak tahan mendepani penderitaan. Marxist menanggap agama sebagai religion is the opium. Agama membius kaum fakir miskin dan kaum buruh yang hidupnya penuh dengan penderitaan agar menerima takdir serta



Budaya 235

menghibur mereka dengan janji-janji manis di syurga. Bagaimana kita mahu menyangkal anggapan kaum Marxist ini sekiranya memang itu pun yang sedang bergolak kacau dalam masyarakat kita? Masalah yang berlaku dalam kes zikir terapi ini dan penjualan nada dering tazkirah ini, adakah orang yang tidak ada duit boleh mendengar atau menghadiri konsert zikir terapi ini? Adakah kita tidak boleh masuk ke majlis zikir ini melainkan setelah kita membayar harga yang telah ditetapkan penganjur? Seperti kes jual nada dering tazkirah itu pula, apakah beliau tidak nampak bahawa ruang agama itu telah diesploitasikan oleh kapitalis-kapitalis komunikasi? Jika benar kapitalis-kapitalis komunikasi ini ikhlas untuk menunaikan tanggungjawab agama seperti saranan Weber, barang tentulah nada dering tazkirah agama itu boleh dijadikan secara percuma sahaja tanpa perlu memanfaatkan semangat beragama di kalangan massa untuk menumpuk kekayaan demi kepentingan kapitalis-kapitalis komunikasi. Jika tidak mahu menerima gagasan radikal sosialisma, apakah tidak boleh Celcom, Maxis, U Mobile dan Digi memberikan secara percuma sahaja nada dering tazkirah agama itu? Apa perlu menggunakan selebriti-selebriti agama untuk menjual tazkirah ini? Bukankah mereka sudah terlalu banyak mengaut untung hasil monopoli kapitalis mereka terhadap sistem komunikasi? Apa perlu lagi mereka menjual tazkirah lewat nada dering? Mengapa tazkirah-tazkirah agama yang nabi saw berikan secara percuma lewat di mimbar-mimbar agung itu kemudian telah dijual oleh selebriti-selebriti agama kita? Mengapa? Apakah ini sejenis lagi rubber stamp sepertimana bank-bank kapitalis perbankan syariah menggunakan pakai penasihat-

236

Agama & Hegemoni Negara

penasihat syariah untuk menghalalkan projek pengkapitalisan atas nama agama (produk bank Islam yang lebih mahal dari perbankan konvensional) untuk mengelabui mata orang awam? Ada orang berhujah bahawa saudara Hafiz Hamidun bergerak secara individual, tiada sponsor, perlukan wang untuk bayar itu ini. Persoalan yang paling utama untuk ditanyakan, apakah yang saudara Hafiz Hamidun ingin bawakan itu dakwah atau seni hiburan? Jika seni hiburan yang ia bawakan. Sila teruskan. Kerna itu seni hiburan. Tiada nas yang jelas untuk mengharamkan. Dan artis sepertimana kita semua sudah sedia maklum, memanglah jentera paling berkesan, atau soldadu capitalism paling terancang untuk membenihkan sperma-sperma kapitalis. Tetapi jika dakwah, orang lain pun berdakwah. Orang lain pun berzikir. Orang lain pun membaca Al-Qur’an. Orang lain juga mengajar orang lain membaca Al-Qur’an. Orang lain juga mengajar orang lain berzikir. Kerana jika dakwah, nabi pun berdakwah. Tetapi nabi tidak meminta upah. Baik. Jika tidak mahu atau tidak dapat memutar ke sejarah yang berabad lamanya, ada sahaja gerakan-gerakan dakwah moden atau dalam istilah arabisasi ini, dipanggil Harakah Islam sama ada yang politikal mahupun nonpolitikal seperti Abim, Jim, PAS, Hizbut Tahrir atau Tabligh, dan lain-lain lagi yang bergerak dakwah dengan ideologi dan kefahaman masingmasing tanpa mengenakan upah. Paling kurangnya PAS jika mahu dikatakan ada mengutip derma sewaktu ceramah. Akan tetapi itupun tidak ditetapkan berapa bayaran (ini barulah epal dengan epal untuk dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mengaji di kampung-kampung, pun tidak meletakkan bayaran tetap). Gerakan Tabligh yang nonpolitikal itu juga berdakwah.



Budaya 237

Tetapi mereka tidak menuntut upah kerana bagi mereka upah mereka adalah upah dari Allah. Manusia adalah tidak layak untuk membayar upah tanggungjawab agama mereka. Orang-orang begini, jika diteliti menggunakan Terminology Marxist Religion Opiate of the Masses, adalah banyak sekali di kalangan kaum muslimin yang lantang menjerit menjerit Islam deenul hayat dan kuat melalak tentang sekularisme. Sedangkan secularism itu adalah pengasingan topik. Antara ritual hubungan dengan tuhan yang tidak boleh diusik dengan masalah dunia. Dan hubungan dunia yang mesti dicari dan diteroka tanpa mempergunakan (eksploit) agama. Asghar Ali, seorang arkitek pada teologi pembebasan yang seumur hidupnya keras gigih menentang sepenohnya teologi tradisional yang seringkali membiarkan tafsiran-tafsiran agama dieksploitasikan oportunis-oportunis agama, jika beliau masih hidup pada hari ini, tentu sekali dia berasa pelik dan akan menentang juga penjualan ibadat seperti jualan nada dering dan zikir terapi ini. Aku lebih dekat dengan idea garapan sarjana Iran Dr. Ali Syari’ati, ‘untuk membebaskan dan membimbing rakyat, untuk menciptakan cinta dan keyakinan bau, kedinamisan dan memberi kesedaran baru dalam hati dan pikiran rakyat, serta mengingatkan mereka akan berbagai bahaya yang mungkin muncul akibat unsur kebodohan, ketahyulan, kejahatan dan kebobrokan dalam masyarakat Islam masakini, orang tercerahkan harus mulai dengan ‘agama’ atau protestanisme Islam. Dengan lebih tegap, Ali Syari’ati menegaskan, ‘apa yang kita perlukan sekarang adalah karya-karya manusia seperti Luther dan Calvin, kerana mereka berhasil melakukan transformasi etika catholic ke dalam suatu gerakan dan kekuatan baru yang kreatif.’

238

Agama & Hegemoni Negara

Dalam surah Al-An’aam ayat 90. Yang bermaksud: Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: ‘Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya. Rujukan:

http://beautifulnara.com/jualan-album-zikir-terapi-diri-hafiz-hamiduncecah-46-ribu-unit/ Eko Supriyadi. Sosialisme Islam. Pemikiran Ali Syari’ati. Islam dan Cabaran Masakini. Asghar Ali Engineer.



Agama dan Pembebasan 239

n a d A AGAM asan b e b Pem

240

Agama & Hegemoni Negara

Agama dan Pembebasan 241



‘Ada Apa Dengan Teologi Pembebasan?’ pada 17hb April 2015 pukul 8.50 pagi ‘…Andaikan Tuhan menurut kepercayaan Islam, iaitu Allah, adalah sebuah ideologi, yang mana, ideologi ini dinamai “Allahisme”, sementara pengikut-pengikut atau comrade kepada ideologi ini adalah “Allahis-Allahis”, sementara untuk mengikat keanggotaan setiap comrade, maka program politic mereka, adalah “exercise” lima waktu sehari, menahan lapar sebulan sekali dalam setahun, dan mempunyai yuran tahunan, dan jika mampu, perlu pergi ke “summer school” di sebuah sahara, dan ideologi ini juga mempunyai manifesto suci… adakah kau masih mempunyai masalah dengan “ideologi” sebegini, kawan?’ ‘…pengungkapan syahadah “La Ilaha illallah” adalah kalimah revolusioner, walaupun tergantung kepada siapa-siapa yang menafsirkannya. Orang yang terperap dalam teks, tidak akan mampu pergi jauh melangkaui makna ruhi yang tersimpan dalam metaphoric atau makna ganda pada kalimah revolusioner itu. “La Ilah” bermaksud, “Tidak ada Tuhan”, kalimah yang mengusung

241

242

Agama & Hegemoni Negara

nada atheistic, sebuah negasi (negation) kepada tuhan, namun di hujungnya, kalimah ini bersambung dengan ithbat (pengukuhan) “illallah”, yakni hanya ada sa Tuhan sahaja yang wajah kaum beriman (Muslim) menundukkan diri…,’ ‘…Tuhan menurut kaum beriman (Muslim) bukanlah sesuatu yang tampak (unseen), dan dalam doktrin Sifat 20, ‘Mukhalafatuhu lil hawadith’ (tidak sama dengan sesuatu yang baharu) yang ditarik dictum ini dari penyataan Qur’an, ‘laisa kamithlihi syai’i’ bahawa Tuhan (Allah) itu tidak sama dengan apa-apa pun. Penyembahan kepada Tuhan dalam konsep Islam bila dibelek, bila ditelek berkali-kali dengan cermat, bukankah konsep Tuhan dalam Islam adalah seperti mana-mana ideology yang diikuti manusia-manusia modern hari ini? Tuhan ini tidak berupa, tidak berbentuk, tidak beranak, tidak diperanakkan, tidak berkahwin, tidak dua, tiga, empat dan seterusnya, dan seterusnya…,’ ‘…kalangan materialist terlalu meremehkan hal metaphysic dan ritual-ritual keagamaan tanpa mahu bertenang sebentar, relax, menarik nafas dalam-dalam, dan merenung satu persatu kegiatan keagamaan tanpa menciplak bulat-bulat pandangan materialist klasik yang mempunyai masalah dengan agama. Agama tanpa penghayatan falsafah / hikmah, akan terasa kekosongan – kebekuan – kematian dalam beragama. Sedangkan agama bukan untuk jiwa-jiwa yang mati. Agama untuk mereka yang hidup, dan agama ada untuk menghidupkan! seperti mana-mana ideology, agama juga mempunyai fungsi, tetapi sekali lagi, tergantung kepada siapa yang menjadi tukang tafsirnya…,’ ‘…Islam mempunyai ciri-ciri Republic yang ketara, equality, solidarity dll lagi, yang kau boleh cari sendiri. Solat, tiada siapa pun yang terlepas dari melakukannya. Anak menteri, anak YB, anak Nik Azizi, anak Sultan, rakyat biasa, semua diwajibkan tanpa



Agama dan Pembebasan 243

kecuali, lelaki, perempuan, semua diwajibkan, pada saf (barisan) nya, semua berlaga bahu, semua berlaga tumit, dan tumit seorang mat rempit dan VIP mesti sama kedudukannya. Semuanya sama di hadapan Tuhan (ideologi) tadi. Isyarat yang jelas dihentam dalam falsafah solat, adalah pengkastaan. Kau tidak lebih dari aku. Kau dan aku sama sahaja di hadapan Tuhan (ideologi). Semua kena rukuk dan sujud menghadap Dia (Allah / ideologi), pada kiblat yang sama. Tiada siapa pun yang lebih walau seinci pun. Dan sesiapa yang layak, boleh menjadi imam (ketua), sementara jika imam berbuat silap, boleh ditukar, dan kau harus tahu, azan dilaungkan pertama kali oleh anak kulit hitam bernama Bilal, ketika racist / apartheid tengah berlagu…,’ ‘…puasa adalah saatnya kau merasa lapar sepertimana kaum gelandangan, kaum miskin kota, kaum buruh yang membanting tulang memerah peluh dan dipijak-pijak di kilang seperti binatang, dan perintah ini tanpa kecuali, semua wajib melakukan waima dia anak Sultan sekalipun ! dan kau dikehendaki membayar denda (kifarah) sekiranya kau membuka puasa dengan sengaja, sekali lagi, tanpa kecuali…,’ ‘…zakat berasal dari perkataan ‘zakiy’ membawa maksud, bersih, membersihkan, menyucikan, ianya tidak boleh difahami sematamata, mengeluarkan zakat semata-mata (membayar) tetapi tugas terpentingnya, adalah mengagih-agihkan! sekali lagi, pemahaman zakat secara rigid menyebabkan inti pembebasannya tidak akan sampai. Segala yang tertindas, atau memerlukan, sama ada dari bangsa yang beriman, atau tidak beriman (atheist), perlu dibantu, inilah falsafah zakat yang sebenarnya, selain keperluan sedekah (charity) yang diulang berkali-kali di dalam Qur’an…,’ ‘…dan pada musim haji, sepertimana yang disaksikan sendiri oleh Malcolm X dan Ali Syari’ati, ini adalah pesta atau hari raya kemenangan kaum beriman yang melawan segala faham superior,

244

Agama & Hegemoni Negara

pengorbanan Ibrahim terhadap Tuhan (Allah / ideologi) yang dibalas dengan ganjaran / peringatan umat kemudian…,’ ‘…ideologi ini dalam manifesto suci, mengisytiharkan perang terhadap riba (usury). Dan ketika itu colonialism belum wujud secara besar-besaran, syarikat-syarikat multinational belum memulakan penjajahan neo liberalism mereka, maka apakah isi kandungan manifesto itu sudah lapuk dan wajar dihempuk ke muka bumi? mereka-mereka yang rigid ini menjadi barua kepada Amerika, mereka jadi bingung dengan the so called ‘jahiliyah’. Perempuan dilarang memandu, sementara Amerika adalah Tuhan baru kepada mereka. pemahaman tentang riba yang rigid menyebabkan mereka tak mampu bergerak dengan semangat zaman (zeitgeist), sedangkan sekiranya pendahulu mereka menyebutkan tentang neo liberalism atau Amerika, pastilah Abu Jahal akan tercengang-cengang. Riba perlu difahami dengan konteks bukan semata-mata terperangkap dalam teks. Riba pada hari ini adalah exploitative. Penghisapan terhadap surplus value, di mana kaum miskin tetap miskin, dan kaum kaya tetap kaya, kaum buruh bekerja serajin mana pun, tetaplah kaum kaya tetap kaya, dan pemahaman yang rigid sentiasa memerangkap…,’ ‘…tiada mana-mana yang boleh mendakwa ideologi mereka lebih unggul daripada yang lain, melainkan mereka percaya kepada absolute truth. Segalanya boleh dipertandingkan. Yang percaya kepada matter, yang percaya kepada metaphysic, sama-sama mempunyai dalil masing-masing. Semua mempunyai masalah masing-masing. Kiri dan kanan bukan semata-mata, pada ideology bumi, tetapi pada siapa pemihakan tersebut? Kepada penguasa yang exploitative atau kepada yang dikuasai yang dieksploitasi? jalan untuk perubahan, adalah terpulang. Sama ada jalan raya atau pilihan raya, kaum yang percaya pada metaphysic boleh pergi ke jalan raya, yang percaya kepada matter boleh



Agama dan Pembebasan 245

masuk pilihan raya, ianya bukan sesuatu yang rigid, mereka yang mengatakan kaum metaphysic adalah pacifist mereka terlupa atau tidak membaca sejarah, bahawa betapa ketika kaum colonialist (yang percaya kepada matter) menjarah dunia ketiga, selain kaum communist (yang percaya kepada matter) yang turut melawan kaum colonialist adalah tarekat-tarekat (yang percaya kepada metaphysic)…,’ ‘…yang beriman kepada Tuhan dan hari pembalasan boleh terlibat menjadi apparatchik pemerintahan yang menindas, yang percaya kepada matter juga boleh menindas, yang paling pentingnya, bagaimana ideologi / teologi kau mahu berfungsi kepada umat manusia yang teraniaya di muka bumi…,’ ‘dan manusia itu senantiasalah bertelingkah tentang istilah; matahari kah, syams kah, atau sun kah?’

246

Agama & Hegemoni Negara

Memahami Agama (Islam) Cara Asghar ‘generalisasi itu semberono, klasifikasi itu cermat’ (Anticonformity)

Dictum Marx tentang agama ‘(sigh of the oppressed, lenguhan kaum tertindas) (heart of the heartless would, hati dari manusia robot) (spirit of a spiritless situation, jiwa dari keadaan yang kosong)’ Tidak boleh dikatakan tepat sepenuhnya. Tanpa mengeluarkan dalil bahawa agama itu ada pandangannya bersifat revolusioner pun, dictum Marx tentang agama tidak sepenuhnya tepat. Agama yang reaksioner pun, semestinya bercanggahan dengan agama yang pacifist. IS, Al-Qaeda, dan seluruh ‘revivalist agama (apa saja agama)’ pastinya bukan agama yang pacifist,29 sebaliknya reaksioner – mungkin juga kita tidak boleh salahkan Marx sepenuhnya, kerana Marx telah mati sebelum Osama lahir. Ataupun jika mahu diambil dari Dawkins pula, bahawa agama

Mehdi Hasan (UpFront) ketika berdebat di Oxford Union mengatakan bahawa Islam bukanlah sebuah ajaran yang pacifist, sebaliknya membenarkan mengangkat senjata pada ketikanya.

29

246



Agama dan Pembebasan 247

adalah ‘root of all evil’, bagaimana seorang Dawkins mahu menilai Rumi, sampai dikatakan syair-syair Rumi yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris telah menjadi buku yang paling laris di Barat, khususnya Amerika Syarikat. Adakah Rumi juga termasuk dalam ‘root of all evil’? Asghar Ali adalah merupakan seorang pemikir penting bagi teologi pembebasan (Islam), dia seorang yang mempelajari Das Capital Marx tanpa mengabaikan studi al-Qur’an. Dilahirkan dalam keluarga Syi’ah Isma’iliah Dawoodi Bohra.30 Menariknya tentang beliau, sekiranya ramai orang mengatakan bahawa Syi’ah semuanya satu fesyen sahaja, seorang Asghar seperti Syari’ati memberitahu bahawa sebenarnya ‘generalisasi itu bodoh’. Seperti yang dikatakan di hujung sebuah tulisannya, ‘…menurut pendapat saya, sulit untuk membuat kategorisasi yang rigid secara tepat. Tidak ada sejarah manusia yang dapat dikategorikan secara sangat ketat…,’ Dia sendiri mengkritik Khomeini (juga Syi’ah, tetapi bermazhab Imamiyah) dengan dakwanya sebagai seorang yang konservatif dan fundamentalist. Bagaimanapun, Asghar seorang sarjana yang hidup pada era hari-hari rusuhan Hindu-Muslim sangat cermat dan berhati-hati. Ketika dia mengelompokkan Khomeini sebagai seorang ulama’ abad pertengahan yang bercakap dengan radical religious rhetoric (Zeolotisme), dia membezakan antara jenis konservatif Khomeini dengan konservatif Arab Saudi. Konservatif Khomeini menentang status quo, menentang imperialism Amerika, menentang monarki, berbeza dengan

Asghar Ali Engineer, 2004, Islam Masa Kini, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, hal. vii.

30

248

Agama & Hegemoni Negara

konservatif Arab Saudi juga Pakistan yang masih berkiblatkan Amerika. Jika dikatakan Asghar memuji pendekatan Khomeini kerana Khomeini juga Syi’ah, Asghar juga mengangkat pendekatan Kolonel Muammar Ghadaffi yang menurut Asghar sangat progresif dibandingkan dengan pendekatan Islam Arab Saudi. Kata kunci di sini, pemahaman agama Asghar adalah sekular seperti Organisasi Sekular Religius yang didirikannya, dalam erti kata lain, pemahaman agama Asghar memihak tetapi menolak bias. Rujukan silang yang dilakukannya juga sangat canggih. Dia berani merujuk kepada Ibn Taimiyah (ikon Salafi yang paling dibenci) mengangkat sekte-sekte yang dianggap ‘bidaah dholalah’ dalam tradisi Syi’ah seperti Khawarij (dalam sebuah tulisan lain, dia menganggap bahawa Khawarij adalah proletariat Badwi). Pendekatan sekular (maksud di sini, objektif, sudut-sudut lain selain ilahiah) adalah sangat penting untuk dianalisa untuk memahami sesebuah agama itu sebagai sebuah ajaran yang real. Ianya lebih bermanfaat daripada sekadar mengatakan agama sebagai candu, atau agama turun dari langit. Menurut Asghar, bagi gerakan pembebasan (menunjukkan dia sendiri sedang memihak), mengetahui keadaan sosial, politik, agama, budaya dan ekonomi yang sedang berlangsung sangatlah penting (menunjukkan betapa dia tak mahu gerakan pembebasan bersifat hanya semangat, superficial tetapi caca merba dari segi isi). Dalam esei ‘Muhammad Sang Pembebas’,31 Asghar memperihalkan hal yang tidak digembar-gemburkan dalam pembacaan Sirah/Sejarah Nabi saw. Asghar mengisahkan bahawa

Asghar Ali Engineer, 2009, Islam dan Teologi Pembebasan, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, hal. 41.

31



Agama dan Pembebasan 249

masyarakat Mekah pada waktu itu adalah masyarakat yang buta huruf. Seorang sejarawan terkenal, Tabari mengatakan hanya ada 17 orang sahaja yang celik huruf. Menurut Asghar, masyarakat Arab menganggap belajar baca-tulis itu hanya menghabiskan waktu dan bahkan buta huruf merupakan suatu kebanggaan.32 Zaman sebelum datangnya Islam disebut zaman jahiliah. Buta huruf itu tidak menjadi persoalan bagi sebahagian besar masyarakat. Pandangan sosial mereka sangat sempit. Kenyataan menunjukkan bahawa mereka sangat sulit memahami orang lain di luar sukunya. Tata aturan hidup mereka terbatas pada adat kesukuan yang tidak tertulis. Tidak ada hukum tertulis. Mereka sangat membangga-banggakan nenek moyang mereka. Walaupun wanita pada masa itu tidak diwajibkan memakai niqab (seperti yang dipakai pada muslimah moden sekarang) tetapi posisi wanita tidaklah dihargai. Mereka harus hidup dengan seorang suami yang mempunyai lebih dari dua belas isteri. Wanita dianggap sebagai beban hidup dan Qur’an menyinggung betapa parahnya bangsa ini dalam memperlecehkan kaum wanita (‘Bila bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanyai kerana dosa apa dia dibunuh’) Di Mekah, tiada polemik agama samawi, Kristian atau Yahudi yang mendominasi, sebaliknya pertentangan adalah antara agama monotheistic (Tauhid) yang baru dengan agama polytheistic (Syirik) yang lama, ternyata agama baru ini berbeza dengan agama samawi yang sudah beredar di kalangan Arab, tetapi tidak mampu menggegar arasy Ka’bah. Muhammad laksana datuknya, Ibrahim yang mengkapak berhala menakutkan penuhan-penuhan 360 berhala. Ibid, hal. 42.

32

250

Agama & Hegemoni Negara

Islam, menurut Asghar bukan lahir dalam era primitive sebaliknya lahir di kala Mekah sebagai pusat perdagangan (merkantilis). Mekah pada waktu itu perlu difahami sebagai pusat perdagangan dan perbelanjaan internasional yang besar. Antara yang menjadi dagangan terbesar selain Mekah sebagai ‘tempat perlancongan ibadat’ (Haji), adalah penjualan patung-patung berhala dan hamba. Nabi saw ketika itu berhadapan dengan para saudagar yang berpengaruh yang berasal dari suku Quraisy dan suku-suku lainnya yang lebih kecil. Monopoli perdagangan di satu sisi dan penumpukan kekayaan di sisi lain menimbulkan ketegangan sosial di antara masyarakat Mekah, dan Nabi sangat terusik dengan ketegangan sosial ini. Nabi saw sangat mengecam penumpukan kekayaan dan praktik-praktik yang tidak jujur, baginda saw sangat mendukung dan mendorong perdagangan dan perbelanjaan yang jujur. Dalam salah satu hadithnya disebutkan bahawa pedagang-pedagang yang jujur akan dibangkitkan pada hari pembalasan bersama-sama dengan para nabi dan mujahid. Al-Qur’an sangat mencela kecurangan-kecurangan dalam menimbang dan tukar-menukar barang. Al-Qur’an mengatakan, ‘Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan baik (mampu) dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan’. Dan Syu’aib berkata, ‘Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu berbuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.’33 Menurut Asghar, perdagangan dan perbelanjaan yang wajar dan keuntungan yang diperoleh dengan cara yang adil betul-betul diajarkan oleh Islam. Sahabat-sahabat Nabi saw yang terdekat Al-Qur’an, 11: 84-85.

33



Agama dan Pembebasan 251

dan terkasih merupakan para pengusaha yang sangat berhasil. Nabi saw sendiri pernah menjadi seorang pedagang yang jujur, hingga sampai ke Syria dan perbatasan kerajaan Byzantium ketika menghantar barang-barang. Dengan demikian boleh dikatakan bahawa agama Islam waktu itu merupakan agamanya kaum borjuah merkantilis Mekah dan Madinah.34 Islam muncul sebagai sebuah kekuatan yang besar dalam masyarakat yang berada di bawah kepemimpinan kaum borjuah. Tetapi setelah meninggalnya Nabi saw, para khalifah melakukan ekspedisi military (penaklukan/futuhah) secara besar-besaran dan menaklukkan dua kerajaan yang besar, iaitu Rom dan Parsi. Penaklukan terhadap dua kerajaan besar ini mempunyai pengaruh yang luas bagi masyarakat Islam dan perkembangan institusiinstitusi sosio-religiousnya.35 Gaya hidup khalifah-khalifah Umaiyah dan Abbasiyah (hampir keseluruhannya) berbeza jauh dari yang ditunjukkan empat khalifah awal (Khulafa ar Rasyidin) yang begitu meneladani kehidupan Nabi saw. Mereka hidup dalam kemewahan yang keterlaluan tanpa mengendahkan ajaran-ajaran Al-Qur’an. Israf atau pembaziran telah menjadi kebiasaan mereka dan menjadi raison d’etre kehidupannya. Ini sangat berlawanan dengan ajaranajaran Al-Qur’an.36 Masa awal perkembangan Islam, yakni selama pemerintahan empat khalifah pertama, umat Islam disibukkan dengan

Asghar Ali Engineer, 2009, Islam dan Teologi Pembebasan, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, hal. 122. 35 Ibid, hal. 124. 36 Asghar Ali Engineer, 2009, Islam dan Teologi Pembebasan, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, hal. 125. 34

252

Agama & Hegemoni Negara

perjuangan untuk mempertahankan Islam dan juga menyebar luaskannya ke jazirah Arab. Selama masa tersebut, kajian, perdebatan dan pertanyaan-pertanyaan yang tajam tentang falsafah tidak pernah wujud, menurut Asghar. Manusia dalam bekerja merasa yakin dapat meraih tujuan hidup dan menggapai masa depannya; manusia memahami dirinya bukan sebagai orang yang tidak berdaya dan ditentukan oleh pihak luar dirinya. Kehendak Allah dimengerti sebagai puncak inspirasinya, kediriannya (innate) dan kedalamannya (interiorized). Tema-tema ketidakberdayaan manusia, determination dan ketergantungan manusia hanya muncul ketika manusia dimanjakan oleh kekuasaan yang mapan, yang menguatkan status quo.37 Teologi Islam mulai berkubang dengan masalah kehendak bebas VS ketundukan pada takdir (pre determination) dimulai setelah munculnya pemerintahan Umaiyah yang kuat dan mapan yang dipegang oleh Muawiyah, musuh khalifah Ali. Muawiyah dan macai-macainya menetapkan dan memperkukuh aturan yang bersifat dinastik yang sangat mengendurkan semangat Islam, yakni semangat berdemokrasi (syura). Orang-orang yang berseberangan dengan dinasti Umaiyah, yakni kaum Syi’ah (pengikut Ali) dibunuh dengan cara-cara di luar batas kemanusiaan. Jihad yang falsafahnya adalah untuk memerangi kaum mustakbirin (liar dan angkuh/sombong dan takbur/aba was takbara) untuk membebaskan kaum yang tertindas dan lemah (mengapa kamu tidak berperang di jalan Allah dan membela orang yang tertindas, laki-laki dan perempuan, dan anak-anak yang berkata, ‘Tuhan kami! Keluarkan kami dari kota ini, yang penduduknya berbuat zalim. Berilah kami perlindungan dan pertolongan darimu.’ 4; 75) Ibid, hal. 15.

37



Agama dan Pembebasan 253

namun pada saat bejat itu, jihad dikumandangkan untuk melawan musuh-musuh Umaiyah dan untuk menguatkan kekuasaan Umaiyah. Rujukan: Islam dan Teologi Pembebasan (Asghar Ali Engineer) terbitan Pustaka Pelajar Islam Masa Kini (Asghar Ali Engineer) terbitan Pustaka Pelajar

254

Agama & Hegemoni Negara

Kiri Islam (Hassan Hanafi): Suatu Pengenalan Sebelum kita membahaskan lebih lanjut akan pengenalan kepada gagasan ‘Kiri Islam’ gagasan Dr. Hassan Hanafi ini, elok kiranya kita membahaskan definisi, apa itu ‘Kiri’, terlebih dahulu. Sebenarnya, istilah ini masih belum clear sehingga ke hari ini. Istilah ini masih diperdebatkan kerana definisinya bukan mudah untuk dilekatkan kepada mana-mana pihak. Sesuatu pihak itu boleh jadi bermula dengan gagasan kekirian, tetapi akhirnya apabila memerintah, menjadi sebuah rejim yang despotic menekan, apakah ia masih Kiri? Dan yang tertindas tak semestinya pro kepada gagasan Kiri, kebanyakan yang pro kepada gagasan Kanan juga kadangkala ditindas dalam rejim yang fundamentalist, jadi istilah ini tidak begitu fix, seperti adakah istilah ini merujuk kepada gagasan? Kepada sosok? Kepada kumpulan? Kepada parti? Kepada negara? Dan dalam makalah ringan ini, akan cuba menjelaskan secara ringkas, betapa banyaknya jenis-jenis Kiri yang wujud. Dalam politic, term Kiri biasanya mengacu kepada kelompok yang biasanya dihubungkan dengan aliran socialist. Dan 254



Agama dan Pembebasan 255

lawan kepada Kiri, adalah Kanan, yang mewakili status quo, fundamentalist agama, kemapanan, establishment, feudal borjuah dan musuh paling tradisi, iaitu kapitalis. Dan kapitalis tak pernah sekali-kali boleh dianggap sebagai Kiri. Boleh dikatakan, secara kasarnya, yang Kiri, pastilah bukan kapitalis. Komunisme atau Marxism seringkali dianggap sebagai bentuk yang paling radical dari politik sayap Kiri. Tetapi sebaik sahaja menjadi rejim, seperti di Soviet Union Rusia, di China, di Korea Utara, tidak sedikit golongan Kiri yang lain seperti dari Frankfurt School, dan seperti Anarkisme yang kritis terhadap rejim-rejim yang dikatakan Kiri ini. Bahkan Emma Goldman, seorang tokoh feminist anarkis terkenal pernah mengatakan, bahawa tiada wujud sosialisme di Soviet Union. Dikukuhkan lagi dengan kenyataan Mikhail Bakunin, seorang tokoh anarkis bahawa sosialisme tanpa freedom (kebebasan) adalah perhambaan. Dan ini kita boleh melihat sendiri rejim-rejim yang dikatakan Kiri, yang diuruskan oleh Stalin, Mao dan Kim Jong. Istilah Kiri ini asalnya dari pengaturan tempat duduk legislatif pada masa Revolusi Perancis. Saat itu, kaum republic yang menentang rejim biasanya disebut sebagai kelompok Kiri, kerana mereka duduk di sisi kiri dari dewan legislatif. Tetapi bagaimanapun, sepertimana semangat dialectica, bahawasanya semuanya berkembang, dan berevolusi, acuan itu kini sudah tidak berlaku, dan kerana itu makna istilahnya pun telah berubah, sesuai dengan spektrum gagasan dan sikap yang ditunjukkan. Pada hari ini, istilah Kiri lebih selalu diasosiasikan dengan Sosialisme. Sebelum Karl Marx (Bapa Komunis) lagi, Francois Babeuf, Filippo Buonarrotti, Louis Auguste Blanqui, Comte de Saint

256

Agama & Hegemoni Negara

Simon, Charles Fourier, dan Robert Owen, antara pendiri-pendiri (founding fathers) gerakan sosialis yang awal, yang pada hari kemudian, dikatakan Marx sebagai sosialisme utopis, dan Marx memunculkan gagasan sosialisnya yang menurutnya lebih unggul, iaitu sama ada dipanggil oleh pengikut-pengikutnya sebagai Marxism, atau dalam bahasa lain, Sosialisme Saintifik / Sosialisme Ilmiah / Scientific Marxism / Scientific Socialism. Pada sisi yang berlainan, di antara model gerakan Sosialisme, ada juga yang berkembang menjadi lebih revolusioner dari idea Marx sendiri, seperti idea dari Pierre Joseph Proudhon, tentang Sindikalisme, Mikhail Bakunin dan Peter Kropotkin tentang Anarkisme. Mereka tidak bersetuju dengan kaum Marxist yang menggunakan parti Sosialis sebagai sarana kerana mereka tidak mengakui politik parlimen. Bagi mereka, menyebarkan idea pemogokan secara besar-besaran di kalangan pekerja dan sabotaj seperti membanyakkan ponteng kerja, merosakkan alat-alat jentera adalah menjadi alat yang paling efektif untuk mencapai tujuan Sosialisme. Mereka berpegang pada usaha pembebasan para pekerja dengan istilah ‘direct action’. Dengan cara ini, menurut mereka, roda ekonomi akan berhenti dan akhirnya sistem ekonomi kapitalis akan hancur. Perbezaan dengan kaum Marxist, adalah terletak pada penolakan mereka terhadap idealisasi tercapainya sebuah Negara Sosialis yang terpusat. Kaum Marxist pula lebih mempercayai revolusi sosial. Kaum Marxist pula menyatakan bahawa hukum revolusi sosial sudah cukup untuk menghancurkan sistem yang ada sekaligus menggantikannya dengan sistem yang lain yang didirikan atas dasar sosialisme.



Agama dan Pembebasan 257

Kalau Kiri itu hanya ketat pada versi ‘Euro Centric’, mari kita lihat di tempat-tempat lain pula, seperti di Iran, kita mempunyai Tudeh Party, MKO (Mujahidin Khalq) dan Fedayen Khalq yang baunya sangat kuat dengan Islam, di Mesir, Gamal Abdul Nasser antara yang pertama cuba melekatkan sosialisme dengan Arab – Islam, kemudian muncul pihak yang berseberangan dengan idealism Nasser, seperti Musthafa as – Siba’i, yang mencabar tesis Nasser, dengan menulis karyanya Isytirakiyat al–Islam (Socialism Islam), tetapi as – Siba’i menolak keras Komunis. Tolak Negara-negara Arab (kita ada Baath Party juga) – Parsi, kita masih ada negara dunia ketiga lain seperti di Indonesia, yang mana Presiden Republik pertama negara itu, Sukarno, mencairkan Komunis dengan Nasionalis dan Agama, menjadi gagasan NASAKOM. Mungkin ada sesiapa yang menganggap dirinya Kiri yang paling tulen, tidak berapa selesa, apabila ada sejarawan tempatan, mengatakan bahawa nasionalisme ketika menentang kuasa kolonial dan imperial suatu masa dahulu, adalah juga sebahagian daripada Kiri. Tetapi itulah hakikat sebenarnya. Sebelum kita menyentuh tentang PKM, PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya, adalah sebuah front nasional yang terkenal, melawan kuasa imperial – kolonial. Kita boleh melihat kajian yang dilakukan oleh sosiologis tempatan seperti Rustam Sani (yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Saudara Amin Ahmad) dan Mohamed Salleh Lamry. Dan pemimpin-pemimpin yang dikatakan nasionalis Kiri itu, tidak semestinya merujuk kepada PKM (Parti Komunis Malaya) sebaliknya selalu dirujuk kepada Ahmad Boestamam (Bapa Rustam Sani), Ishak Haji Muhammad dan Burhanuddin

258

Agama & Hegemoni Negara

Al–Helmy. Menarik tentang Burhanuddin, beliau bukan sahaja dianggap sebagai seorang nasionalis yang Kiri, tetapi juga menjadi Presiden PAS yang pertama (sebuah gerakan Islam moden, yang so fundamentalist pada hari ini) dan bukan seorang yang Komunis, bahkan dikatakan beliau pernah berdebate dengan Mokhtarudin Lasso, seorang pemimpin Komunis zaman dahulu. PKM pula sememangnya adalah sebuah parti komunis terkenal. Tetapi mereka kalah dan tidak memerintah, meskipun mereka melawan mati-matian, menggunakan cara gerila, dan berjaya membunuh Sir Henry Gurney, seorang Pesuruhjaya British yang membawa pendatang-pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri. PKM mungkin gagal, tetapi kebudayaan local Jawi–Islam masih dipertahankan di Perkampungan Sukhirin di Selatan Thailand. Abdullah CD sebagai contoh, dalam sebuah wawancara yang diterbitkan SIRD, mengatakan bahawa, semasa dia di Sekolah Inggeris, guru besarnya Mr. Lewis menjelaskan kepadanya tentang keburukan kapitalisme dan menganjurkan Abdullah CD supaya membaca buku-buku Marx dan belajar falsafah Marxist. Abdullah CD seterusnya mengatakan, dia tidak memandang Marxism itu sebagai ‘dogma’ atau pegangan ketat yang kaku dan tidak boleh berubah, sebaliknya, kata Abdullah CD, dia memadukannya sesuai dengan syarat dan keadaan di Malaya. Kata Abdullah CD lagi, dia dilahirkan sebagai seorang Islam, dan dibesarkan dengan didikan Islam. Di mana juga dia berada, katanya, pegangan ini tetap tidak berubah. Jadi, anda Kiri yang mana?



Agama dan Pembebasan 259

Sosialisme Islam: Eko Supriyadi Kiri Islam: Kazuo Shimogaki ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU, 1945 – 57: ABU TALIB AHMAD ISLAM, MELAYU, KOMUNIS: WAWANCARA DENGAN ABDULLAH CD, RASHID MAIDIN, ABU SAMAH. Zine Inqilab

260

Agama & Hegemoni Negara

‘Teologi Kiri Munir Mulkhan; Sebuah Pengenalan’ (BHG 1) (ini adalah ulasan buku bermazhab teologi pembebasan, berjudul Teologi Kiri Abdul Munir Mulkhan)

‘Agama sudah mati. Jika Nietzsche mengatakan Tuhan telah mati, aku mengatakan pula agama sudah mati, lebih fokus, khusus dan serius, Islam itu sendiri telah mati. Agama adalah tidak berguna, jika tidak mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia. Dan wahyu-wahyu adalah tidak berguna, jika manusia itu tidak wujud.’ Ini adalah inti kepada buku karangan DR Abdul Munir Mulkhan berjudul ‘Teologi Kiri: Landasan Gerakan Membela Kaum Mustadh’afin, yang diberikan pengantar kata oleh Kuntowijoyo, seorang sasterawan intelektual yang pernah menulis, ‘Muslim Tanpa Masjid’ dan ‘Radikalisasi Petani’. Bukan aku seorang yang mengatakan tentang kematian agama

260



Agama dan Pembebasan 261

ini, Mulkhan menyebutkan bahawa tesis dari Fukuyama dan Huntington mengatakan bahawa di masa hadapan, agama akan bankrap, agama akan muflis apabila agama sudah tidak mampu memberikan apa-apa nilai guna, memberikan apakah faedahfaedah kepada penganutnya, selain membius penganutnya dengan dosa, dengan pahala, ancaman dari neraka dan balasan dari syurga, seperti agama tidak berguna untuk kehidupan di bumi. Sekarang, mari kita bertanya, apakah gunanya agama kepada umat manusia, jika yang miskin makin miskin, yang kaya makin kaya, yang derita bertambah menderita, yang zalim makin zalim? Okey, di luar cover buku terbitan Kreasi Wacana ini, menerbitkan sejumlah perenggan yang menggoda orang miskin sepertiku untuk membaca, ‘Dalam memahami agama, kaum tertindas sesungguhnya tidak terlalu memerlukan tafsir agama yang baru. Namun yang lebih ditunggu oleh mereka adalah kehadiran agama yang mampu memecahkan persoalan kemanusiaan secara objektif. Kerana itu perbincangan teologi dalam buku ini bukan untuk merumuskan sebuah konsep teologi. Namun memahamkan bahawa perbincangan teologi harus sampai pada kenyataan bahawa berbagai permasalahan kemanusiaan harus diatasi oleh mereka yang mengaku ber – Tuhan. ‘kesalehan adalah kepedulian atas kemanusiaan dan pembelaan kepada kaum tertindas. Bagi teologi kiri, pembelaan kaum tertindas (buruh, pekerja kilang, pekerja imigran, ibu tunggal, gelandangan, petani, nelayan, penoreh, penganggur, orang miskin, orang asal dll) adalah tugas suci agama sebagai realisasi misi utama Islam dalam kehidupan sosial. Dan untuk itu Munir Mulkhan, menekankan betapa pentingnya membawa ritual keagamaan menjadi aksi kemanusiaan. Lebih jauh lagi buku ini mengubah

262

Agama & Hegemoni Negara

persepsi bahawa membela kaum buruh, orang miskin, mereka yang tertindas dan diperlakukan tidak adil adalah merupakan ibadah dan amal saleh yang sama pentingnya dengan pergi haji dan puasa. Iman dan ketakwaan seseorang adalah tidak hanya dilihat dari pemenuhan rukun iman dan rukun Islam, melainkan juga pemihakan praktis pada kepentingan kaum mustadh’afin.’

Malangnya apabila anda baca buku ini dari muka surat ke muka surat, anda akan kecewa seperti aku kerana hampir 60% dalam buku ini menyentuh tentang politik Indonesia yang tidak penting untuk kita di Malaysia. Akan tetapi 40% lagi adalah sangat berguna sama sekali menyebabkan aku berani mengatakan 40% inilah tesis yang sepatutnya didengung-dengungkan untuk kepentingan bersama, terutama rantau kita yang tidak habis-habis mahu berkiblatkan Barat atau Timur Tengah, seolah-olah otak kita ini tidak cukup baik untuk memikirkan sendiri. Hadi Purwanto dalam sekapur sirih buku ini menulis, ‘begitu banyak orang berusaha menafsirkan dunia lewat pemahaman akan ‘kehendak Tuhan’, padahal sesungguhnya yang diperlukan adalah bagaimana merubah dunia ini sehingga mampu memberi kesejahteraan kepada umat manusia.’ Perlu diingat, bahawa Marx juga pernah menuturkan hal yang serupa, ‘The philosophers have only interpreted the world, in various ways: the point, however, is to change it.’

Tulis Purwanto lagi, ‘beratus ribu orang ingin mencapai tahap ma’rifah dengan belajar memahami Tuhan sebagaimana Tuhan memahami diri–Nya. Kemudian mereka berusaha memahami eksistensinya sendiri atas dasar persepsinya tentang Tuhan dan segala kehendaknya. Apakah yang mereka telah menghasilkan?



Agama dan Pembebasan 263

Tanya Purwanto. Kata Purwanto, ‘agama ada untuk manusia bukan untuk kepentingan Tuhan’ justeru itu teologi seharusnya tidak melulu membicarakan Tuhan tanpa menghiraukan persoalan objektif manusia.’ Teologi kiri dalam konteks ini adalah teori ketuhanan yang berorientasikan kemanusiaan. Dengan pemaknaan teologi seperti ini maka pembicaraan konseptual agama senantiasa berkaitan dengan persoalan real hidup manusia. Teologi yang lebih banyak membicarakan Tuhan harus dilanjutkan dan dihubungkan dengan persoalan kemanusiaan. Kita diingatkan pesan Nabi saw, ‘tafakkaruu fi khalqillah walaa tafakkaruu fi dzaatillah’ yang bermakna, ‘berfikirlah tentang makhluk Allah, jangan fikirkan tentang zat Allah.

Karya Teologi Kiri Munir Mulkhan ini, kita diajak untuk mengembalikan persepsi tentang Tuhan itu sebagai wilayah pengembaraan luas dari masing-masing orang yang ‘tahu diri’ / ‘kenal diri’. Biarlah tiap-tiap manusia itu memahami Tuhan ‘Sebagaimana persangkaan hamba-hambaNya berangkat dari segala yang dimiliknya. ‘praktik keagamaan tidaklah selalu neutral, cara beragama kita ketika kita berkuasa adalah akan sangat berbeza dengan pada saat kita sedang ditindas oleh penguasa. Hal ini akan berimplikasi pada bagaimana cara kita memandang agama dan menafsirkan ajarannya. Mengapakah agama di tangan para Nabi bisa berkembang organic bersama masyarakat untuk memecahkan persoalan manusia pada zamannya, sedang kini tidak lagi? Padahal manusia sekarang juga melakukan ritual agama yang sama?

264

Agama & Hegemoni Negara

Di sisi yang lain masalah social moden saat ini lebih banyak dihasilkan oleh praktik dan logika kapitalisme, bukan kerana ketidaktaatan kepada Tuhan. Berbondong-bondong orang telah datang ke masjid untuk solat dan jutaan mereka pergi naik haji, tetapi apakah yang telah berlaku? Tiada apaapa yang telah berlaku, kerana ritual mereka adalah ritual tanpa makna, ritual yang tidak mampu menyebabkan mereka beraksi. ‘ketaatan pada Tuhan seharusnya berimplikasi kepada pemecahan masalah kemanusiaan. Agama sewajibnya mampu dijadikan praksis social untuk mengatasi masalah manusia. Teologi yang selama ini hanya berbincang-bincang sama ada Tuhan itu bersemayam di atas arasy, Tuhan itu di mana-mana harus dipatahkan, dan dikembalikan ke tempat asalnya agama itu, dengan kata lain, apakah fungsinya agama itu? Hanya berbicara hubungan individual manusia dengan Tuhan atau apa? Dan Purwanto menegaskan, teologi seharusnya dilanjutkan ke hubungan social manusia dengan Tuhan. Dari teologi individual ke teologi social, dan itu membawa erti paling radikal, paling militant, dan paling bermakna sama sekali, iaitu teologi harus mengembalikan ritual menjadi actual, menjadi aksi. Akhirnya dari Purwanto, ‘agenda di atas mungkin tugas ideology. Namun ideology yang pernah hidup dan mendominasi dunia moden mengabaikan nilai-nilai ketuhanan dan spiritual. Sedangkan teologi lama mengabaikan persoalan kemanusiaan. Buku Teologi Kiri ini ingin merangkul keduanya. Sehingga menjadi: Ideologi yang berketuhanan dan Teologi yang berkemanusiaan.’ Seterusnya Mulkhan menulis, pada bab satu akan dibahas mengenai maksud ‘Teologi Kiri’ yang sebenarnya telah pun



Agama dan Pembebasan 265

tercermin dalam judul, iaitu ‘landasan gerakan membela kaum mustadh’afin’ yang lebih popular di kalangan akademik dengan terma ‘kaum proletar’. Penggunaan kosa kata ‘mustadh’afin’ (kaum tertindas) bukan sekadar mencari pijakan teologi melainkan juga didasari argument intelektual mengenai perbezaan akar social kedua kosa kata tersebut. Mustadh’afin tidak selalu terkait dengan struktur masyarakat industry, walaupun ia muncul akibat pola produksi yang tidak adil.’ Disebabkan seperti yang disebutkan di atas tadi, bahawa hanya 40% sahaja yang berguna dalam kupas buku ini, maka disebutkan bab – bab yang menarik perhatian seperti Bab 1: JALAN BARU MENCARI TUHAN, kemudian pada Bab 4: TEOLOGI KIRI DALAM BINGKAI IDEOLOGI FUNGSIONAL, pada fasal ke-5, iaitu Teologi Tani Dan Buruh dan pada Bab 5 iaitu bab terakhir: TEOLOGI KIRI: DARI RITUS (ritual) KE AKSI (actual), mempunyai beberapa fasal yang menggugat seperti, 1. Dakwah Pemihakan Kaum Mustadh’afin, 2. Etika Kemanusiaan Dalam Ajaran Islam, 6. Dari Kiamat Menuju Kebangkitan, 7. Monopoli Makna Islam, 8. Syurga Untuk Semua, 10. Menjadikan Zakat Untuk Manusia, dan terakhir, 11. Menghadirkan Kembali Tuhan Yang Hidup. ‘Selama ini, istilah kiri dimaksudkan untuk memberi label bagi gerakan dan aktiviti yang gigih memperjuangkan nasib buruh dan kaum miskin yang cenderung menjadikan Marxisme sebagai rujukan paradigmatik. Tidak jarang labelisasi dengan istilah kiri ini dimaksudkan untuk meletakkan sebuah pemikiran dan aktiviti ke dalam kelompok yang anti Tuhan, dan atau komunis. Ironinya, aktiviti dan gerakan atau pemikiran sedemikian seringkali merupakan bentuk pemihakan dan pemberdayaan kaum tertindas, kaum miskin dan diperlakukan tidak adil. Mereka

266

Agama & Hegemoni Negara

itulah majority penduduk Indonesia (Negara Mulkhan) yang pada umumnya menyatakan memeluk Islam.’ ‘secara normative, pembebasan seseorang atau sekelompok orang dari derita kemiskinan dari kebodohan, dan ancaman ketertindasan, serta perlakuan tidak adil, adalah merupakan tujuan pokok pewahyuan ajaran Islam. Tidak peduli apakah si miskin, si bodoh, si tertindas itu memeluk Islam, memeluk agama atau kafir. Islam adalah berkepentingan untuk membebaskan mereka dari segala penderitaan hidupnya. Di sini pulalah sebenarnya terletak misi utama ajaran Islam, inti akhlak, dan tujuan utama dari berbagai ritual atau ibadah seperti zakat, fitrah, korban, sedekah lainnya.’ Dalam kataku sendiri, maka jika agama sudah tidak berupaya untuk membebaskan manusia dari beban kemiskinan yang telah membelenggunya semenjak sekian lama, terus menerus bertapa berteleku berdoa bertafakur di dalam masjid dengan berqasidahqasidah jiwang, sementara di luar dari masjid, dunia adalah seperti neraka, maka apakah gunanya lagi agama? Bukankah agama sudah mati? Aku hendak memberikan interpretasiku sendiri tentang buku ini, akan tetapi setiap kalimat dalam 40% buku ini adalah sangat penting untuk disampaikan. Maka aku akan menyambungkan lagi tulisan ini pada bahagian kedua tidak lama lagi dan begitulah agama yang aku tesiskan sudah mati. Jika agama tidak berupaya untuk membebaskan umat manusia, apakah gunanya lagi kita beragama? Jika ada orang beragama tidak mampu menyelesaikan masalah kemiskinan, kelaparan, kebuluran, penindasan, kekejaman, kezaliman, apakah perlu kita mengikutinya lagi? Sementara di hujung dunia lain, adanya kubur seorang lelaki, yang seumur hidupnya bermati-matian berusaha menuliskan



Agama dan Pembebasan 267

sebuah idea pembebasan, yang mana, ketika di mati, ideanya telah menjadi sebuah ‘motor’ yang menggerakkan umat manusia dari seluruh daerah tertindas untuk bangkit melawan pemeras, dan sampai sekarang, kita boleh melihat betapa sosok-sosok yang menganut ‘sosialisme’ sebagai satu cara hidup lebih zuhud berbanding kebanyakan ulama’-ulama’ yang tidak berguna itu, yang tidak mewarisi ‘sunnah kezuhudan’ Nabi saw. Tulis Mulkhan lanjut, ‘Islam bagi Teologi Kiri bukanlah ajaran Tuhan tentang bagaimana umat manusia ‘memanjakan’ atau ‘mengurusi’ Tuhan melalui berbagai ritual yang suci, melainkan sebuah ajaran tentang tugas manusia mengurusi dunia dan diri manusia itu sendiri. Teologi Kiri mencuba melakukan kritik dengan aksi terhadap praktik ibadah dan ritual di kalangan pemeluk Islam yang cenderung lebih sibuk ‘mengurusi’ Tuhan dan mengabaikan urusan kemanusiaan.’ Kegampangan ini berterusan sampai, kata Mulkhan ‘seluruh ibadah social seperti zakat, fitrah, korban dan sedekah dilakukan untuk memperoleh pahala dari Tuhan dengan memberikan sejemput makanan atau daging kepada manusia-manusia miskin. Seluruh bentuk ritual ini selalu dinyatakan dilakukan atas nama dan demi Tuhan, dan kerana itu tidak peduli apakah ritual sedemikian secara fungsional memang membebaskan seseorang atau sekelompok orang dari kemiskinan, kebodohan, ketertindasan dan perlakuan tidak adil.’ Sampai bilakah kita harus memberikan zakat? Apakah kita tidak meneliti falsafah yang terkandung di sebalik zakat? Sampai bilakah orang miskin itu harus menagih zakat daripada orang kaya? Dan seperti biasa, agamawan-agamawan akan bertugas membius minda kita dengan mengatakan, ‘kemiskinan’ tetap akan ada sampai bila-bila.

268

Agama & Hegemoni Negara

Dan ulama’ seperti itu terus mabuk dengan kegilaannya pada dunia. Kritik Mulkhan lagi seterusnya kepada Ahl Sunnah wal Jamaah, sebuah aliran establishment Muslim paling poyo di planet bumi ketika ini, ‘Dalam hubungan begitulah, teologi atau yang lebih dikenal sebagai ilmu tauhid, yang disusun 1000 tahun lalu, adalah teologi yang sudah usang yang tidak lagi sesuai dengan segala persoalan yang dihadapi umat manusia dan pemeluk Islam. Teologi Sunni atau Ahl Sunnah wal Jamaah adalah teologi usang yang tidak mendorong kerja kreatif, tetapi selalu menunggu kehadiran Tuhan dalam setiap kali manusia menghadapi persoalan. Inilah makna praksis dari kritik Karl Marx tentang agama sebagai racun, dan kritik Nietzche tentang kematian Tuhan, kerana agama sebagaimana tafsir dan praktik ritual pemeluknya, sudah tidak berguna bagi kehidupan umat manusia.’ TAMAT BAHAGIAN 1

Agama dan Pembebasan 269



‘Teologi Kiri Munir Mulkhan; Sebuah Pengenalan’ (BHG 2) (ini adalah ulasan buku bermazhab teologi pembebasan, berjudul Teologi Kiri Abdul Munir Mulkhan)

‘Tuhan, murkakah Engkau bila aku berbicara denganmu, dengan hati dan otak yang bebas, hati dan otak yang Engkau sendiri telah berikan padaku dengan kemampuan-kemampuan untuk bebasnya sekali? Tuhan, murkakah kau bila otak dengan kemampuankemampuannya mengenalnya yang engkau berikan itu dan aku menggunakannya sepenuh-penuhnya kemampuan itu?’38

38

Ahmad Wahib, 2007, Pergolakan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: MEGC, hal. 15.

269

270

Agama & Hegemoni Negara

Ahmad Wahib, 9 Jun 1969 Poin paling utama selepas berlepas diri dari pemikiran absolutism alias holier than thou, di dalam karya Teologi Kiri garapan sarjana Dr. Abdul Munir Mulkhan, seperti yang ditulis Hadi Purwanto, ialah, ‘untuk membangun teologi sosial kita memerlukan peralatan sosiologi…, Dan untuk mencapai cara kita memerlukan keduaduanya sekali, yakni ideologi sekaligus teologi, bukan ideologi yang mengabaikan nilai-nilai ketuhanan dan spiritual atau teologi yang mengabaikan persoalan kemanusiaan, sebaliknya merangkul kedua-duanya sekali, sehingga menjadi: ideologi yang berketuhanan dan teologi yang berkemanusiaan. Sama ada beragama atau tidak beragama bukanlah suatu perkara yang penting lagi sebenarnya. Apakah visi rahmatan lil ‘alamin itu akan kita mencampak jauh-jauh sekiranya yang terkorban itu bukanlah mereka-mereka yang mengucapkan kalimah syahadah? Dan kita hanya memikirkan untuk berdialog dengan mereka-mereka yang beragama? Hanya berdialog dengan gereja, dengan synagogue? Dan melupakan mereka-mereka yang tidak beragama, yang gigih menentang kemiskinan, melawan kekayaan melampau, menuntut distribution ekonomi secara saksama? Apakah kita akan membiarkan ‘kaum tidak beriman kepada Tuhan’ mati kelaparan disebabkan semata-mata mereka tiada bertuhan? Sungguh, sudah tidak penting lagi sama ada kamu atheis, atau Islam. Itu semua sudah tidak penting lagi. Yang penting, ‘apakah yang kamu nak buat dengan atheis kamu itu? Apakah yang kamu nak buat dengan Islam kamu itu?’ Ideologi kamu mesti berfungsi, teologi kamu mesti berfungsi. Jikalau tidak, matikan sahaja ideologi atau teologi itu.



Agama dan Pembebasan 271

Dan sepatutnya antara masalah keimanan – tidak berkeimanan itu tidak disinggung kerana ini adalah akan memecahkan lagi kekuatan massa yang tertindas dengan kritikkritik tajam yang sentiasa tidak berkesudahan. Mengapakah orang beragama tidak beragama dengan sepenuh hati, sementara orang yang tidak beragama meneruskan ‘tidak beragama’nya, juga dengan sepenuh hati, tanpa perlu mengusik kepercayaan sesiapa pun? Dan menjadikan musuh yang paling fundamental adalah, kezaliman. Apakah ianya tidak boleh, utopia atau mustahil? Yang beriman dengan imannya, yang tidak beriman, dengan ‘tidak beriman’nya. Dalam bahasa Islam, ‘lakum dinukum waliyadin’ bermaksud, ‘bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku’. Masingmasing. Akan tetapi apabila berlaku kezaliman, kedua-dua blok ini, sama ada dari kalangan beriman atau ‘non beriman’, maka wajiblah ke atas kedua-dua blok ini melawan. Bukankah ini lebih praktikal dan realistic? Boleh sahaja diteruskan dialog demi dialog setiap masa, akan tetapi apabila kezaliman mulai merajalela, aksi adalah diperlukan daripada kedua-dua kutub ini untuk menumpaskan kezaliman. Kezaliman mestilah menjadi satu dosa yang akbar, yang wajib ditentang tidak kira siapa pelakunya. Dan masingmasing akan dipecahbelahkan dengan mesin propaganda musuh, sekiranya kedua-duanya berlebar dalam persengketaan keimanan. Kezaliman, haruslah dipanjangkan perdebatan agamanya sampai ke tahapan kekafiran. Sementara, keadilan haruslah diperluaskan sampai ke tahap mengatasi peringkat dua kalimah syahadah, melebihi ataupun sama dengan keimanan, seperti Che yang melawan regim Batista, atau Mandela yang dipenjarakan lebih 27 tahun semata-mata melawan penindas warna kulit, keimanan

272

Agama & Hegemoni Negara

mestilah sampai ke tahap itu, sampai menghormati tiap-tiap jiwa yang gugur melawan kezaliman walaupun tiada terucap pengakuan iman, dan keimanan itu patutlah merasa malu apabila melihat mereka-mereka yang mengaku bertuhan, tega dengan status quo dan membiarkan penindasan berlarutan dan tangan kanan mereka berbangga kerana memberi makan kepada agamawan dan menyuap mulut orang miskin dengan makananmakanan yang mereka membelikan dari hasil kurniaan Tuhan mereka. Kita patut menuju kepada apa yang diperkatakan oleh Asghar Ali Engineer dan Bani Sadr bahawasanya, kezaliman itu adalah kekafiran, sementara keadilan itu adalah keimanan. Kita seharusnya membiarkan mereka yang mahu beriman, beriman. Sementara yang tiada mahu beriman, dipersilakan untuk mereka tidak beriman sepenuh hati mereka. Paling utama, apabila berlaku kezaliman, cuma satu kata, sebut Thukul, LAWAN!

Lakum dinukum wa liyadiin Asghar menyebutkan di dalam Marxisme dan Tradisi Religio Kultural, ‘para pemikir dan ideology Marxist di India khususnya, dan umumnya di Negara-Negara dunia ketiga lainnya tidak menunjukkan apresiasinya (penghormatan) terhadap sensitivity budaya dan sentiment keagamaan setempat.’ Kata Asghar, ‘kaum Marxist perlu mengembangkan sebuah pendekatan religio – cultural dan ekonomi yang menyeluruh yang berakar pada ethos masyarakat setempat. Hal ini memerlukan pemikiran yang luas, original dan kreatif serta teoritikal yang matang.’ Kata Asghar lagi, ‘Marxisme juga tidak bisa mengesampingkan agama, apalagi mencampakkannya. Marxisme sangat perlu



Agama dan Pembebasan 273

memikirkan masalah ini secara mendalam. Menganggap agama sebagai candu masyarakat dan membuangnya merupakan pendekatan yang sungguh-sungguh dangkal. Harus diingatkan, bahawa agama adalah instrument yang penting dan dapat digunakan sebagai candu atau ideology yang revolusioner. Agama akan menjadi candu, seperti yang dikatakan Marx, hanya jika menjadi lenguhan kaum yang tertindas (sigh of the oppressed), hati dari manusia robot (heart of the heartless would) dan jiwa dari keadaan yang kosong (spirit of a spiritless situation). Namun, kata Asghar lagi, ‘sesungguhnya agama tidak selalu menjadi sekadar lenguhan dari kaum yang tertindas; agama juga bisa menjadi sebuah pedang yang ada di tangan mereka. Agama tidak selalu menjadi candu untuk menghindar dari pertentangan melawan para eksploitator; agama boleh menjadi sumber motivasi yang kuat untuk menggulingkan status quo. Ada beberapa contoh untuk itu. Agama Buddha, Kristian dan Islam adalah agama yang menentang status quo. Tiga agama itu mendorong terciptanya tatanan baru yang revolusioner. Bahkan agama Yahudi ketika Nabi Musa masih hidup, menentang Pharaoh sebagai raja yang kejam. Demikian juga yang terjadi di Iran dan Filipina membuktikan bahawa agama merupakan sebuah motor pendorong, yang memotivasikan penganut-penganutnya untuk menyingkirkan status quo. Islam di Iran menggulingkan Syah, dan Kristian di Filipina menghancurkan Marcos. Ali Syari’ati seterusnya mengingatkan kita bahawa, seorang yang celik itu harus sedar di situasi mana dia berada, di lokasi mana dia tinggal, dan masyarakat apakah yang dia sedang menghadapi, dan musuh jenis apa yang dia berperang? ‘tidak wujud prototaip universal yang memberi defenisi kepada seorang yang enlightened. Ada beberapa jenis kategori enlightened.

274

Agama & Hegemoni Negara

Seseorang itu boleh berasal dari Afrika, tetapi dia tidak dianggap begitu dalam komuniti Islam. Atau seseorang yang dianggap enlightened di Negara Perancis atau Eropah pasca – Perang Dunia Kedua yang boleh dikatakan seorang yang celik dan asli serta menyumbang kepada masyarakat beliau sendiri, tetapi tidak dianggap begitu di India dan tidak dapat memainkan peranan yang sama di sana.’

Syari’ati kemudian membawakan seorang figure yang dia menghormati dan menyanjungi iaitu Jean Paul Sartre. Syari’ati tidak berupaya mengkritiknya berasaskan pandangan Syari’ati. ‘Sartre boleh dianggap sebagai seorang yang celik di Eropah yang telah mencapai status industri serta mempunyai sistem kapitalis yang maju dan mempunyai stratifikasi sosial yang unik serta masyarakatnya sudah beralih tumpu dari Zaman Pertengahan yang mementingkan agama. ‘Adakah seorang yang berpandangan Sartre dalam falsafah hidupnya mengenai eksistensialisme kehidupan dan praktik serta analisis social dan ekonomi boleh dianggap celik jika beliau berada di luar Negara tersebut? Ia bergantung kepada asal usulnya. Di Perancis, Jerman, England atau Amerika Syarikat, beliau akan dianggap celik kerana masalah, nilai budaya, system politik, dan pengalaman sejarah adalah sama. ‘Negara Barat, kata Syari’ati, ‘secara amnya memerlukan Revolusi ala Sartre. Oleh itu, Sartre serta mereka yang mengikut falsafahnya hanya boleh dianggap celik di dunia Barat yang manusia menjadi mangsa konsumerisme dan wujud batasan terhadap semua dimensi manusia dan potensinya. Mereka terkongkong oleh system pengeluaran, penggunaan berlebihan, dan kebebasan seks. Oleh itu, masyarakat tersebut memerlukan ‘penyelamat’ yang akan membebaskan mereka daripada



Agama dan Pembebasan 275

penggunaan hedonistic berasaskan nafsu. Sartre boleh dianggap sebagai penyelamat mereka. ‘adalah satu tragedy jika pengikut yang berorientasikan pandangan Sartre dilihat sebagai ‘penyelamat’ untuk menyelesaikan masalah di Asia, Afrika dan Amerika Latin yang masyarakat masih bertungkus lumus cuba menghapuskan kemiskinan, kelaparan, kejahilan dan kekurangan lain, akibat ketiadaan industrialisasi. Dalam masyarakat sedemikian, seorang ‘Sartrologis’ atau pengikut falsafah Sartre tidak akan menjadi celik…,’ dalam bahasa lebih mudah untuk menghuraikan apakah yang sedang diperkatakan Syari’ati ialah, Khomeini mungkin relevan di Iran, akan tetapi di tempat lain, dia akan menjadi komik. Begitu juga Muhammad Abdul Wahab (pendiri Wahabi) mungkin relevan di Semenanjung Tanah Arab ketika itu, pada waktu itu, (*mungkin juga sampai hari ini, tetapi di kawasan itu sahaja) akan tetapi di tempat lain, dia berkemungkinan besar, merupakan bala. dan Syari’ati berargumen bahawa kelompok kiri selalu membicarakan tentang masyarakat dan massa, tetapi jika mereka pergi ke desa-desa dan mendorong persatuan-persatuan buruh, antara petani dan pekerja-pekerja lainnya, orang – orang tersebut akan bertanya kepada mereka sumber atau referensi pesanpesan mereka. Jika mereka mengatakan; ‘Qala Marx’, atau Marx mengatakan sedemikian, mereka akan diusir dari desa tersebut; tetapi jika dia mengatakan, ‘jika saya harus masuk ke dalam desa tersebut dan mengajak mereka bersatu dan mempertahankan darah Husain, pesannya akan mudah difahami dan diterima. Syari’ati kemudian membuat kesimpulan bahawa Islam Syi’ah lebih fleksibel dan mampu beradaptasi secara dinamis.

Contoh lain yang dibawakan Syari’ati dalam memanfaatkan sosiologi, yang merangkum adat setempat dan kepercayaan

276

Agama & Hegemoni Negara

tempatan ialah, ‘ketika era perjuangan menentang penjajah, pemimpin Afrika dan golongan celik pandai bergantung pada rakyat untuk mencapai objektif mereka. Mereka menggunakan hujah popular iaitu jika mereka hanya mencederakan musuh mereka tanpa membunuhnya, rohnya akan membalas dendam dengan membunuh mereka. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, individu tersebut akan berusaha untuk membunuh musuhnya. Kepercayaan ini tidak mempunyai asas saintifik atau logic yang munasabah. Namun, golongan celik menggunakan hujah ini sebagai alat yang efektif bagi memobilisasi rakyat menentang kolonialisme.’

Agama dan Pembebasan 277



Kenapa Sosialisme Islam? (bhg 1) 3hb Mac jadi soalan saya, kenapa Sosialisme Islam? Ali Syari'ati atau Haji Misbach mengerti akan kebejatan kapitalisme yang menghakis nilai-nilai budaya ketimuran dan keIslaman yang mereka cintai. Keruntuhan sosial semakin meruncing, eksploitasi eksploitasi dari sumber sumber semula jadi seperti minyak sehingga tubuh badan wanita dijadikan komoditi. Mereka kenal akan kemarahan-kemarahan seperti ini, dan melihat kebangkitan kelas pekerja sebagai senjata dalam revolusi dunia. Malangnya, mengapa Sosialisme Islam? Sosialisme secara asasnya, menggunakan analisa material, iaitu sesuatu yang dikongsi bersama seperti ekonomi. Berbeza dengan Islam, ia tidak dapat dikongsi memandangkan ia adalah satu kepercayaan yang sering kali berbeza. Samaada agama itu diwarisi dari ibu bapa, atau faktor geografi, begitu juga dalam perbezaan mazhab. Tidakkah kedua-duanya saling kontradik? pemahaman material dan kepercayaan abstrak. 277

278

Agama & Hegemoni Negara

Untuk mendapatkan sebuah negara sosialis, ia tidak boleh lari dari perbincangan, dan perdebatan secara terbuka dalam membuat keputusan bagi menghasilkan pelan ekonomi, tiada yang terselindung. Tidakkah ini yang kita impikan dalam sebuah negara yang demokrasi? Ini bermakna, perbincangan akan melibatkan mereka yang dari pelbagai latar belakang. Bangsa, tradisi, agama, jantina, seksualiti, mazhab, dan keupayaan akan terlibat dalam majlis-majlis pekerja. Namun dalam pada kepelbagaian perbezaan. pekerja menjalani kehidupan di bawah sistem yang sama. Ketika kita berdebat tentang mazhab atau bahasa yang mana patut dijadikan bahasa formal, sistem ekonomi tidak memilih semua ini. Asalkan ia dapat memberi keuntungan dalam pasaran bebas, ia akan terus dieksploit tanpa mempedulikan akibatnya kemudian. Namun apabila demokrasi cuma dihalakan pada masyarakat Islam sahaja, apakah ertinya sosialisma? Apakah cuma pekerja Islam sahaja? Bagaimana pula dengan pekerja beragama Hindu, Buddha dan Kristian? Seharusnya seorang Marxist tidak hanya melihat Sosialisma Islam sebagai tidak demokratik, mengelirukan dan apolegetik, tetapi ia juga harus dilihat sebagai pelan ekonomi yang membenih rasisme. Masakan tidak, suara mereka dalam majlis-majlis pekerja tidak dikira sebagai suara pertama. Jikalau begini, dimana kebebasan beragama? Mungkin sesetengah yang masih berharap pada Sosialisme Islam akan mempertahankan bahawa agama lain tetap boleh mempraktikkan agama mereka seperti biasa, tetapi, mengapakah mereka mesti menganutinya dalam intimidasi sebagai ‘pekerja kelas kedua’? ini tidak selari dengan prinsip sosialisme yang mendokong kebebasan semua golongan kelas pekerja.



Agama dan Pembebasan 279

Bagaimana pula dengan perbezaan-perbezaan mazhab yang terdapat dalam agama Islam? Sunni, Syiah, atau Muhammadiyyah, pada akhirnya akan meleret kepada perdebatan yang mana satu hadis atau ayat Quran yang menghalal dan mengharamkan. Rentetan itu menimbulkan perpecahan dalam masyarakat. Jadi soalan saya, mengapa Sosialisme Islam?

Pada 3hb Mac (tak pasti tahun, 2014 atau 15) sebuah perkumpulan Marxist bermazhab Trotsky di Malaysia menulis status di atas. Tidak pasti apa benda yang mereka baca, menyebabkan ‘analisa’ mereka kurang tajam. Benar. Adalah masalah paling besar pada orang Islam hari ini yang mahu meng-Islam-kan segala perkara. Kita tidak ragu lagi akan perkara ini. Ini adalah kegagalan paling besar orang Islam dalam slogan ‘balik kepada Qur’an dan Sunnah’. Qur’an dan Sunnah adalah bahan mentah, tak kira kita mahu mengatakan bahawa Qur’an bersifat Ijmal (umum) dan Sunnah/Hadith bersifat Tafsil (khusus), yang pentingnya ‘tukang masak’nya. jika tukang masaknya hanya tahu menghafal ramuan, tetapi tidak tahu memasak, bahan mentah tadi tidak mampu beroperasi dengan berkesan. Qur’an dan Sunnah, hanya benar-benar ‘menjadi’ apabila ‘dimasak’ oleh mereka yang ‘benar-benar masak’. Tetapi bukankah orang-orang sosialis (dengan penegasan, yang menulis status di atas) juga mahu mengsosialisasikan (atau, menggunakan Marx) dalam apa sahaja yang mereka hadapi? Seperti orang selalu mengkritik umat Islam sebagai fanatic/taksub, siapa yang lebih taksub dalam istilah Muslim atau Marxist? (dengan penambahan, kesilapan orang eurocentric yang mencatatkan bahawa orang Islam/Muslim sebagai Mohammedans).

280

Agama & Hegemoni Negara

Two wrongs don’t make right…’ Balik kepada, ‘Mengapa/kenapa Sosialisme Islam?’ Ali Syari’ati atau Haji Misbach mengerti akan kebejatan kapitalisme yang menghakis nilai-nilai budaya ketimuran dan keIslaman yang mereka cintai. Keruntuhan sosial semakin meruncing, eksploitasi eksploitasi dari sumber sumber semula jadi seperti minyak sehingga tubuh badan wanita dijadikan komoditi. Pada perenggan yang pertama-tama ini, adalah kesilapan besar bila mencampur-adukkan antara pendekatan/gaya kedua sosok penting, Ali Syari’ati dan Haji Misbach. Ali Syari’ati antara yang paling kental dan tajam dalam mengkritik komunisme (dan sangat jarang dijumpai pemikir Muslim progresif yang boleh menerima idea komunisme). Sepanjang pembacaan aku tentang Syari’ati, dia belum pernah mendakwa dirinya sebagai seorang sosialis, komunis, atau Marxist, atau leftist (kiri) sekalipun. Bahkan dia lebih cenderung dilihat mengangkat Calvin dan Luther. Sementara Haji Misbach dalam dua suratkhabar ternama saat itu iaitu Islam Bergerak dan Medan Moeslimin, dengan lantang mengatakan bahawa Komunisme dan Islam adalah sejalan.39 Dalam kesimpulan buku tentang Misbach yang dijadikan rujukan (mengingat, tak banyak juga karya tentang Misbach), penulisnya sendiri membuat kesimpulan bahawa Misbach agak tergesa-gesa merumus kesimpulan bahawa Islam dan Komunisme adalah sejalan. Penyataan tentang Komunisme ini menarik juga untuk dilihat, bahawa benarkah seorang yang sosialis itu adalah seorang komunis? Atau dalam erti yang mudah faham, berapa banyak jenis

Nor Hiqmah, 2008, H.M. Misbach: Kisah Haji Merah, Jakarta: Komunitas Bambu, hal. 45.

39



Agama dan Pembebasan 281

pattern sosialisme itu (selain dari mengkritik berapa banyak jenis Islam)? Sosialisme secara asasnya, menggunakan analisa material, iaitu sesuatu yang dikongsi bersama seperti ekonomi. Berbeza dengan Islam, ia tidak dapat dikongsi memandangkan ia adalah satu kepercayaan yang sering kali berbeza. Samaada agama itu diwarisi dari ibu bapa, atau faktor geografi, begitu juga dalam perbezaan mazhab. Tidakkah kedua-duanya saling kontradik? pemahaman material dan kepercayaan abstrak.

Mengapa pula Islam tidak boleh dikongsi sementara hanya Sosialisme boleh dikongsi? Sosialisme secara asasnya yang dikatakan dikongsikan secara bersama juga berpecah kepada pelbagai aliran, inikan pula Islam yang didakwa penulis status di atas, berpecah. Islam (bagi aku) memang berpecah, dan perpecahan (baca; perbezaan) itu rahmat. Kita mempunyai banyak perbezaan pandangan dan cuba berlapang dada atas perbezaan. Ini masalah paling asas kepada yang dogmatik ideologi seperti penulis status di atas. Mereka cuba menyatukan segala niat baik (idealism murni) secara paksa, kerana itu konflik siapa paling benar (the purist/absolute truth) bukan hanya berlangsung dalam agama, bahkan kepada ideologi! Agama boleh berbeza, kenapa pula tidak boleh berbeza? Kepercayaan ekonomi juga berbeza, nak percaya kepada Tuhan apa, silakan. Masalah kepada penulis status di atas adalah merujuk kepada pengalaman keagamaannya yang gagal lantas menyimpulkan semua pengalaman keagamaan yang lain turut gagal. Jika penulis status di atas mahu menyerang ‘sistem ekonomi Islam’ kita tiada masalah. Kerana Islam bukanlah sebuah tatanan yang ‘pasang siap’. Islam bukanlah sebuah ajaran yang ‘fix’ (seperti

282

Agama & Hegemoni Negara

yang didakwah-dakwahkan kebanyakan televangelist Muslim). Islam adalah sebuah ajaran yang boleh beradaptasi dengan zaman. Masalah yang berlaku adalah, mereka sering menyerang Islam dan penganutnya sebagai pro kepada pasaran bebas/kapitalisme, tetapi apabila orang Islam mendekatkan diri mereka dengan sosialisme, pun diserang juga. Apa benda ni? Jawapan untuk segala persoalan yang ditimbulkan ini mudah, ianya bukan tentang ‘Kenapa Sosialisme Islam atau Sosialisme Kafir’ tetapi ianya adalah untuk menolak jenis sosialisme yang mengacu kepada atheistic. Itu sahaja. mudah. Sosialisme religious atau apa sahaja jenis sosialisme yang tidak mengacu kepada atheistic. Mungkin penulis status di atas belum sempat membaca tentang idea sosialisme Leo Tolstoy, seorang pengarang besar beragama Kristian.40 Yang menjadi peliknya, mengapa penulis status di atas harus bimbang tentang kecenderungan mereka-mereka yang beragama yang berminat dengan sosialisme? Adakah sosialisme cuma milik mutlak orang-orang atheist? Jika warna aliran kiri pun bermacam-macam ragam/warna, apa salahnya jika wujud kecenderungan orang-orang pelbagai agama kepada sosialisme? Apa salahnya mereligiuskan (menyunat) Karl Marx? Pastinya, atheist-materialist-Marxist di atas belum sempat membaca tentang wacana plurality antara agama. Jika dia membaca, pasti tidak akan keluar pertanyaan, ‘Kenapa Sosialisme Islam?’ ini. Wacana agama sebagai pembebasan bukan sahaja berlangsung

40

Mungkin penulis status di atas boleh mencari lebih lanjut tentang Prospek Sosialisme-Religious yang ditulis Nurcholish Madjid, 1989, Islam, Kemodernan dan Keindonesiaan, Bandung: Mizan.



Agama dan Pembebasan 283

dalam agama Islam, bahkan Thomas Munzer lebih awal mendahului Liberation Theology. Adakah penulis di atas mahu menanyakan, ‘teologi’ yang mana? Maka kita menjawab, ‘liberation theology’ di Eropah digerakkan oleh orang-orang Kristian Katolik, Revolusi Iran dipimpin oleh mullah-mullah Syi’ah. Antara Islam Syi’ah dan Kristian Katolik, kedua-duanya berbeza teologi tetapi mempunyai persamaan iaitu, bertuhan. Nah, adakah itu masalah? Untuk mendapatkan sebuah negara sosialis, ia tidak boleh lari dari perbincangan, dan perdebatan secara terbuka dalam membuat keputusan bagi menghasilkan pelan ekonomi, tiada yang terselindung. Tidakkah ini yang kita impikan dalam sebuah negara yang demokrasi?

Term ‘negara sosialis’ itu (bagi aku) penulis status di atas belum banyak membaca lagi tentang idea-idea kiri sendiri. Benarkah semua aliran kiri (termasuk Marxist) bersetuju dengan idea ‘negara’? bukankah hampir seluruh kesimpulan aliran kiri bersetuju bahawa idea Negara adalah alat hegemoni pihak berkuasa (ruling class)? Bukankah dalam sejarah kiri sendiri menyaksikan gerakan-gerakan ‘kiri’ yang menentang sistem lama, bila berkuasa, tak jauh beza tabiatnya dengan sistem lama yang ditentang? Dan model ‘negara sosialis’ apa yang berjaya di dunia pada hari ini? Polemik ‘negara sosialis’ ini tak jauh beza dengan polemik ‘negara Islam’. Mungkin lebih elok jika ditanya, kepada mereka yang kononnya ‘beriman’ dengan subjektif, relatif, dan segala yang tidak muktamad di bumi, (yang tidak percaya kepada absolute truth, tetapi mahu kita mengikut ‘absolute truth’ yang dia percaya), Antara semua aliran kiri/sosialisme, Kita nak ikut sosialisme yang mana satu?

284

Agama & Hegemoni Negara

Kenapa Sosialisme Islam? (bhg 2)* Kuliah Buku ‘Sosialisme Islam’ Eko Supriyadi Orang pertama yang menyuarakan cita-cita Sosialisme, yang akan menjadi acuan kaum sosialis aliran keras, adalah FrancoisNoel Babeuf. Babeuf (1760-1797) adalah anggota Jacobin, faction radikal dalam Revolusi Perancis. Babeuf mempersiapkan sebuah konspirasi radikal sosialis, namun ditangkap dan dipenggal kepalanya. Babeuf mempermaklumkan ‘perang kaum miskin melawan kaum kaya’. Dalam Manifesto Kaum Plebeyi (‘Plebeyi’ bermaksud rakyat biasa, orang kecil, yang berhadapan ‘Patricii’, kaum bangsawan kota dan kaya, dalam Republik Rom Kuno) Babeuf menuli: ‘Semoga rakyat menyatakan bahawa rakyat menuntut agar segala apa yang telah dicuri dikembalikan. Segala apa yang secara memalukan dirampas oleh kaum kaya dari kaum miskin! …Kami akan membuktikan bahawa tanah dan bumi 284



Agama dan Pembebasan 285

bukanlah milik peribadi tetapi adalah milik semua. Kami akan membuktikan bahawa apa yang diambil darinya oleh seseorang melebihi keperluan makannya merupakan pencurian terhadap masyarakat’.41 Nilai tertinggi Babouvisme, gerakan para pengikut Babeuf, adalah kesamaan. Mereka mencita-citakan sebuah ‘republik orangorang sama’. Merekalah yang pertama kalinya menyuarakan tuntutan-tuntutan inti Komunisme kemudian hari seperti sosialisasi alat-alat produksi dan kediktatoran proletariat. Produksi harus diatur bersama, hak milik peribadi dihapus, setiap orang diberikan kegiatan sesuai dengan bakat dan kemampuannya, tanah harus dinasionalisasi, tetapi diserahkan kepada kaum tani untuk digarap.42 Sementara itu, selain Babeuf yang memperjuangkan citacita sosialisme-nya secara radikal, nama Blanqui tidak pula boleh ditinggalkan. Louis-Auguste Blanqui (1805-1881) adalah seorang revolusioner yang hendak mencapai sosialisme melalui pemberontakan kaum buruh. Sebagai orang muda, ia menjadi anggota perkumpulan rahsia La Charbonnerie. Pemikirannya dibentuk oleh Jacobinisme dan Babouvisme. Berulang kali ia mencuba mengorganisasikan pemberontakan dan terlibat dalam pelbagai aksi kaum buruh. Akibatnya, ia berada di penjara selama 30 tahun.43 Peranan Blanqui bukan pada pemikiran teoritikalnya, tetapi pada upayanya menyedarkan gerakan sosialis bahawa revolusi

Peta Pemikiran Karl Marx, Dari Sosialisme Utopis Ke Perselisihan Revisionisme, Franz Magnis-Suseno, hal. 20. 42 Ibid, hal. 21. 43 Ibid, hal. 33. 41

286

Agama & Hegemoni Negara

hanya dapat berhasil apabila ditunjang oleh sebuah organisasi revolusioner. Lenin kemudian akan memakai gagasan Blanqui tersebut untuk merumuskan fahamnya tentang parti revolusioner. Blanqui menyempurnakan teknik konspirasi. ‘Blanquisme, itulah pemberontakan rakyat yang diorganisasikan dan dipimpin oleh perkumpulan-perkumpulan rahsia, yang hasilnya adalah kediktatoran rakyat yang akan mengambil alih milik kaum kaya dan mewujudkan kekuasaan prinsip kesamaan’.44 Dalam lingkungan Marxisme, Blanquisme difahami sebagai kebijakan yang ingin memenangkan sosialisme melalui pemberontakan bersenjata kelompok-kelompok kecil sebelum majoriti rakyat berkembang menjadi proletariat industri.45 Menurut Blanqui, kelompok-kelompok kecil dapat menjadi perintis yang dapat mencapai sosialisme dengan lebih cepat. Marxisme menolak anggapan ini sebagai voluntarisme revolusioner yang mahu menggantikan syarat-syarat objektif revolusi dengan kehendak subjektif sang revolusioner. Kaum sosialis democrat selalu menolak Blanquisme, sedangkan kaum komunis juga menolaknya secara verbal, tetapi dalam kenyataannya sering bertindak sesuai dengan Blanqui, contohnya seperti apa yang berlaku ketika Lenin melancarkan Revolusi Oktober, proletariat Russia masih kecil, begitu pula keadannya di China sewaktu kaum komunis di bawah Mao Tse-dong merebut kekuasaan. Jadi meskipun Blanqui dianggap keliru oleh semua aliran sosialis, dalam kenyataannya, ia mempunyai pengaruh

Peta Pemikiran Karl Marx, Dari Sosialisme Utopis Ke Perselisihan Revisionisme, Franz Magnis-Suseno, hal. 33. 45 Ibid. 44



Agama dan Pembebasan 287

cukup besar atas sejarah sosialisme selanjutnya.46 Etienne Cabet (1788-1856), juga adalah anggota La Charbonnerie, sebuah perkumpulan revolusioner rahsia. Ia terlibat aktif dalam revolusi di Perancis tahun 1830. Pada tahun 1834 ia melarikan diri ke Inggeris, tetapi pulang ke Perancis enam tahun kemudian. Dalam bukunya Voyage en Icarie (Perjalanan di Ikaria) ia menceritakan perjalanan ke sebuah Negara komunis ideal. Di bawah seorang diktator yang baik hati, masyarakat hidup tenteram dan bahagia. Tidak ada hak milik peribadi dan wang. Pertanian dan industri dimiliki bersama. Semua produk pekerjaan diserahkan kepada Negara dan Negara membahagikannya secara merata di antara para warga. Keadaan yang sama diciptakan dalam semua bidang kehidupan: orang makan makanan yang sama, berpakaian sama, mempunyai tempat kediaman yang sama dan tinggal dalam kota-kota yang sama bentuknya.47 Kalau cita-cita Babouvisme mencerminkan protes kelas-kelas yang terhisap, maka pemikiran tokoh-tokoh berikut berkembang dari refleksi atas akibat-akibat buruk revolusi industri. Citacita mereka bukan pertama-tama pembebasan kaum tertindas, melainkan reorganisasi (menyusun semula) masyarakat dengan tujuan agar segi-segi negatif industrialisasi itu dapat teratasi. Yang pertama dari mereka adalah Saint-Simone. Saint-Simone lahir pada tahun 1760 dari keluarga bangsawan Perancis Kuno. Revolusi Perancis membuka kesempatan baginya untuk menjadi kaya lewat spekulasi tanah. Sejak itu ia mulai menulis banyak tentang bagaimana masyarakat harus ditata supaya kesejahteraan semua orang dapat terwujud. Saint-Simone yakin bahawa dialah yang

Ibid. Ibid, hal. 31.

46 47

288

Agama & Hegemoni Negara

tahu jalan menuju keselamatan umat manusia. Ia yakin membawa suatu zaman baru. Ia bahkan hendak mendirikan sebuah agama baru. Keadaan hidupnya naik turun, antara hidup berpoya-poya apabila kebetulan mendapat sponsor atau berhasil dalam spekulasi dan kehabisan wang di lain waktu. Meskipun Saint-Simone bukan seorang sosialis dalam erti kata yang sebenarnya – ia tidak menuntut hak milik bersama dan tidak memaklumkan revolusi – namun kerana kritiknya yang keras terhadap keadaan terlantar kaum buruh dan tuntutan pembebasan proletariat, ia dihitung sebagai salah seorang dari kalangan kaum sosialis utopis. Meskipun Robert Owen (1771-1858), menulis cukup banyak, tetapi ia lebih berpengaruh kerana apa yang dilakukannya. Selama seluruh hidupnya, dia mencuba menciptakan pelbagai organisasi sosial dan usaha pendidikan dengan tujuan untuk membebaskan kaum buruh dari kemelaratan, kehinaan dan kemerosotan moral. Dia memperjuangkan perbaikan nasib anak-anak yang memprihatinkan, yang pada zaman itu umumnya harus bekerja dalam kilang tekstil sejak berumur enam tahun selama 14-16 jam per hari. Owen sendiri seorang pengusaha yang manusiawi. Owen langsung mengadakan pelbagai perbaikan sosial yang sangat tidak biasa pada waktu itu bagi sekiar 2000 orang buruh kilangnya, yang 500 di antaranya adalah anak-anak. Ia memperbaiki perumahan mereka, membuka sekolah bagi anak-anak dan kedai di mana mereka dapat membeli barang keperluan sehari-har dengan lebih murah. Ternyata semangat kerja dan hasil kerja para buruh meningkat. Dengan demikian Owen berhasil membuktikan bahawa upah dan keadaan kerja yang baik tidak mesti merugikan perusahaan.48

48

Peta Pemikiran Karl Marx, Dari Sosialisme Utopis Ke Perselisihan Revisionisme, Franz Magnis-Suseno, hal. 26.



Agama dan Pembebasan 289

Owen juga memperjuangkan perundangan sosial yang maju, seperti perlindungan pekerja, pembatasan pekerjaan anak-anak, dan diadakan pemikrsaan berkala oleh Negara. Menurut Owen, watak manusia bukan tanggung jawabnya sendiri, melainkan ditentukan oleh lingkungan sosialnya.49 Owen mencuba mempraktikan apa yang diperjuangkannya: ia mendirikan komuniti-komuniti dan koperasi-koperasi contoh(?). pada tahun 1825, ia mendirikan sebuah pemukiman sosialis di Amerika Syarikat, namun akhirnya gagal. Kembali dari Amerika, Owen diangkat sebagai pemimpin oleh gerakan serikat buruh dan koperasi yang semakin kuat di Inggeris.50 Banyak pemikiran Owen yang bersifat utopis dan tidak pernah berjaya. Komuniti-komuniti yang didirikan olehnya dan oleh para pengikutnya akhirnya gagal semua. Owen berusaha untuk meyakinkan para pengusaha lain dan kaum bangsawan bahawa tatanan industri, sistem kewangan, upah dan pendidikan perlu direformasi. Dia berhujah bahawa reformasi itu bukan hanya menguntungkan kaum buruh, melainkan juga bagi kaum kapitalis sendiri dan seluruh masyarakat.51 Jika dibaca pada apa yang di-bold-kan, kita akan menghidu kesamaan apa yang diimani Owen dengan apa yang dipercayai H.O.S Tjokroaminoto (1882-1934), pendiri Sarekat Islam di Indonesia. Tjokroaminoto lebih menampilkan Islam sebagai ‘ajaran moral’ untuk mengkritik sistem kapitalisme. Dalam Kongres SI

Ibid. Ibid, hal. 27. 51 Ibid, hal. 25. 49

50

290

Agama & Hegemoni Negara

tahun 1919, terjadilah perdebatan antara Tjokroaminoto dengan Semaoen. Tjokroaminoto berkata bahawa musuh kaum pergerakan bukanlah kapitalisme, tetapi ‘kapitalisme yang berdosa’. Dalam wacana Tjokroaminoto, kapitalis itu terbagi menjadi dua, iaitu ‘kapitalis yang jahat’ dan ‘kapitalis yang baik’. ‘Kapitalis yang jahat’ adalah kapitalisme yang ‘dimiliki’ oleh kapitalis Belanda atau kapitalis non-Islam. Sementara ‘kapitalis yang baik’ adalah kaum kapitalis yang tergabung dalam Sarekat Islam. Semaoen menentang prinsip ini. Kerana menurutnya kapitalisme tidak mengenal ‘baik dan jahat’. Menurutnya, kapitalisme adalah sistem ekonomi yang diciptakan untuk ‘menghasilkan laba’ yang sebesar-besarnya.52 Tetapi, baik Semaoen dan Tjokroaminoto, kedua-duanya ada masalah dalam menafsirkan apa itu kapitalisme, apa itu kapitalis? Adakah pedagang-pedagang batik yang mendagangkan batik boleh dikira sebagai kapitalis? Adakah menjual buah-buahan di hutan boleh digolongkan sebagai kapitalis? Dan bolehkah sesebuah pergerakan itu bergerak tanpa modal/dana? Atau persoalan yang lebih sinis lagi, bolehkah suratkhabar sosialis boleh diperolehi secara percuma? Bahkan di Indonesia, terlalu banyak eksperimen demi eksperimen (mengingat bahawa, teori bukanlah sebuah teks suci yang tidak boleh dieksperimenkan) selepas sintesis Sarekat Islam dan Komunis. Di Jakarta, ada kelompok Forum Mahasiswa Ciputat (Formaci) yang mendengungkan suatu pemikiran revolusioner yang disebut oleh seorang aktivis Formaci dengan Marxisme Religius.53

Nor Hiqmah, 2008, H.M. Misbach: Kisah Haji Merah, Jakarta: Komunitas Bambu, hal. 43 -44. 53 Ibid, hlmn xxxii 52



Agama dan Pembebasan 291

Marxisme Religius adalah gerakan yang menginginkan terciptanya Kerajaan Tuhan di bumi, kerajaan millenarian para nabi, dengan lebih menonjolkan semangat vital agama sebagai pembebas manusia dari keterhisapan para conquistador dan comprador. Teologi yang cenderung individualistik demi keselamatan personal belaka diganti dengan teologi transformatifliberatif. Menurut Masdar Farid Mas’udi, ‘Teologi yang kita akrabi selama ini adalah teologi yang membazir. Teologi yang mengurusi sesuatu yang tak perlu diurus.54 Mungkin ada orang (orthodox) akan mengatakan bahawa terdapat beza yang sangat mendasar antara Sosialisme Utopis (yang digelarkan kepada Babeuf, Saint-Simone, Owen dll termasuk yang religious) tetapi kata seorang penulis, perbezaan Sosialisme Ilmiah (Marxisme) seakan semakin kabur dengan hancurnya Uni Soviet, suatu Negara yang dibangun atas dasar filsafat Sosialisme Ilmiah. Sementara itu, Sosialisme Ilmiah hanya mampu mewujudkan gerakannya dalam dataran teoritik, namun seakan utopi untuk dipraktikkan.55 Atas kerana itu, apa isunya jika idea Sosialisme Islam mahu dilontarkan? Merujuk: 1. H.M. Misbach, Kisah Haji Merah, Nor Hiqmah terbitan Komunitas Bambu 2. Pemikiran Karl Marx, Dari Sosialisme Utopis Ke Perselisihan Revisionisme, Franz Magnis-Suseno terbitan Pt Gramedia

Gus Dur (Bekas Presiden Indonesia) pernah dilaporkan berkata sedemikian, ada sebuah buku bertajuk yang sama. 55 Nor Hiqmah, 2008, H.M. Misbach: Kisah Haji Merah, Jakarta: Komunitas Bambu, hal. 82. 54

292

Agama & Hegemoni Negara

‘Bagaimana Membaca Jesus?’ Sejarah mempunyai dua versi. Satu dari versi kekuasaan, satu lagi dari versi penentangan.56 Seperti kita membaca apa yang sedang berlaku di Palestin. Penyokong Zionis-Israel membaca apa yang berlaku di Palestin, berbeza dengan apa yang dibaca oleh penentang kewujudan Zionis-Israel. Di dunia ini tidak ada apa-apa yang neutral (berkecuali). Orang-orang yang berkecuali, hanyalah orang-orang seperti Haji Hadi dan orang-orang yang lalang. Orang-orang lalang adalah orang-orang yang sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Kebanyakan mereka yang konformis membaca sejarah para Nabi sebagaimana adanya. Mereka menyangka para Nabi juga adalah konformis seperti mana mereka. pembayar cukai yang setia, pendoa kesejahteraan pemerintah, pekerja kerajaan yang patuh, dll. Mereka membaca sejarah yang sangat aman damai, dan kadar

Jika mengikut Hassan Hanafi, tradisi atau turath itu ada dua, satu tradisi kekuasaan, dan satu lagi tradisi oposisi, tradisi Negara dan tradisi rakyat, budaya resmi dan budaya perlawanan, lihat Hassan Hanafi, 2003, Oposisi Pasca Tradisi, Indonesia: Syarikat Indonesia, hal. 1.

56

292



Agama dan Pembebasan 293

konflik yang hampir kosong, seolah para Nabi diturunkan untuk mendakap, untuk memeluk, untuk mencurahkan kasih-sayang Tuhan tanpa apa-apa perlawanan yang seru, mereka menyangka para Nabi juga seperti mereka, tidak mempunyai apa-apa ideologi. Bagi mereka, Nabi dan pengikut-pengikut Nabi sangat bermusuhan dengan mereka-mereka yang atheist, kaum peragu (agnostic), mereka-mereka yang syirik, mereka yang tak sembahyang, puasa, tak bayar zakat, gay, komunis, sosialis dsbnya. Para Nabi bagi mereka diturunkan oleh Tuhan untuk berhujah dan membakar mereka-mereka yang tak percaya kepada Tuhan, dan tidak ada kena mengena dengan persoalan-persoalan ketidakadilan di bawah langit Tuhan. Tak kisah, sama ada dari Kristian, atau Islam, sama sahaja. kedua-duanya mempunyai aliran sejarah kekuasaan masingmasing. Ada yang mahu percaya sebagaimana adanya, ada yang mahu merombak kembali sejarah yang sebagaimana adanya (status quo).

Bagaimana membaca Jesus? Sepertimana yang dipetik Agus Salim (pemimpin kanan Serikat Islam) berkata, bahawa jauh sebelum Karl Marx lahir dan berteori tentang pembebasan kaum tertindas, Nabi Muhammad lebih lama 1400 tahun terlibat dalam pembebasan orang miskin, Mr Krishna Iyer dalam portal The Hindu, turut dilaporkan berkata, ‘Long before Karl Marx discovered Communism, Jesus had spoken for the proletariat and condemned the proprietariat,’ Kaum Kristian yang membaca Jesus semata-mata God/Son of God, tak jauh beza dengan kaum Muslim yang menyerang tetek bengek Trinity. Mereka sangat berbangga dengan Ahmad Deedat,

294

Agama & Hegemoni Negara

dan penerusnya, Dr. Zakir Naik, sementara kaum Kristian seperti ini berhempas-pulas mempertahankan teologi mereka sesungguh hati.

Mereka seperti yang disebutkan di atas, percaya bahawasanya messiah adalah untuk kerajaan di langit (Kingdom of God), dan tidak ada kena mengena dengan permasalahan manusia di bumi. di sini, semua orang berdosa warisan, kerana kesalahan orang lain (Adam) yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Mitos Kingdom of God yang berada terlalu jauh dari radas Richard Dawkins, tak jauh berbeza dengan dongeng Santa Claus, yang entah dari mana datang bekerja sebagai kurier penghantar hadiah. Cerita-cerita menggembirakan seperti ini sangat diperlukan sama sekali bagi menghadapi hari-hari kekecewaan dan penderitaan manusia di muka bumi setiap hari (ada segelintir yang terlalu kaya, dan terlalu ramai orang miskin). Seperti konsep perhambaan di zaman Firaun klasik, bahawa kesengsaraan para hamba adalah kebahagiaan di hari muka (hereafter), tak jauh berbeza dengan piramid zaman moden. Mereka akan bertarung bermati-matian dengan saudara kemanusiaan mereka yang Muslim, yang juga percaya bahawa konsep teologi masing-masing itu adalah lebih penting untuk ditanamkan ke dalam otak manusia, berbanding menyelamatkan lebih ramai manusia yang sedang kebuluran. (dan jika mereka masuk ke kawasan orang asal sekalipun, beras adalah umpan untuk memasang akidah masing-masing)

Agama yang protes kepada kekuasaan atau agama yang apologetic kepada kekuasaan? Artikel Isa Bukan Konservatif Berkulit Putih: Isa Pemberontak Berbangsa Yahudi Palestin yang diterjemahkan dari ‘Jesus



Agama dan Pembebasan 295

Was Not A White Conservative; Jesus Was A Jewish Palestinian Dissident’ yang disiarkan di portal Projek Dialog harus dibaca bersekali dengan tulisan ini. Para Nabi bukanlah para pengguna mukjizat yang mistik seperti para bomoh, tetapi para Nabi adalah pejuang pembebasan bagi setiap kawasan diturunkan mereka. mereka tidak diturunkan pada satu ruang yang kosong, itu hanya menghabiskan beras. Setiap Nabi mempunyai misi pembebasan masing-masing, ya dan seperti inilah sejarah harus dibaca! Kaum Kristian Orthodox menurut Prof. Dr. Ziaul Haque percaya, bahawa Jesus atau Isa as disalib oleh pemerintah Rom dan diangkat sebagai tokoh agung setelah melihat deklarasi Isa melawan ordo-sosial-ekonomi yang rosak serta menentang ritual dan pengkultusan keagamaan (Yahudi pada masa itu). Mereka juga meyakini bahawa Isa itu mati dan dikubur; dan selama tiga hari ia berjuang, tubuhnya penuh dengan luka-luka, ia berjalan dan mengambil makanan bersama murid-muridnya; setelah itu, tubuhnya diangkat ke langit. Jadi jelaslah di sini, bahawa Jesus, seorang proletariat (yang tak mempunyai apa-apa, melainkan sekeping papan untuk dia tidur pada waktu malam) mengancam imperium kekuasaan Rom, yang akhirnya disalib oleh kekuasaan/kerajaan berkat bantuan pendeta-pendeta yang rosak.

Para Nabi mati, tetapi kebenaran tidak akan mati. Menurut Al-Qur’an, Isa adalah manusia sederhana, rendah hati, seorang Nabi-Revolusioner, dan Rasul Allah yang berpegang teguh pada jalan kebenaran; seperti halnya para Nabi-Revolusioner lainnya. Ia seorang guru yang mendapat inspirasi ketuhanan (Ruh Allah) dan pejuang melawan kebatilan dan penindasan. Ia tidak dibunuh ataupun disalib, kerana para Nabi-Revolusioner

296

Agama & Hegemoni Negara

tidak pernah mati. Mereka selalu hidup dalam hati dan kesedaran kemanusiaan. Isa seorang Nabi-Revolusioner yang mengajarkan kepada para pengikutnya tentang kebenaran, keadilan, persamaan hak, cinta kasih dan persaudaraan. Isa mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain, di kota, di desa, di dusun dan di pergunungan dengan rombongan orang miskin. Ia memberikan nasihat tentang hidup sabar, penuh keyakinan dan sederhana. Ia juga berhujah dengan para pegawai kerajaan, kaum terpelajar dan orang-orang yang berada di gereja. Ia menggunakan perumpamaan dan kiasan dengan bahasa sederhana yang dapat dimengerti oleh orang ramai sehingga mereka berhati-hati terhadap jalan hidup yang korup dan tak bermoral. Isa menyerang sikap hipokrit (yang selalu ada) pada para pemuka agama yang menyarung berlapis-lapis topeng, menyembunyikan kekejian yang bernanah pada di wajah mereka. Isa hidup sederhana tanpa tumpukan harta benda dan makanan. Ia mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain, dikelilingi oleh banyak orang miskin, hina dan orang-orang yang sakit (diriwayatkan, mereka-mereka yang sakit kusta, sopak). Ia memberi makan dan membimbing serta hidup bersama mereka. ia berjuang melawan ordo-sosial yang korup. Ia memberi nasihat kepada seorang pemuda yang datang kepadanya, ‘Jika kamu ingin menjadi manusia sempurna (insan kamil), pergi dan bekerjalah serta berilah makan kaum miskin, nescaya kamu akan mendapat kehormatan di langit; ikutlah kamu denganku.’ Sebagai pejuang, Isa menentang sistem sosial yang zalim dan jalan hidup hipokrit (nifak) serta meninggalkan segala kesenangan dunia demi membangun masyarakat baru yang berdasar pada kebenaran dan egalitarian. Isa, seperti para nabi lainnya, tidak



Agama dan Pembebasan 297

hanya menentang ordo-sosial korup secara umum, namun juga menolak cara hidup, kebiasaan, budaya borjuah, adat istiadat, egoism, kedengkian, kepalsuan, keangkuhan, kesombongan, kasta dalam masyarakat serta penyakit-penyakit manusia pada umumnya. Dan jika beginilah sejarah alternatif tentang riwayat Isa / Jesus yang keterangan rinci tentang kelahiran, kehidupan dan kematiannya yang belum dapat diungkapkan secara pasti, bagaimana pula kita seharusnya membaca tentang Nabi Muhammad, yang riwayatnya lebih rinci? Merujuk: I) artikel ISA BUKAN KONSERVATIF BERKULIT PUTIH: ISA PEMBERONTAK BERBANGSA YAHUDI PALESTIN yang diterjemahkan dari ‘Jesus Was Not A White Conservative; Jesus Was A Jewish Palestinian Dissident’ di portal Projek Dialog (terjemahan Yana Rizal) II) Revolusi Islam (Di Bawah Bendera Laailaahaillallah) oleh Prof. Dr. Ziaul Haque III) http://satrioarismunandar6.blogspot.my/2013/07/nabi-isa-yesus-adalahtokoh.html IV) http://www.thehindu.com/news/nation.

298

Agama & Hegemoni Negara



Esei Sisipan 299

n a p i s i S i e s E mahan oleh (terje , l a z i R a n Ya ) g o l a i D Projek

300

Agama & Hegemoni Negara

Esei Sisipan 301



Esei Sisipan (terjemahan oleh Yana Rizal, Projek Dialog)

ISA BUKAN KONSERVATIF BERKULIT PUTIH: ISA PEMBERONTAK BERBANGSA YAHUDI PALESTIN Paparan istimewa | October 12, 2015 | Featured, Malay, Paparan istimewa | No Comments Terjemahan ‘Jesus Was Not A White Conservative; Jesus Was A Jewish Palestinian Dissident’ karya Ben Norton, diterbitkan pada 25 Disember 2014. Diterjemahkan oleh Yana Rizal. Kristian mempercayai bahawa Yesus Kristus dilahirkan kepada perawan bernama Maryam di Betlehem pada 25 Disember. Pada Hari Krismas, umat Kristian yang berkulit putih, rasis dan berhaluan kanan di seluruh Amerika Syarikat menyambut kelahiran lelaki ini: Sebuah artikel Popular Mechanics yang diterbitkan pada Disember 2002, bertajuk ‘Wajah Sebenar Yesus,’mengatakan:

301

302

Agama & Hegemoni Negara

‘Dari saat pertama kanak-kanak Kristian menjejaki sekolah agama pada setiap hari Ahad, Yesus Kristus menjadi sebuah imej yang terukir dalam fikiran mereka. Di Amerika Utara, dia seringkali digambarkan sebagai seorang yang lebih tinggi daripada pengikut-pengikutnya, kurus dan tegap, rambutnya perang ikal mayang, kulit dan matanya berwarna cerah. Walaupun inilah imej kebiasaan, ia dengan sendirinya tersasar. Ciri-ciri fizikal begini sangat aneh berbanding dengan orang lain di rantau kelahiran Yesus semasa kehidupannya. Jika benar, sudah tentu para pengarang Bible akan membangkitkan perbezaan yang ketara ini. Sebaliknya, menurut kitab Injil Matius, apabila Yesus ditangkap di taman Getsemani sebelum disalibkan, Yudas Iskariot terpaksa mengenalpastikan Yesus kepada soldadu kerana mereka tidak dapat membezakannya dari para pengikutnya. Lagi mengaburkan hal ini adalah hakikat bahawa tiada di manamana bahagian Injil disebutkan bagaimana paras rupa Yesus, dan tiada juga sebarang lukisan gambaran beliau pernah dijumpai. Tambahan pula tiada rangka jasad atau sebarang sisaan yang dapat digunakan untuk kajian DNA. Kerana kelopongan bukti, imej Yesus terserah terus kepada imaginasi artis. Ini dipengaruhi kuat oleh budaya dan tradisi seseorang artis, menurut Carlos F. Cardoza-Orlandi, profesor dunia Kristian di Seminari Teologi Columbia di Atlanta. ‘Walaupun imej yang dihasilkan dunia Barat adalah dominan, di kawasan-kawasan lain di dunia, Yesus digambarkan sebagai berkulit hitam, Arab atau Hispanik.’



Esei Sisipan 303

Justeru itu, persoalan pokoknya masih kekal: Bagaimanakah paras rupa Yesus? Timbul jawapan baru dari bidang sains yang amat mengujakan: iaitu antropologi forensik. Melalui kaedah sama yang digunakan polis untuk menyelesaikan jenayah, ahli-ahli sains British, dibantu oleh ahli arkeologi Israel, telah mencipta semula apa yang mereka percayai adalah imej jitu raut wajah yang paling terkenal dalam sejarah manusia.’

Wajah Yesus Dari Antropologi Forensik Antropologi forensik, sub-disiplin antropologi fizikal, menggabungkan bidang arkeologi, sains fizikal dan biologi, genetik, auksologi (kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia), primatologi, paleoantropologi (kajian evolusi primat dan manusia), osteologi manusia (kajian rangka tulang), nutrisi, pergigian dan sains iklim untuk memahami paras rupa manusia zaman dahulu. Dengan fahaman bahawa, menurut kejadian di taman Getsemani, Yesus kelihatan sama seperti bangsa Semit di Galilee yang lain, saintis mengkaji tiga tengkorak yang dijumpai berhampiran Jerusalem. Ahli antropologi forensik termasyhur Richard Neave, yang berkepakaran dalam penciptaan potret saintifik tokoh-tokoh sejarah terkenal (beliau menghasilkan senaskhah buku, ‘Making Faces: Using Forensic and Archaeological Evidence), mengetuai sepasukan saintis yang, menggunakan tomografi berkomputer, menggambarkan semula otot dan kulit yang sepatutnya membaluti tengkorak ini’. Untuk melengkapkan kajian mereka, Neave dan pasukannya

304

Agama & Hegemoni Negara

juga melihat lukisan daripada tapak arkeologi abad pertama, yang menunjukkan bahawa mata Yesus seharusnya berwarna gelap. Sebagai seorang Yahudi, Yesus kebarangkaliannya berjanggut: sarjana Bible mengatakan bahawa rambut beliau seharusnya pendek dan berkeriting kecil. (Dalam Korintus 1, Paulus mengatakan ‘Jika seorang lelaki berambut panjang, ia suatu kehinaan ke atasnya,’ sekaligus membawa kesimpulan bahawa Yesus tidak berambut panjang). Lelaki Semit di zaman Yesus kebiasaannya berketinggian 5 kaki 1 inci (1.55 m) dan beratnya kira-kira 110 auns (50 kg). Sebagai tukang kayu, Yesus mungkin lebih berotot, tetapi tidak terlalu tegap. Seperti yang dinyatakan dalam sebuah meme lucu: Keajaiban Yesus yang paling besar ialah menjadi seorang lelaki berkulit putih di Timur Tengah pada abad pertama. Sudah tentu ini menganggap bahawa Yesus benar-benar wujud. Kebanyakan sarjana bersetuju bahawa Yesus wujud dalam sejarah, namun kehidupan Yesus menurut sejarah mungkin tersimpang besar dari kisah-kisah Bible. Namun dalam hal ini, sama ada Yesus dalam agama adalah berasaskan watak yang sebenar, atau beberapa watak sebenar, atau personaliti yang langsung tidak pernah wujud, akhirnya tidak relevan. Ini adalah percubaan saintifik untuk menggambarkan paras rupa Yesus, jikalau beliau sememangnya wujud di Betlehem, Palestin pada waktu itu, sebagaimana yang dipercayai umat Kristian.

Esei Sisipan 305



Pemutihan Yesus Pengarah Pengajian Episkopal di Sekolah Teologi Candler, Charles D. Hackett, menjelaskan: ‘Hakikat bahawa [Yesus] barangkali kelihatan lebih seperti bangsa Semit yang berkulit gelap berbanding dengan apa yang biasa digambarkan oleh dunia Barat, adalah peringatan tentang kesejagatan beliau. Dan [ia] mengingatkan kita tentang silapnya kecenderungan kita menggunakan beliau untuk mendepankan nilai kebudayaan kita.’

Gambaran Yesus berkulit putih yang dipegangi kebanyakan orang Barat hari ini adalah hasil daripada percubaan memutihkan Yesus, yang membuatkan beliau kelihatan lebih seperti warga Eropah Barat. Jika kita meneliti sejarah kronologi gambaran Yesus dalam seni Barat, kita akan melihat bahawa Yesus semakin lama semakin putih. Rentasi sahaja bilik-bilik muzium seni yang disusun mengikut zaman sejarah (seperti kebiasaannya) dan saksikan bagaimana gambaran Yesus berubah. Lukisan Macedonia abad ke-14 ini lebih tepat berbanding dengan kebanyakan gambaran Barat tentang Yesus, namun, seperti yang kita lihat dari lakaran ahli antropologi forensik di atas, ia masih tidak berapa tepat.

Yesus, Radikal Politik Gambaran kontemporari penampilan fizikal Yesus yang wujud mengikut sejarah bukan sahaja satu-satunya perkara yang tidak tepat; gambaran popular politik beliau juga sering terpesong.

306

Agama & Hegemoni Negara

Yesus merupakan pemberontak politik yang radikal. Yesus dibunuh kerana menjadi musuh negara. Beliau bukan hanya dihukum kerana mendakwahkan ‘kekufuran’; kebanyakan empayar sejujurnya tidak mengambil berat tentang kepercayaan agama rakyat mereka. Yesus begitu berbahaya kepada empayar Rom kerana beliau mencabar kesahihannya. Penyaliban adalah hukuman utama empayar Rom terhadap pembangkang. Kematian menerusi penyaliban adalah hukuman paling dahsyat oleh empayar tersebut; Rom menggunakannya hanya ke atas hamba yang memberontak, lanun, dan musuh-musuh negara. Hamba yang menyertai kebangkitan terkenal yang diketuai oleh Spartacus, iaitu Perang Hamba Ketiga pada 73-71 SM, telah dibunuh secara penyaliban beramai-ramai kerana jenayah yang paling hebat: iaitu mencabar kezaliman. (Terdapat tiga pemberontakan hebat hamba-hamba di empayar Rom, tiga ‘Peperangan Hamba’ dalam tempoh 50 tahun dari 135 SM hingga 71 SM) Yesus juga dianggap pengkhianat, kerana mendakwahkan ketaatan kepada Tuhan melebihi ketaatan terhadap pemerintah Rom. Beliau tahanan politik, dan dibunuh atas sebab-sebab politik, dan bukan agama. Hakikatnya, mengikut piawaian hari ini, Yesus akan dianggap sebagai komunis. Ramai warga Kristian Amerika Latin, antara Kristian-Kristian lain di dunia, telah mengiktiraf ajaran radikal Kristus yang bersifat egalitarian dan anti-kapitalis. Mereka telah menyokong teologi pembebasan untuk berdekad lamanya (gerakan yang telah diranapkan secara ganas dan kejam



Esei Sisipan 307

oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Kristian imperialis lain). Reaksioner yang membasuh sejarah dan politik Yesus adalah selari dengan rasisme yang memutihkan susuk tubuhnya secara literal. Sebagaimana yang dikatakan oleh meme popular ini: ‘Yesus seorang revolusioner radikal tanpa keganasan, yang bersahabat dengan pesakit kusta, pelacur dan penjenayah; bukan berasal dari Amerika dan tidak pernah berbahasa Inggeris; merupakan seorang yang anti-kekayaan, anti-hukuman mati, dan juga anti-ibadat secara awam (Matius 6:5); namun beliau tidak pernah anti-gay, tidak pernah menyebut tentang pengguguran kehamilan atau kawalan kelahiran, tidak pernah mendakwa si miskin sebagai pemalas, tidak pernah mewajarkan penyeksaan, tidak pernah berjuang untuk pemotongan cukai demi kepentingan orang-orang kaya Nasrani, tidak pernah menuntut insurans untuk rawatan pesakit; dan beliau berambut panjang, berkulit gelap, bergelandangan, seorang yang menggerakkan komuniti, anti-pengaiban wanita, dan berketurunan Yahudi dari Timur Tengah.’ Yesus, Yahudi Palestin

Yesus juga seorang warga Palestin. Ya, beliau berketurunan Yahudi, namun beliau juga warga Palestin. Beliau adalah keduaduanya sekali. Sebelum penciptaan Israel pada tahun 1948, ini bukanlah suatu keanehan; terdapat beribu-ribu orang Yahudi Palestin. Tanah moden Israel dahulunya dipanggil Palestin selama beribu-ribu tahun, dan orang Yahudi telah menetap di sana sekian lamanya. Malah, pada pertengahan abad ke-19, di bawah Empayar

308

Agama & Hegemoni Negara

Uthmaniyyah, para sarjana menganggarkan kira-kira 5-7% daripada 600,000 penduduk di Palestin dahulunya berbangsa Yahudi. Tidak hairanlah apabila kita ingat bahawa orang Yahudi dan Arab Palestin berkongsi warisan dan keturunan sama. Seperti yang didedahkan oleh kajian saintifik Pusat Perubatan dan Pengajian Perubatan Universiti New York, ‘Kaum Yahudi adalah saudara genetik Palestin, Syria, dan Lebanon, dan mereka semua berkongsi keturunan genetik yang bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu.’

Seperti Yahudi Palestin, Kristian Palestin adalah antara penganut agama yang paling lama di seluruh dunia. Dan Kristian Palestin telah menganuti agama Kristian berabad lamanya sebelum orang putih Barat, yang mendanakan ‘pembunuhan beramai-ramai secara bertingkat’ (seperti yang dikatakan sejarawan Israel, Ilan Pappe) terhadap masyarakat asal Arab. Ahli Parlimen Palestin Mustafa Barghouti merenung hakikat ini, sambil menegaskan ‘Kami sentiasa mengingati bahawa Yesus adalah warga Palestin pertama yang diseksa di tanah air ini.’ Dengan erti kata lain, Yesus adalah seorang Yahudi Palestin yang mencabar empayar, mengajar keingkaran awam tanpa keganasan, dan menentang ketamakan dan individualisme yang manjadi nadi kapitalisme. Jika Yesus masih hidup di Amerika Syarikat hari ini, beliau mungkin akan digelar sebagai ‘pengganas’ oleh kerajaan, diperiksa kerana keturunannya oleh pihak polis, dan ditindas oleh kaum Kristian berhaluan kanan.



Esei Sisipan 309

Jika Kristian konservatif melihat kelibat Yesus di komuniti berpagar yang serba putih sekarang ini, mereka akan memanggil polis atau mengacukan pistol terhadapnya dan menembak atas alasan ‘mempertahankan diri.’

Yesus Memanggil Tuhan Sebagai ‘Aalah’ Tapi tunggu, ada lagi! Fakta yang paling menarik adalah bersifat linguistik. Yesus Kristus berbahasa Aramia. Perjanjian Lama ditulis dalam kedua-dua bahasa Ibrani purba dan Aramia. Perkataan untuk ‘Tuhan’ dalam bahasa Aramia, iaitu bahasa Yesus, adalah ‘Aalah.’ Perjanjian Lama menggunakan Aalah dalam petikan-petikan Aramianya. Yesus memanggil Tuhan sebagai Aalah. Sehingga hari ini, Kristian yang berbahasa Aramia dan Arab juga merujuk kepada Tuhan sebagai ‘Allah’. Orang Yahudi yang berbahasa Arab juga merujuk kepada Tuhan sebagai Allah. Allah merujuk kepada Tuhan dalam agama tradisi keturunan Ibrahim. Bertentangan dengan pendirian Kristian Islamofobik yang jahil, orang Islam tidak menyembah ‘Tuhan yang berbeza.’ Ini adalah doa dalam bahasa Yesus, yang akan dibacakan kepada pengikut-pengikutnya pada zaman itu: Jadi mari kita perjelaskan: Kristian berhaluan kanan, yang nasionalis, rasis dan ‘mahukan Amerika sentiasa putih,’ dan inginkan tentera mereka ‘menghancurkan Timur Tengah,’ yang dengan penuh semangat menyokong pengawasan sempadan untuk mengelakkan pendatang berkulit asing daripada memasuki negara ini,

310

Agama & Hegemoni Negara

juga sebenarnya memuja seorang Yahudi Palestin berbahasa Aramia yang memanggil Tuhan sebagai ‘Aalah’ dan disalibkan kerana membangkang politik secara radikal. Ah, alangkah besarnya ironi dunia ini.

Rujukan Utama:1) Buku/tulisan Kassim Ahmad, utamanya, Jalan yang Lurus, Universiti Kedua 2) Buku/tulisan Fathi Aris, utamanya Patah Balek, Di Bawah Mendung Usrah 3) Buku/tulisan Ahmad Wahib, Catatan Pergolakan Pemikiran 4) Buku/tulisan Franz Magnis-Suseno, Peta Pemikiran Karl Marx, Dari Sosialisme Utopis Ke Perselisihan Revisionisme 5) Buku/tulisan Eko Prasetyo, utamanya, Islam Kiri 6) Buku/tulisan Munir Mulkhan, Teologi Kiri 7) Buku/tulisan Hassan Hanafi, utamanya Oposisi Pasca Tradisi 8) Buku/tulisan Asghar Ali, utamanya, Islam dan Teologi Pembebasan, Islam Masa Kini 9) Buku/tulisan Ali Syari’ati, utamanya, Tentang Sosiologi Islam 10) Buku/tulisan Eko Supriyadi, utamanya Sosialisme Islam